Nuffnang Ads

Tuesday, November 29, 2011

The First 1000 Miles

Hey peeps. It's tuesday-- and I am having Tuesday Blues. Cuti panjang sangat sampai rasa malas nak masuk kerja. Eleh. Tipu. Dua hari je pun cuti kau nak kata lama T_T
So, what I do during these heaven days? Pertama, Padini Sales ( Sorry no pictures attached, I rembat white wedges je). Kedua, went to Ranau (Loads of photo). Ketiga, went to Kawang met 3 loves (But, sorry too, Aling's photo not included. She's too cute, sampai aku lupa nak ambil gambar. Awww.)
Sunday morning. Me and Husband tiba-tiba went to Ranau. Night before that, husband' bestfriend-Ipad kata the whole family mereka is planning pergi Ranau. I was not so sure sebab tak book hotel, so dalam kepala dah ragu-ragu mesti penuh. Pengalaman dengan family tahun-tahun sebelumnya banyak mengajar. Ranau adalah hotspot ketika cuti. I tell you, rates of hotel di Ranau is more expensive than KK one. Plus, they do not accept debitcard. Menjadi satu pekerjaan mencari atm di Kundasang.
Our trip is slow and steady trip. No rushing. So, before bertolak kami singgah makan di FookYuen lagi, baru perlahan-lahan ke Kundasang. We talked a lot during the journey, aku memang tak tidur kalau Bob driving jauh. Kesian dia driving aku tidur. Unfair.
Sebenarnya, to be honest, we didnt talked a lot, but sang a lot. Gila berkaraoke dalam kereta sampai aku lupa suruh dia berhenti di tempat ambil gambar dulu tu, yang masa retreat tu. Rugi.
First thing masa sampai Kundasang, we decided to look for a hotel. As expected (by me), most of popular hotel dah fully booked. From Strawberry, Fairy, Pine Resort, even those Dreamworld tu T_T We got Zen Garden numbers dekat roundabout, nasib ada kosong. BUT, nasib lah me and husb terdetik hati nak check tempat baru pergi jalan cari makan, kalau tak we ended up sleeping in almost an angker-look resort!!
Jarak Zen dari roundabout tu lebih kurang 2km. Road is awful. Biasalah jalan kampung. Upon arrived, everything seems normal. Masa check-in, I was offered to take double deluxe. Tapi ada extra RM20. Then, macam terfikir lah kan, dimana pernah dengar nama resort neh ah? Suddenly. Dang!
Isnt THIS RESORT yang tanah runtuh tapi mujur tiada sesiapa cedera itu?! When was that? Few months ago?! Lepas tu aku mulut celupar tanya soalan ' inikah resort yang runtuh hari tu?' dekat reception. The lady replied, yes. Construction sedang dibuat lah. I saw jalan runtuh tu dah ditutup dan kerja pembinaan sedang giat berjalan. Husband dislike the place. Dia yang kata macam angker. I berani sikit. Haha

Lepastu, kami tak jadi stay Zen. Duit pun refund. Tapi, my big mouth sempat cakap before we're leave,' eh kesian lah resort ni kan. Tapi kamu ada insuran bah juga kan? Nanti re-build balik lah.' Boleh kau cakap camtu?! Oh the rate adalah RM130.

Dreamworld was RM 255. Pine Resort RM290. Wooh, that is too much for a one night stay. Plus, they want cash. Alliance ATM di Kundasang rosak. We need to go to Ranau juga.

Sampai Ranau, makan secara sederhana (which mean not so yummy). Discussed a bit. Decided to balik KK lah. Tapi sebelum balik tu kami jalan juga pergi Mesilau. The best part, we both taktahu sangat the exact location, so we ended up salah-salah jalan but hey that was fun taww. PS: Masa pulang, jalan berkabus gila. We saw a kancil rammed into a tourist bus rear. Scary, but nothing serious kot.

Malam tu. Me and Bob macam tourist, stayed up di KK. Jalan-jalan CP, restock food, bawa balik hotel untuk makan sambil tengok Harimau Muda lawan Bahrain. Sempat juga pergi pasar malam beli ikan bakar dan mangga. Betul-betul macam pelancong kan. PS: The first 1000 miles reached during the trip. Car will be send to service tomorrow.




Esoknya, we're back to Kawang to PIL house. As usual, three lovely kiddies waiting for us. Sampai petang melayan these kids T_T





Last night, penutup cuti itu disudahi dengan sesi makan di Beringis Seafood. That was the end of our holiday. Wait. Bukan kah Xmas & New Year nanti juga ada cuti gantian begini? What if I take leave from 27 Dec to 31 Dec (4 and a half day). I ada annual leave 3.5 days lagi to be use before 8 Jan 2012. I tinggal ambil advance leave 1 day. Kan?! Kan??!
Within that period, we can have our Ranau Trip again. This time, I'll book early. Celyn Resort or Mount Kinabalu Resort? Hrmm. Good idea.

PS: Husband was not angry during photo taken. He just loveees to spoil my photo. He knew I'm candid-ing him T_T


Thursday, November 24, 2011

ATOZ: The Last Good-Bye

ENTRI PANJANG LAGI MEMBOSANKAN.

Peeps.
I search over all post made to check Have I wrote anything of this before? Ingat nak sambung tulis sahaja. Tapi rupanya belum tulis langsung. Mungkin masa tu busy sampai tidak berkesempatan menulis. Jadi maksudnya semua kata-kata indah yang aku pikir itu cuma di kepala lah. Belum di tulis pun.
Yeah. We just sold the car. My car. Yeah, The Atoz =) I am not even there to see it gone pon. My parents my brothers were there. Ecewah macam jual binatang kesayangan pula. These few days I saw them cleaning it. I cuma tengok dia last week sahaja, to take my left shoes. And I am not sad. I already have enough cry when we determined to sell her. For better life.


I already have those reluctant feeling when I clean it 3 weeks ago, moving my garbage (read: shoes, books, personal staff macam sijil-sijil. Atoz was my homies). Empat bakul besar yo. Yeah, the tears went there already while I simpan those thingy and ingat-ingat perkara manis dan baik kami kongsi bersama. Fair enough.
But then when my car lambat arrived, I still need to use Atoz to work. So, I enjoy my last day with her. Sampailah hari dia buat hal beberapa minggu lalu. Lampu malap petanda bateri atau alternator bermasalah. Hey, aku cukup lama bersamanya jadi aku dapat baca lah. I started un-friend her. Aku mogok memandu sampai kereta aku tiba. Aku sanggup ikut bapa.
Nah. Aku kehabisan ayat penyambung. Macam mana mau menyambung dua perenggan ini? Perenggan atas dan perenggan aku mahu membawa kamu tahu bahawa dia baik. Aku tarikbalik kata-kata sebelum neh. Dia baik. I marah sebab tu I cakap bukan-bukan pasal you taww, Atoz.
Okeh, Supaya tidak berbaur kesedihan. Supaya mum aku tak pikir aku ni keberatan. Supaya Bob kalau baca nih dia tak pikir aku emosi sebab sayang kereta begitu. Padahal kalau dia sendiri, peh kalau boleh nyamuk pun dia tamau dekat dengan kereta dia. Pffftt.  Jadi aku mentuliskan begini. Dengan rasa positif ya.
Dear Atoz; (ahh baru part neh sudah mahu emosi),
Terima kasih untuk semua perhatian kau beri pada aku. Bila aku perlu kau selalu ada di situ (read: di garaj, mungkin boleh bagi kredit kepada mum juga sebab tidak membawa kau). You never failed to be there.
Bila bila aku perlu kau untuk bercakap, kau disitu mendengar. Dengan setia. Tiap-tiap bait. Tiap-tiap airmata yang tumpah, kau ada bersama. Mungkin kau pun sedih bersama lah tu kan. Ya, aku pikir baik-baik saja.
Terima kasih sebab menjaga aku selama ni. Bila aku bawa kau laju-laju, cukup laju sampai kena saman, kau masih reliable. Aku masih selamat. Dua kali saja kita accident bersama. Kau cukup kuat. Badan kau absorb semua sampai kami penumpang selamat sejahtera. Kau pun selamat juga. Tak perlu hantar bengkel pon. Aku pula tidak pernah berbakti pada kau. Selain bagi kau fuel? Tiada apa-apa.

 Plat number sajalah yang pernah aku tukar baru. Itu pun sebab adik aku langgar buntut ambulans puasa 5 tahun lepas. Plate saja pecah berkecai. Aku dengan Didi kelam-kabut cari tempat buat plat number yang paling cepat. Sebab kami tamau mum tahu. Oh dan paling murah juga, sebab masa tu kami masih belajar. Aku ingat lagi, lepas saja settle terus kami pergi fetch mum. Jalan jem masa tu, adik aku yang bong_k tu pula boleh pergi tekan button bonet. Gatal tangan. Malunya lah aku bonet kau terbuka di tengah jalan jem begitu.
Terima kasih banyak-banyak sebab layan kawan-kawan aku dengan baik. Kau fun car. Bila bila masa mahu ber fun, kau lah yang bawa kami. Long before we all have our own car, kaulah kenderaan kami. Pergi kkbox, lepak rumah Elma, bawa aku pergi kerja di Penampang, bawa aku pergi kelas, awwwww kau memang sweet. We use to hangout, pergi pantai, makan-makan dalam kau, sambil tengok pantai dan laut. Ahh terjiwang lah pula. Next.


Sebenarnya terima kasih sahaja pun tidak cukup untuk menggambarkan budi baik kau pada aku selama ini. Malam-malam kita balik selalu, terima kasihlah sebab kau tidak tumpangkan hantu naik ah. Aku tahu lah aku dengan adik-adik aku telah melukakan kau. Selalu. Tahun neh, dua kali motor hit front rear kau. Tapi kau remuk sedikit saja. Ehh sedikit saja.  Aku tahu, adik aku pernah langgar tiang garaj masa memandu kau. AKU TAHU. Sebab kau salah adjust parking kan, AI??! Jan tipuuu.
Kunci kau. Ahh dulu kunci kau pernah basah terkena hujan. Sampai kereta alarm tidak hidup. Kamu tahu kah stress kereta pakai alarm neh, kalau alarm rosak kereta kau takboleh buka taww. Sekali lagi kami adik beradik berganding bahu. Buka alarm set pada kunci, keringkan, ketuk-ketuk sikit, mujur success. Ya mujur ya.
Jadi. Aku rasa sampai disini sahaja lah kisah cinta kita. Semoga kau gembira besama tuan baru. Aku harap dia dapat menjaga kau lebih baik dari aku. Pastilah kan. Semoga berjumpa lagi. Ehh jangan. Kalau boleh, aku berharap owner baru kau bawa kau jauh lah, pergi keluar dari sini. Macam tidak sanggup aku tengok kau bersama yang lain. Pfffft.

Sekian. Mau tekup muka dengan bantal lalu nangis kuat kuat dulu. Bai.
Kegembiraan seisi keluarga. (?)

Queen Of Cam-whore. With you.







Last Moment hangout with her friends. Plus new friend.


Goodbye, My Lover.
You have been the one.
You have been the one for me.





Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers