Nuffnang Ads

Friday, August 02, 2013

Sisterhood

As Salam dan hai,

Male friend (sebut male friend, kalau sebut boy friend macam mengundang spekulasi pula) aku pernah bercakap ;

" perempuan punya sisterhood ni lain macam, very defensive (atau busybody?) "

Case 1 :
Aserap muslim tu kahwin kali kedua. Tetiba semua wanita jadi sisters. Defend isteri pertama, salahkan si suami, serang isteri kedua. Yang nda pernah kenal pun, jadi kesatuan. Perempuan dia akan support perempuan lain automatically bila :

1) berkaitan poligami
2) berkaitan poligami

----

Sebenarnya yang aku mau cakap pasal aku. Pernahlah satu tika dulu, aku declare war sama boyfie kawan.
Sebab? Dia kurang ajar dan sangat biadap. Aku terbaca dia post di friendster (ya friendster) tentang kawan daku yang telah menjadi ex-gfnya. Pastinya bukan benda yang sedap di dengar, kalau nda, masakan daku ada inisiatif membalas testimonial itu ya. Kami memang perang mulut. Tiba-tiba gf baru dia ikut menjawab. Nah, habislah juga aku sound. Apa dia cakap? Boleh kah aku cakap, lelaki kalau mau memilih sangat perihal rupa paras, pastikan dirumah sendiri ada cermin besar juga ya. Kot kot lah terlupa rupa sendiri macam mana kan.

Bukan aku sahaja yang defensive. Kawanku yang lain juga.

Pernah lagi sekali, ada lah yang geram baca status fb boyfie kawan. Cerita lama ni. Marah sebab dia cakap camtu di belakang gf dia, yakni our sister. Lepas tu kawan satu comment. Yang lain nampak pun ikut comment. Semua mengomen, termasuk boyfie diorang. Ya, kawan-kawan aku punya boyfie pun ikut sekali mengomen, sebab diorang juga rasa yang apa dia cakap itu adalah tidak matang. Aku nda terlibat sebab aku nda buka fb masa tu. Si gf pun nda terlibat sebab dia juga nda buka fb. Hahahaha Last-last semua ketawa sebab thinking how defensive and protective we were towards our sister :)

Bila kita sudah kenal lama dengan kawan kita ni, sudah jatuh bangun sama-sama, kita akan ada perasaan mau protect dia selalu. Nda mau orang sakiti dia. Macam time sekolah dulu, u mess with my girl, u are messing with us. So you better watch out, biyatch. Eh takboleh cakap camtu dah. Haha Saiko enough.

Tapi Bob pernah cakap, jangan masuk campur hal orang lah. Biar diorang settle sendiri. Aku nda masuk campur unless asked. Fair enough kan?


Aku nda tau lah, scary kah lelaki bila dapat tahu bini diorang ada sisterhood melampau macam ni? Patut rasa lega, sebab bini sudah relieve sama sisters nya, so husb tak payah dengar kelu kesah isteri dah. Haha Mesti the husbands cuak kan dapat bini macam ni? 

Tapi aku rasa pendirian aku simple. Jika orang mau share, kita dengar. Orang datang minta pendapat, kita bagi. Orang mau dengar, syukur lah. Orang nda cerita, jangan sebok-sebok. Mana kita boleh tolong, kita tolong. Nda dapat tolong, jangan menyibuk. Tapi aku memang agak berapi juga kalau dengar another sister kena buli. Sebab aku rasa kami ja boleh saling membuli, bukan orang lain buli my sisters. Ada rasa mau tumbuk orang laju laju. Nda tahu lah. Mungkin sebab we've seen each other cried before, so rasa mau protect each other tu kuat :))

PS : Dua kali in a row tulis pasal girl friends. Ini sambungan (sedikit) dari previously :)



Tuesday, July 30, 2013

Random Rambling : Friendship

As Salam dan hai,

Aku memang nda pandai berkawan (baru).
Kawan-kawan aku kawan-kawan lama juga.
Yang aku jumpa, develop relationship sejak sekolah, sejak study.
Kalau kena kira memang cepat dikira. Sikit sangat.
Masalah aku bila berkawan ada dua.
Satu, transparen. Transparen sangat sampai orang sakithati.
Kalau nda kenal mesra, aku memang senyap.
Tapi bila kenal biasa, aku memang bising.
Dan, mulut bising tu mudah orang tafsir sebagai mulut jahat.
Sebab. Bila aku di kelompok mesra, aku bercakap ikut sukahati.
Sukahati orang label pula sebagai biadap.
Dan, cepat pula orang terasa hati.
*pengsan*


Dua, low confident. Sampai dibuli buli.
Ini memang kelakar.
Sebab bila aku kena buli, aku nda lawan balik.
Asyik fikir, 'siapalah aku mau lawan si polan'
Hanya insan hina, ececeh konon
So aku banyak diam.
Masalah pula bila diam, orang makin melebih.
*urutdada*



Mari aku cerita (sikit) lah.
Kisah pahit aku berkawan. Kena buli.
Sampai aku balik kolej naik bas luen tung menangis teresak-esak.
Hakikat lah kan, siapa saja ada kuasa atau rasa diri ada kuasa,
memang ada tendency untuk membuli insan lemah (tanpa disedari)

Jadi. Sejak peristiwa sedih di kolej itu,
aku nda lah banyak kawan, sebab aku takut,
takut sudah jatuh sayang sama kawan lalu dikhianati,
sebab perempuan sama perempuan punya sisterhood ni lain macam.
Jadi aku cuma ada kawan yang oh-kami-satu-kelas,
kawan-sama-sama-ambil-accounting, kawan-lepak-di-bangku,
kawan-mengumpat-bkns, kawan-pandai-cakap-cina,
so, kawan-kawan yang nda sengaja aku jumpa ni lah ended up jadi kawan sampai sekarang,
bukan kawan yang aku pilih jadi kawan tu.


My point is, hati-hati pilih kawan,
eh sebenarnya tak boleh cakap hati-hati juga,
ada juga orang yang baik tapi nda ngam jadi kawan,
habis nda boleh clique, tune nda sama, susah mau ketawa bersama, nangis apatah lagi kan,

Tapi aku rasa syukur dan bertuah sangat, sebab aku sudah jumpa kawan yang boleh diharap selalu.
Jadi bila bila kawan baru mengecewakan aku, sakit nda la sangat.
Kawan aku part of my backbone, my soulmates,
yang faham details perkara yang tidak diceritakan,
yang tahu kau sedang bersedih hanya dengan icon di whatsapp :)


So, thank you girls.
Aku rasa whole world pun nda boleh ganti sakit sedap kita sama-sama.

To a 15 good years of friendship and counting :)
Loving u, girls.

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers