As Salam dan hai,
Kali pertama masak rendang secara tradisional. Selama ni main segera ja kot. Segera means dari paket ya.
Raya pertama, aku masak ayam kurma dan daging kari. Raya kedua, daging kicap dan ayam goreng. Raya ketiga tu baru rendang daging.
Sebab sebenarnya aku sangka mak suruh masak tu sebab aku macam ada nampak rempah rendang. Rupanya rempah tu dirumah mentua aku yang aku nampak. Pengsan.
So, mak aku kata masak guna bahan asal lah. Bahan asal? Nah, ini resipi dia. Aku risau nda menjadi, banyak daging daku pertaruhkan ni.
Resipi Daging Masak Rendang versi cincai :
Bahan-bahan
- 1.5kg daging
- 8 ulas bawang putih
- 4 ulas bawang merah
- halia (erm, 3inci? Bimbonya)
- sedikit kunyit dan daun kunyit
- 1 gelas cili giling
- 2 gelas santan pekat
- cengkih, bunga lawang, kayu manis
- kerisik
- garam secukup rasa
Cara Memasak
1. Kisar semua bawang merah, bawang putih, kunyit dan halia.
2. Tumis bahan kisaran tadi dengan bunga lawang, cengkih dan kayu manis. Tunggu hingga naik bau.
3. Masukkan cili giling. Tumis rata dan masukkan daging. Gaul rata.
4. Masukkan santan pekat dan garam secukup rasa.
5. Masak atas api sederhana sampai kuah nya kering. (In my case, 40 mins, kena kacau selalu tau)
6. Masukkan kerisik. Siap.
Tips :
*aku kasi masuk sudu dalam kuali semasa dimasak, supaya daging cepat masak. Keluarkan bila kuah mau kering dah.
*pastikan gaul selalu supaya nda hangus. Nanti bau hangus tu masuk dalam daging.
*tak perlu campur air langsung, renehkan daging dengan santan tu ja.
-----
Sepanjang proses aku me-whatsapp thegirls, kami memang ni. Cuak gila diriku kalau rendang nda jadi.
Sorry tapi aku memang tiada bakat baking. Bread pudding baru ni pun seriously nda jadi. Menyampah. Why? Adeq dan Ieda masak macam senang je. Even Jani baking pun jadi, walaupun hiasan dia nda menjadi. Deco bunga tapi nampak macam sarang labah-labah. Eh. Rahsia pecah eh?
Maaflah juga. Tapi bercucuk tanam juga bukan field aku. Tanam kaktus pun boleh mati. Tanam bunga okay bukan tanam sepenuhnya, tapi beli di Ranau bunga yang elok mekar tinggal sambung jaga ja pun di KK, itu pun boleh mati tu bunga. Scary gila kan.
My point is, kalau kamu memasak asyik nda jadi, baking asyik hangus, its okay. Itu bukan field kamu. Teruskan explore diri. Mesti ada juga satu skill kamu yang hebat tu.
Nuffnang Ads
Monday, August 12, 2013
Randomly Random : Terlebih Isi
As Salam dan Hai,
Tadi isi minyak di depan Kian Kok tu. Bayar cashier RM50. Aku tengok ada staff station yang isikan minyak dah. So, masuk shop beli Milo. Bayar. Keluar. Sampai kereta staff yang isikan minyak aku tanya isi berapa? Aku jawab RM50, kenapa? Sambil masukkan Milo dalam kereta. Oh Isnin kan no plastic day. Pastu dia ramble something dengan muka takut. Aku tengok, terisi RM57. Penuh lah tu. Pastu dia berhabis minta maaf, dia cakap yang di kaunter tu selalu salah kasi masuk nombor.
Aku pusing di kaunter. Dia pun nampak takut.
Aku cakap : tersalah eh? RM50 ja tadi. Ha'ah Kak. Pastu aku bayar lah baki RM7 di kaunter. Yang tukang isi minyak aku tadi tu balik balik minta maaf. Aku cakap its okay. Pastu dia sambung,
'Selalu nya customer marah marah.'
Aku gelak ja lah. Benda ni memang terpulang macamana kau tengok. Kau rasa marah sebab kau minta RM50 orang isi RM57 boleh ja pun. Rasa mau sound boleh ja pun. Tapi aku nda lah. Bukan sebab nda berani pertahankan hak kah apa kan (?). Tapi aku suka win-win situation. Aku bayar, minyak aku penuh, staff gembira, boss dia nda marah, kita semua gembira kan elok macamtu.
Kalau aku marung, dia kena marah boss, aku boleh lambat pergi kerja pula, nanti semua nda happy. Aku nda boleh change orang lain, tapi aku boleh ubah cara aku deal with it, so ok lah tu. Aku mengamuk pun bukan boleh kasi keluar balik minyak terlebih tu. Boleh juga mengamuk pok kena kasi free RM7 tu kan, tapi kesian, nanti gaji staff tu kena potong pula. Minyak kereta aku nda halal pula sebab aku ambil kesempatan (?)
Nda apa lah. Kalau kita mudahkan hidup orang, insya Allah hidup kita pun dimudahkan.Lagipun aku jenis malas argue. Kadang orang salah pun aku iya kan ja lah. Selagi nda ganggu hidup aku ok lah tu. Aku boleh terima. Aku suka pendekatan win-win situation. Kenapa mau marah marah kan.
Atau mungkin juga mood aku baik hari ni. Hahaha
ps : kadang kena tegur sebab orang bilang kalau baik sangat kena pijak kepala pula. diam nda maksud penakut. cuma kita jenis kuat toleransi kuat timbangrasa. pikir kesian dekat orang ja selalu. mungkin tahap sabar tinggi kali. kehkehkeh
Subscribe to:
Posts (Atom)


