Nuffnang Ads

Monday, September 30, 2013

Niat Baik Tapi..

As Salam dan hello,

Aku suka sebenarnya tengok Astro Channel 720 tu, betv ka apa namanya tu, selain 393 la. Tapi tiada sudah channel tu sekarang. Jadi masa scroll scroll info tu selalu la ternampak channel guide 726 juga. Baru ni ter tengok tu cerita A Better Life.

Lelaki tu imigran Mexico kali, tinggal sama anak dia. Hidup diorang memang susah tapi ada rumah lagi. Part yang aku tengok tu, mula mula dia kena buang kerja. Dia ni pekerja rencah ja. Boss dia buang dia sebab boss dia mau tutup business diorang and jual trak tu. Masa jobless tu dia sama-sama jobless-man lain lepak di satu simpang tu untuk tunggu kerja. Nanti kalau ada yang perlu pekerja diorang akan ambil mana-mana dari sana. Sampai petang dia tunggu tiada pun orang ambil dia kerja. Dia pulang, lepastu dia pergi loan sama adik dia untuk beli trak bos dia tu, niat buka business sendiri. Adik dia bagi pinjam la duit simpanan anak dia. Pastu, esok dia pergi la start cari kerja (offer trak service) sama orang. Dapat lah job ambil buah. Dia ajak lelaki tua yang dia jumpa di tempat jobless kemarin tu. Sekali masa dia panjat naik pokok tu, lelaki tua bawa lari trak dia. Oh My.

Ya Allah. Sedih gila okay. Susah payah dia cari duit beli trak tu sekali kena curi oleh orang yang dia trust. Sudahlah niat dia baik, mau kerja trak service supaya boleh bagi perhatian sama anak lelaki dia.

Another story. Channel 729. Lelaki ni jobless juga. Dia sama anak lelakinya. Mula-mula dia call kawan dia mau pinjam duit, tapi kawan dia just hang up je. Anak dia lapar. Pastu dia masuk 7E dan rompak bun. Pastu kena tembak. Niat dia baik tapi itulah.. cara salah.

Terus aku rasa;

1) bersyukur gila. Terima kasih Allah. Hidup ni banyak cabaran tapi selagi kita meletakkan kebergantungan hanya pada Allah, semua jadi mudah.

2) doa dan harapan ja nda cukup. Usaha kena ada. Harga minyak naik sekarang, aku nda boleh paksa kerajaan kasi turun harga minyak, so usaha aku setakat ini adalah kurangkan perbelanjaan lain dan tambahkan income. Instead of blaming, I'm changing.

So, aku berdoa semoga urusan aku, kamu dan kita semua dipermudahkan. Kurangkan mengeluh. Mengeluh tu memberatkan perkara-perkara kecil. Kalau nda mampu senangkan urusan orang, jangan pula menyusahkan. 

Semoga kita semua diberkati selalu :)

PS : Kawan aku pernah cakap. Hidup ni dan komen komen kita melambangkan diri kita. Pernahkah kamu jumpa orang yang dia rasa semua orang tu baik ja? Kenapa dia rasa begitu? Biasanya mesti sebab dia pun baik juga, so perkara pertama dia nampak dari orang lain ialah perkara baik. 

Friday, September 27, 2013

Resolusi Konon.

As Salam dan hello,

kalau tengok sekarang kadar kekerapan aku mengupdate belog ni memang hazab lah kan. Berselang sampai 10 hari gitew. Sebab-sebab tu ada lah seperti berikut ;

(ceh macamlah ada orang kisah T_T )

1. ultimate reason adalah sibuk. entah apa yang disibukkan tapi memang occupied selalunya. di ofis lagi lah sibuk, dirumah buat buat sibuk. haha

2. ms office aku di rumah adalah collapsed ye kawan-kawan. dek kerana kebongokan dan kegelojohan 11 tingkat diriku yang tanpa sedari menginstall ms 2010 dan ms 2013 di laptop sama jadi selepas few months baru dia collapsed. masa collapsed baru perasan ada dua version ni. last last both nda boleh buka dan terpaksa uninstall. belum sempat install balik lagi. so, no ms word at home and tak dapat ai nak buat stock write up macam selalu. dedikasi sungguh ya siap ada buat stock write up lagi konon untuk belog sendiri. *_*

Itu saja pun alasannya.

Cakap pasal #2 tu, sebenarnya aku selalu dapat idea mau menulis tu dirumah. so adamasa aku memang karang dirumah dan publish kemudian ( tempat mempublish tidak dinyatakan untuk keselamatan kerjaya dimasa akan datang). jadi, tanpa ms word tu aku memang sedih lah. sebenarnya boleh ja pun kan install writer buat sementara. tapi belum install lagi. 

aku memang kagum dengan entry si Lina sebenarnya. dia selalu tulis kisah hidup dia dulu-dulu. kenangan-kenangan gitew. aku pun banyak juga mau tulis tapi idea ada tapi nda tertulis tulis lagi. mungkin jadi rahsia lagi bagus? tapi benda tu bukan rahsia pun. kahkahkah

aku pun nda pernah tulis lagi macamana aku jumpa si bob. perlu ke? siapa lah mau baca? siapalah diriku ini.  hahaha jarang bob buat penampilan di belog ni, aku pun jarang tulis perihal rumahtangga atau how we live our life. tak seronok kot. having people judging on my life..? err i dont think its cool. :)

because, based on apa yang orang nampak masa orang jumpa aku sekejapan pun sudah orang nilai diri daku dengan tidak adil. so apa lagi kalau baca belog ini dan cerita merapunya oh. cuma, adalah yang aku dengar dan sedikit tertawa kerana agak lucu -- tapi aku rasa ianya agak comel gitu -- ; that we're not planning of having baby because i dont want to (because they think i am workaholic). erm, but dont you think its the other way around? I am (trying to be) workaholic because its so stress to think of what you're missing, so you turn out to the things you enjoyed the most? That is WORK.

Well I dont expect you to understand :)

Okay. back to the original story. so, aku plan untuk buat segmen lah. setiap hari isnin aku akan (mencoba untuk ) tulis sedikit tentang my past time. aku pernah mengajar tuisyen selama hampir 6 tahun. kamu nda tau kan?  pernah sekali budak bergaduh bertumbuk tampar, pastu aku join sekali lempang dua-dua. ohmai, harap-harap parents diorang nda terbaca belog ini. that was 7 years ago kot. aku rasa budak haziq qayyum sama daemon tu pun belasan tahun sudah sekarang. aku tunggu tunggu juga masa tu kot lah esoknya bapamama diorang datang saman aku kah apa, tapi tiada pula. alhamdullilah diriku selamat sejahtera.  tapi budak tu sayang aku kot, lepas kena lempang dia bertapuk dalam tandas, tapi dia mau cakap sama aku seja. dia say sorry cikgu saya tak sengaja bergaduh tadi. 

aku memang garang, aku tahu. tapi aku penyayang kot. amboih, kemain puji diri kan. pernah juga aku marah diorang amoi aling achai tu tapi belum pula lagi diorang benci aku. tapi yang aku perasan, lepas tu sejak tu diorang nda berani mau nakal sama aku.  hahaha 

okay sekian. kamu tunggu lah isnin depan kot kot aku ada taip kisah tu. *konon*

selamat berhujung minggu.

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers