Nuffnang Ads

Wednesday, May 18, 2011

A girl broke myheart in 2009

To The girl that broke myheart in 2009

Semalam saya mimpi kau tau, saya mimpi rupanya kau masih contact hubby saya,
lepastu saya marahkau, dan kautanya kenapa tiapkali saya gaduh mesti saya nak kaitkan kau,saya tidaktahu. Mungkin saya sakit hati, dan kaulah yang paling sedap untuk dimarah.

Kau lari naik ke satu tempat, kemudian ada watak lain muncul dan bagitahu saya datuk kau meninggal. Saya terkedu. Saya naik tangga, terserempak dengan kau, kakak kau (mungkin) renung saya dan cuba halang saya nampak kau. Saya terus kan juga tengok kau. Kau macam takut. Kakak kau macam marah pada saya, dan kata 'bukan salah dia'. Saya jawab, 'sebab itulah nenek kau meninggal, balasan atas apa kau buat pada saya sebelum ini.' Kau menangis.

Saya jaga dari tidur, tapi tidak begitu mengingat mimpi ini, sehinggalah pada sebelah petangnya. Saya tuliskan disini, kenapa kau masih menghantui saya.

Apakah kaitan kita? Cuma dua wanita yang pernah bertakhta di hati seorang lelaki, tiada istilah saya menang kerana saya mengahwini lelaki itu. Saya memang berada dihatinya, sebelum kau dan selepas kau. Nampak? Masih ada kau disitu. Saya rasa suami telah lama membuang dan membunuh kau dari hatinya. Kau telah dilupakan.

Tapi saya. Saya masih ingat kau. Mungkin sebab saya bersumpah satu ketika dahulu, bahawa saya takkan maafkan kau sampai saya atau kau mati. Tapi, saya rasa, jika saya matipun, saya mati membawa dendam pada kau. Orangkata bila kita memaafkan, hati akan tenang. Tapi saya, saya temu ketenangan dalam dendam pada kau.

Ini bukan pertama kali saya mimpi kau. Dua bulan lepas, saya mimpi kau juga. Muka kau terbakar dan hitam hangus. Ngeri. Saya tidak pernah terfikir kenapa, kini bila saya menyusun ayat-ayat di belog ini tentang mimpi kau dan dendam saya, it all now make sense.

Bukan sekali dua saya terfikir kau. Adakala saya macam dirasuk. Berapa kali saya brek emergency di jalan raya, kerana ternampak wanita berambut panjang cuba lalu di tepi. Berapa kali saya memandu pulang, hati berdebar kerana imbasan wanita berambut panjang di cermin belakang. Berapa kali tumpuan saya terganggu, cuba mengamati lembaga berambut panjang lurus yang kerap kelihatan di ekor mata saya. Kini bila saya fikir kembali, it do resembles you. Mirip kau.

KENAPA? Kau masih hidup kan. Bukan roh kau kan yang ganggu saya. Bukan kan kan. Haih, saya harap kau masih hidup. Sebab, saya mahu tengok kau merana, menderita, sengsara. Saya hanya tahu dan terfikir kau bila kau ganggu dia. Now, you're done messing with our life, I guess. Who's next??! I bet you not to play that game again, sebab kini kau sudah bertunang. Hidup saya merana sejak saya bertunang, kerana kau.Remember?? Karma takes it role.

Dunia berputar, hanya kerna kau menangis dunia tidak berhenti berputar. What you give is what you get. Maka, swallow it.Just like what you done to me before. Wish you luck and survive.

No comments:

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers