Kelmarin, saya dengan hubby pergi shopping. Precisely saya mahu beli kasut dan Bob mahu beli slippers (the 2nd slippers he bought this month). I woke up dengan rasa senang hati gembira bahagia sebab tidur lena dan dapat bangun lewat setelah 13 hari berturut bangun sangat awal agar mampu reach office before 7.30am. Yeap, that depressed.
Plan asal naik motor, agar tidak sangkut di jem. Tapi terpaksa naik kereta juga sebab takut hujan. Fine! Sampai KK, lalu Wawasan Plaza terus rasa oh damnn, punya jem. Tiada yang lagi jem ka?! Ended up hubby parked depan Marina Court. I was not complaining much. Okehlah tu, better than parking atas CP yang belum tentu dapat naik pun kan.
Saya memang sungguh stress lah bila harus beli-belah begini. Sudahlahjalan jem, packed, crowded dan entahlah saya kehabisan perkataan sudah untuk menggambarkan situasi saya. Pehh, ayat skema gila.
Okeh. FINE FINE. Saya tahu kau tidak faham cerita saya. Biar saya cut short.
Tahukah anda, apakah jenis orang yang menyebabkan orang lain stress shopping? Yang EMPATjenis di bawah ini. Hah, jangan buat muka curious sana, I believe u guys experienced this before.
TYPE 1 : TIDAK SAMBUT RAYA TAPI SIBUK SHOPPING RAYA.
kalau kau tidak sambut raya, tidak bolehkah kau shopping lain hari? Yah kita satu malaysia, tapi janganlah kau ikut sama ‘memeriahkan’ kesesakan ketika ini. Yang saya tidak faham, ikut sama juga berebut cari kasut. Kau bukan sambut raya, jadi janganlah menyibuk shopping raya time peakhours orang mahu raya. Kalau kau pergi time raya, kau shopping saya mall sekalipun tidak mengapa. Tiada siapa kisah. (Cadangan: Apa kata shopping time raya saja? See, raya kedua mall dah buka kan, hah masa tu boronglah habis-habisan. Ataupun time muslim iftar, yang lain boleh lah shopping.)
TYPE 2 : KAU TIDAK BELI TAPI SIBUK MASUK SEBAB TEMANKAN GF/BF.
Kau tidak beli kau tidak perlu masuk menyesakkan kedai itu. Yang ini biasanya bf-gf. Gf sibuk pilih kasut, bf pun ikut sama berdiri di sebelah. Gf sibuk terai baju, bf pun ikut sama di sebelah. Please donk. Kalau hari biasa, kedai tidak crowded tidak apalah. Saya tidak kisah. Ini kedai sesak dengan pembeli tahuu. Tambah lagi kalau nampak kau sana bercengkerama macam kau saja yang mahu beli barang disana. (Cadangan : Dicadangkan kepada bf to GET A LIFE!! Err, is that too harsh? Okeh, saya cadangkan bf tunggu di luar kedai sahajalah, atau pun bf jalan pergi tempat lain dulu. Perempuan kalau sudah dia pegang, belek, minta saiz satu item, kau percayalah it took her long time before proceed to cashier.)
TYPE 3: IBU TERLAMPAU ANGKUT SATU BATALION PERGI KEDAI.
Anak-anak jadi ekor mak sampai 6,7 meter panjang. Lepas tu anak menangis merinta lapar penat segala. Aduh, saya baru tulis sudah stress. Ibubapa, kalau pun mau bawa anak, tolonglah jangan ralit menengok barang sampai anak teriak-teriak nangis. Orang lain mendengar jadi stress tahu. Lepas itu add in di #2 di atas, di bawa lagi masuk kedai sempit sampai kedai penuh dengan keluarga dia sahaja. Pening ehh. (Cadangan: Pilih 1,2 anak yang paling behave sahaja untuk diusung ke kedai. Atau jangan bawa semua sekali. Atau hubby-wifey shopping time anak sekolah, belikan saja barang, then bagi. Budak ni mana tau apa tu shopping, jangan biasakan mereka) *buat convincing face*
TYPE 4 : HUSBAND SANGGUP BAWA ISTERI BARU BERSALIN PERGI SESAK BER-SHOPPING.
Young parents with baby. Mesti pernah nampak kan yang hubby wifey naik bas bawa anak yang masih merah lagi pergi shopping raya. Kesian tau dekat baby itu, dekat mummy itu. Penat tau nak gendong baby lagi. (Cadangan: Alahai si bapa, belikan sajalah ibu dan anak tu barang, tidak payah lah gigih sangat di tempat crowded.)
Kan, u all get what I mean kan? Ini bukan apa,untuk kebaikan pihak terlibat. Macam ibu bawa anak tu, hey what for?? Nanti anak hilang lagi. I bukan apa, part anak kecil nangis tu yang I rimas tau.
Lepas tu terus kata dekat Bob..
me: B, nanti kita ada anak, kita takpayahlah bawa dia pergi shopping mall beli barang.
husband : ehh kenapa pula?!
me: eh nanti dia pilih bukan-bukan, mahal lagi, nah macam mana. Nda kita dapat kawal. Kalau dia nangis lagi.
husband : herm. Logik juga.
me: Yalah, kita belikan saja dia terus. Lagi senang. Nda kita sesak-sesak. Jangan bagi dia pilihan. Saya kecil kecil dulu pun parents saja belikan. Kalau jalan shopping mungkin cuma beli few items macam kasut.
husband : Kurang kasih sayang rupanya T_T
Anak I akan jadi independant dan keras kepala agaknya macam mummy dia T_T |
3 comments:
jan ko,dayah.. kdg2 yg gendong baby kecil tu, sometimes dia yang iya² mo ikut laki dia pegi shopping..takut laki dia x pandai pilih..sigh..
p.s: ya bah kan, kami pun kici mana la kena bawa shopping sesak² dlm kedai time raya..apa yg parents beli, itulah kami pakai.. :)
True indeed.
Saya pelik tu, anak masih kechil bah, bayi sgt ntah baru brapa minggu, dibawa bejalan tempat sesak2 n panas lg kesian baby.
nonny; kami pun.kecuali beli kasut. kalau kasi kuasa membeli dan memilih sama budak, habislah. drg apa tau, manatau nilai wang lagi kan.
cinoi; itulah. apa salah hubby saja belikan. kesian betul sama baby itu. kadang-kadang merah masih bah, berpeluh betul lagi T_T
Post a Comment