Nuffnang Ads

Thursday, January 12, 2012

Benda Untuk Selak Kertas.

*Aku ada keinginan untuk memulakan ayat belog dengan ‘sebenarnya..’. Bermula dari ‘sebenarnya’ lah, sebenarnya aku ada perasaan mahu menulis itu. Eheh. Okay, merepek.

Sebenarnya. Eh, nah kan. Start balik.

Pernahkah aku bagitahu bahawa office kami ni ada regime 5S yang sangat tight? Sangat, tau. Simpan airmata dihujung cerita. Last week, ketika checking aku ada red-tag. Sejak bulan doblas tempohari, dimana DC ada bagitau 5S aku antara terbanyak redtag (ekekeke!!!), aku ada sedikit rasa insaf.

Redtag itu sebenarnya cuma benda kecil remeh (bagi aku lah!) dan tak perlu diperbesarkan (bagi aku juga lah!). Seperti, kabel yang tiba-tiba sahaja jadi messy (?), sandal office terkeluar sedikit dari parking lot nya, label yang tercabut (tidak sengaja) dan ada lagi lah. Banyak kan. Aku akur. Membela diri pun tidak mendatangkan faedah, ini bukan mahkamah, tapi next time nya aku akan lebih alert lah akan perkara itu. Tapi lucu ya kerana perkara itu sahaja telah menjejaskan pemberian bonus aku. So, aku harap checker akan bertimbang rasa sedikit ketika check, mungkin kamu tidak tahu sedikit belas ehsan kamu boleh mengubah nasib orang lain. Seperti sekarang, aku tiada mood mahu bekerja keras sangat kerana at the end of the day aku sedar yang dinilai hanyalah susun atur barang ku bukan prestasi kerja yang hebat. Prestasi kerja aku tidak hebat lah tapi ya you know what I mean. Okeh abaikan. Hahah

Tapi. Dalam keberhati-hatian aku masih juga di-redtag kan. Puncanya ada lah benda dibawah ini tidak dilabel dengan betul. Solution, aku alihkan lah sahaja benda ni, tapi aku masih curious apa nama benda ni. Ya, kenapa ia tidak berlabel kerana aku tidak tahu namanya.

3

Untuk kamu yang tidak tahu, benda ini dipakai di jari, untuk memudahkan kita menyelak kertas. Kan kalau selak guna jari sahaja kertas itu agak licin. Guna benda ini, kerja penyelakkan menjadi lebih cepat dan mudah. Amboi iklan. Benda ini diguna ketika kerja penyemakan attendance, juga dipakai ketika berurusan dengan sijil. Berapa kali sudah tangan aku terhiris oleh sijil yang maha banyak, ketika mengira atau menyemak. Sama sahaja.

4

Aku mahu cari nama benda ni pun susah. Mahu google pun takkan aku tulis ‘benda yang dipakai untuk menyelak kertas’. Haha Never tried. For sure funny answer will be given. Haha Ada juga keinginan aku mahu menulis mini c**d*m, kerana kemiripan nya. Tapi alangkah lucu dan lucahnya nama itu. Tak proffesional langsung tahuu.

Aku tanya di sini, semua tahu benda itu tapi tak seorang pun tahu nama nya. Can you believe that? Drama betul lah. Mujurlah, sebelum aku sampai seat sendiri dan cuba menggoogle ‘benda yang dipakai untuk menyelak kertas’ itu, Nonny, si ibu baru memberitahu nama benda itu.

Rupanya, nama ‘benda yang dipakai untuk menyelak kertas’ itu sebenarnya adalah RUBBER FINGER TIPS. Yes, RUBBER FINGER TIPS, my friend. Google now. T____T

Ehh, jadi simpan airmata untuk hujung cerita itu apa? Tak sedih pon.

PS: Out of topic- My inlaw tengah cari tempat untuk stay for a family. A chalet yang boleh buat bbq. You guys ada idea??

No comments:

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers