Kereta adalah aset menyusut. Lagi lama kau simpan (pakai), lagi jatuh nilai. Lainlah rumah (hartanah). Nilai mencanak tiap tahun. Jadi, aku setuju lah dengan aymeemin di twitter tu. Kenapa perlu modified ribu-riban kalau nilai ia jatuh dan jatuh? Tiada hasil. Tiada pulangan.
I guess, peeps yang suka modified and accessorize their car ni adalah untuk kepuasan sendiri lah hoh.
To me, secara peribadi, I can never understand it. Kereta adalah kereta lah kan. Jangan modify secara melampau. I believe setiap kereta, masa di manufactured tu adalah mengikut piawaian. Just nice. Justeru, sebarang modifikasi sebenarnya akan membahayakan pemandu sendiri. Contohnya, tambah itu ini supaya laju, or whatsoever yang di add-on supaya kereta berdesis time pecut.
Accesory is fine with me. Pasang rim ka, tambah tinted ka, itu depends kan. Ada yang tinted supaya tak berapa panas dalam kereta. Tapi, ada juga yang tinted hitam berhabis. Pasang lampu macam lampu stadium. Eh annoying tahu. Last week, after me and husb went for dinner, on the way balik Kinarut, ada kereta labuan ni (its LB) di belakang kami guna lampu tu, lampu biru. Kalau aku, aku malas mau layan. Tapi husb yang driver kan. So, you know lah, guys. Typical guy. Lampu biru terang tu buat kami tidak nampak jalan, (silau), sebab terpantul di mirror kan. At first, husb pasang signal belok kiri, supaya kereta tu overtake kami. Bila LB tu di depan, husb follow dari belakang, pasang high-light. Kira balas dendam lah, mau kasi rasa driver tu perasaan kami dicucuk orang berlampu begitu. LB tu sengaja brek mengejut depan bulatan. Lepas tu, dia masuk kiri, bagi can kami potong dia.
Ni part kelakar sikit. Lepas tu, dia masuk balik cucuk kami dari belakang, pasang high light. Kira dia mau balas balik lah. Imagine, sudahlah lampu dia terang silau, dikasi high light lagi. Lepas tu, semua kereta yang berlimpas sama kami di lorong sebelah hon dan highlight balik kereta LB tadi. Bukan satu kereta hon panjang, tapi sampai 7,8 kereta hon panjang dan highlight balik LB tadi. Mungkin agak panik, LB tadi terus kasi slow pemanduan (tapi tidak kasi low beam lampu). Bila dia notice kami masuk simpang, terus dia hon kuat kuat ni, walaupun dia 200 meter di belakang. Padahal masa tu, kami di simpang tu sudah. Aku geleng kepala saja. Aku cakap dengan husb, ‘ha’ah lah tu B buat begitu. Nanti dia mark kereta ni, macamana?’
Aku, bila memandu, sakit hati macam mana pun dengan kereta lain, aku cuba beristighfar panjang dulu. Ini jalan raya. Kalau aku bertimbang rasa, lagi mendatangkan faedah. Di jalan raya. tiada istilah kalah atau memang. Dua-dua akan rugi. Dan, aku tamau rugi sampai menyesal. Bila kereta cucuk, kalau aku dapat lajukan pemanduan, aku lajukan, kalau tidak, aku just masuk lorong perlahan. Biar lambat asal selamat. Sebab tu, memandu kena berlapang dada dan hati. Kalau kereta sebelah tekan minyak bawa berlumba, biarkan, buat tidak nampak. Jangan cepat emosi. Dia mungkin tidak sayang nyawa dan tiada matlamat hidup.
Balik pada modified kereta tu, sebenarnya the only benda yang berubah sejak Saga ni dengan aku adalah, tinted sedikit gelap dan entah apa nama tu yang tinted cermin depan di bahagian atas tu. Itu pun husb yang buat. I told husb, ‘do what you wanna do with your car, not mine’. Jangan ubah apa-apa pun. I like it just the way it is. Lagipun, buang masa je dia modify, aku takkan perasan. Macam tinted tu, aku taktau pun. Aku ingat memang begitu kejadiannya semasa dibeli. Hohoho =.=’
But husb adalah penyayang pada kereta dia. He even named it. And talked to it =.=’ Dia akan marah kalau aku bawa kasut banyak-banyak masuk kereta dia. Semak. Bahkan, kalau calar sedikit pun dia notice. Aku pula, car is just a car. Asal dia ada tayar empat biji, ada stereng, ada enjin, boleh jalan, kira okay lah tu. Kenapa aku perlu bayar pula untuk kasi cantik luaran, sedangkan orang yang tengok. Bukan aku. Kan?
Jadi, bersandarkan ini, kamu boleh agaklah ah, macam mana besar mata aku bila husb kasi tahu dia beli rim harga sekian-sekian (which is lebih sedikit dari gaji aku sebulan) untuk item itu. Like whaaaaa…? Tapi dia beli sebelum kahwin lah. I guess mata aku masa tu sama besar dengan mata dia bila dia tahu harga sebatang pensil untuk lukis mata (iaitu, eyeliner) aku boleh cecah harga RM50. Sampai dia cakap, pensil begini pun sampai lima puluh? Kenapa tak pakai pensil 2B jak? Erkk..
KBai. Have a good day, all!
No comments:
Post a Comment