Hari ni hari mood swing T_T Memang tiada mood nak bergurau senda. Plus the fact dah tiga hari saya terbangun terlalu awal , kemudian tidak dapat sambung tidur. Saya pen-Tidur type B; kalau dah terbangun, memang susah nak tidur balik T_T Memang menyedihkan apalagi kalau kau terbangun jam 1 pagi. Hambik kau sampai subuh berjaga tanpa rela T_T Mujur ada banyak entertainment dirumah, meski di tengah malam. Sentiasa ada astro, laptop, game, phone dan banyak lagi untuk di-explore. Can always find something to do, ekeke
Oh jangan tanya saya pen-tidur type A. Saya tahu B sahaja. B for Bob, hehehe Okeh okeh, sambung balik tentang mood swing tadi *terus buat muka siyes ganti senyum kat perenggan sebelumnya*. Saya macam ada banyak nak kata, tapi malas nak cakap nak explain. Macam tiba-tiba jadi malas, elehh macam sebelum ni rajin.
Semalam Bob kata, mungkin hujung bulan dia nak bawa pergi Labuan atau Tawau. Saya pasti lah okay sahaja, I datang bawa diri saja, he’s the driver and the bendahari kan. Mood betul betul tak menentu sekarang ni, macam lost focus pun ada. Kenapakah??
No comments:
Post a Comment