Hi peeps, (especially those yang baru nak try naik motor).
Ehem. Ehem. Buat muka serius. As mentioned in previous entry Naik Motor: Fun Fun!! , I shall share with you apa best dan tidak best naik motor pergi kerja di bulan puasa. BULAN PUASA ah. Spesifik sudah saya mention itu. Lain bulan, lain keseronokan nya (??). Hehh.
BEST BEST BEST!!
1. Tidak Jem =) Bila naik motor, hanya stuck bila di traffic light saja. SEE?? Setakat jem, boleh ja menyelit. Save your 15 minutes. Nahh, kalau naik motor jam 7 dari rumah, jam 7.30 boleh sengih-sengih sudah thumbprint di office.Hew Hew
2. Jimat minyak, sekaligus jimat wang. Nah, ekonomi betul kalau naik motor. Kinarut-KK-Kinarut-KK tidak sampai RM 5. Kereta mahumahu juga RM 15.
3. Segar semulajadi. Tidak perlu aircond segala. Dijamin kau sejuk selalu, tanpa perlu buka tingkap pun.
4. Mengeratkan hubungan suami-isteri. *Gila kelakar* Ehem. Siyes balik. Kalau dah naik motor, of course lah pembonceng kena peluk penunggang kan, ehem. Naik keta mana dapat peluk, ada handbreak gear segala jadi penghadang. Naik motor lebih mesra. Eceh. Apa bah kau tulis begini time puasa ini??!
Macam mana? Terpengaruh ka? Saya ada gaya buat marketing kan. Haha Tapi, ada juga part tidak best naik motor ni..
TIDAK BEST AHH !!
1. Kalau panas terik memang menangis lah weh. Boleh menitik-nitik peluh. Tapi, nasib saya suka panas. Panas buat saya mengantuk.
2. Kalau hujan lagi sedih, terpaksa berteduh mana-mana. Tapi, kalau dah nampak macam nak hujan, memang terus cancel naik motor. Once in last year Ramadhan, hujan time di KK. Terus Bob call Wada, nak tumpangkan saya. Kesian dia berhujan. Dia pun kesian kan saya berhujan, sebab tu suruh saya ikut kereta adik dia. Sweet.
3. Kereta berlagak yang ignore motor. Ini lagi lahh, mentangmentang dia naik kereta, dia boleh saja buat-buat tak nampak motor di tepi, terus unexpectedly masuk our lane, sungguh biadap. Kalau kereta sama kereta begitu, tidak apa lagi. Ini motor oh, membahayakan nyawa orang lain saja. Eleeh, takat kereta kancil nak berlagak. Macam I herann.
4. Muatan kecil. Tempat letak barang kan cuma raga kecil tu. Eleh, masuk beg saya terus dah penuh. Sebab itu saya suka naik kereta, saya kan banyak muatan. Paling menyedihkan, bila harus ke bazar. Faham tak, BAZAR?? Ehh pergi bazar masa puasa mana cukup beli takat tiga plastik weh. Paling kurang mesti beli pukal punya sampai bonet kereta pun tidak muat. Raga kecil tu kapasiti cuma muat tiga bakul plastik saja. Encik suami kata kalau nak beli banyak boleh juga tapi nanti kena singgah Giant kejap pinjam troli ikat di belakang motor.. T_T
So, dengan membaca pro-kontra ini? What say you?? Ona boleh bentangkan hujah saya ini kepada encik Afiz yaa.
BTW, saja nak share. Yang dibawah ni Bazar Kinarut. Saya malas nak pergi. Bosan ah macikmacik asyik tanya perut ada isi ka tidak T_T Dah macam tiada soalan lain. Kalau dah tanya meremukkan hati saya lepastu bagi saya kuih percuma tidak apa juga. Joking lah. Tak baik bermasam time puasa ni. Babai.
2 comments:
1. tudung ku rosak. penat ok mengekspress art terhadap lilitan tudung yang akhirnya rosak oleh helmet.
2. mekap cair. tho i din wear a heavy one but still - cair kan kalau kena panas.
3. the accident part. mesti yg bawa motor akan cedera lebih.
but on the other side aku suka kalau bermotor neh nampak RANGGI. eceh.
Ona, part tudung aku setuju. rambut memang nda ketentuan jadinya selepas dari motor.haha
Post a Comment