SI ROMANTIK
Bawa kereta asyik nak follow dekat dekat. Aww so sweet. Jaga-jaga, jangan sampai cium buntut I tau.
SI PENGHIBUR
Sepanjang jalan pasang lagu kuatkuat. Bass dia 10 kilometer boleh dengar. Pula tu open window. Terima kasih lah. Boleh tuju lagu??!
SI BAIK HATI
Masa dekat simpang, semua kereta di bagi nya jalan. Satu dua ketul kereta memang masuk akal lah, bertimbang rasa kan. Tapi kalau sampai 10 kereta? *Nangis.
SI PERAMAH
Habis semua di-hon nya. Kadang siap high light 2,3 kali lagi. Tahulah peramah.
SI PENERANG JALAN
Pasang lampu kereta macam lampu stadium. Ehh kalau macam tu I takpayah pasang lampu kereta I lah kot. Boleh share lighting kan?! Sharing is caring.
SI PELANCONG
Bawa kereta slow (read: 40kmj) sangat. Lepas tu teragak-agak nak belok mana. Mungkin dia ingat tepi highway neh ada tempat berkelah kot.
SI PELUMBA F1
Bawa laju gila gila (read: minimum 120kmj). Mungkin dia salah faham sikit. Dia ingat jalan raya neh mirip litar lumba lah. Aku bawa 100kmj dia selamba potong. Hmm. Memang lah kot, sometimes kalau aku pun nampak jalan lengang, kereta ada 2,3 buah saja, laju pula tu, terus terasa macam di litar lah. Semacam ada perasaan timbul bahawa harus kejar kereta depan sampai dapat overtake. Huh baru puas hati pelumba macam aku neh. Konon.
SI PEMALU
Malu-malu nak bagi signal. Dia ingat semua orang ada telepati macam dia. Boleh tahu kereta dia nak masuk lorong mana.
SUKA BAGI KEJUTAN
Tiba-tiba saja masuk lorong orang tanpa pesan. Lepas tu tiba-tiba saja belok kiri, juga tanpa pesan. Ada harapan juga orang terlanggar dia neh tanpa pesan.
SI GELOJOH
Dekat lampu isyarat, orang lambat gerak sikit dia hon-hon-vroom-vroom. Orang lain pandu ikut had laju, dia hon-hon-cucuk-cucuk-high light- high light di belakang. Padahal boleh je dia overtake. Orang queue panjang, dia selamba saja potong barisan. Ewaah. Kirim salam lah aku nak bagi. Pftt.
SI SOMBONG
Sudah kita bagi dia jalan (kes nak masuk lorong sebelah potong queue), langsung tak pandang si pemberi jalan yang dah baikhati bagi jalan. Buat bodoh saja. Angkat tangan senyum pun tidak. Its okay, I tahu you takde tangan sebelah lepastu mulut you terlekat gam kan. Nevermind. I faham.
Anything Else??
-------------------------------------
Confession: I, myself NOT a Confession #2 : You'll be surprised of the fact that I HAV NO DRIVING LICENSE AT ALL, but tell you what I am driving good enough than those yang ada license. I never bumped into anything so far (Insya Allah dan Alhamdulillah) and been driving regularly almost everyday since 2007, from KK-Papar. Nevermind lah, I am planning to take my license next month (or next year!).
Time and money, itu kekangan terbesar dalam mendapatkan lesen, sebenarnya.
1 comment:
itu bukan si penghibur ya. penjual kaset! ahahaha
Post a Comment