Salam Jumaat.
Comel nya. Source : Manjakuhappy.com
Selepas membuat statement I-dislike-Kurung, sudah tiba masa nya
menjernihkan reputasi diri dengan menyatakan pula
5 Sebab KenapaSaya Orang Jarang Pakai Baju Kurung;
(Sendiri punya salah pun mau kasi ikut orang lain)
menjernihkan reputasi diri dengan menyatakan pula
5 Sebab Kenapa
(Sendiri punya salah pun mau kasi ikut orang lain)
Nature Of Working
Kalau sudah kerja kau jalan sana jalan sini, perlu giat ligat bergerak, tak sesuai rasanya berbaju kurung. Leceh lah, mau gulung lengan baju lagi sampai siku. Dulu saya angkat training material lagi sampai 40-50 sekali jalan, sebab tu saya tapakai baju kurung. Terbawa-bawa sampai ke anak cucu eh sampai ke hari neh.
Etika Pakaian di tempat kerja
Office mengamalkan berpakaian secara free-officewear-style. Asal menepati atau sipi-sipi pun okay. Tak lah sampai hari-hari mesti pakai kemeja. Jangan nampak santai sangat, sudah. Jangan pakai jeans, jangan pakai macam mau singgah club lepas kerja, jangan pakai macam macik berjual di pasar, selain dari itu, boss kami sporting. Yang penting presentable. Tapi saya reserve blazer satu di office, in case need to meet anyone kan. Kurung tak wajib sangat di private sector.
Kesesuaian
Kalau hari tu job task agak-agak clerical stay office sahaja, maka ada potential saya pakai kurung. Kalau perlu meeting, meet-out dan sebagainya saya prefer casual style. Lebih memboost konfiden. Heh, kalau aku pakai kurung macam awkward gerak geri aku. Terlampau manis terus. Aww.
Tiada Stok Baju Kurung
Bayang kan, buat baju kurung cuma time raya aidilfitri. Dan kalau ada event kawanbaik kahwin. Raya setahun sekali. Kebarangkalian kawanbaik kahwin tiap bulan pula memang mustahil, kecuali kau ada banyak kawanbaik. Atau dia kahwin balikbalik. Who knows? Raya tadi buat dua pasang, kawan kahwin buat 2 pasang, total baju kurung cuma empat pasang. Kalau hari-hari pakai baju kurung pergi office, masuk hari ke-empat pula bagaimana? Takkan ulang balik yang Isnin punya? Pula tu baju kurung bukan boleh mix and match. Colour dan texture pun dah tak sama. Point disini, orang yang jarang pakai baju kurung adalah disebabkan dia tiada banyak baju kurung.
Faktor Penyumbang lain
Sebab UTAMA pasti lah MALAS. Malas menyeterika baju (I hate iron baju, uuu). MALAS bangun awal untuk menggosok baju. MALAS tidur lambat untuk menggosok baju. MALAS jalan sopan sebab pakai baju kurung kan takkan nak langkah besar-besar. MALAS mau jalan jauh sebab takboleh langkah longkang besar dengan baju kurung jadi terpaksa pusing ikut jalan jauh. MALAS cuci baju kurung sebab baju kurung kena pakai dengan kaindalam dan bajudalam, maksud kalau baju kurung kena cuci 4 helai, jadi kalau pakai 5 hari berturut kena cuci sampai 20helai tak termasuk baju encik suami. Hah kalau senarai MALAS saja memang pannnjang berjela.
---------------------------------
PS1: Keira memang rezeki anak kecil betul lah!
PS2 : Just changed my template into basic one. Okaylah tu for this moment. Macam terabur saja template sebelum neh kan. Tasenang hati tengok. Something wrong lah somewhere.
PS3 : Selamat Hari Raya Aidiladha =) dan Selamat Bercuti.
PS4 : Raya Haji nanti, genap dua tahun lah. RIP Fatin Nadiah dan semua mangsa Tragedi Bot Karam Banggi. Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment