Nuffnang Ads

Thursday, January 26, 2012

'Aku janji aku sayang kau macamana aku sayang dia'

Pernah kah kau rasa begini?

Kau happy dengan pengganti, tiba tiba kau sedar bahawa pengganti tu tidak akan sama dengan yang lama?
Sikit pun tak sama.
Walau sempurna mana pun pengganti itu, sikit pun ia tak mampu menandingi yang lama. Sebab bersama yang terdahulu, kenangan banyak tercipta.

Susah senang bersama. Jatuh bangun bersama. Kawan menangis, kawan ketawa.

Tiba tiba kau rasa KEHILANGAN.

Begitulah aku rasa. Saat ni aku betul betul rasa kehilangan. Betul betul aku rindu ATOZ.

Hei, aku bercakap pasal kereta lah. Bukan pasal siapa siapa. Please dong. Jangan sentap begitu.

Aku akui saga ni baik. Jauh lebih baik dari atoz (buat masa ini lah! We'll see.)

Ruang lebih luas. Aku boleh buka butik kasut disini. Tiada hal. Performance mantap. Boleh bawa laju laju. Atoz tu baru 100kmj sudah gegar. Apa macam mahu ikut racing begitu. Saga mungkin boleh sampai 200. Mungkinlah. Belum cuba. Eh tapi pasti bolehlah. Kalau tak boleh kenapa di meter tu sampai 200kmj?? Okay, terserlah keBONGOKan aku di situ T_T

Tapi tapi tapi. Perasaan aku pada saga tidak sama dengan perasaan aku pada yang dulu. Dengan atoz, kami ada bonding kuat. Lebih mesra. Mungkin aku perlu masa untuk tumbuhkan rasa pada saga ni. Ya, aku cuba.

Balik kerja malam malam, aku peluk stereng kuat kuat, tiba tiba tersedar ini bukan stereng dulu. Yang bersama aku selalu. Yang setia temankan aku. Bukan player yang temankan aku bernyanyi bila aku stuck dalam jem. Bukan lagi cermin sama yang aku tolak ke atas bila bulu meremang seakan ada entiti lain menumpang. Oh damn, lebih ramai entiti dapat tumpang aku lepasni.

Bila aku sedar bukan ia lagi yang bersama temani hari hari ku, aku kata pada yang baru, be nice to me. Sama sama lah kita temankan satu sama lain okay.

Aku janji aku sayang kau macamana aku sayang dia.

Ps: aku rasa banyak kenangan manis antara aku dan atoz. Kadang aku guna sebagai password juga.

Pss: 5 tahun bersama. Memang tidak mudah melupakan.

Psss: kenapa aku emosi begini neh? I know! Its just A CAR kan?! No, its THE CAR. The first one ;(

posted from Bloggeroid

2 comments:

cinoidotcom said...

mana suda tu atoz?

Dayz J said...

Cinoi; Sold for good =)

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers