Nuffnang Ads

Friday, May 25, 2012

Gaining Too Much Weight

 

As you all know, berat ai dah naik noks. Sentap ai. Hahaha

 

Tapi kalau ikut BMI, aku masih berada di tahap normal. Tahap sihat lah. Itu ikut kiraan saintifik. Secara personal, aku memang rasa dan tahu aku gemuk sedikit pun. No hal. Cuma, kalau part memilih jeans baju tu, ehem memang seksa sedikit lah. Hanya perempuan sesama perempuan saja tahu annoying nya diri bila jeans tidak lepas paha okay. Eh.

 

Jadi, aku dalam proses kurangkan berat untuk lebih kurus sihat dan fit. Ehem. Average berat aku sejak dewasa cuma 50-55 kg sahaja. Sejak kahwin, naik 55-60 macam tu. Tapi sejak dua tiga menjak ni melampau betul tahap keberatan itew. Timbang timbang je dah 67kg, what? Eh, WHAT??! Hehe

 

Maka, haruslah aku guna tips lampau untuk menurunkan extra kg tu. Aku rasa berat aku bertambah atas banyak sebab, seperti berikut (ewah);

  • Makan secara melampau eg Breakfast, Lunch, Tea Break, Dinner, Supper semua lengkap.
  • Makan menurut nafsu eg Boleh je makan mee goreng DAN ayam goreng DAN telur sebagai breakfast. Die oh.
  • Makan selepas jam 6 eg Kan sampai rumah dalam jam 7 macam tu, masak lagi, jadi makan tu biasanya selepas jam 7.30. Dulu, masa aku bujang dan study, aku akan pastikan jam 5 masak sudah dan sebelum jam 7 seisi keluarga makan malam sudah.
  • Husb ‘paksa’ makan eg Kadang tu aku bukanlah nak makan sangat, tapi bila husb makan (dan aku kena temankan dia makan), pandai terliur aku mau makan. Sudahnya, makan lagi banyak dari hub =.=’
  • Banyak kerja, banyak makan eg That’s how sometimes I reward myself, kadang kalau stress yak ampun kerja bertimbun, aku cari ketenangan dalam makanan. Eheh. Konon.
  • Ada geng makan-makan eg Hah, ni lah punca paling utama kali. Sebab di ofis aku ada kawan makan, dan kawan yang kuat makan. Jadi, kami boleh pergi makan 4 orang tapi order macam 6 orang punya, tapi habis. Eh?

 

Hah tu lah pasal. Itu lah punca menyumbang tu aku rasa. Terutamanya geng makan-makan tu. Hari hari (most) mau makan sedap dan banyak. Tadi, pergi KFC, sebab aku ada Shell Voucher Meal 2 (4 ayam + Coleslaw + Cheese Wedges+ 2 air), dan Siti ada Meal 1 ( Colonel Rice), jadi aku pesan Kok sama Fendy jangan beli yang ada ayam, lagi bagus kalau jangan beli. Share ja. Tup-tup di belakang aku meng-order juga. Fendy ambil X-Meal, Kok ambil Jom Jimat Nasi. Astaga. Aku sudah bilang nda payah. Jadi takkan aku kasi habis ayam 4 ketul? Aku paksa diorang makan. Percayalah, semuanya habis. SEMUA =.=’

 

Oleh kerana jeans kesayangan aku sudah tidak muat, jadi aku haruslah bertindak segera. Jadi, aku buat few schedules for myself. Kira macam my fitness routine. I envy you guys yang selalu pergi joging tiap petang di Perdana Park or Likas tu ah, atau yang hebat berzumba tiap minggu. Sorry, I think that’s too radical on me. I have tight schedule everyday, I don’t think I can make any detour to any jogging park pun. Plus, aku taboleh lah penting kan diri sendiri, when I have husband untuk dijaga. Eceh.

 

Jadi, aku akan buat di lingkungan termampu lah hoh. Seperti ini;

  • No heavy breakfast or teabreak for me eg No nasi lemak, no ayam goreng, no mee goreng, at least for one month trial. Swap into a more healthy menu iaitu FRUIT SALAD (yang sedap serius sedap!).
  • No junk food in between works eg I realize sometimes aku bukannya nak sangat makan segala macam tu, tapi aku mau mengunyah sesuatu saja pun. So, junk food akan diganti dengan FRUIT SALAD. Akan di re-stock di freezer office.
  • Delay Food eg This works for me on my caffeine routine. Remember aku cakap dulu betapa addictednya aku pada nescafe 3 in 1, currently my obsession boleh dikawal. Dari 4-8 sachets sehari. ke 1 sachet sahaja. Dari tiap-tiap hari ke seminggu 2 kali saja. Caranya ialah, everytime you think of caffeine (food), try to delay it. Macam bila aku nak minum, aku cakap kejap lah buat ni dulu, buat tu dulu, nanti tengahari lah, nanti petang lah, lama-lama aku lupa sudah. It works for me =)
  • Bersukan (real sukan) at least sebulan 2 kali, for starter eg I choose bowling lah, can lah for this moment ah, bola-bola segala tu tidak mampu lah buat masa ni. Tapi jogging, ya sebulan sekali lah buat permulaan.
  • No food after 8 eg Maksud aku makan selain dinner lah. Kadang aku malam cari burger lagi =.=’
  • Banyak minum susu eg Ni memang aku dah start. As a way to slowly replace coffee juga, jangan kestau coffee ah.
  • Ambil supplement eg Ni penting, dulu bapa aku selalu suruh ambil b-complex lah apa lah, tapi aku degil. Lepas tu diri tidak bermaya dan lesu baru mau bising kan. Sekarang aku ambil supplement lah sudah, Vitamin and B-Complex ni.

 

In fact, I’ve been practicing this (some) since last-last weeks. My current weight, is 63kg. 3kg more to go. Yeah.

 

Okbai. Mahu pulang.

No comments:

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers