Bismillah. Cakapan aku kali ini sedikit tone down ya. Keputusan untuk berubah ini telah lama ada. Meresap perlahan sejak kahwin. Bukan sejak Hana Tajima dan Yuna famous ya. Tapi asyik nanti dulu nanti dulu, sampailah kini.
Aku takut perubahan sebenarnya. Menjalani hidup free hair, lepastu begini (hijab) bukan mudah. Langkah besar bagi aku. Aku risau penerimaan orang. Bukan orang luar, tapi orang sekeliling. Yang selalu melihat aku free hair, lepastu berubah begini. Penerimaan merisaukan aku. Tapi, aku nampak Ieda can make it rilek saja, why not me.
Kamu boleh baca kenapa Ieda berhijab disini. Ada turning point nya. Dan, aku perlu berubah juga, macam dia. Aku tak perlu tunggu turning point begitu baru mahu berubah. Asalnya, it was me and Gma yang mahu berhijab. I remembered we talked about this on Keira's First Birthday. Kemudian aku menemankan Gma membeli tudung few months ago. Shopping for hijab was my girls' current passion, sejak Adeq berhijab Januari lepas. It was Gma next, then sepatutnya aku. Ieda never mention about this. Sampailah that turning point =) Ieda strong bah.
Tapi aku? Aku ada turning point aku sendiri. The late Jack. Pemergian Jack betul-betul mengejutkan aku. Dia masih muda. Tanpa sebab dan alasan, sekelipan mata sahaja dia tiada. Aku menangis masa pengebumian dia, rasa macam disbelief amat. Ingatkah aku pernah cakap, Kak Tiny tanya adakah aku berani tengok muka orang meninggal, kalau tidak jangan tengok. Aku berani. Aku tengok. Dan aku okay, masa tu. Tapi malam itu, malam itu aku tidur menggigil, aku terbayang muka dia, dalam hati asyik cakap kasihan kasihan kasihan (boleh kah aku cakap begitu?). Aku tidak boleh ditinggal sendiri. Bila aku sendiri, aku cepat takut, gelisah dan sedih. Buat beberapa malam aku tidur dipeluk dan mendengar alunan ayat suci Al Quran sampai lena. Seminggu kemudian, baru aku beransur pulih. Baru pulang semangat, orang bilang =)
Selepas itu lah aku mula berfikir banyak perkara. Aku sebenarnya suka baca Al-Fatihah tiap kali teringat mereka yang telah tiada. Tiap kali ingat atau even baca yang meninggal di news paper juga aku recite Al-Fatihah. Aku harap dengan ingatan (bacaan) ini, mampu menolong mereka di sana. Aku berharap aku juga dibantu kelak, bila aku tiada, Insya Allah. Tapi, bagaimana dengan Jack? Apa aku mampu buat untuk bantu dia? Tiada. Sedih.
Dulu, masa hidup kami selalu bantu dia, jaga dia, ingatkah aku cakap dia macam adik kecil yang disayang semua orang? Nah, begitulah. Bila dia buat silap, kami boleh jaga dia. We have his back. Kami mampu pastikan dia selamat disini. Tapi sekarang di sana bagaimana? Apa kami (aku) boleh bantu dia di sana? Tiada. Aku tak mampu. Kita terputus hubungan, kawan. Sebab, kita lain pegangan.
Itu dia. Bagaimana dengan aku kelak? Siapa akan bantu aku? Kalau ada, syukur alhamdulillah. Kalau tiada? Nah. Jadi, haruslah aku selamatkan diri ku sendiri sekarang. Masa aku masih hidup. Masa aku sihat. Cara aku membantu diri di sana adalah dengan beriman kepada Allah, mengikuti perintah-Nya. Dan, semua langkah besar itu aku harus mulakan dengan langkah 'besar' yang ini ; berhijab.
Jadi, aku mula kecil-kecil bertatih perlahan-lahan dulu ya. Ingatkan aku kalau aku tersilap. Bantu aku kalau aku sesat. Perkahwinan lah yang banyak 'memaksa' aku berubah ke sisi yang lebih baik. Perkahwinan buat hidup kau sempurna dan ringan (sebab kurang dosa). Banyak perkara haram menjadi halal selepas berkahwin =))
Aku akan start perlahan-lahan (boleh jadi sangat perlahan), jadi please dont be so harsh on me =) Aku akan mula dari kosong. Dari langkah paling kecil. Aku akan delete (atau ubah setting) gambar di Facebook yang tidak sesuai perlahan-lahan. Aku akan mula berubah perlahan-lahan. Insya-Allah.
'Jika kau tidak mendapat apa yang kau hajati di dunia itu tidak mengapa, kau akan dapat di akhirat kelak. Jika kau rasa dunia tidak berlaku adil pada kau juga tidak mengapa, yakinlah Tuhan pasti beri gantinya. Kalau kau asyik cari keadilan di dunia ni memang kau kecewa sebab itu tidak wujud, cari lah keredhaan-Nya, itu sudah cukup.'
PS : Aku sebak teringat masa Jack di church. Aku nampak Ms Ginny bersungguh-sungguh berdoa untuk Jack. Doa dia panjang sambil pejam mata. Usai dia berdoa, dia kesat air mata. Betul-betul bersungguh Ms Ginny berdoa untuk Jack. Its final respect, tiada lagi seumpamanya selepas neh kan.
1 comment:
support! :)
Post a Comment