Hai. Dah lama tak update ye. hiks *gelak sambil tutup mulut. Fine. Perasan comel. Boleh blah.
Sebenarnya minggu ni aku jadi malaslah mahu menaip. Jadi kerja aku di office, adalah main game. Peh. Gila. Ingat kami boleh main game kah, blocked tahuu. Aku cuma not in writing mode. Siapa follow tweet aku, dan kenal-mesra di tweet akan tahulah apa ceritanya sedikit. Tidak. Aku takkan tulis disini secara panjang lebar.
Cukuplah kamu dan kamu tahu belog adik ipar aku telah di hack-ed. Dia sebenarnya sudah lama tidak active belog itu. Since 2010. Tapi, post terdahulu dia telah/ masih/ tetap menerima komen dari anonymous. Ya, orang yang berselindung di sebalik nama ‘anon’ dan menulis komen yang keji di belog tersebut. Komen yang boleh menjatuhkan maruah ipar dan ADIK aku. Lain-lain hal berbangkit itu aku tutup mata sahaja lah. Aku ada juga meminta pendapat encik Hazrey berkenaan perkara ini, memandangkan beliau mungkin mempunyai sedikit pengalaman mendepani isu sebegini ketika kes Amira. My brother sudah lodged police report. Jadi, hati-hatilah ketika menulis di belog. Jangan cerita perkara yang terlalu detail dan mendedahkan rahsia peribadi orang lain. Paling penting, jangan sesekali berkongsi username and password walau dengan siapa pun. Don’t matter how strong you trust him/her. Faham tak. Faham tak.
Okay. Melampau lah ai ni tulis emosi begini kan.
TUKAR TOPIK.
Tadaaa..!!
Teaser lah konon. Ahh, tapayah nak teaser menggaru hati bagai. Ini adalah sedikit mini celebration photos of Keira’s First Birthday. Keira adalah baby pertama dalam DSOLG. Maka, tak hairanlah dia di kasihi sedemikian rupa. Ah touching nya aunty Dayah. Bhahaha
Sebenarnya, kalau taksilap Keira’s birthday ni 15 Jan. Tapi, masa tu Adeq’s family di KL-JB bercuti. So, masa cuti CNY baru lah dapat buat mini gathering sedikit. Semua hadir kecuali Elma.
Tengok gambar atas ni. Aku memang punya hobi lah dalam mengambil gambar ‘artistik’ begini =8 From left, Adeq the mummy, Jani the single-but-not-available lady, and Pye the mommy-to-be. Saja je aku buli Keira ambil gambar dia tutup mata begitu. Hahaha Ieda yang tengah ambil gambar tu, Gma yang ada sipi-sipi muka di belah kiri tu, dan aku tengah ambil gambar ni. Patutnya aku dengan Gma lah yang duduk between Adeq dan Pye, mengambil berkat ibu-ibu kan. Yang Jani pula tiba-tiba tu apa pasal. Jani, kau taboleh langkah bendul tahu.
Okey. Fine. Fine. Kalau Jani tabagi aku ambil berkat sama ibu-ibu tidak apa. Aku ambil berkat terussss dari Keira. Nahh. Eh, Keira jangan lah buat muka reluctant begitu sama aunti.
Anda ditinggalkan dengan gambar perasan hebat ini. Comel lah.
PS : All this while, aku tatau pun radio kereta tu boleh kena off T___T Keira amai tangan tekan-tekan baru aku tahu harus tekan lama dong baru ia off. Mujur ada Keira. Ehem. Keira is awesome.
No comments:
Post a Comment