Aku dah tengok dah Sumpahan Kum-Kum tu. Hahaha
Mahu cakap seram gila terbawa di mimpi tu tidaklah. Tapi ya, memang ada certain scene boleh buat sakit jantung. Biasalah, ayam pun kalau dalam cerita hantu boleh nampak seram.
Cerita dia sederhana. Tapi agak ‘pelik’. Apa yang pelik. Nanti kamu baca sampai habis.
Si Aziz (mungkinlah itu nama dia) pulang melawat mak dia di kampung, bersama isteri dan anak dia, Tini. Nama Tini tu aku ingat betul, sebab macam nama keliks aku yang paksa aku interview di KYS. Hohoho Tini tu berumur 11 tahun, sekali itulah baru dia visit nenek dia, sebab selama ni nenek dia tak bagi dia balik kampung. Sampai kampung, nenek dia nazak, susah mau meninggal. Dibuka atap baru meninggal. Malam tu Aziz diganggu, dia terjumpa Mila (mungkin. Aku tak aware part neh) dan pengsan di kawasan kubur lama.
Esok nya, dia paksa wife dan anak dia balik KL dulu. Dia ada unfinished business. Malam tu, dia diganggu lagi. Lepas tu, dia tumpang stay tempat makcik dia, MakSu. Maksu dia cerita lah rahsia yang hanya dia dan mak Aziz tu sahaja tahu. Dulu, ada satu gadis ni, Mila. Muka dia hodoh berkerutu. Semua orang ejek dia, tamau kawan dengan dia. Last-last, dia pergi minta bantuan dengan mak Aziz ni, yang kebetulan adalah dukun (mungkin. Atau ada sedikit ilmu.). Mak Aziz ni ajar Mila ilmu kecantikan ni, mandi bunga segala, tapi ilmu ni ada syarat. Pengamal tidak boleh tengok wajah sendiri di cermin selama 44 hari.
Apabila ilmu telah manampakkan keberkesanannya, semakin ramai orang yang suka dan memberi perhatian pada si Mila ni. Akibat tidak sabar mahu melihat kecantikan baru nya itu, dia pun melanggar pantang melihat cermin. Wajah dia jadi super hodoh. Lebih hodoh dari asal. Mak Aziz tu kata, penawar cuma satu cara sahaja; meminum darah anak dara sunti. Mangsa pertama Mila adalah, adik perempuan Aziz . Bodoh tak bodoh?! Jadi, si dukun ni terus auto-detect lah bahawasanya anak kesayangan dia telah dibunuh oleh Mila. Dia pun balas dendam, bunuh dan kubur si Mila di hutan. Sebelum Mila tu mati, dia bersumpah, dia akan bunuh semua anak dara sunti keturunan dukun itu. Lepas tu, kamu fikirlah sendiri apa kesudahan cerita hantu tipikal ini ya.
Bagi aku, motif dia membalas dendam tu tak cukup kuat lah. Mila tu bersumpah macam tu, sedangkan dia lah juga punca segalanya. Out of so many virgins out there, dia pergi bunuh anak dukun tu. Gila kaw mak dia tak mengamuk. Kan kan?! Haruslah noks.
Empat puluh empat hari tak tengok cermin bukanlah impossible bagi orang macam aku. Hoho Tak susah sangat pun syarat tu. Lepas tu kalau kau orang notice, selimut Mila tu corak LV tu. Macam ketidaktelitian tu obvious sangat. Ikut timeline, kejadian tu mungkin 11-12 tahun lalu, sekitar 2000-2001, taktau lah selimut bercorak LV tu ada ke tak time tu.
Kenapa ‘kum-kum’? Originated from Assalammualaikum punya kum dekat belakang tu kan. Tapi, kenapa pula hantu nak bagi salam. Mila bunuh anak dukun tu dekat tandas, macam tandas R&R tau. Persoalannya, kenapa dia follow sejauh itu just to kill her? Masa kat kampung tu dah boleh je kot.
You guys tengoklah cerita ni. Not bad. Seram tapi not so lah. Aku pun tengok di AstroFirst sahaja. Elok juga tengok di rumah ni. Tiada sampukan jiran sebelah menyebelah jadi pencerita, tiada rasa jelik terganggu pasangan couple yang asyik meraba-raba (kisah benar!), tiada penonton yang racau bagi respon tak ketentuan (contoh ah, scene seram dia gelak-gelak macam berani lah, padahal kami tahulah sebenarnya kau lah yang paling takut tu kan).
Kbabai. Oh, kami ada order Bujang Terlajak juga =) Semua sebab Fazura.
No comments:
Post a Comment