Hari ni Valentines kan. Aku tasambut pon. Tapernah sambut pon. TAPI, banyak cerita sedih pada aku setiap 14 Feb. Sedih, fikir balik lucu ya.
Tahun 2001, masa aku masih si manis 16 (pfffft, muntah taw!), aku dengan Gma pernah pranked cikgu praktikal taw. Cikgu Donny, dia ajar Ekonomi Asas. Dia akan sebut mengAGIHkan sebagai mengANGGIHkan. Lucu lah cikguu. Dekat sekolah, ada persatuan jual bunga dan bagi khidmat hantar terus kepada requested one. Dapat tangkap cerita ni?! Jadi, aku yang super nakal order bunga, tulis ucapan manis, signed card as Secret Admirer and delivered to the teacher. Aku pun tak tahu apa yang lucunya perkara ni. Short-minded lah aku masa itu kan. Kelakar tau tengok muka blur cikgu itu menerima bunga. Haha
Perkara menyedihkan itu berlaku selepas itu. Masa aku ber-huha-huha gelak, aku mendapat tahu kawan aku mahu pindah sekolah pergi SMT. Kawan itu adalah my crush taw. Haruslah sedih kan. Tiada lagi sinar suria menerangi jiwaku. Bwekk. Sinar suria lah konon, padahal baru sahaja beberapa minggu sebelumnya aku pedajal dia. Gam seluar dia di kerusi. Bhahahaha. Biasalah, orang yang kita suka lah kita akan buli kan kan kan. Berbalik kepada kisah sedih itu, lepas dengar tu terus macam malap dunia aku. Terus tiada mood mau stay PUM di sekolah. Balik dengan langkah longlai, bro. Menapak pergi tunggu bas dengan muka mahu kena tampar neh. Sepanjang jalan, pikiran ku tidak ketentuan. Galau. Meracau. Ah, melampau punya kata adjektif.
Turun bas, sampai pekan pun masih muka marung. Oh marung-marung juga, soto jangan lupa beli. Lapar neh termerajuk tadi di sekolah. Soto tu aku letak sekali dalam paperbag, bersama-sama buku rujukan lain. Biasalah, budak baru masuk aliran Sains Tulen, haruslah bertrip macam aku paling hebat di sekolah. Pfftt. Dari pekan, aku kena jalan kaki dalam 800meter begitu untuk sampai rumah. Macam biasa, dalam drama ada losers yang akan duduk lepak kedai kopi kacau budak kilang sekolah kan, hah aku pun kena ayat-ayat juga masa mahu pulang tu. Abaikan. Tapayah tarik muka, muka aku masa tu memang nampak bengang dah pun. Diorang tengok pun begagar.
Masa aku layan perasaan dengan langkah longlai itu, entah apa aku fikir masa tu, dalam 200meter macam tu, betul-betul depan sekolah rendah, betul-betul losers duduk lepak kedai kopi kacau budak kilang sekolah tu masih boleh nampak, dalam hujan gerimis, PAPERBAG AKU KOYAK. PAPERBAG AKU KOYAK?!
Ya, koyak sampai semua buku aku jatuh bertaburan atas jalanraya, semua isi paperbag jatuh bertebaran di jalan raya, di hadapan banyak mata yang memerhati. Paling sedih?! Soto aku tumpah. Boleh kamu imejin plastiknya soto tumpah di atas jalan raya begitu. Kalau kau limpas sama aku masa tu, mungkin kau pun kasihan tengok muka aku. Olololo soto tumpah ye dik. Nah duit, pergi beli lagi.
Dari kejauhan, aku dengar mamat loser duduk lepak kedai kopi kacau budak kilang sekolah ketawa secara beramai-ramai.
Sekian. eh, aku cerita begini pun aku jadi kasihan sama diri ku sendiri. Ok lah. Babai.
1 comment:
Siuk!!!!
Post a Comment