Nuffnang Ads

Monday, March 11, 2013

Reviu : Pada Suatu Cinta Dahulu

Assalammualaikum dan hai.

Orang macam aku ni mana lah nak ada masa sangat pergi wayang bagai tengok movie. Sebab tu kalau orang tanya sudah tengok movie sekian-sekian kah, jawapannya memang ndak ada, okay T_T

Tengok tv pun jarang. Hari tu belasah beli vcd sampai 5 keping konon mau marathon masa Bob outstation. Ndak ada pun ditengok.

Tapi tadi aku cuti. Jadi aku amik kesempatan langgan Astro First. Astro lah sumber hiburan aku sekarang. Jadi aku order cerita apa tau? Nih,



.Pada Satu Cinta Dahulu.
 
Sebab?! Jujur nda pernah baca review filem ni (filem lain pun kau nda baca Dayah oi). Nda minat mana-mana pelakon dalam filem ni, kalau kamu tengok pelakon dia pun newcomers belaka. Jalan cerita lagi lah aku nda tahu. Cuma, aku tertarik sama lagu tema dia :) Macam ada sesuatu. Macam mengimbau memori. Susah mau explain. So orderlah.
 
Sinopsis
Berkisarkan alam persekolahan sekitar 17 tahun lalu. Lebih kurang zaman aku sekolah, aku tinggalkan bangku sekolah 10 tahun lalu ja pun. Jadi, banyak benda dalam cerita ni I can relate to (ehem!). Si Zainal ni kena gantung sekolah sebab nakal. Dia siram cat pergi kawan dia yang coba ngorat awek dia (Wawa Zainal). Kena gantung seminggu, disitulah dia kenal si Azura (Intan Ladyana), yang juga kena gantung sekolah. Last last dia jatuh cinta sama Azura, not knowing yang Azura sebenarnya adalah seorang doktor. Azura mempergunakan Zainal untuk tesis dia. Agak sedih ya disitu bila Zainal frust menonggeng di tinggal Azura.
 
Komen Ikhlas
Lagu tema dia sedap. Lakonan Zainal (pelakon baru) consider boleh tahan as a fresh actor. Wawa Zainal banyak kena guna dalam teaser, walhal watak dia nda berkembang nda menyerlah pun. Intan lagi banyak dialog. Wawa agak cengeng dalam movie ini. Satu lagi, kenapa agaknya kalau ada scene di bangku sekolah, akan ada seorang dua pelajar perempuan ikat dua rambut?! Adakah? Well, masa aku sekolah menengah, ndak ada pun pelajar perempuan Form 5 ikat rambut dia begitu, kalau tadika lain cerita lah hoh. Masa aku form 5 juga kami ndak ada lari-lari dalam sekolah, tidak ada. Kamu ada? Lainlah kalau sekolah rendah. Wait. Eh ada. Masa harijadi siapa entah, berlari lari humban telur dan tepung ke muka empunya birthday. Lagi satu, kenapa Aini tetiba jadi pegawai bank? Bukankah ada scene dia di hospital bekerja sebagai nurse? Kah aku silap?!
 
Pengajaran
1.  Masa kecil kau membuli, masa besar kau loser (!).
2. Masa kecil kau dibuli, masa besar kau berjaya. Bukan paling berjaya, tapi for sure lebih berjaya dari orang yang membuli kau.
3. The ugly girl from high school turns to be beautiful lady usai persekolahan. Dan yang si cewek hot cantik jadi loser hodoh bila dewasa. // Pengajaran apakah ini?
4. Cinta, cinta tidak pernah adil. Cinta memang tidak adil. (Zainal)
5. Cinta pertama lah paling sengsara. First time kau belajar kena kasi kecewa, sakitnya memang sakit.
6. Jangan beri harapan pada orang, kalau kau tiada niat untuk serius bersamanya.
7. Jujur dan terus terang adalah lebih baik to avoid more broken heart. Sebab, aku to this date selalu ada perasaan menyampah dengan orang yang kasi tinggal orang lain tanpa sebab lalu berkata satu hari nanti kau akan faham. Macam tutttt. Lagi sadis kalau tiba tiba menghilang diri. Kau tau kah sakitnya kalau tiba tiba kau nda nampak that familiar face anymore? Sakit tau. 2,3 bulan kemudian that stupid fellow muncul call bagitau, 'kau akan faham semua ni satu hari nanti'.  You stupid. I dont want to understand. I want to hate you till forever and ever and ever and ever. Eh. Teremosi pula. Bhahahaha (-__-)
 
Because, the most stupid a person can do to others is to act like he truly really care,
but then walk away like he never care..
 
 
 
 
Thats all. Kamu tengoklah juga. Nanti komen aku apa reviu kamu pula k. Aku sudah tengok Wawa Semput juga. Aku suka tengok cerita simple ndak banyak rundingan.


Wednesday, March 06, 2013

In the midst : What to prepare?

Assalammualaikum and hai,

and reminder too.

1 - Phone must be charge accordingly, frequently. Nasib  sudah beli powerbank. Ini nanti ulas.
2 - Reload mesti ada. Standbye.
3 - On twitter / fb / whatsapp
4 - Jangan sebar ATM/PDRM movement di laman sosial. U know why.
5 - Jangan tulis provokasi di laman sosial. Save your words.
6 - Always be ready, mykad dan tudung senang capai. In case.
7 - be safe be alert. Jangan sendirian.
8 - Always inform others (family/friend) keberadaan anda.
9 - cash in hand cukup tapi jangan lebih
10 - fuel kereta sentiasa penuh. We never know.
11 - Beras dan keperluan ruji standbye seadanya
12 - Jangan membazir
13 - Elakkan berjalan di tempat awam jika tidak urgent
14 - Pulang ke rumah jangan lewat
15 - tutup kunci pintu betul betul
16 - prefably malam tutup lampu, jangan lagi pasang radio bagai kuat kuat
17 - berdoa dan berdoa semoga Allah lindungi kita semua, lindungi Sabah tanahair kita
18 - baca berita banyak banyak, tapi percaya sikit simpan sikit
19 - kalau ada sakit jantung etc jangan bawa berita yang cemaskan kamu. tarik nafas
20 - berdoa dan berdoa lagi.

Kita milik Allah. Semua milik-Nya. Dia Maha Berkuasa. Maha Mengetahui. Maha Mengadili.
Minta Allah jagakan hati mereka, lembutkan hati mereka dan lindungi kita. Dia maha mendengar.
Kurangkan hiburan. Banyakkan istighfar. Baca quran. Baca selawat banyak-banyak.

DOA DIMUDAHKAN URUSAN

رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"
(Al-Baqarah : 286)

 


DOA MENGELAK DARI KEZALIMAN
DOA 1
رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"
(Al-Mumtahinah : 5)
DOA 2
رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim"
(Al-A'raaf : 47)
DOA 3
رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas"
(Yunus : 85)
DOA 4
رَبِّ فَلَا تَجْعَلْنِي فِي الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
Maksudnya : "Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku tinggal dalam kalangan kaum yang zalim itu"
(Al-Mu'minun : 94)

 
 
 


DOA MENGHADAPI MUSUH
رَبِّ انْصُرْنِي عَلَى الْقَوْمِ الْمُفْسِدِينَ
Maksudnya : "Wahai Tuhanku, tolonglah daku terhadap kaum yang melakukan kerosakan (menderhaka)"
(Al-Ankabut : 30)

 



Untuk pejuang negara yang terkorban, we are in debts with you forever. Semoga ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Terima kasih. Kamu semua wira di hati kami :)

#Prayforsabah

Love,

Monday, March 04, 2013

MondayMV : Tiara & Toddler

Assalammualaikum dan hai,

I came across this video in youtube.
Tak pernah ingat pernah tengok ni kah tidak.
But, I am pretty sure I watched the teenage version punya.
Ala yang teenager competing to win pageant tu.
But, this one, toddler.



Woh. Gila weh. Toddler. Kids.
Cuba kamu tengok tu, Brena tu baru umur 3 tahun.
Tapi tengok dia mengarah bapa dia macam mana.
Aku rasa kalau di Malaysia ada budak kong ajo camtu dengan bapa dia memang confirm kena sepak.
Harap kamu enjoice. Dan, jadikan sempadan :)

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers