Nuffnang Ads

Monday, October 21, 2013

TipsInterview : Jangan Tidak Hadir


Hello,

Perkara don't paling basic sebenarnya bila kamu kena panggil interview ialah ;

1. Jangan lambat.
2. Jangan absent.

Jangan Lambat ya. Ada company sangat pentingkan punctuality. Aku ni nasib ja terlepas 3 tahun lalu. Kahkahkah Boss kami pentingkan ini. Dia boleh tunggu 5 minit tapi kalau more than that memang dia nda minat lah tu. Decrease point kalau lambat. My tips supaya tidak lambat;

(awkwardnya dengar ni dari orang yang tiap bulan kena potong gaji sebab lambat T_T Kahkahkah)

a. dua tiga hari before interview tu coba lah check balik tu tempat. Google kah, call kah minta full address. Kalau nda sure, pergi lah buat lawatan sekejap ke tempat tu supaya nda sesat kah apa nanti. Janganlah harini interview jam 9, jam 8 kau baru google kah apa kan. ehem.

b. bangunlah awal masa hari tu. interview jam 10 kalau boleh jam 6 bangun dah, jam 7 gerak dah. kalau boleh setengah jam sebelum tu kena ada sudah di tempat tu. sejuk juga hati interviewer tu.

c. jika ditakdirkan lambat juga, at least telefon lah balik syarikat tu, minta extend masa, atau inform terlewat. lebih baik inform daripada orang tertunggu-tunggu.


Ada lagi teruk. Langsung tidak hadir.

Nda tau lah macam mana mau cakap kan. Masing masing ada hal sendiri. Mungkin last minit boleh berubah fikiran, tiba tiba not interested kah apa kan. Its okay. 

Cumanya, inform lah bah kan. Be profesional. Aku sometimes bengang juga lah, penat penat kita telefon, arrange interview bagai, pastu sehari sebelum pun kita remind, sampai hari kejadian langsung nda hadir -- tanpa sebab dan alasan.

Lepastu seminggu kemudian baru call inform nda dapat hadir, asking for second interview.
So, kalau kamu lah, letak diri kamu di tempat kami, patutkah kita bagi peluang kedua? Atau kita kasi jadi rough paper ja resumenya ni. Kalau aku, kalau calon sudah call bagitau nda dapat hadir sebab blablablablabla, I think I can digest that, so bila you call back asking for second chance, aku pun nda lah malu bagitau boss ; ms, ni saya arrange for si polan, remember the other day she couldnt make it because blablablabla..? Now, she's ready. Nah, kan senang begitu.

So remember ya ; jangan lambat dan jangan tidak hadir tanpa sebab. Kbai :)

Wednesday, October 16, 2013

Terima Ja Semuanya.

Hello,

Pagi tadi aku cerita sama Bob pasal candidate yang datang interview ni ;

Me : Jangan lah bah sememeh macamtu kalau pergi interview, kan..
B : Jadi dia kena terima ka?
Me : Mana saya tau, tapi saya remark not recommended.
B : Ih. Nda boleh la begitu.
Me : Kenapa pula?!
B : Orang kalau calon datang patut awak terima ja semuanya. Jangan reject.
Me : Eh eh kenapa pula? Mana boleh.
B : Hish. Awak tu mau attend interview, nanti awak reject reject orang awak pun kena reject.

T____T


Ya Allah. Sabar ja lah aku. Kelakar gila hokay.


Takkan 10 orang datang 10 orang diterima. Kalau layak, Insya-Allah ada rezeki dia lah tu.
Kalau nda berkelayakan, kriteria nda ditepati, mana boleh di recommend.
Kalau aku recommend, aku nda adil lah begitu.


Pula tu untuk kerja together dengan aku, takkan aku pilih orang nda berkemampuan.
Ikut kan kesian memang lah kan, ada yang ada degree tapi kerja stesen minyak,
Ada yang ada diploma kerja cashier, kalau kriteria matched, memang kita bagi peluang.
Aku nda sekejam itu. Kalau ada yang tiada pengalaman tapi minat dan attitude kita boleh nampak sesuai, kita bagi chance juga. Boss quiry tapi saya ada justification kukuh kan.


Ni kalau terima semua sebab takut aku pula fail interview spa, agak-agak lah kan.

Laki siapalah kelakar betul ni? Plis lah.





PS : Doakan bah untuk interview daku hujung bulan ni. F41 PTM. Kalau ada tips, silalah share ke noorhidayah@amc.edu.my dong. Terima kasih. Mihmihmih :)

Monday, October 14, 2013

TipsInterview : Be presentable


Hello.

Aku ingat mau share lah benda-benda remeh macam ni di belog (kalau teringat). Haha

Hmm. Orang kata dari mata jatuh ke hati. Apa yang first orang nampak boleh lead kepada evaluation seterusnya dia terhadap kita. For me, nda salah invest sikit dan put some effort dari segi pemakaian untuk attend interview.

Apa kita pakai memang refleksi siapa diri kita.
Apa kita pakai di hari interview, show to future employee the effort we're willing to do.

------

Pertama. Baju.

Pakailah yang selesa, tidak menjolok mata lelaki mahupun wanita. Kalau private, nda lah formal sangat tapi jangan juga kasual sangat macam mau pergi piknik.  Sesuaikan dengan core business bakal majikan. Kalau pergi interview post guru tadika, pakai lah baju sopan yang kalau ibubapa nampak anda dia jadi yakin hantar anak ke tadika itu. Kalau apply post marketing, tahu skop kerja ada pergi keluar jumpa client, pakailah yang bila client nampak dia jadi yakin dengan produk kita. 

Tidaklah semestinya 3 pieces ; blouse, blazer, skirt ya. Bolehlah bagi nampak relax sikit. Kalau baju cantik, kamu pun auto-confident juga bercakap. Cobalah untuk pastikan baju nda kusut. Aku malas iron baju, hari hari pergi kerja pakai kasual sebab malas seterika. Tapi kalau interview apa aku nda lah sebongoks itu pakai kusut masai. Kahkahkah



 





Kedua. Kasut.

Selesa sudah pasti. Jangan terlampau tinggi. Again, kau bukan pergi club. No sandal please. Pakai flat boleh, tapi jangan lah too plain. Show some fashion sense juga bah. Kalau boleh, kasut senyap lagi bagus. 




Ketiga. Face and hair.

Hrm. Try to put some powder, blush and gloss on. Wanita lah, terutamanya. Eh memang wanita lah bah pakai mekap kan. Kalau mau bare face, ya boleh dong -- tapi pastikan mukamu flawless dan seriously ada natural beauty. Other than that, I dont think you should give any excuse. Penting ke pakai mekap? Ni hah aku cakap k, nda penting selagi muka kau sedap dipandang, tapi kalau muka kau jenis perlu banyak 'renovation', maka renovation lah sebelum ke interview. Bila kau mekap, it show yang kau jaga appearance, so it show juga yang kau ni marketable dan presentable. Kalau muka kau nda meyakinkan, macam mana kau mau yakinkan orang untuk kerja/deal dengan kau.

 




Rambut. Eh plislah. Do something asal kemas. Colour hair aku boleh digest lagi, biarpun warna dia colourful ada hijau merah sikit kuning sikit hitam -- asal saja masa interview kau kasi bun kah dia kasi ikat kah, nampak kemas, rasanya okay. Tapi kalau tahap rambut pun nda bersisir kusut masai, ditambah dengan bare face perlu banyak paitung, alahai.

 

 



-----

Pakai yang sopan dan kamu selesa. Bukan pakai mahal mahal atau cantik cantik, cukup asal presentable ya. Hrm. Ada bah satu calon part-time ni datang interview. First time aku tengok dia, hati aku berbisik (fuh berbisik tu), bukan domestic helper sudah full quota kah? Aku ingat dia datang untuk interview kursus amah. Tanjat macik. Rupanya untuk trainer. Pastu hati berbisik lagi, macam mana dia mau mengajar dengan keadaan yang nampak nda terurus ni? Ini kisah benar tau. Ada kah pernah kamu nampak cikgu sekolah pakai cincai. Kau cakap muka nda penting eh, appearance nda penting eh, tapi in reality aku yakin kalau lecturer kau pakai selipar jepun ja pun sudah kah rasa mau keluar dari lecture hall. Mihmihmih

Unless kau apply untuk post researcher kerja dalam hutan sinun seorangan diri nda jumpa sesiapa, maka yeah teruskan dengan keselekehan mu itu. So yeah -- be presentable. Nda perlu datang interview pakai baju branded. Asal kemas dan rapi, kira kalau kena ampai tepi jalan orang nda sangka kau cleaner kira okay lah tu. 





PS : Seriously aku hairan sama calon tadi tu. Meski lah ini part time. Tapi cant you dress any better than that? She's just my age okay. Aku ada lah hint tadi, persediaan dari segi apperance tu penting bila jumpa orang, aku harap she gets what I meant. Aku betul ni nda sangka. Dia ada degree tau. Tapi dress up level SPM macam tu, tak silap aku most univ/college sekarang memang ada bagi kursus grooming atau additional courses untuk interview/appearance ni semua. 

PSS : Aku pun bukanlah jenis kemas manjang. Ada masa muka memang sememeh juga. Tapi itu dirumah. Keluar rumah ja -- be presentable. Sebab teringat kalau tetiba terjumpa macik-pacik yang baru ja aku jumpa masa marketing minggu lepas dalam keadaan macam baru lepas beranak ni karang boleh tahan scary juga.  Lagipun kalau bini sememeh terlampau, malu encik suami dong. Sebab isteri adalah cerminan suami. Sekian. 


Credit Photo : Some grom Google. Yang lain by polyvore.com.


[ This is for sharing info je tau. Orang kata kalau benda tu rezeki kita, macamana pun tetap jadi milik kita. Tapi berusaha and buat more effort apa salahnya. Hihi Untuk ubati kecewa juga, kadang-kadang when you tried hard tapi still tak dapat the post, bukan bermakna u tak cukup baik, tapi mungkin apa company mau tu tiada pada kamu. Atau kamu nda fit untuk situasi kerja tu. No hard feeling. ]


Friday, October 04, 2013

Bolehkah lelaki dan perempuan jadi bff?

As Salam dan Hai,

Kawan aku cakap, perempuan mana boleh ada best friend lelaki. Memang takkan boleh. 
Aku gelak ja. Eh boleh lah. Siapa cakap nda boleh?

Tapi betul kah boleh?

Lemme share with u one story. Aku dulu memang ramai kawan lelaki. Masa-masa bujang bah. Minta pendapat, sharing story, gurau senda tepuk tampar. Macam adik abang. Tapi bila aku sudah kahwin, kesedaran sudah datang sedikit. Memang ada yang rapat. Tapi mana boleh aku sebagai wife somebody bercerita perihal diri (dan masalah, well who doesnt have one, right?) kepada orang yang lain. Membuka aib namanya. Lalu aku meminta pendapat seorang ustaz dan beberapa orang cerdik agama. Katanya, mana ada istilah kawanbaik antara lelaki dan perempuan, apatah lagi lelaki bujang sama wanita berstatus isteri. Gulp.


Ada benarnya. Akan menjurus kepada banyak perkara dikemudian hari yang kamu fahamlah sendiri. Jadi, aku berubah. Aku jarakkan friendship. Aku nda mau lagi mendengar cerita si kawan dengan gf nya. Kenapa? Sebab kenapa juga konon aku mau sebok hal orang, kan? Dia minta pendapat, aku bagi secara general. No more ym. No more email. No more whatsapp. Kenapa? Aku nda juga cheat. Tapi apa lah si Bob akan pikir kalau dia baca. Sebenarnya bual kosong saja pun. Bual macam masa bujang. Cerita pasal life kerja dan perkara macam tu. Bual kosong kawan kawan. Tapi aku bukan bujang. Jadi mana boleh begitu. 


Kepada yang faham, alhamdullilah penerimaan nya bagus. Ada yang sentap bahahahaha, terpaksa aku beritahu secara baik dan jujur. Nda mampu aku jadi kawan rapat kamu macam dulu huhahuha sebab aku berubah. Apa aku boleh tolong cuma doakan kamu dipermudahkan urusan, berharap kamu berdoa yang serupa untuk aku. Some of them (or most of them) sudah berkahwin kini. Kalau jumpa pun kami masih bertegur macam biasa. Nombor di telefon masih ada, tapi nda lah contact lagi. Masing masing pun sudah berubah jadi better person dan sama-sama mencari keredhaan.


Sekian.


Tapi still perkara yang bahaya adalah the exes. Sebolehnya janganlah berkawan baik (atau rapat) dengan ex. Sebab takut akan dikalahkan oleh kenangan lalu kalau iman goyah. Kalau berpisah secara baik, mungkin tiadalah masalah besar sangat. Kalau berpisah secara kurang baik, nah kemungkinan dendam tu masih ada. Kalau cerita dulu nda kesampaian?! Nahh, itu lagi bahaya. Peratusan besar sparkle akan tercetus. 


Elakkan. Ingat diri. Kalau nda boleh ingat diri, ingat Allah. 



Mau juga bah tapi..

As Salam dan hai,

Sekarang aku jeles betul. Jeles lah sama kawan-kawan yang sambung master. Uwaa, sa pun mau bah. Tapi nah ada sudah tapinya.

Bidang kerja aku sekarang buat aku rasa degree tu macam rendah masih. Semua orang ada degree. Banyak yang ada dan sedang ambil master. Ada yang baru umur 24 sudah tengah tengah Master. Ada yang sebaya aku habis phd sudah. Aku sedih lah.

Sebab aku banyak jumpa trainer yang apply part time sini currently tengah ongoing master dan phd. Seronok tengok diorang masih bergelumang sama research, library, assignment sebagainya. Banyak ja yang ambil part time teaching sini. Gaji nda besar tapi kalau pengalaman yang kamu cari, Insya Allah ada lah. Lagipun mengajar ni macam kau give back to society bah. Sharing benda yang orang mungkin nda tahu.

Aku voice out benda ni sama Jani. Terus Jani  macam jomlah Dayz. Sama-sama kita. Okay fine. Blahlah kau Jani. Kau bujang okay lah. Lagipula kau cikgu. Diriku ini cuma kerja private yang semua sedia maklum berapalah sangat berbanding kudrat kau kerah. Eh eh why so emosi one.

Setelah dikenalpasti, inilah halangan dalangan nya (?);

1. Prioriti. Halatuju dalam hidup buat masa ini bukan ini kot.
2. Sibuk coba bina keluarga.
3. Financial. Sebab #2 banyak guna ni.
4. Kekangan masa.

Aku coba lah menyelitkan tapi nda nampak ruang kosong. Sibuk tidak juga tapi occupied it is.

Tapi sokay lah. Diucapkan selamat majujaya kepada kawan-kawan yang sedang dan akan sambung master phd. Didoakan semoga lancar studynya. Doakan juga aku pun ada chance :)





Wednesday, October 02, 2013

Rambling Selasa

As Salam dan hello,


Tadi balik dari outing baca nih sikit ; Mia Sara sudah 8 tahun pula. Eh eh dah besar. Samalah macam Amoi. Aku lupa people do grow up. Haha


Last week aku kan bercerita sama Nurul.


Nurul : Pasni aku mau register Amoi sekolah sudah.
Me : Oh. Dimana lah lepas dia SmartReader ni?
Nurul : Darjah 1 sudah tu Dayah. Terpaksa urus cepat.
Me : Wha..? Berapa umur Amoi tu? Kenapa dia Darjah 1 pula?
Nurul : 7 tahun bah sudah dia tu tahun depan.
Me : Eh, bukan 5 tahun ka baru? Oh itu tahun lepas.
T_____T


Foine. Patutlah mulut dia potpetpotpetpotpet ja selalu macam orang tua.


Cakap pasal Mia Sara pula. Beberapa minggu lepas aku baru potong rambut.
Rimas okay panjang dan lebat. Bila pakai tudung rambut tu membonjol besar.
Aku potong pendek sikit. Sampai rumah mentua, budak-budak nampak Aunty Yaya diorang ni,


Amoi : Eh eh Aunty Dayah macam Mia Sara lah. Kenapa potong rambut?


Vavavava, kemain pembodekan cakap diriku seperti Mia Sara. Rambut je kot. Pastu kemain tanya kenapa aku potong rambut. Dah macam boss aku pula. Plis lah Moi.


Cerita lain lagi. Kamu tengok AF? Aku jarang. Firstly tengok aku memang nda berkenan sama Aishah. Sibuk sangat bagitau dia adik Aliff Aziz. *tangan di bahu mata ke atas* Tapi setelah tertengok berapa kali, ok fine suara dia sedap. Better dari abang dia. Hahaha Yang okay sana tu Aishah sama Nona kali kan. Irmisa macam tergelincir juga kadang-kadang. Tapi ehem yang Nabila kah tu yang nyanyi lagu Tomok tu, alahai menyanyi macam kita nyanyi nyanyi di karaoke tu. Macam tiada passion mau menang T_T


Sekian terima kasih.


Tuesday, October 01, 2013

The Other Exam Day

As Salam dan hai,

-cerita bulan lepas ni-
(update mana tau boleh membantu orang lain yang baru mau attend exam)

Just my random ramblings of them exam I attended lately. Quite worry of the result actually :

1. Section A is scary. Dalam part ni touch banyak pasal IT. I am not IT practitioner. My job is not 100% IT based, so I honestly angkat bendera putih lah. I really dah lupa banyak benda (theory) since grads -.-'

2. During my uni days, our lesson, assignment, project, exam or any course related were in English. So, having this exam in Malay was very challenging. Terms memang kelakar and confusing bila di melayukan.

3. Tips di seksyen A : 50qs in 40mins. So, try jawab soalan yang kamu tahu dulu. Skip yang nda tahu. Bila sudah sampai qs 50 bru start balik soalan yang kiv tadi.

4. Seksyen B is math. 40qs in 30mins. No calculator are allowed. So, macam A tadi, jawab yang senang dan kamu tahu dulu, skip dan tandakan yg susah dan perlukan pengiraan.

5. Seksyen C adalah esei English. Pilih satu tajuk yang kamu ada banyak point. Try to jot at least 6 points. Start elaborate from the point. Insya Allah cukup.

Ni perbualan aku sama KakTiny;

Me : Kak pergi exam tu?
KT : Ih nda lah Noor. Macamana kau tau aku ada?
Me : Aku kan ada detail semua di SPI. Mihmihmih
KT : Hahaha siapa lagi pergi?
Me : (sebut sebut nama)
KT : Oh. Susah bah tu. Kau tau soalan dia memang susah gila.
Me : Macamana kakak tahu?
KT : Aku ni tiap tiap tahun kena panggil exam. Memang susah, Noor. Kau pernah?
Me : IT nda pernah. Antidadah ja.
KT : Memang bikin bingung lah. Tanya coding sikit, database sikit. Aku ni berapa tahun sudah ikut.
Me : Jadi kakak pass la?
KT : Kalau aku pass nda lah tiap tiap tahun aku kena panggil kan.
Me : Ya juga. Hahahaha

UPDATE : Out of more than 15 my close friends attending this exam, only 2 of us passed it. 

saya rasa.

Just now,

Mr P : Noor, selasa better kita buka booth Gaya Street. Macam dulu itu.
Me : Hah?! Selasa? Selasa bila? Gaya Street Sunday mah.
Mr P : Haiya. SAYA LASA bah bukan selasa. Saya lasa saya lasa bah.

T____T

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers