Nuffnang Ads

Free ICT

Disclaimer: Content page ini milik sepenuhnya AMC THE SCHOOL OF BUSINESS. Jika ingin membaca detail secara formal, silalah taip url www.amc.edu.my, kerana isi disampaikan di sini adalah santai. Tapi, it’s the same thing.

A: APAKAH ITU FREE ICT COURSE?
Dalam bahasa Melayu baku gia maksudnya kursus ICT secara percuma. ICT itu luas (rujuk senarai kursus di bawah), maka saya terjemah secara pendek sebagai kursus jangka pendek untuk belajar computer. Don’t expect much in high level,okeh.

B: KENAPA FREE??
Free sebab kamu-kamu-kamu tidak perlu bayar walau sesen pun. Jika kami minta bayaran, anda bolehlah adukan ke pihak kementerian. Kami penyedia latihan yang di amanahkan oleh pihak KPSKTM. My knowledge sampai sana sahaja, jangan tanya saya berapa bajet ke kementerian, sebab itu none of my business, nor you. Cukuplah anda ucap terima kasih kepada kerajaan kerana menaja program ini supaya kita semua dapat belajar kursus IT tanpa bayaran.

C: APA SYARAT MAU JOIN?
Uii, tiada syarat merepek. Cuma, anda haruslah WARGANEGARA MALAYSIA menetap di SABAH berusia 10 tahun ke atas. No age limit. The oldest we had so far was a grandma aged 86 years old, datang bertongkat untuk belajar photoshop. YA, PHOTOSHOP. Saya tidak tipu.
Anda dibenarkan memilih 8 subjek sahaja (daripada 41 yang kami ada!!) dan tidak dibenarkan me-repeat mana-mana subjek. Peluang hanya sekali, takkan kau datang 5,6 kali untuk belajar subjek sama,kan.

D. DIMANA MAU BELAJAR ITU?
Well, jika anda di page saya, saya suggest anda ke HQ directly. AMC, Likas Square normally akan offer kesemua 41 kursus, semuanya ada. Kami sebenarnya ada Training Centre di hampir seluruh pelusuk Sabah. Boleh view di sini. Paitan pun ada. Tapi, lain training center, lain coordinator in-charge. Buat masa ini, cuma AMC sahaja masih running class, yang lain semua habis training.

E: APA KURSUS YANG ADA??
Kalau saya senaraikan, uii panjang oh. Dari yang paling basic, macam word/ excel/powerpoint/ writer sampailah ke yang agak advance seperti database (MS) pun ada. Suka  buat web? Mungkin boleh try Webpage Design (Expression/ Dreamweaver). Ohh suka design?? Try Photoshop, Illustrator atau Corel Draw. Ataupunn suka yang lagi mencabar seperti Autocad dan Sketchup. Pun ada. Apa lagi?? Ohh mau account-account punya?? MYOB ada, UBS pun ada, accounting/payroll/ stock. Semua ada. Klik sini untuk senarai lanjut.

F: MACAMANA MAU REGISTER?
Senang sahaja. Log in ke www.amc.edu.my > AMC Member Portal. Isi maklumat dan submit. Senang sahaja. Kalau rasa tidak confident, boleh datang ke office kami di AMC THE SCHOOL OF BUSINESS, LOT 43-44, TINGKAT 1, LIKAS SQUARE, 88400, JALAN ISTIADAT LIKAS. Atau boleh call 088-235218 (Nor/Fendey/Tiny). Mana-mana yang kamu suka. Ekeke

G: APA KAMI DAPAT KALAU KAMI IKUT KELAS?
WOhh, pertamanya mestilah dapat knowledge secara percuma. Kursus ini kalau berbayar, RM 250++, boleh survey kalau tidak percaya, tapi memang tiada yang percuma sepenuhnya selain kami.*senyum lebar*. Anda juga akan dapat buku teks PERCUMA, meals (food+drink=twice!) PERCUMA, sijil kehadiran PERCUMA. Hrmm,getting tired writing PERCUMA. Tidak lupa, semua lab kami ada akses internet dan aircond. Kami tidak cincai bah walau ini percuma. Kalau masih ragu-ragu, saya syorkan anda cuba satu kelas dahulu. Macamana??

H: SPECIAL PROMO.
Nahh, katakan anda ada 20 orang rakan sekampung yang ingin join satu subjek, cepat-cepat contact saya, MUNGKIN jika anda tinggal area Likas/KK/Luyang sebagainya, kami MUNGKIN dapat provide pengangkutan untuk mengangkut rakan anda dengan syarat anda mestilah apply untuk kelas yang sama dan tarikh yang sama dan kelas anda mestilah pada hari bekerja jam 8.00-5.00pm. Boleh EMAIL SAYA noorhidayah@amc.edu.my jika malu-malu nak cakap dengan saya.

F A Q—Soalan Kerap Ditanya:
Kami mau bawa computer sendiri ka?
Tidak, kami ada sediakan. Anda datang bawa diri sahaja.

Kami perlu datang tiap-tiap hari?
 Depend dengan subjek. Tapi, satu subjek Cuma perlu datang sekali sahaja mengikut tarikh pilihan.


Berapa lama masa belajar untuk satu subjek?
Untuk satu subjek, contact hour adalah 7 jam, tidak termasuk masa makan,okeh.  Masa ada dua pilihan; jam 8.00am-5.00pm (full-day class) atau 6.00pm-9.45pm (for 2 days) as scheduled.

Berapa yuran pendaftaran?
Kan dah cakap tadi, TIADA.

Kenapa percuma??
Sebab ditaja kerajaan negeri.

Saya sudah ikut dulu, tapi saya mau masuk untuk refresh memory, boleh?
Bergantung. Kalau kelas tidak penuh, boleh squeeze in tapi meals dan buku tidak diberikan. Kan dah ikut dulu??

Saya tidak pandai guna computer, macammana saya mau register online?
Ehem. Boleh datang ke AMC Likas Square. Staff bertugas akan assist anda cara mendaftar di portal AMC.
Kami disini! Next to Sabah Trade Centre.




Disclaimer: Content page ini milik sepenuhnya AMC THE SCHOOL OF BUSINESS. Jika ingin membaca detail secara formal, silalah taip url www.amc.edu.my, kerana isi disampaikan di sini adalah santai. Tapi, it’s the same thing.

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers