Nuffnang Ads

Friday, August 26, 2011

26 Ramadhan: Kota Kinabalu Lengang.

Hi peeps,

A good jumpstart for today, 26th Ramadhan. Kota Kinabalu is LENGANG. Okeh itu melebih lah pula. AGAK LENGANG. How’s that sound?! Much better =)

 

KK sedikit aman tenteram dan bahagia hari ini. Bukan sahaja cuaca sederhana mendung, malah jalan raya pun tidak jem seperti selalu. SAYA SUKA. SUKA SUKA SUKA ahh. Tiada lagi manusia berjiwa rakus yang asyik vrrom vroom sana sini macam dia saja ada kereta hebat. Tiada lagi manusia ganas yang potong queue overtake sesuka hati macamlah dia saja ada urusan. Mungkin sudah balik kampung agaknya.

 

Ehh jadi selama ini tukang vrrom vroom dan pemotong barisan itu rupanya saudara seagama ka? Yang terdidik sejak kecil bahawasanya sabar itu separuh dari iman?? Agaknya lah tu kot.

 

Ya, terima kasih kepada warga jesselton ini yang sudah berpusu-pusu pulang ke kampung halaman untuk menyambut syawal yang hanya tinggal lebih kurang 5 hari. I taktau precise day berapa hari, anak bulan tak bagitau bila dia keluar. Haha

 

Yang tak ada kampung macam saya eh bukan lah, yang kampung halaman takjauh sangat macam saya ini tak perlu nak ributribut apply cuti awal untuk travel beratus kilometer untuk berjumpa keluarga. Kampung saya 30km saja dari Kota Kinabalu. Kampung Bob 10 km saja dari kampung saya. Bahkan sebenarnya, kampung halaman tempat saya dilahirkan cuma 15km saja dari KK ni. Putatan. Saya orang Taman Bersatu. Boleh baca kenapa Putatan tidak dekat di hati saya.  =))

 

Mostly 90% September Planning is done. Semalam dah release jadual trainer. ICT schedule memang dah upload di www.amc.edu.my sejak 2 minggu lepas. (Boleh klik dekat Classes Schedule kalau nak tengok jadual). Banyak rombakan jadual awal. Sampaikan jadual itu dah masuk revised 3. Banyak stok buku tiada. And we’re not printing it sebab nak print yang new version saja terus next batch. Which remind me saya belum siapkan UBS material punya translation. Ohmaigod. Empat buku pula tu. Ohmaigod. T_T Insya Allah akan siapkan sebelum saya cuti, esok.

 

And I can’t wait to meet the girls today. Sampai termimpi-mimpi. Begitu dalam punya kerinduan. Eceh. Apalah itu. Ketawa encik husband nampak saya eksaited begitu. Haip. B, berhenti ketawa sekarang.

 

.Happy 26th Ramadhan.

.Semoga urusan kita semua dipermudahkan hari ini.

 

5414_1035585145260_1694419179_69502_2250118_n

Thursday, August 25, 2011

Kalau terlalu on-line..

Eh entri kedua hari ini? Begitu rajin? Begitu banyak idea?!!

TAKK!? Saya kan jenis yang always hav something in mind. Social Networking lah medium terbaik. Tapi, mukabuku dan burung tweeter blocked. Bukan sahaja di pc, tapi juga wifi. Ahhh malas mau cakap lah. Elehh Chang. Ingat I heran u block fb dengan twitter? I ada belog la. Belog I auto publish pergi fb and twitter I. Eleh.

ECEH. Nanti bila Chang baca ni dia pergi block sekali blogspot baru tau. Eh tidak tidak. I takde pakai autopublish whatsoever tu. I buta huruf eh salah buta IT. Tidak logik.

Sejak saya post entri online shopping tu, yang saya kata few items yang saya takkan beli melalui perkhidmatan atas talian tu kan, saya rajin pergi visit online shop. Semuanya sebab ada barang saya nak tapi macam susah nak cari area KK ni. Lagipun saya tiada masa nak pergi survey segala. Puasa ni, lunch hour saya mesti klik untuk review harga barang lah, cari design hot shoes la, buffet review la, sampaikan http://www.everydayfoodilove.com/ and pretty.com.my  pun dah save ke favourite. 

Saya sebenarnya nak cari hair iron. Ya saya jujur dan honest la ni (eleh I tahu jujur dan honest tu sama). SAYA NAK HAIRDO MACAM HANIS DAN KIM KARDASHIAN!!

SAYA NAK HAIRDO MACAM HANIS DAN KIM KARDASHIAN!!

thumbnailCAXTNB7Jthumbnail

Yang curly di hujung tu. Tapi rambut macam pendek sangat rasa rugi nak buat digital perm, takut nanti menyesal lepastu rasa nak luruskan balik sebab tu saya cari straightening iron. Ehh iron ni pun dapat buat curly hair, takpayah nak beli curler tu la. Cakap berlagak padahal sendiri pun baru tahu boleh buat curly dengan iron saja T_T Pergi check YouTube sekarang. SEKARANG!!

Dah banyak website saya pergi untuk cari tapi susahlah kita tak nampak live ni. Saiz pun terpaksa main imejinasi saja. Web yang best adalah yang hairdressing.com.my. Banyak sangat hair care, maybe next month lah okeh.

Paling merapu, kan this few weeks saya dihantar oleh Bob naik motor and sometimes kereta dia, so Atoz memang banyak rest di rumah. Tak kena guna langsung. Nah, kereta kalau tidak kena guna apa jadi??! BATTERY WEAK. Ingat nak charge di kedai, lepastu kedai kata dah tak boleh pakai. Kena beli baru la jawabnya. Battery ni pun, pandai je. Owner mau raya dia pun mau raya. Sebab tiada masa nak pergi cari, boleh pula saya search bateri kereta online.

SEARCH BATTERY KERETA ONLINE??! !!!

SEARCH BATTERY KERETA ONLINE??! !!!

SEARCH BATTERY KERETA ONLINE??! !!!

Duhh. Pelis la. Takkan bateri kereta tu mau di pos pula.  T_T

Do you know: Human and 270 skills.

Hai hai peeps and babes.
This entry akan di tulis secepat dan seringkas mungkin. Menurut kajian yang pernah saya baca few years back, seorang manusia akan mempunyai minimum 270++ skills di sepanjang hayat dia. Ehem. Sorry fakta mungkin kurang accurate sebab saya tak ingat sangat. Point nya ialah, kau tahu kah di sepanjang umur kau di dunia ini kau boleh memiliki lebih dari 270 kemahiran. Memandu kereta salah satu dari nya =)
Jadi. Ada beberapa skills (read: talent) yang saya nak sangat miliki. Ya ya saya tahu talent itu bakat, bakat itu anugerah, jadi bila tiada anugerah bakat itu janganlah minta puji ah. Dan kita semua tahu bakat dan kemahiran itu berbeza. Bakatitu semulajadi, dan skills akan sharpened your talent.  Haihh susah nak atur ayat agar kau faham maksud saya ni.
Sebenarnya saya nak kata. Ini few skills yang saya ingin belajar:

BERENANG
Best nya kalau pandai berenang. Tak perlulah shy shy cat tepi pantai masa berkelah. Semua orang sukaria mandi manda berenang kau saja tidak berenang sebab takut lemas padahal air takat lutut T_T Terpaksa bagi alas an takut baju kotor sebab takut malu takpandai berenang. Eh manada. I tak malu pun tak pandai berenang.

Last year..
El: Lama di KK aku missed kelas berenang di KL tahuu.
Me: Eh kau belajar berenang?! Dari siapa?
El: Ada tempat tu. Paid one.
Me: Ehh apa faedah kau belajar berenang? Baik kau belajar memandu la,Elmo.
El: Aku manada kereta sana buat apa mau memandu. Kak Ati kan ada.
Me: Jadi kau belajar berenang kau ada pool meh?!
El: ……
Me: Kebarangkalian kau perlu kan kemahiran berenang tu tipis sangat lah Elmo. Lainlah kalau kau kerja di laut. Bagus kau belajar bawa kereta. Ada faedah lagi. Pelik tau orang tak pandai memandu.
El: T_T

MENJAHIT
Ini kemahiran paling untung. Nanti masa nak raya takyah susahsusah tebalkan muka tanya tailor nak terima upah jahit lagi ke tak. Boleh jahit baju sendiri. Lagi senang. Boleh ambik cuti masa puasa untuk jahit baju tempahan sampai 20 pasang. RM50 sepasang darab 20 baju sudah RM1000. Eceh adakah sampai limaploh sepasang. =.=

MENYANYI
Alangkah indahnya bila pandai menyanyi. Semua isi hati kau mampu suarakan di lagu. Macam Aizat. Lagu dia semua ber’jiwa’. Lagu terbaik adalah lagu dari HATI. =.=’

BERMAIN GITAR
Dulu nak sangat main gitar. Time usia sweet 16. Konon cool kalau pandai strumming lagu lagu S07. Punyalah. Sampai ke sudah tidak tahu juga. Saya dapat strum intro Tunggu Aku di Jakarta Saja T_T Tapi guitar rasanya not my forte. Jari saya besar. Tidak dapat pegang tali dengan baik. Kasihan kan.
S07 saya. Saya ada poster di belakang tu. Tapi dah ripped off masa kahwin hari tu.
Ahh Eross. Ahh Duta. Rasa ingin menjerit histeria. HOMAIGOD.

Ohh rupanya itu sahaja yang saya eager nak belajar. Yang lain itu saya boleh tunggu. Hehee

.Happy 25th Ramadhan.

Rem: Semakin lama saya makin terpengaruh. Gaya penulisan saya banyak dipengaruhi (2%) belog berikut HanisZalikha (Siapa tak kenal Hanis kan?), si Ona dan Cinoi. Ona punya gaya bahasa steady cool cool begitu. Cinoi pula kalau menulis macam saya imejin dia tengah bercakap sebab macam dia tulis sebiji-sebiji apa yang dia mau cakap =)
Saya suka sesuatu belog kerana intipati dan pengisian yang dekat di hati, bukan kerana widget meriah penyebab loading time delayed T_T

Wednesday, August 24, 2011

Jemput Makan Kuih Raya Ini.

Hi peeps,
If you datang beraya di rumah saya nanti, u’ll see a lot of kuih macam kuih jual di kedai punya type. Tapi sebenarnya, most of our kuih was made by my youngest brother,Ahai. Kuih I? Tak payah tanya lah. Semalam baru saja saya google resepi kuih susu. Bagus ah, puasa ke 23 baru gugel resipi. Orang lain semua kuih dah elok ber-selotep sebagai tanda kuih reserve for raya, I je macam ape baru nak cari resipi. Haaha

Semalam. Mak buat adunan kuih siput. Ahai buat adunan kuih tat nenas dan kuih entah-apa-nama-ada-bunga-cengkih-on-the-top. Typical me. Tak pernah ambik tahu nama makanan or what’s inside ingredients pun. Asal sudah terhidang saya makan sahaja. Sekarang ni pun saya regret sangat tak tanya nama kuih kat macik selang 5 rumah di kampong ni. Sebab saya makan kuih dia sedap sangat. Dap dap. Tapi taktahu nama T_T

Pastu kalau nak pergi tanya dengan dia pun ermm macam tak sesuai. Kuih 3,4 tahun lepas. Dia pun tak ingat. Takkan I pergi rumah dia kata ‘macik, apa nama kuih yang putih dalam dia ada jem yang saya makan tu ah? Bila makan? Alah masa raya 4 tahun lalu. Takkan macik tak ingat kot?’ Nangis babu seripah terus.

Nah. Melalut sampai pigi England. Good. Beginilah saya cuma mahu cerita semalam saya (eceh. Letak nama paling depan macam paling berusaha) mak Ahai Ainal dengan sedikit (terlalu sedikit) bantuan dari Bob dan bapa, dapat menyiapkan 4 jenis kuih: Kuih siput, Kuih ada cengkih di atas, Tat Nenas & Batang Buruk.

Itu sahaja. Babai. REM: Selalu mau buat WW tapi tidak jadi. Me? Speechless?? Na’ah.*geleng kepala*

Tuesday, August 23, 2011

Rezeki Ramadhan. And hardwork too.

Berita baik menjelang Syawal =)
IMAG0570

Mak saya selalu kata, kalau tuhan kurangkan rezeki kita dari part lain, Dia akan beri kita extra rezeki di part yang lain, Insya Allah. Jika Dia menghendaki.

I just received it. Remember about the job offer I mentioned before? Two jobs offer actually. Not in the gov sector. Private one, still. Tapi harus bersyukur sebab ada yang berminat dengan kerja kita kan.

After lots of discussion with my self the boss, I decided to stay. For several reasons. Pertama haruslah sebab they just offered me an increment. Yeah, an increase in salary with the jobs and environment you’re familiar with. Great kan =) H-E-A-V-E-N sangat.

Syukur Alhamdullilah, Allah. =))

Secondly, sebab kepuasan diri. To satisfy my innerself. You tahu tak perasaan bila you dah bajak tanah, semai benih, siram anak pokok, lihat pokok membesar, dan sekarang tengah tunggu pokok tu berbuah?? Macam itulah. Takkan saya nak leave setelah penat lelah saya setup in the beginning? No way, man.

Lagi pula, a friend of mine pun pernah kata, kau kerja untuk apa? Untuk duit atau kepuasan?! Nah, masa di sana lah shocked dan fikir sejenak.

This JOB is challenging. Hari hari penuh cabaran, and stress sometimes. There were times it could be very depressive. But, once you get through the odd and depressive part, sekali lagi macam di SURGA.
Sebab kau dapat pengalaman baru. Pengalaman hidup. Next time, u’ll know what to do bukan sahaja dari segi work attitude and skills, malah life and survivor skills.

Kemanisan itu rasa lebih sedap bila kau bekerja keras mendapatkannya. Disanalah harga airmata dan effort kau.


Masa interview, I was asked this questions..
Interviewer: How was your job? Briefly explain.
ME: (Cerita panjang lebar, siap cakap If you’re interested to join our Fully Sponsored courses, don’t hesitate to call me yah. At the end of sessions siap bagi card.)

DAMN. DAMN. DAMN. Ini interview la vongoks. Yang kau promote macam pigi marketing itu kenapa?

T_T



REM#1: Agreed to Mr P and Ms G. Kita kerja in a team. Kalau kena marah sama sama kena marah. Kalau dapat hasil sama sama dapat hasil. Chemistry itu sudah ada. Sudah tahu cara kerja masing masing.
REM#2 : Tidak sabar mahu pergi Dreamworld,Ranau. Awal awal sudah bagitau Ieda sebab dia AJK Check-In kan, saya request kami bilik bersama-sama.

Monday, August 22, 2011

Empat Jenis Shoppers yang ANNOYING!

Hi peeps. Selamat ber-monday blues.

Kelmarin, saya dengan hubby pergi shopping. Precisely saya mahu beli kasut dan Bob mahu beli slippers (the 2nd slippers he bought this month). I woke up dengan rasa senang hati gembira bahagia sebab tidur lena dan dapat bangun lewat setelah 13 hari berturut bangun sangat awal agar mampu reach office before 7.30am. Yeap, that depressed.


Plan asal naik motor, agar tidak sangkut di jem. Tapi terpaksa naik kereta juga sebab takut hujan. Fine! Sampai KK, lalu Wawasan Plaza terus rasa oh damnn, punya jem. Tiada yang lagi jem ka?! Ended up hubby parked depan Marina Court. I was not complaining much. Okehlah tu, better than parking atas CP yang belum tentu dapat naik pun kan.


Saya memang sungguh stress lah bila harus beli-belah begini. Sudahlahjalan jem, packed, crowded dan entahlah saya kehabisan perkataan sudah untuk menggambarkan situasi saya. Pehh, ayat skema gila.

Okeh. FINE FINE. Saya tahu kau tidak faham cerita saya. Biar saya cut short.

Tahukah anda, apakah jenis orang yang menyebabkan orang lain stress shopping? Yang EMPATjenis di bawah ini. Hah, jangan buat muka curious sana, I believe u guys experienced this before.


TYPE 1 : TIDAK SAMBUT RAYA TAPI SIBUK SHOPPING RAYA.
kalau kau tidak sambut raya, tidak bolehkah kau shopping lain hari? Yah kita satu malaysia, tapi janganlah kau ikut sama ‘memeriahkan’ kesesakan ketika ini. Yang saya tidak faham, ikut sama juga berebut cari kasut. Kau bukan sambut raya, jadi janganlah menyibuk shopping raya time peakhours orang mahu raya. Kalau kau pergi time raya, kau shopping saya mall sekalipun tidak mengapa. Tiada siapa kisah. (Cadangan: Apa kata shopping time raya saja? See, raya kedua mall dah buka kan, hah masa tu boronglah habis-habisan. Ataupun time muslim iftar, yang lain boleh lah shopping.)


TYPE 2 : KAU TIDAK BELI TAPI SIBUK MASUK SEBAB TEMANKAN GF/BF.
Kau tidak beli kau tidak perlu masuk menyesakkan kedai itu. Yang ini biasanya bf-gf. Gf sibuk pilih kasut, bf pun ikut sama berdiri di sebelah. Gf sibuk terai baju, bf pun ikut sama di sebelah. Please donk. Kalau hari biasa, kedai tidak crowded tidak apalah. Saya tidak kisah. Ini kedai sesak dengan pembeli tahuu. Tambah lagi kalau nampak kau sana bercengkerama macam kau saja yang mahu beli barang disana. (Cadangan : Dicadangkan kepada bf to GET A LIFE!! Err, is that too harsh? Okeh, saya cadangkan bf tunggu di luar kedai sahajalah, atau pun bf jalan pergi tempat lain dulu. Perempuan kalau sudah dia pegang, belek, minta saiz satu item, kau percayalah it took her long time before proceed to cashier.)


TYPE 3: IBU TERLAMPAU ANGKUT SATU BATALION PERGI KEDAI.
Anak-anak jadi ekor mak sampai 6,7 meter panjang. Lepas tu anak menangis merinta lapar penat segala. Aduh, saya baru tulis sudah stress. Ibubapa, kalau pun mau bawa anak, tolonglah jangan ralit menengok barang sampai anak teriak-teriak nangis. Orang lain mendengar jadi stress tahu.  Lepas itu add in di #2 di atas, di bawa lagi masuk kedai sempit sampai kedai penuh dengan keluarga dia sahaja. Pening ehh.  (Cadangan: Pilih 1,2 anak yang paling behave sahaja untuk diusung ke kedai. Atau jangan bawa semua sekali. Atau hubby-wifey shopping time anak sekolah, belikan saja barang, then bagi. Budak ni mana tau apa tu shopping, jangan biasakan mereka) *buat convincing face*


TYPE 4 : HUSBAND SANGGUP BAWA ISTERI BARU BERSALIN PERGI SESAK BER-SHOPPING.
Young parents with baby. Mesti pernah nampak kan yang hubby wifey naik bas bawa anak yang masih merah lagi pergi shopping raya. Kesian tau dekat baby itu, dekat mummy itu. Penat tau nak gendong baby lagi. (Cadangan: Alahai si bapa, belikan sajalah ibu dan anak tu barang, tidak payah lah gigih sangat di tempat crowded.)


Kan, u all get what I mean kan? Ini bukan apa,untuk kebaikan pihak terlibat. Macam ibu bawa anak tu, hey what for?? Nanti anak hilang lagi. I bukan apa, part anak kecil nangis tu yang I rimas tau.

Lepas tu terus kata dekat Bob..

me: B, nanti kita ada anak, kita takpayahlah bawa dia pergi shopping mall beli barang.
husband : ehh kenapa pula?!
me: eh nanti dia pilih bukan-bukan, mahal lagi, nah macam mana. Nda kita dapat kawal. Kalau dia nangis lagi.
husband : herm. Logik juga.
me: Yalah, kita belikan saja dia terus. Lagi senang. Nda kita sesak-sesak. Jangan bagi dia pilihan. Saya kecil kecil dulu pun parents saja belikan. Kalau jalan shopping mungkin cuma beli few items macam kasut.
husband : Kurang kasih sayang rupanya T_T



5574_1036145119259_1694419179_70799_7364236_n
Anak I akan jadi independant dan keras kepala agaknya macam mummy dia T_T


Thursday, August 18, 2011

What To Do When You’re Sleepy?

Hari ni punya lah mengantuk. Penat pun ada. Semalam buat kerja laundry sampai pinggang rasa mahu patah. Mesin cuci kain lambat. Jadi saya hand wash, lepastu baru spin. Lagi cepat kering.

Sometimes,when hubby offday, he voluntarily do laundry. Tahu-tahu saja bila I balik bakul kosong, jemuran penuh. Malam terpaksa bagi reward pada encik suami. Ehh belanja makan lah belanja makan. Kau fikir apa?! Naughty betul. *Geleng kepala*

Jadi begitulah. Kalau saya cuci tiada pula kena bagi reward. Eh ada lah, MarryBrown KFC McD segala itu? Saya lupa. Hew hew

Jadi begitulah. Hari ini jadi mengantuk betul. Padahal tadi pagi full swing mode bekerjakeras =.=’ Kalau di office, bila rasa ngantuk biasanya saya akan:

1 pergi jalan jalan round kelas 2,3 kali. Ini puasa weh. Banyak berjalan nanti penat.
2 buka gulungan cable, pasang dan kemaskan balik. Macam tiada kerja lain.
3 minum nescafe. Eh Mana boleh lah. Kan puasa.

Itu saja. Saya jarang mengantuk di office. Tidak sempat mengantuk pun, biasanya. Saya jenis yang harus cukup tidur, jika tidak mood memang tidak baik. Tapi hari ini mood saya baik, cuma mengantuk sahaja.

Tak pernah lagi tidur di office ni. Bukankah office tempat bekerja mencari rezeki halal? Jadi janganlah tidur di office. Lainlah kalau kau tidur sekarang kemudian kau sambung kerja pejabat dirumah. Nah, begitulah baru adil kan. Hew hew

Akhir kata, saya tutup entri belog pada hari ini dengan sekeping gambar masa muda saya eh pembetulan gambar masa muda rakan saya sebab saya tukang amik gambar makanya saya tiada di gambar ini tapi percayalah sama seja rupa gaya kami ini =.=’ Boleh start imagine sekarang.

5574_1036143119209_1694419179_70794_5774027_n
From left : Ieda, Adeq, Gma.  Depan from left : Pye, Jani.
Not available here: Dayz (saya amik gambar. Remember??), Elmo (Dia di tepi bagi order koreograf pose begini.)

Till then. Babai. Selamat Berpuasa. Oh ya, siapa masih ada cadangan where to iftar bolehlah komen di bawah sana okeh. Juga, saya in the middle of some nego here and there, insya allah jika benar bagai dikata, dan memang rezeki saya, Alhamdullilah. =)

Rem: Bila fikir balik, tajuk di atas macam tiada kaitan dengan ini cerita pula kan T_T

Tuesday, August 16, 2011

Puasa ke-16: Weekend Stories!

Hi peeps,

sudah 16 hari kita berpuasa. Masa berlalu pantas, told you so. Saya agak tidak sabar menanti 26/8 ini =) All of my besties akan berbuka puasa bersama, mungkin di Grace Point, or dimana saja asal semua bersama, kan elok begitu =)

Iftar 2010, Tg Aru.

all

Well, originally our team cuma tujuh orang sahaja, itu pun dah agak sukar untuk selalu berjumpa, inikan lagi complete set 14 (double dengan partner in crime masingmasing). Tapi untuk this 26th, we get the maximum number, 1 3. Except Kerel, cant join the club, well he’s in KL kan. I think the rest tiada masalah untuk hadir.

Walaupun kami semua resident di KK, except Elma. Dia d KL,tapi parent’ house di sini. Precisely, kami semua stay di Kinarut. Namun untuk berjumpa selalu itu memang susah. Masing-masing ada komitmen, waktu kerja pun tidak sama. Paling susah jumpa c Jani lah. Padahal SM Tansau bukan jauh punn =.=’

iftar 2009, Tg Aru. *Sorry, gambar kabur =.=

11553_101773979848822_100000486612558_48106_4830223_n

** credit photos from Gma’s FB =)

Last weekend, we went for sungkai at CafĂ© Boleh, Sutera Harbour. You know the one with pay 8, dine 10 promo kan. Yah, disitulah. Tapi I don’t think kami under that one, sebab we’re 8 only. Unsure lah kalau bapa sudah kawtim sama couple meja sebelah =.=’ Na’ah. Here’s the picture. Makanan tidak se-enjoy tahuntahun lalu. Macam makin kurang. Kurang variety, kurang sedap sedikit. Tidak ambil banyak gambar, kan tengah makan. Gambar few of desserts sahaja.

3

Last but not least, last Sunday while packing my stuff to move into K Tiny’ place, saya amik kesempatan untuk buat 5S chores. Dua minggu sudah nama saya naik sebab cable untidy. My defend, cable itu terlepas. Lagipun Herman nak pindah into mine' kan, so biar dia saja lah yang kemas nanti. Jahat. Calculative sangat ahh kau.

AMC has a very strict 5s regulations. No messy stuff allowed. Cable berjuntai, stationery berterabur, meja bersepah, even tisu atas meja sekalipun pun boleh menyebabkan bonus tahunan kau ditarik, tahuu. Siapa tidak panik? Siapa tidak mahu end year bonus yang boleh sampai 2 bulan gaji kan kan kan??! Gila ehh!! *geleng kepala cepatcepat*

Jadi, saya mengambil inisiatif untuk berkemas lah. Kena pula hujung bulan ni ada checking stationery drawer. Malu ohh kalau kena present time general meeting laci kau paling berantakan T_T Dua ini sahajalah saya display, cable and drawer untuk stationery. Before and after. Jangan gelak. Haip, kan dah kata jangan gelak. Senyum pun jangan.

1

2

Phew. Nanti ada masa baru buat label lah.

Till then. Happy 16th Ramadhan. Semoga urusan kita dipermudahkan. Lagu raya start berkumandang sudah kan. Ada feel kah kau dengar lagu raya ketika sibuk di pejabat?! *Geleng geleng kepala*

Rem: Syukur alhamdullilah atas rezeki-Mu, ya Allah. Puasa dan syawal kali ini, kami jauh lebih bersedia dari tahun sebelumnya =)

Rem#2 : Apa lagu raya favourite kau?! Saya; sepasang kurung biru dan pulanglah. =))

Saturday, August 13, 2011

Wada and the Baby. Congrats!!

Hi peeps =))

Kitew happy harini sebab ada new member in in laws family. Wada'&Apek son. Hew hew

Presenting you..

Presenting you..!!

Belum ada nama. 12/8/11. 3.3 kg, kot.

IMAG0500-1-1

Wada due 16/8,sepatutnya. This few weeks bila dia call or sms I was expected she said something like ‘Dayah, aku mau beranak suda.’ tapi ternyata saya silap. Dia call cari abang dia dow. Haha So, semalam bila dia sms saya bilang,; ‘Dayah, ni kali betulbetul sudah ni, ak masuk wad suda.’

Niat baik orang saya jawab begini,’Betul meh? Bukan di wad tidak boleh guna fon kah? Sempat lagi ko sms aku ah.’ Wada jawab, ‘Ini wad best, aku tengok tivi ni.’ Wohh.

Perkataan pertama terlintas  once she delivered safely- Syukur Alhamdullilah. Ucap syukur seikhlas hati dan sangat maksudkan syukur itu, bukan hiasan mulut semata. Syukur, finally. Because I see what she’s been through. Longing for a kid. And she deserve it =)

Ramadhan last year, I remembered how we stay awake after sahur, sebab sibuk nak siapkan Chocolate Chips dia. Masa tu, saya ingat saya cakap betapa rajinnya dia sebab buat biskut dan cheese cake tiaptiap hari. Dia cakap, macam ni lah tiada apa sudah mau buat kan, belum ada baby. Eceh, padahal dia kahwin awal 8 bulan saja dari saya.

Tapi I taklah bosan sangat hidup berdua, mungkin sebab masa banyak dengan kerja, masa yang tinggal habis dengan berdua-duaan dengan Bob, hehe Euwww. Eeeuuuwww lagi.

Wada ni, mind I tell you ah, dia lah supporter terkuat pemberi galakan saya cepat-cepat mengandung. Dia nak kami pregnant samasama T_T Tiapkali dia dari doktor, dia akan suruh saya pergi doktor tu juga. Bila dia pergi berurut regularly tempat nenek mak, dia paksa ajak saya ikut juga. Bila dia makan any medicine untuk menggalakkan hamil, dia bagi saya juga, padahal ubat dia T_T Bila nenek mak bagi dia minum ubat kampung, dia suruh nenek mak buatkan saya juga T_T Tahu tahu saja saya balik kampung dah ada macammacam tips kehamilan T_T

Dan saya pula memang sungguh tak mengenang budi ah. None of any I mention above was done correctly T_T Ubat tu saya makan 2 hari saja, lepas tu I dah lupe what for I makan ubat tu. Berurut tu pun saya tak pergi since dia preggy. Ubat kampung tu saya ada request nenek mak buat balik. Sebab kali pertama saya minum, encik suami tak bagitahu I pun yang air ubat tu kena campur dengan air panas baru minum, dan ubat itu boleh lasts one week. Dia suruh minum sahaja. Saya minum half bottle in one sip. Lepas tu muntah. @_@

In fact, there were times dia bagi saya baca buku kehamilan. Untuk menaikkan semangat saya, agaknyala. Saya baca in a glance sahaja. No feeling sangat. Tak sekhusyuk mana =_=

Pendek kata, we wasn’t trying hard for these T_T  Mungkin belum masanya =) My mum suruh saya relax dulu, ambil masa ni berdating dengan Bob dulu. Eceh.

But I gotta admit, sometimes it hurts me inside when people keep on asking. Its funny  to think of people mind set nowadays. You’re a failure if you still don’t have kids after married. But it’s okay to have one before married.

BTW Congrats to Wada & Apek =) And untuk Ida & Icuk, semoga dipermudahkan urusan, okeh. Till then, daaaa.

Happy Weekend all =)

REM#1 : Harini saya OT, sepatutnya saya offday sebab esok shift saya. Tapi kena datang juga sebab Weedy cuti. Fendy pula kena mengajar sebab Jacob still mengajar di ChungHwa. Kok pula tiada sebab replace Ros yang terpaksa mengajar Illustrator 1 di AMC. Saya lah harus standbye. Lagipun Kak Tiny last day so saya nak move barang ke meja dia. Such an explaination huh.

REM#2  : Hari ni akan balik Kawang, nak tengok baby lagi. Esok sungkai di PanPac dengan my family. Jadual buka puasa hujung minggu saya dah penuh sampai hujung puasa.

REM#3  : Nanti pulang nak singgah tempat tailor, Husband insist. Husband kata, kan tailor tu kata this week siap? Well, on behalf tailor’ defense, dia kata Insya Allah boleh siap. Boleh bukan confirm, sayang. So, I kata nanti kita singgah lah kata kebetulan singgah. Kan tak manis bunyinya cakap saya singgah semata-mata nak tengok awak dah siapkan baju kitorang tak. Pehh. Nanti elok-elok dia buat cantik-cantik, jadi horror baju raya kita sayang. Don’t push. Esok bukan raya pun.

Friday, August 12, 2011

Online Shopping: What not to buy.

Hai Peeps,

Saya tahu anda suka shopping. SAYA PUN! Siapa tidak suka, kan? Saya rasa MOST of the girls memang suka shopping =)) Takpayah tanya survey pun I tahu laa.

Saya cut-short saja lah, this is few items yang saya mungkin takkan beli online and reasons =))

KASUT : I think I prefer conversational method. Pergi kedai, scan kasut tercantik, minta saiz, cuba, check lagi yang lain. Yeap, I prefer that. Sebab easy. Senang cuba, senang nak return bila kasut tidak muat, senang nak pergi kedai lain bila baru perasan kasut idaman hanya cantik di mata tapi buruk di kaki sendiri T_T  Tahulah kasut. Kena pakai yang match and perfectly fit kan.

BAJU : Depend jenis baju. Cardigan or jacket, mungkin tak bermasalah sangat. Size tak precise betul. Kalau baju lain especially dress yang ada ukuran, memang sedih lah kalau loose sana sini. Lagipun saiz ni pun vary dari satu jenama ke jenama lain. Perasan tak, sometimes baju saiz S dari kedai ini kita muat, suddenly S dari kedai lain sudah kecil pula. Know what I mean kan?? Kan? * rolling eyes*

BAJU KURUNG: Banyak kurung moden, kaftan etc yang telah diperkenankan oleh mata dan hati saya, namun berfikir apakah agaknya saiz paling sesuai untuk saya buat saya blur. Ehh, U tengok I macam besar saja kan, kalau I kata saiz kebaya S or yang terkecil tu besar, U percaya tak? Unbelievable? Haha itu cerita 2 tahun lepas, this year tidak tahu lagi. Ehemm. 

P7300742From PrettyChique =)

Dua tu saja kot. My experience? Bought Tote bag from prettychique few months ago. Memang cantik. Pagi ni book, sms, tengahari bank-in, esok pagi dah ada dah =) Excited tengok ada parcel sampai. Yang best juga, kebarangkalian untuk tersama beg dengan orang lain tu tipis.

By the way, mungkinkah ada sesiapa yang perasan bahawasanya sometimes harga barang online ni boleh sampai 20% mahal dari yang sepatutnya?? I mean, we do need to pay for their postal fee, right? In conversational method, that fee may be my snack fee. Hehe

REM: Bob hint-hint suruh saya beli kebaya nanti. Any suggestion??

REM#2: Banyak idea, tapi tiada masa T_T

Wednesday, August 10, 2011

Avon and Hairee’s Birthday.

Hi peeps,

(NOTIS: Tajuk di atas tidak berkait rapat. Avon tiada kaitan dengan Hairee, langsung.)

Lunch hour tadi saya bersungguh heret Kak Tiny, Za dan Mas pergi Avon. Sebab ada sudah saya berkenan di sana selepas membelek leaflet tempoh hari. Sampai sahaja tengok catalog di counter. Kenapa berlainan dari yang saya tengok tempoh hari. Okay fine, itu leaflet tempoh hari bukan saya punya, ada student tertinggal di lab saya T_T

When was that ah? Damn. Exactly 2 weeks ago, which means July one. INI AUGUST lah Dayah. Apakah artinya? Artinya kau sudah miss promosi yang itu jadi sekarang kau prepare duit lebih sikit untuk beli di tempat lain. Tapi saya terbeli ini juga.

Lipbalm (kebetulan mine just finished), SweetHonesty Perfume (Pakej comel dan murah, only RM7.90), serta Cleanser.IMAG0481

Semalam, 09/08/11 harijadi Hairee. Years back, I never failed to celebrate him. Mesti ada hadiah. Mesti ada kisskiss-hughug, yang penting mesti saya ingat. Tapi kali ini saya lupa. Lupa sangat. Haih. Shall get something for him.

Hubby and Hairee, last night.C360_2011-08-09 20-29-33-1

Husband outstation today. So I drove myself. Awal Bob dah pesan, terus balik. Jangan lagi lambatlambat kasi siap kerja. Nanti stuck di jem pula. Biasanya saya keluar office 4.30pm, before 5.30pm saya dah reach Sabindo. Harini saya bawa kereta, jam berapalah saya sampai tu ah? Jem lagi. Aduh. Nangess.

Oh btw, elmo balik this 26 afternoon =)) Bukan sudah mention di prev entri ka?? Dan oh lagi, saya suuukkaa lagu Terry Harusnya Kau Pilih Aku. Click to download.

Till then, daa.

Monday, August 08, 2011

My Ramadhan: The 8th Day.

Hi peeps,

Tekak saya masih sakit. Tonsil masih bersarang disitu.

These few days, saya jadi kaget kalau terima call dari Wada; Somehow I ingat dia call sebab nak deliver daa. I am thinking of hearing Dayah-aku-mau beranak-sudah. Ahaa. Well, its okay. Take your own sweet time ‘Wada’s baby’. I wanna wish best of luck and soon to say Congrats for the baby boy, for both Wada & Apek, serta Noranidah Yaman & Pg Afizul. =))

Lapar buat kan kiraan matematik saya kurang cerdas, atau kah saya terlalu over excited untuk menyambut hari raya. I was counting it like these; minggu ni sampai 14, then minggu depan sudah 21, after 22nd is malam susul, then Elmo will be here on 26th, then that 26th saya cuti sudah. Lepastu raya. Nahh, macam cepat betul kan. Kah saya salah kira??! (@_@)

So these raya, as usual we celebrate it at Kinarut first. Every raya is special, cause we never knew if we shall meet next raya, kan. So, treat it like your last one. Sebab tu ianya special.

Just a few randow things to share with all;

MY RAMADHAN

1. Berbuka mesti nak kena ada agar-agar dan chicken dish. Apa saja asal ayam. Daging is a NO-NO-NO.

2. Husband mesti mau ada laici kang. Padahal laici kang adalah minuman paling pelik saya pernah kenal. What is that actually? Ada telur, ada jelly, ada bijibiji berudu itu. Euw.

3. Mak kitew yang prepare sahur, hew hew. I selalu terlajak. Adeh.

4. Mee goreng adalah satu kemestian. Tiada lauk pun tidak apa.

5. We often had these variety of drinks ketika berbuka. With hubby’s weird laici kang, mums sweet airtebu, sometimes with airkelapa too,and Ainal’s coke. Saya prefer airsejuk saja. But today, saya ingat nak beli Vanilla Blue la. Macam sedapppp.

6. These raya, I am planning to make few biscuits; Batang Buruk, Cornflakes Madu & Choco Chips. Simple recipe. EHH, jangan ahh gelak.

7. Theme bajuraya kami laki bini adalah: GREY!! WTH??! Haih.

8. Sudah plan, mesti mau atleast once berbuka puasa with my dearest besties and partners. Should be huge =) We’re like a BIG BIG Family now =) Here’s the list: Me &Bob, Gma & Dieyl, Pye &Adha, Adeq &Rusdi (I supposed not to count Keira kan??), Ieda & Lester, Jani & Syuk, and Elmo the leftover. Kerel definitely would not be here kan, Elmo??! So, there it was. Thirteen of us.

9. I have in mind what to buy for this raya =)

10. I We Need to do some savings, cause nak bagi duit raya kepada little cousins. LITTLE COUSINS ONLY! Yang tua bangka tu jangan mengada, okeh.

Till then, Daaa.

thumbnail

REM: Do you know I kinda addicted to Hyuna’s Bubble Pop?? Catchy song.

REM#2: Kindly share with me simple facial routine at home. Sebab my face looks damn terrible now. I am too busy to get a proper facial, besides the only spare time I had is from 5am-6am, no facial shop open that early. I perasan kat rumah ada banyak Lemon, Honey and Eggs. This morning I sempat mask muka, scrubing and letak warm tea bag on my eye. Eyebag dah jadi obvious. Babai.

Sunday, August 07, 2011

Sunday as in 7th Ramadhan.

Hi peeps. As you're reading this, dont be surprised with the font in my belog. I am writing from my home sweet home via Ainal's broadband. I rarely post anything from home, dirumah saya memang tiada masa ber-broadband segala. But today is different, I am online since I have to finish key-in something into systems and submit my claim. Ya, it's 7th and it is the cut line to submit. Kalau tidak, sia-sia saya teaching itu hari =)
As posted in FB, I woke up at 10am in the morning. Quite a relief. Especially bila kau bangun jam 6pagi setiap hari untuk pergi kerja, these included Saturday too. I also finished reading the Confessions of A Shopaholic by Sophie Kinsella. 500 pages of e-book. Done in a day.
And to be honest, I almost break my fast today. I had tonsil in throat T_T Imagine itu. Rasa sangat haus. I almost fainted, itu tidak termasuk saya headache telinga dan kepala sakit. So, that's how I ended up habis baca e-book itu =)
But, at the end saya mampu bertahan hingga sungkai. Pheww. Tapi Bob suda warning; JANGAN LAGI MINUM AIR SEJUK. T_T
I had my panadols just now, sekarang dah berpeluh-peluh tanda ubat dan memberikan reaksi. Saya ingat nak pergi Permai, ambik ubat dan MC. But then suddenly something across my mind. I just could not take a break- an offday-leave or whatsoever. Not in this crucial moment. Kak Tiny is going to leave us. This week is her last week. So, I need to ensure a smooth hand-over. Plus, tomorrow we have this Sze Yi Association taking FBT class.
You know, how I always planned to leave the company kan. Well, funny things just happened. I had a better offer from a company. I have not decided anything yet. How I used to make jokes with Kak Tiny, that who's gonna replace me if I'm leaving? This time, maybe the jokes just suddenly jadi kenyataan. Well, saya masih mempertimbangkan semuanya =)
Gotta go. Blackout here in Kinarut. Lappy lack of power. Menyesal saya tidak charge dari tadi. SESB, tolonglah kasi hidup ini karan pls pls pls T_T

Friday, August 05, 2011

Bermotor di Bulan Puasa: Pro & Kontra

Hi peeps, (especially those yang baru nak try naik motor).

Ehem. Ehem. Buat muka serius. As mentioned in previous entry Naik Motor: Fun Fun!! , I shall share with you apa best dan tidak best naik motor pergi kerja di bulan puasa. BULAN PUASA ah. Spesifik sudah saya mention itu. Lain bulan, lain keseronokan nya (??). Hehh.

BEST BEST BEST!!

1. Tidak Jem =) Bila naik motor, hanya stuck bila di traffic light saja. SEE?? Setakat jem, boleh ja menyelit. Save your 15 minutes. Nahh, kalau naik motor jam 7 dari rumah, jam 7.30 boleh sengih-sengih sudah thumbprint di office.Hew Hew

2. Jimat minyak, sekaligus jimat wang. Nah, ekonomi betul kalau naik motor. Kinarut-KK-Kinarut-KK tidak sampai RM 5. Kereta mahumahu juga RM 15.

3. Segar semulajadi. Tidak perlu aircond segala. Dijamin kau sejuk selalu, tanpa perlu buka tingkap pun.

4. Mengeratkan hubungan suami-isteri. *Gila kelakar* Ehem. Siyes balik. Kalau dah naik motor, of course lah pembonceng kena peluk penunggang kan, ehem. Naik keta mana dapat peluk, ada handbreak gear segala jadi penghadang. Naik motor lebih mesra. Eceh. Apa bah kau tulis begini time puasa ini??!

 

Macam mana? Terpengaruh ka? Saya ada gaya buat marketing kan. Haha Tapi, ada juga part tidak best naik motor ni..

TIDAK BEST AHH !!

1. Kalau panas terik memang menangis lah weh. Boleh menitik-nitik peluh. Tapi, nasib saya suka panas. Panas buat saya mengantuk.

2. Kalau hujan lagi sedih, terpaksa berteduh mana-mana. Tapi, kalau dah nampak macam nak hujan, memang terus cancel naik motor. Once in last year Ramadhan, hujan time di KK. Terus Bob call Wada, nak tumpangkan saya. Kesian dia berhujan. Dia pun kesian kan saya berhujan, sebab tu suruh saya ikut kereta adik dia. Sweet.

3. Kereta berlagak yang ignore motor. Ini lagi lahh, mentangmentang dia naik kereta, dia boleh saja buat-buat tak nampak motor di tepi, terus unexpectedly masuk our lane, sungguh biadap. Kalau kereta sama kereta begitu, tidak apa lagi. Ini motor oh, membahayakan nyawa orang lain saja. Eleeh, takat kereta kancil nak berlagak. Macam I herann.

4. Muatan kecil. Tempat letak barang kan cuma raga kecil tu. Eleh, masuk beg saya terus dah penuh. Sebab itu saya suka naik kereta, saya kan banyak muatan. Paling menyedihkan, bila harus ke bazar. Faham tak, BAZAR?? Ehh pergi bazar masa puasa mana cukup beli takat tiga plastik weh. Paling kurang mesti beli pukal punya sampai bonet kereta pun tidak muat. Raga kecil tu kapasiti cuma muat tiga bakul plastik saja. Encik suami kata kalau nak beli banyak boleh juga tapi nanti kena singgah Giant kejap pinjam troli ikat di belakang motor.. T_T

So, dengan membaca pro-kontra ini? What say you?? Ona boleh bentangkan hujah saya ini kepada encik Afiz yaa.

BTW, saja nak share. Yang dibawah ni Bazar Kinarut. Saya malas nak pergi. Bosan ah macikmacik asyik tanya perut ada isi ka tidak T_T Dah macam tiada soalan lain. Kalau dah tanya meremukkan hati saya lepastu bagi saya kuih percuma tidak apa juga. Joking lah. Tak baik bermasam time puasa ni. Babai.

IMAG0459

Thursday, August 04, 2011

Naik Motor: FUN FUN!!

Hai hai, harini kitew pergi keje naik kete, sebab hujan di KK. Hubby hantar. Selalu drive sendiri, tapi sepanjang ramadhan ini hubby send&fetch me naik motor, as agreed. NAIK MOTOR? Yah, motor lah weh. Samat dan Atoz rest sepanjang puasa ni.

FINE. Dulu saya memang taknak naik motor, cuak dan takut.  Motor, kau langgar orang, orang langgar kau, tetap kau cedera. At least, kereta is safer. Ada shieldguard. Hew hew

Pertama kali saya naik motor, pakai helmet pun takpandai. Bob yang pakaikan. Lepastu, macamana rupa helmet tu dipasang masa start perjalanan, begitulah juga lepas sampai office. Sampaikan mereng pun saya takut nak betulkan T_T

Lama-lama, I dah biasa you. Steady saja. Upgrade sikit, Bob ajar saya bawa motor. Dia cakap, supaya kalau dia tiada saya boleh guna itu motor, saya jawab; Kalau B tiada, Ayg jual tu motor. Haha  During training, laluan latihan adalah di sepanjang jalan kecil di rumah dia. Sampai hujung jalan, saya tanya..

M: Pasni apa?

B: Reverse lah. Jalan mati sudah ni.

M: Mana gear Reverse??

B: Sayang, ini motor. Manada gear Reverse.

M: Jadi, macamana mau pusing??

B: Guna kaki lah. Macam naik basikal tu.

M: T_T

……………………………….

Haha Lepastu semalam masa naik motor, saya kata..

M: B, Ayg mau ampai kaki di bawah bah masa di traffic light. Tapi Ayg takut nda pandai bajet bila B jalan. Nanti Ayang jatuh terkejut.

B: Kenapa sayang mau kasi turun kaki?

M: Saja. Ayg selalu tengok B buat.

B: Kaki B kan stand kalau motor berhenti. Sayang jangan cakap macam begitu kuatkuat, malu kita motor sebelah dengar.

Kalau kau naik motor, kau fahamlah apa saya cakap ni. Hahaha  =)

Till then, daa.

PS: Shall write the advantages and disadvantages of menunggang motor ke office sepanjang puasa =)

Wednesday, August 03, 2011

First Impression tu penting kah?

Kawan baru kahwin atau baru gatal nak kahwin selalu tanya soalan pelik, macamana kau dengan in-laws kau? Dengan MIL-PIL-SIL-BIL kau??!

Saya jawab bodoh-bodoh juga, macamana apa?

Sebenarnya, despite all the bad impressions yang orang sekeliling selalu campak pada saya, nak saya takut takut dirumah in laws itu, ia tidak menjadi ya =) SEBAB IN LAWS SAYA OKAY.

Selalu orang kata mentua ni garang, jahat, kakak ipar kejam pembuli macam dalam cerita cinderella kan. tapi saya rasa itu kurang signifikan lah di masa ni.

Orang juga kata, start dari saat pertama in laws kenal kita, dari sana they start to build up our image in their mind. Baik atau tidak. Sesuai atau tidak. Kan selalu kita dengar orang kecut perut jumpa mentua for the first time? Takut kena reject. Haha

Lemme share mine. Sebenarnya first impression my MIL kepada saya mungkin tidak begitu elok. Hahahaha Sebab, I was Bob’s on-off girlfriend since we’re Form 1. Ohh, I lupe nak inform yang kitew ni highschool sweetheart ek? Macam orang kisah, kan.

Okeh, mesti pelik kan? Takkan kecilkecil dah jumpa mentua segala. Punyalah gatal. Takk, saya sebenarnya offline time Form 2 dengan Bob. Tapi, saya ada hubungan yang baik dengan adik dia, Nurul. Nurul ni bestfriend adik saya, DD. Dan, Nurul ni satu club dengan saya, so bila ada meeting mesti jumpa kan.

Satu hari tu, saya terima misscall di phone. Kecil-kecil dah ada handphone, siut. Lepastu bila saya call orang tu main-main cakap nama dia Bob. Saya on vacay di Labuan with family time tu.  Eh, wa memang panas tau kalau orang miskol-miskol gua cakap merapu segala, memang nak kena hempuk. So, saya call rumah Bob nak tanya kalau dia ada bagi number saya dengan sapa-sapa entah. Kira nak marah dia ah.

ME: Hello. Boleh cakap dengan Bob?

MIL: Hello. Bob tiada.

ME: Nurul ada?

MIL: Hah, kejap.

ME: Nurul. Bob ada dirumah?

N: Tiada. Jalan dia.

MIL mnyampuk di belakang : Kasitahu kawan kau tu, jangan dulu mengurat abang kau. Dia masih mau belajar.

ME: T_T

……..

To be continue.

(Opss, gotta go. Suddenly ada meeting jam 1030pm. Kena siapkan slide. T_T. Okeh, daaa.)

 

Tuesday, August 02, 2011

Office: Ready for Raya.

Hi peeps,

Hari ni 2 Ogos. Hari ni 2 Ramadhan. Hari kedua di bulan Ogos. Masuk hari kedua kita berpuasa. Dan, hari ni adalah hari Selasa, hari kedua untuk permulaan minggu baru =)

Lagi empat bulan 2012 menjengah. Our project is towards the end. Looking at the achievement, buat mata saya terbeliak juga sedikit. Hardwork payoff, sometimes. Penat lelah berkorban masa hati dan perasaan adakala terubat bila tengok figure trained, juga terubat bila gaji masuk. Haha

Training ada baki 8 weeks. Itupun saya hanya sedar ketika buat scheduling Sept. Another 8 weeks to go, 8 sundays/saturday tidak tenang perasaan to go, after that maybe boleh relax sedikit =) I am counting days, even saya rasa teruja to look how far I can go.

Its like a challenge. Can US, the team to achieve those 4k balance to train in these remaining 8 weeks. Ohh I belum count 1 saturday considered burn sebab ada AMC Retreat di Dreamworld Ranau. That will be on 16 and 17 Sept. AMC will be on leave. The whole AMC. We never closed, except those 7days off during Chinese New Year.

By the way, our office has been decorated into Raya theme. Awal juga boss mau bermood raya. Jangan sampai saya pasang lagu raya ahh.

IMAG0456

IMAG0458

Till then, Happy Tuesday all. Happy Ramadhan. Ada kawan kitew tu first time sambut puasa dan raya as hubby-wifey; Pye &Adha so how was it feel?? =))

Ada juga kawan kitew tu, yang kitew cakap beshpren porever tu, dia pun sambut puasa and raya special cikit this year. Dia punya SPECIALLL SANGAT!! Sebab dia ada KEIRA !! Selamat berpuasa Berhari Raya, Keira. Nanti raya pergi rumah aunty tauuu, ehh takpe takpe biar aunty datang sana. Nanti minta mak belikan bajuraya yang banyak poket tau. Dengar tu, Deq.

Banyak poket = Banyak Angpau = Banyak $$$$$ = BOLEH BELI MERCUN YEAH!!

Till then, Selamat Berpuasa, y’all. =) Banyakkan beramal, okeh.

Monday, August 01, 2011

Weekend Paling Sempurna–setakat ini.

SO?? How was your weekend??! Was it good??! Merapu betullah kau tulis pertanyaan begini.

Saya jawab sendiri lah, weekend I awesome!! =))

Macam saya kata di entri lepas. Ahh malas saya nak cari link, silalah rajin-rajinkan menggodek sendiri. Saya officially offday 2 days, which is awkward because I never applied it before. Okey tipu, saya baru saja apply cuti raya. Dah approve dah pun. Offday saya sebenarnya hari Ahad, kadang-kadang we worked straight 7 days, bukan perkara ganjil. Even kalau saya di offday pun, saya available di-call bilabila masa. Kecuali last week itu.

Saya informed saya cuti dua hari. Saya maksudkan cuti sebenar benar cuti. Jangan call, jangan sms, or anything related to work. Memang cuti daripada ingat office. I know, 2 days end of July tu masa busy yang sangat busy (??), walau hati I nak sangat pergi office, tapi jiwa I dirumah bersama sanak saudara tercinta, pehh ayat. Kan jarang ada dirumah, jarang berjumpa cousin-cousin, maka inilah masanya. Spent most of the time with them.

Hobi kami semua adalah makan-makan sambil menonton cerita hantu beramai-ramai. So, beli coke 8 botol, kuaci 5 bungkus, campur lagi makanan kenduri, lepas tu marathon tengok Tolong Awek Aku Pontianak dan Flat 3A di Astro First. Naaahhh, marah itu servant tidak dapat mengemas sebab semua asyik duduk depan tivi. Hew hew

Plus, Dd stay home longer than usual =) So, it does feels like old time. Sweet time masa kecil =’) Believe me, being an adult is not fun.

I was kinda lazy to taip, jadi I display gambar saja lah. Presenting you..

MY AWESOME WEEKEND

1

Dua mangsa dipaksa mengikut ke Tamu. Ekeke

 

2

Kakak pegang adik, saya jalan lenggang kangkung saja.

 

 3

Yeay, Potato. Adeh, watching this.. T_T

5

Birthday peeps were myMum and Noh. Aqish tu purapura saja.

 

6

I actually was trying to snap my cousin as he’s trying to susu kan his newly-born daughter =)

 

7

Loacker. OHH MY.

10

Had lunch at Chicken Rice Shop, Suria with Bob.

11

While waiting.

 

14

Muka poyo si wifey T_T

 

13

The weight T_T

Ohh, semalam juga saya sempat kemas bilik dan bajubaju. All used clothes and bags saya dah pack cantik-cantik bagi dekat cousins. Ada yang saya takpernah pakai lagi, ada yang pakai sekali dua saja. Bukan sebab apa, dua almari di bilik tu terlalu full sudah, so orang kata kalau ada barang baru in, harus ada barang out kan. Alahhh cakap sajalah baju kau tu tidak muat sudah kan, Dayz. Hepp. Manada.

Hrm. Masa kecil dulu, rasa bulan yang berlalu tu lambat saja. Sekarang saya rasa masa berlalu dengan zupp zzapp zupp pantass! Sangat pantas. Taklama lagi raya, lepas tu Retreat company di Ranau. Lepastu, projek should be done by end of September. Then hubby’s 26th birthday, lepas tu our 7th year relationship anniversary, lepas tu November, December and 2012. You see?? Cepat kan? Even now pun most of my colleagues dah start recruiting for next year project. How time flies.

Till then, happy day and HAPPY RAMADHAN all.  Harus banyak beribadah =) Mulut pun kena kurangkan bercakap benda merapu. Puasa ni buat kita lebih menginsafi diri, dan masa untuk rest dari terlalu mengejar duniawi =’) By the way, today is my Mum _ _th birthday. Happy Birthday, Mum!!

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers