Hai peeps.
I wanna share few tips; Cara Berkomunikasi Dengan Baik. Bhahaha Macam lah I ni berkomunikasi dengan baik. Baik lah sangat. What I mean is, in terms of bercakap dengan orang sekeliling kita. Ini pun aku dapat dari pembacaan. ( PS: Tahu tak, kita selalu rasa macam ada benda mau kongsi sama orang, tapi pikiran kita tiba-tiba menyampuk berkata “no no no, kau ingat kau hebat sangat dah ke nak kongsi tips segala?’’ Kan? Tapi, apa salahnya berkongsi. Mungkin ada yang tak tahu. Bukan semua perkara kita tahu di dunia neh kan.)
#1 : Intonasi suara haruslah direndahkan sedikit
Aku percaya, kalau kita bercakap dengan nada suara rendah, orang yang mendengar lebih tenang dan gembira. Nada tinggi memberi isyarat seakan-akan marah.
#2 : Soft spoken. Cakap dengan lembut tetapi tegas.
Cuba jangan bercakap seolah-olah kau tengah berteriak atau bergaduh. Cakap secara rileks dan santai.
#3 : Pandang muka orang ketika bercakap.
Bila orang bercakap dengan kau, walau sibuk mana pun, cubalah bercakap (menjawab) sambil memandang orang yang bercakap. Tidaklah dia terasa seolah-olah bercakap dengan dinding ajaib.
#4 : Dengar dahulu sampai habis sebelum menjawab.
Bila orang bercakap, haruslah kau dengar sampai habis. Supaya isi penting boleh difahami dengan jelas dan tepat. Paling tak elok, sudahlah kau potong cakap orang, lepas tu kau menjawab salah lagi.
#5 : Elakkan bercakap semberono. Cuba menyampaikan sesuatu dalam bahasa lebih manis.
Even kau cuba bersikap transparent, tapi please be remembered semua orang juga ada hati, walaupun nampak rock di luar. Coba lah, bila kau mahu menyampaikan sesuatu, cobalah cari ayat manis sedikit untuk disampaikan. Ada yang cakap, bukan kerja aku mau jaga hati kau. Memanglah, jadi kau suka kalau aku cakap begitu sama kau? No?
#6 : Kalau diri caught guilty, just apologize. Jangan tegakkan benang basah.
Sorry is not a hard word to pronounce. Kalau sudah salah, cakap lah ‘minta maaf’ dengan ikhlas. Learn the lesson. Jangan cakap sorry sorry sorry tapi taklama buat lagi.
Semua ni berdasarkan pembacaan dan pemerhatian aku. Sebenarnya, I am not a good communicator either. Aku rasa susah aku nak cakap dengan memaniskan ayat. U know lah, sometimes bila kita too excited to talk, we ended up cakap lepas (sembarangan) dan hurt orang. Been there, done that. Sebab tu, aku tasuka banyak cakap dengan orang baru kenal. Yang aku tak mesra. Sebab takut dia kecil hati dengar apa yang aku cakap. Hoho
Jadi, kalau aku huha-huha bercerita rancak sama orang dari satu topik ke topik lain itu, tandanya aku biasa/rapat lah tu sama tu orang. I might be shy (muntah!) kali pertama jumpa, tapi kamu tunggulah lama sikit, lepas enjin aku panas, aku memang boleh dan mampu bercakap non-stop apa topik pun. Belum kira lawak bodoh lagi. Memang lawak yang betul-betul bodoh. Haha (okay gelak sendiri)
Tidak rugi pun berbahasa dengan orang. Pahala dapat, kawan dapat. Aku bagi contoh, kalau kamu dapat bil (eg digi atau bank), dia bagi tau outstanding amount lepas tu hujung sekali dia tulis macam ni, ‘kindly arrange payment before..’, when you read that you feel natural kan, compare kalau dia tulis, ‘You must pay before..’, kan? Maksud sama, ayat beza. Perasaan pembaca juga beza. Same things applied in conversation.
Okbai. Can I say Selamat Bercuti now?
2 comments:
Artikal yang baik ... Thanks for sharing ...
Haha..its a very good artikel..thanks for sharing..
Post a Comment