Nuffnang Ads

Thursday, June 28, 2012

Closet for Accessories




348MYR *melelehairliur



Wednesday, June 27, 2012

Word-LESS Wednesday : Labelling



Hai.

Aku pernah cakap pasal ni dulu. Sudu garpu selalu hilang. Lepas kejadian selalu hilang tahun lepas, aku bawa sudu garpu baru sama corak (tapi lain corak dari orang lain), hilang juga. Lepastu bawa lagi, label guna liquid paper, liquid hilang (mungkin sebab balik balik dicuci), sudu garpu pun hilang. Aku rasa bukan hilang. Tapi orang pakai dan lupa return, kot. Pagi ni aku bawa sudu-garpu lagi. Label warna pink (or fuschia?) terang lagi. Hambik kau. Lepas ni kalau ada yang terpakai mesti segan sebab label besar dan obvious. Kehkehkeh

Kita tengok kali ni tahan berapa lama. *evillaugh


UPDATE : Sekali aku jumpa set sudu garpu chopstick Hello Kitty neh di booth di bawah. Comel comel comel lahh. Ada sarung lagi. Price 9.90MYR. Buang sudu sama garpu di atas tu. Eceh.


PS : Goreng mihun harini sebab husb outstation di Mandahan. Okbai.

Tuesday, June 26, 2012

'Untungnya Kita Di Sabah..'

Hai.

Aku rasa kita di Sabah ni memang beruntung. Sebab, banyak program kemahiran yang percuma dan di sponsor kerajaan.


Tinggal kamu mahu atau tidak saja.


Some center provide the basic skills course for free, tapi kalau mau yang advance level, mungkin ada bayaran (mungkin lah). Sometimes, kerajaan sponsored sampai level itu sahaja dulu. Supaya lebih ramai tenaga kerja mampu dilatih.


Some center, they dig in rural areas cari penduduk kampung with no skills, ajar skills diperlukan mengikut duration, and then terpulang dengan diorang ni samada mau bekerja  dengan orang atau buka bisnes sendiri. I've seen that a lot, okay.


Here are some centers yang provide skills course under government sponsored ;

AMC The School of Business, Likas Square
Computer Skills ( eg Photoshop, Basic Computers, Flash, Autocad, Sketchup)
Languages (Korean, Mandarin, Japanese, English)
Basic Employability Skills ( 5 days courses; mengenal potensi diri, kerja yang sesuai, bagaimana apply kerja, dimana mau apply, etc)
MCITP, CCNA, MCSE
*Sponsored by Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat

Institut Kecantikan Nuvis, Sadong Jaya
Kursus dandanan rambut, make-up, etc

Roszall Beauty Centre, Damai
Kursus dandanan rambut, make-up, etc

Everlasting Bridal House Studio (EBHS Academy), Penampang
Kursus dandanan rambut, make-up, fotografi etc
*If I'm not mistaken, sponsored by Jabatan Pembangunan Sumber Manusia.


Ada juga kursus menjahit 6 bulan di bawah Kementerian Belia dan Sukan, Sabah. Untuk yang dalam computer especially networking field, kalau nda silap aku ada program INSEP di MOST Centre, Sadong. Yang INSEP ni belajar 3 bulan, praktikal 3 bulan nda silap, ada elaun lagi. Yang INSEP ni under JPSM juga. Kalau under program 1Azam di KYS tu lagi best, aku dengar belajar menjahit di kasi mesin jahit. Belajar mekap di kasi alat mekap. Siok kan.


Itu semua supaya kita di Sabah ni nda ketinggalan dari negeri lain. Supaya semua penduduk Sabah, be with or without degree, tetap ada ilmu dan skillful. Percaya lah kamu, orang yang ambil skill course ni silap haribulan earning lagi banyak dari makan gaji. Buka bisnes, bagi service tiptop, terus masyuk. Eh, kamu tahu ka itu Butik Kasih Sayang di Segama tu, owner dia dulu pelatih jahitan Kementerian Belia dan Sukan. Tiba-tiba.


Aku bagi contoh, kain hantar pergi jahit selalu kena caj berapa? Kurung asli pun RM35- RM 40 kan. Belum lagi yang moden, yang mau peplum look, yang mau macam Nora Danish pakai di Innai tu, nah silap-silap boleh cecah RM200 sepasang tau. Itu kedai jahit biasa, belum lagi yang establish punya. Sepasang, kau kira ja sebulan dapat jahit 10 pasang berapa. Contoh lain, makeup service. Sekali make-up, kau minta yang natural look pun boleh paling rendah RM50 tahu. Makeup kampung-kampung pun RM30 (peh, baik aku makeup sendiri). Belum lagi makeup dari establish MUA, boleh cecah RM150- RM250 minimum tau. 3 kali services boleh bayar ccm Saga aku dah.


Hebat kan kita di Sabah. Tidak ada sebab untuk cakap tidak kepada belajar. Ambil lah peluang sementara ada orang nak sponsor neh.



PS : Nanti aku update contact details dan person in charge centre di atas. Tapi yang AMC tu tak lain tak bukan yours truly lah eh.
PSS : The reason I buat entry ni, is this few weeks I liased with these center beh. Mula-mula Nuvis, bila dia join ours, dia spread the news to Roszall and EBSH too. See, we are all in this training provider business are very kind and helpful to each other kan kan.

25 Best Drawings From Draw Something

Kara & JayPark

Hai.

Kamu main tu Draw Something kah? Ala yang online lukis-lukis pastu orang teka tu. Eceh. Tipu lah nda tahu. Siapa ada smartphone mesti tahu itu.

Aku pun main tu. Tapi kadang benda yang mau dilukis tu memang susah yak ampun. Lebih lagi orang macam aku neh yang tiada bakat seni. Lukis 'paper' saja pun jadi rupa kotak. HAHA

Tapi, kamu tahu kah, tadi aku tengok di Yahoo, rupanya ramai orang lebih berbakat seni daripada aku (confirm lah kan =.=' ). Lukis main-main jew di Draw Something pun mau serius macam lukis masterpiece. Kagum betul eh.

Cuba kamu tengok ni.

'Titanic' : Weh, scene Rose sama Jack itu. Kalau aku, aku lukis gambar sampan langgar bongkah ais. Berharap ada orang faham lukisan aku tu.


'Starwars' : Gigih kan lukis macam poster segala. T_T


'Lion King' : Pergh. Siap ada shadow segala. Dari side side angle lagi tu. Kalau aku jangan cakap lah. Siap orang boleh teka sebagai kucing lagi =.='


'Dunk' : Lukis bola sama basket ja pun dah kira okay lah kan. Ni lengkap sama bubbles lagi. Hebat!

'Well' : Mau lukis perigi pun lukis perigi dari cerita seram. Cerita the ring ka samara ka apa tu. Lupa aku. Not bad kan. Green, black, white je.

'Alarm' : Alarm saja lah pun mau lukis orang tidur segala. Punya champion.


'KFC' : Ni sinikal betul. Lukis ja barrel kfc tu lepastu letak kfc. Mesti dapat teka. Haha

Tapi, paling kelakar mestilah yang ini..


'Cup' : Hey. CUP je pun kan. Perlu kah lukis lelaki tough 18sx tu. Vongoks!! HAHAHA


Aku pernah experienced kan, item dia 'lemon' tapi balik-balik orang tu lukis nda menjadi bah. Dua, tiga kali dia reset, last drawing dia ada tulis apa tau.. ' Sorry, I am not good at drawing. Can you guess this? L_M_N   T________T


Untul full drawings, sila lah klik di sini :


Oklah bai. Have a nice Tuesday. Esok WW. I dont what to post on WW.


Monday, June 25, 2012

Monday 25th

Hai.

My Monday started a bit rough and hectic today. Not just I lambat bangun (this few days asyik lambat bangun lah T_T), but kelamkabut cari notebook juga. Uhh, previous trainer meeting minutes jotted there, so I really must have that book. Petang after 5 got trainer meeting lagi. Lepas tu, aku perasan bus driver called me 3 times. Ohmy, baru tersedar a big group coming in today. The bus will pick them in Nuvis Sadong. After 7.30 dia tak call. I guess dia dah jumpa group tu lah tu.


Sampai office, baru perasan bukan sahaja Nuvis, malah we have KKBS dengan YS staff attending Word Lev 1. Ok fine. Lepastu baru perasan none of us in there. Fendy ajar Linux, Siti shift 9.30, Kok arrange buku. Aduh. Lepastu Ms G lagi sibuk push sebab soft skill punya orang tidak cukup, asking me to push any balance into there. Duh, kami pun in tight situation  to reach 2281 this month. Aku rasa pagi tadi mungkin agak kucar kacir lah hoh. Mana lagi dengan 4 Gems trainees tiba-tiba datang untuk interview. (What interview?)


Tapi itu lah. Itu lah best datang 8.30 am. Semua hectic phase sudah passed. Hahaha Kalau aku datang before 8, mesti aku pun susah hati. Mesti tudung sudah ter'biut sana sini. Mujur datang after semua okay. Kehkehkeh Unfair? Well, not so unfair lah. Before I have these amazing team, I was handling all these alone. If there's a group coming in like what we have today, normally I akan reach office before 7.30. But still went home at 6.30pm. Mujur lah. Lucky that we have this amazing team now. Semua ada passion yang sama.


Tapi (Tapi lagi?) ada juga perkara positif hari ni. Satu, boss banyak yang tiada hari ni. Boss no 1 ikut husb dia (which is our big big big boss) outstation to China. Aku dengarlah. Boss no 2 juga tiada. Pintu buka tapi gelap jadi he must be busy out there. Good. Boss no 3 busy. Dia busy ja pun sepanjang masa. Jadi kurang lah dia check aku. Less job request from her today. Dua, office sunyi. Sebab banyak staff keluar ada urusan. Heh. Tiga, trainer meeting postpone. Yeay!


Jadi, pagi yang bermula agak kacau kini sudah nampak siok. Haha Eh, kamu ada cadangan kah cara cepat kempiskan tummy? Behh, tiba-tiba. Kalau kamu pernah terbaca dimana-mana yang effektif, nanti share sama aku ah. Nanti nda lawa lah pakai baju raya perut terkeluar. Aku nda mau kisah tahun lepas berulang lagi. Baju raya aidilfitri nda muat dipakai time raya haji. Damage betul.


Tadi, masa aku turun beli Carrot Juice, aku nampak foodcourt tu agak penuh. Oh, breakfast time kan. Sepanjang aku jalan, aku dengar orang bisik-bisik (bukan bisik lah kot kalau aku dengar kan), 'eh, itulah anak si Faridah.', 'Anak si Faridah bah tu', pastu aku pun macam mau segan sudah kan, aku angkat kepala tengok, oh officemate mum aku pula. Lupa aku ada staff KKBS dalam kelas hari ni. Aku senyum-senyum je lah.  PS : Kalau aku jalan, aku tidak tengok orang. Straight je. I kan pemalu. *muntahjom PSS ; Aku pandai minum Carrot sekarang. Kamu tau kah itu rasa Carrot sama macam kacang merah. Eh eh eh.



Kbai. Have a nice monday all!

Dimana ada jual ni? Hand warmer.


PSSS: Bekalan junk food di office aku telah ditukar kepada Epal/ Pear dan Fruit Salad Dressing. Nanti pulang mau beli buah lagi untuk buat fruit juice dirumah. Aku plan mau beli food processor (mini blender) haritu, sekali rupanya dirumah ada satu juice maker. Awww.

PSSSS : Boss no 1 tidak jadi ikut husb pergi outstation T________T Alahhh.


Saturday, June 23, 2012

Taksuka tu biar berpada-pada


Hai.


Orang kata, membenci tu biar berpada-pada, sebab dari benci itu lah datang suka. Eh eh eh nda cakap pasal lovey-dovey stuff okay.


If you know me personally, you will know yang aku taksuka (atau tak pandai?) makan kuning telur ;) Yeah, you heard me. Tiap kali makan telur mata lembu, aku makan yang putih je. Makan telur rebus pun, aku tinggalkan bahagian kuning. Hehe Biasanya yang kuning tu aku letak ja di tepi. Bob lah yang tukang makan.


Kecuali lah telur dadar (omelette), makan je lah bukan boleh kasi asing pun kuning sudah bergaul mesra begitu kan.


Jadi, minggu ni (Selasa petang, precisely) aku dibawah sedar telah membeli tat telur di Bryan's Delight di bawah LSC. Ha'ah tat telur. Yang nampak cam kuning telur di tengah itu. Sebab, masa tu aku lapar, and ya aku lapar lah, looking for something to chip. Yang peliks tu, aku tak makan tart tapi aku beli juga, sebab kedai tu ada jual tat telur perisa pandan. Yang kuning tu jadi hijau, sebab tu aku beli, aku coba menipu diri sendiri bahawa itu BUKAN kuning telur. HAHA


Pastu, eh sedap lah. Rasa dia macam tat telur. Tampar kang, memang lah aku makan tat telur of course lah rasa telur kan. Ketawa aku dengar monolog dalaman diri neh. Tapi masa tu kerak (bun) tepi tu aku takmakan, sebab rapuh dan nampak tidak sedap langsung. (?)


Tiba-tiba, kemarin boss treated us Dotts Egg Tart. Siap dia datang buat announcement di staffroom kami, 'Err, Nur.. we have some egg tarts in the pantry. Go and get yourself the tart ah.' Pastu aku cam blur, terus ok ok sambil angguk. To be honest, sometimes our director dia ada hobby masuk bilik mengejut buka pintu mengejut tiba-tiba terus cakap blablablablabla, lepas tu tiba-tiba cakap 'ok?' Jadi, aku angguk je. Nanti dia keluar dah, baru aku tanya yang lain, 'dr cakap apa ah?' Oh, dia sebut nama aku sebab dia nampak aku je sana. Padahal Weedy pun ada kot. HAHA


Weedy terus kasi tahu aku, ada eggtart di pantry. Tapi hati-hati sebab ada satu kotak tu yang tidak sedap, lain kedai. Ecewah, cara cakap bikin suspen je kan. Aku tidaklah teruja, sebab not my favourite kan. Tapi saja je lah tengok orang kecoh-kecoh makan, aku pun haruslah makan. Nanti bahagian aku kena ambil, saya mana mau rugi!





Rupanya sedap lah. Bun dia pun aku makan. Eh memang sedap lah. Patutlah cousin aku suka makan. Lepas ni aku mau singgah Karamunsing beli 10 kotak biji. Eh melampau lah tu. RM1.20 sebiji kan.


Aku nda tau lah memang sedap gila ke apa, tapi setau aku kalau benda free orang belanja memang sedap je lah kan kan. Hahaha


PS : Sekarang aku ada habit suka makan pastry tau. Suka makan cupcake dari Bits and Bytes Wisma Merdeka tu. Makin lama makin mahal aku rasa. Padahal saiz sama je. Last aku beli masa praktikal JKOM DBKK, baru RM1.10 kot. Dua minggu lepas aku beli naik macam RM1.50 kali. Tak perasan sangat sebab over konfident kan sampai beli 3 kotak T_T Tapi aku memang gila makan tu cupcake, sebab cream dia sedap dap dap. Boleh makan sampai 4,5 biji. Kalau pergi sana, you should try sardin puff juga. Sedap. RM0.60 sebiji.


PSS : Benda free memang sedap dan 'sesuatu' lah. Selalu je aku beli gula-gula or junk food untuk makan sendiri, tapi lambat habis. Macam nda sedap. Tapi, cuba kalau gula-gula Anita ampai di kaunter. Eh sedapnya gula-gula kau, Nita. Padahal gula-gula yang sama ja pun. Sebab feeling berebut kot. HAHAHAH


PSSS : Lepas tu masa aku ambil tat tu aku ingat Weedy cakap yang satu kotak ganjil tu nda sedap, jadi aku nda ambil. Aku biar je Siti ambil (nda pun aku kestau dia itu nda sedap, hoho), sekali Siti cakap itu lagi sedap. Sebab dia pernah makan Dotts punya juga. Yang ini lagi sedap dari yang aku makan tu O_O

PSSSS : Okay. Bila kamu habis baca, baru sedar jauh terpesong dari tajuk kan T_T

Friday, June 22, 2012

Personal Perspectives


Hi.

Some people always think that I spill everything out in my writing, aite?


Actually not. If there one thing I could advise (told) those newcomer or those in blogging world, I would say; BEHAVE WITH YOUR WORDS.



Be you blog as anon too, dont write everything in this virtual world. Its virtual, anybody everybody could read it, sooner or later. You dont want your past past past writing suddenly became a point for other to hate you now.


Kindly, please dont write other people full name especially when you are talking about bad stuff. That 'other' people you mad with have family too, yo. In case you forgot. You might hate him/her, but it unnecessary to hurt all in the family.


Also, please use your brain instead of your mouth during voicing out your opinions. Please re-think again and again and again and again, and keep asking yourself sampai sejuta kali; whether what I am writing (and will be published and read by who-knows-who) is okay and fine with everybody? Will it hurt anybody? If you never think of that, do not be surprise being hated by anon.


What you publish now might okay for now, because that person you mention have not read it now. But, in the future? Especially bloggers in KK. We are connected virtually to each other.


I used to say this; this is my belog my territory, suka hati I lah nak tulis apa pun. But in terms of myself lah, I do not recall saying bad things about other. If I ever wrote it pun (if, ya) I will not disclose the name or anything related with that.



My entry will be 'ping' into my Facebook. I am real. I am connecting with real people whom I know in real life. I befriend those belog whom I know the owner (friends, or friends of friends of friends, but hey at least I know they're real and exist). Hence, I cannot make up the stories here and there. Its just a story from my perspective kan.



I just could not imagine live with so many hatred and enemies.
And thank God so far, I have no obvious enemy. Syukur.


PS : Kalau lepas ni signature aku ada 'xoxo' ok kah. Hehe =.='

PSS : I want to do some research on Cyber Act 1998. Tapi susahnya mau dapat link yang accurate. Help pls?

Thursday, June 21, 2012

DONT do this In Your Resume

Hi.

No, I am not an HR staff/officer whatsoever ya.


But, there were (most of the) time, I will received some applications for the ICT Trainer post. If, if ya they send it to me via e-mail, I will filter it first before propose to the boss. Better filter by me la, if the boss herself lagi teruk. Bar dia lagi tinggi dari I, noks. Chances of getting it lagi susah.


 
Because I am in charge for the manpower schedule, and I am the one who liaise with the part time manpower, so normally (most of the time), boss just let me handle it. Arranging the interview, the mock teaching, the class arrangement, perkara begitu. Boss will only handle it if she have no taks in hand, which is jarang. Mana ada manager yang task-less kot.


 
Jadi, I wanna share with you guys, some of the mistakes yang selalu applicants buat. Ok this is funny. Kadang kami pakat gelakkan gambar dan resume orang. =.='

Did not know what post you're applying

Even if you taktahu, say it frankly and nicely. Jangan cakap, 'saya pun tidak tahu apa saya apply neh..' Like what..?

Banyak ejaan salah yang obvious

Jangan salah eja perkataan simple macam 'clerk' jadi 'clark'. It shows us one important thing about you, careless. If you check before send, you will know ada spelling error. Tapi if lepas check pun masih ada error, it show to us that youre not fit for the job, sebab ejaan senang pun salah.

Gambar attached kurang sesuai

We saw many funny one. Ada yang taken from facebook profile lagi. Walaupun office kami bukan office besar-besar, tapi kami pentingkan kematangan dan ke-profesional-an applicants juga okay. Letak gambar berbulu mata palsu sambil letak peace melintang di mata is no no no.

 

Sertakan sijil tidak berkaitan dengan post sampai boleh buat buku

It is advisable untuk letak sijil related sahaja (kalau ada banyak sijil), kalau sijil tak banyak okay je mungkin. Takpayah letak sijil tamat tadika ok.

Resume Tidak Disusun Mengikut Kronologi

Sepatutnya (aku pernah baca) disusun from the present one sampai dulu-dulu punya. Let say fail sijil kita tu kan, the first page biasanya resume, lepas tu mykad copy, lepastu sijil-sijil (highest to lowest, present to previous) macam tu lah. Do some research. Jangan datang dengan fail berterabur. Serabut lah tengok fail macam ni.


Pusher - Terlalu Concern

Sometimes orang cakap kalau mahu our cv di 'sedari' kewujudannya, try to call the office frequently. Tanya dah dapat resume, tanya dah sampai orang sepatutnya, tanya progress things like that. But, terus me, sekali tanya dah okay dah kot. Hari-hari kau ja call tanya boleh bikin naik darah tahu.

 

Be natural in writing

Jangan cuba meng-impress secara keterlaluan. Cakap can do this and that, tapi tak boleh sebenarnya.

Selidik company's profile supaya tahu serba sedikit

Mau mengurat pun ada teknik, inikan pula cari kerja kan. Kena identify dan selidik serba sedikit background, supaya ada hint-hint what do and dont in the company. Contoh, our company sangat titikberatkan ISO and 5S, so kalau boss nampak resume orang yang tahu benda begitu, that impressive enough. Macam part time trainer, kalau dalam resume aku nampak dia tahu banyak software, memang aku impressed lah. Kalau dia tahu additional software not in our list lagi aku rasa teruja. Sebab kami ada R&D team, yang akan analyze and keep producing new courses for the program. So, benda macam ni semua you will never know unless you take time to research a bot about us. See, shows yang you seorang yang particular dan prepared.

Attitude

For trainer, I'd prefer take some with knowledge, no experience but good attitude than knowledge, experienced tapi attitude sombong gila kaw. I always believe, its attitude yang penting. Knowledge can be learn, experience can be earn, but attitude..? If you are a trainer, you have to liase with us the TC, the management and the students itself. You have to be humble enough, and willing to learn. Dont act like you know it all to me, nanti aku arranged kau course susah jangan nak tergagap bising dapat rating rendah. If you dont know, cakap je taktau. I boleh runding apa. I prefer orang yang rendah diri, sebab bila dia rendah diri, dia rendah hati. Bila rendah hati, dia mudah dibentuk. Mudah diajar.  Mudah terima kritikan dan pendapat orang. Itu penting.


Last, percayalah pada konsep rezeki. Jika memang rezeki kau, buruk manapun cv kau memang kau dapat lah tu. Dont compare yourself. Kadang tu cv memang dah hebat qualifications experience bertingkat-tingkat, tapi tidak terpilih sebab mungkin post tu perlu yang biasa-biasa saja. Company biasanya ada faktor lain, bukan sekadar kelulusan dan pengalaman, tapi attitude juga. Kadang melalui interview kita boleh tahu sudah yang orang ni tidak capable buat kerja ni, so reject. Tidak sesuailah for the post.
PS : I saw a tick in DISlike for previous post. Sentap mak. Tapi, kalau dah tahu diri cepat sentap kenapa letak sana. HAHA Let it be lah. My writing, sukati lah =.=' Temberang kan.




What A Small World

Odor Fighter

Hey, I wonder should I published this or what.
Please read this with an open heart and mind ya.

This was happened few years ago. I was involved with someone.
I dont even know he was in another relationship, other than me.
I was play-play lah at that time, not even that serious pun.
But, what I did not know is he is serious.

Up to the limit, he even leave the another lady.
I did not know this.
Until one find day, I received a call from this lady =)

Yeah, you can expect what kind of conversation we have lah hoh.
Of course she went crazy and scold me.
I am the innocent one, right. I did not know all this.
Eh, its a long-distance relationship okay.

This lady, eh young lady is younger than both of us.
A bit spoiled and cengeng.
Not just threw me with harsh words, even wanted to see me personally
so she could slap me at the face!

I am not that stupid lah to sorong myself to be slap by this emotionally unstable lady kan
So, I gave her an advise ( a good one), explaining the whoooooooole story, and..
changed my number! *kehkehkeh jahat gila

I never heard any from both of them since then.

But, today.
Hiks *gelaknakal

I just happen to meet her in cyber world ;)
I bumped into her blog, gila.

And, there you goes, she did wrote about that incident few years ago
I read read read read without realize it was me whom she wrote about

How do I know it was me?
She mention a line of words I spoke to her before.

HAHAHA
Now you know how funny this virtual world can be kan.

What a small small world.


PS : They broke up months after that. See, if it was not because of me, you guys still breakup juga apa. I am mean.





Wednesday, June 20, 2012

What I Read Now #1


Awi Rafael mengaku ada tatu, sudah insaf
Akucakap : Orang sudah insaf sudah taubat, sudah lah kan. Jangan dipanjangkan cerita. Dia dah mengaku itu masa lalu dia. Masa khilaf. We are nobody to judge him.


Datuk bercinta dengan remaja 16 tahun, ditipu dan ditinggalkan
Akucakap: Eh kesian beh. Kenapa budak tu sanggup bercinta dengan datuk 60 tahun? Kenapa budak tu sanggup tinggalkan? Its obvious she wants to have some fun. And some money too. Eh, lot of money.

Zarina Jamalulail (Dewi Remaja) sudah kahwin
Akucakap: Eh she was my favourite lah. Muka dia manis. Dia sama batch dengan Lofa, Ixara dengan Anzalna. Dia je paling sopan masa tu, aku ingat aku baca dalam mags dia taksedap hati sebab kena pakai baju agak seksi untuk shoot masa kuarantin. Dia dah kahwin last year dan dah berhijab.

Sabah kalah lagi, why?
Akucakap: Kalau kalah 0-1, 1-3 its okay lagi. Nampak ada effort. But, 0-9 with Lions and last night 0-4 to PKNS? Woh! Thats too much, bro. Terus tiba-tiba banyak spekulasi timbul neh. Aku perasan sejak Rozaimi pindah ke HarimauMalaya (maybe) terus performance jatuh. Kemonlah takkan sandaran pada Rozaimi je kot. Mum aku kata, kamu ni kalau komen nombor satu. Oh, dia di KKBS. Haruslah side sana. Ahaha

Noveal Mask by Nowrizmars
Akucakap: Terima kasih nowrizmars. Aku dah ada hint what to buy during my next visit to noveal.

Maxi Dress by Ona
Akucakap: Aku pun teringin pakai macam tu. Tapi itu maxi dress jatuh di atas buku lali aku. Macam tingkai ni. You know 'tingkai'? Macam pendek neh. Saya kecewa tahu setiap kali beli jadi begitu. Terpaksa pakai jadi skirt sahaja T_T Any advice?

Madagascar 3 by Aima
Akucakap: Aku pun sudah tengok. Kelakar sampai keluar air mata. Aku dengan husb peminat penguin team itu. Hahaha


PS : Windows Live Writer aku kena install balik, sebab ada updates konon. Tadapat install dah di ofis, sebab pakai admin password. Terpaksa update entry dari blog lah nampaknya. Aku suka Live Writer. Senang pakai. Sebenarnya dari Word 2007 pun boleh tapi susah dah kurang kemas jadinya.


Tuesday, June 19, 2012

We Love Mask!

Last night, husb asked me; where’s our mask? why use this one? No more previous one eh? T_T

 

I personally was a mask-lover before married. Its fun to put something on face, and rilex. Smoothing kan. I even that rajin sampai lembabkan mata guna uncang the suam lah, mask lemon+white egg la. Sambil tengok tv.

 

Sejak kahwin, jangankan mask segala, tengok tv pun aku jarang, boss. Balik saja sudah jam berapa kan. No more spare time. Very sad lah kan. Lepas tu rasa hodoh je kalau husb tengok muka tegang bersalut krim tu. Tamau lah.

 

Tapi few weeks before, when I was really upset over something, husb went to orang kahwin, I pakai lah satu. Lepastu, husb pun terjebak sama. Ikut-ikut aku. Aku tukang sapu lah, dia goyang kaki je. Pfft. Pernah satu kali, aku pakai mask, dia pun mau ikut, jadi aku kasi pakai lah. Tengah best-best tunggu mask kering (aku baca lawakkampus, dia main boling di tab), tiba-tiba plopp..!!.. MATI KARAN! Aku okaylah, masa tu mask kering dah, husb lah bising. Hahahahahah

 

Dia bilang sekarang, since he guna mask, muka kurang berminyak dan rasa bertambah hensem (konon, muntah dengar!) . Yang kami guna before this Nivea Peel-off tu dengan E-Noveal punya. Aku suka peel-off punya, siok dan kemas bah di pakai. Yang jenis topeng tu susah sikit, sebab kadang terlari dari mata lah apa lah. Tahu lah muka jenis bujur. Horror beh. Sekarang ni, stok mask kami tinggal Avon punya. Yang mask tapi skrub type juga.

 

Aku rasa yang dalam paket atau tube jenis peel off atau rinse off adalah lebih jimat for two. Sebab boleh adjust how thick you want it on face kan. Kalau jenis topeng tu macam tak berbaloi lah.

 

Nantilah aku survey-survey lagi mana facial mask yang bagus. Ada cadangan?

 

thCAV4N6HZthCAI1H3SW

Monday, June 18, 2012

No, Its Not Good

 

Hai lovelies.

 

Husb Most people said; I am mean. They don’t get why am I that mean. This ‘mean’ attitude came in a package – with hard headed and stubborn thingy. I can make you feel annoying much, because of my words. Some times, I just didn’t know how to tone down my words, especially when I have been keeping it for so long. I just spoiled your day, isn’t it?

 

So, few weeks ago I had this big fight with a colleagues. I was pissed of, hurt, mad, angry all in the same time. It all burst out to that person. Will not blame myself 100%, it was he who started it first. I was not expected that kind of attitude came from a friend, a good friend actually who has been with me for 3 years. After all the ups and down, that’s how you treat me eh?

 

We have not been talked for almost erm..uh..maybe 2 weeks? Oh my god, is it really two weeks?! Astaghfirullahhalazim..

 

No wonder I feel pain and burden much in heart. Sampai I dreamt of that fellow. We have lost Jack, what if we lost him pula? Okay fine. I was exaggerating thing. HAHAHA

 

When first I told husb about this few weeks ago, he was shocked, why are you guys gaduh? I thought you guys good friend. Plus, boy cannot gaduh with girl lah, sayang. Yes, I have fight with a boy lah. Until this date, husb did not know that I have not been spoken with him for two weeks. If he knows, he will definitely go membebel to me macam gila lah. Dengan rolling eyes segala. Uhh, tak sanggup.

 

To tell you the truth, I was not being mad for the whole weeks lah. That day I hambur ayat, that was the only day I get really mad. The rest, I already lupa about it. Kehkehkeh

 

I’ll make it up with him, soon. Depends on my mood and my busy-ness. Lets try be a nice girl.

 

Have a nice monday, everyone!

 

PS : I seldom get mad, I’d rather keep it. But, once it burst out, nah there you go.

PSS : On that very day, I did tweet a lot about my feeling. Ona told me, this would passed.

PSSS : I never know that staff(s) in this room knew this. I know we fight in front of everybody, sampai semua diam je. But, I did not know that they realize we have not been spoken to each other since that T_T Malunya. Macam anak kecil lah.

PSSSS : The truth is, sometimes when you get attached to a person, its hard to have a long fight like this. I just could not bare to avoid a friend. I was so guilty and disappointed over this sampai I call Kak Tini out of nowhere, asking for advise =’) She said, nanti kalau dia call aku, aku marah dia. HOHOHO Childish enough kan?

PSSSSS : Hey, cuba kamu dengar lagu Call Me Maybe. Syok!

Sunday, June 17, 2012

My Weekend : between work and fun

Hai.
Yes, I am working on Sunday this week ;) Ok je pun working on Sunday for me. Need to work for 4 hours only, tapi sebab memang ada scheduled task, so tak terasa 4 jam passed by. Normally, a Sunday shift TC (KK) started before 8 am. You need to pastikan attendance list for the classes dah ready, signage is up on board, and ensure you yourself know what class is on schedule, in what lab, who is the trainer, who is the assistant, any group on class today, things macam tu. Sebab kalau tak, later when students asked nanti baru nak terkedek-kedek cari schedule. Sometime participant ni pun satu hal, dah nampak di signage which lab theyre in pun still mundar-mandir nak tanya. Belum lagi sampai kes participant datang tapi tak tahu kelas apa. In that case, need to check in the system first. Before 9, kena check figure, berapa students turned up, for voucher purpose kan. Lepas tu kena standby, mana tahu ada students data tak dapat key in ke apa kan, kena solve in time. Data semua mesti key in masuk before 11 am. Sebab before 12 noon kena print certificate kan.
 
Eh eh eh, ni apasal aku explain work thingy time orang lain best cuti ni? He he Its okay, I had my fun time yesterday already.
 
Kemarin je aku bangun jam 9 am. Hebat nda hebat? Rekod tu. Bangun ja terus pergi breakfast di stall kampung dekat simpang jambatan kg Gusi tu. I had my Nasi Goreng Kampung Ikan Bilis kasi banyak lada kasi pedas tambah telur di atas. Hoh. Husb had Sup Tulang with rice. It only cost us 9.50MYR.
 
Lepas tu rushed to KKbox with the familia. Mum's treat for Father's Day. Dad the luckiest one kot, Selasa lepas kena belanja dinner Windbell, Jumaat tu lunch seafood TgAru, kemarin KKBox.
 
After that, ingat nak balik, but when husb called his sisters (yes, husb has three sisters), semua ada dekat CP. So, we went for Madagascar 3 lah. Siok bah juga kartun kartun ni. Entah berapa lama sudah nda LOL. Nda Laughing Out Loud lah maksud aku. Haha
 
Balik Kawang, meet the kids lagi. Nah, isnt that fun? I have every reason to smile kot. I do sometimes having a tough time, but maybe from now on I should keep reminding myself that I should thank Allah much ; we are blessed ;)
 
No more crying ye. Allah knows the best.

Tuesday, June 12, 2012

Sunset Music Fest : Tip of Borneo

 

I AM SO DAMN EXCITED!!

WHY..?

This..

image

Its SUNSET MUSIC FEST at the TIP OF BORNEO!

Few years back, ada juga terbaca pasal orchestra thingy di Simpang Mengayau neh. Tapi, masa aku baca tu lagi 2,3 hari ke event, so tasempat. Tapi yang neh, ada lagi 2 minggu. Aku pernah pergi Simpang Mengayau ni. Memang cantik. Cant imagine how a music fest to be held there, macam dimana pentas semua tu kan??

If  possible, jika tiada aral melintang aku mahu pergi. Tapi 50-50 lah. Sebab aku kan mahu bawa Bob sekali. Tapi dia tu mana lah appreciate faham benda-benda artsy begini neh. Ehem. Entah apa lah keminatannya. Kurang jelas. Kehkehkeh

 

Details of SUNSET MUSIC FEST at the TIP OF BORNEO :

  • Date : 29 –30 June 2012, Fri-Sat (Salah satu kot? Takkan kena attend dua hari berturut. Dah macam seminar pula)
  • Time : 5.30 pm onwards
  • Fee : RM50.00 per entrance p/day *(Age below 12 – Free) (Okay, dah nampak dah sehari je)
  • Artist : Syafinaz Selamat (Ehem!), Jesselton Philharmonic Orchestra, Jackfruit, Rhythm of Borneo, Orkes Akiuku, Fabian William, Madnazir Madilla, Esther Applunius dan Roger Wang and Friends.

 

To book for ticket : 088 232121 / shahira@sabahtourism.com

Source of info : Sabah Tourism and Sunset Music Fest

 

Tiba-tiba..

 

Lagi tambah teruja bila nampak ini di GROUPON.

image

 

Nah, how lah like this? Irresistable betul kan.

 

PS : This can be like our mini-escape from hectic life kan?!

Is It Wave Cloud?

 

IMAG3804IMAG3805IMAG3806

Taken from traffic light, Petagas at 8.10 am 12/06/12.

 

IMAG3809IMAG3807IMAG3808

Taken along highway to KK City. 12/06/2012

 

Hujan lebat, angin kuat, that is so sudden. Tadi aku on the way pergi office hujan lebat, tengahari aku out for lunch it was sunny, 30 minutes after that tiba-tiba angin kuat and hujan tiba-tiba. Tak pasal-pasal aku berlari dari STC pergi Likas Square. Sup pun nda jadi tapau. Ah ruginya.

 

PS : Husb is sick since yesterday. But noon he came over for lunch, though he knew I already had my lunch. Dia makan dalam 10 minit after that went home. I was so worried, he was supposed to rest at home if sick lah. Dia cakap boring, hari ni offday. Actually I am the one who sick, with flu and cough. Jangkit lah tu. Sebab dia kasi ketawa aku bersin balik-balik kan. Hoh.

Monday, June 11, 2012

Elma’s Wedding : Happy One Monthsary!

 

Hai all. Hari ni 11 Jun 2012. Genap sebulan Elma-Kerel upgrade status to husband and wifey ya. Lagi kasihan, after 3 weeks plus of wedding (from KK’s reception), baru this couple got to honeymoon. Semalam update photo dari Berjaya Redang ke apa tu. Ececeh.

 

Okay fine lah. Masa Elmo kahwin, aku tiada hadirkan diri. Sebab ipar aku pun kahwin juga. Sad. Lepastu next week after the wedding (20th), kan aku dekat KL. Sepatutnya jumpa, sebab Elma plan to bawa us jalan, tapi kereta kakak dia broke down, so we go by taxi lah. Husb lah, not patient enough to wait. Sampai DanauKota, rupanya Elma pun on the way pergi, dia ingat mau hantar kami pulang hotel. Tapi, masa tu kami dalam taxi on the way balik hotel dah. So, kami memang tiada jumpa.

 

On her wedding day, aku memang tiada hadir, she did ordered Sirih Junjung from my aunt, I planned to go there send it, tapi tu lah aku pun busy gila time Niedah-Pas kahwin. After semua selesai, malam balik dari Kawang, aku singgah rumah dia kejap hantar gift. Eh, sedih bah. Kawan kau sejak kecil sejak tadika sama-sama, tapi time dia kahwin kau tiada disitu. Padahal aku super excited mau tengok Elma-Kerel bersanding. Elma, kau kahwin lah bah balik sama si Kerel, aku mau tengok! Haha

 

Masa aku sampai rumah Elma, khemah dia kena buka sudah. Ada lah orang-orang khemah tu disitu, lepastu aku keluar kereta dengan muka ya-ampun-serabai-gila, terus bagi salam. Rumah Elma ni bukan macam rumah kami di kampung-kampung tahu, yang pintu buka 12 jam. Rumah dia bertutup saja, sampai susah mau cam ada orang kah tiada. Kena bagi salam balik-balik. Pintu pun tiada mau diketuk. Bell apatah lagi. PS: Dulu rumah elma ja astro, tiap minggu kami pergi rumah dia tengok cerita hantu. Hoho

 

Lepastu, macik kakak tukang khemah tu tegur aku,

 

Kakak : Eh, habis sudah majlis kamu?

Aku :  Err. Majlis apa ah?

Kakak : Eh, sorry ah. Kakak ingat kau ni anak saudara kakak. Muka kau sama macam muka abang Jenal.

Aku : Ya, bapa aku lah tu, Kak.

Kakak : Nah tu lah kakak tanya. Bukan kau kahwin sama anak Idi ka? Abang ipar kau kahwin juga tadi kan. Ada kakak pergi tu.

Aku : Ya, habis sudah kak. Ni lah kelam kabut datang sini.

Kakak : Eh, kau kenal juga yang kahwin disini ni? Kakak dengar dia orang KL bah ni.

Aku : Kenal bah kak. Kawan aku dari kecil ni. Dulu aku selalu datang sini. Kami sama-sama sekolah.

Kakak : Oh, kakak rasa tiada orang ni, sudah kakak bagi salam dari tadi.

Aku : Nda, dorang memang begini ni kak. Sudah aku sms juga dia tadi.

 

Hahahaha. Boleh aku jawab kakak tu, ‘dorang memang begini ni, kak’. Dorang memang biasa nda buka pintu? Kahkahkah

 

Ini antara gambar yang aku ambil dari FB mereka. Sobs sobs. Sedihnya aku tiada di gambar. Its okay, Adeq pun tiada di gambar, sebab balik awal. Aku tahu kau sengaja buat begitu supaya aku tidak keseorangan kan Deq? That’s why I love you more than the rest. Diam-diam ja.

el6

Beautiful as always. Eceh. Sense some pembodekan here. Tapi, dia memang paling pretty between us. Yang lain, semua muka tak komersial kan.

 

el5

Majlis Nikah punya foto, kot. Simple jak. Terharu tengok gambar ni, teringat masa Elma masih berhingus bawa saputangan pergi sekolah. Heh, yang berhingus tu aku kot.

el2

Masa aku tengok gambar ni, baru aku notice baju Elma tu meleret sedikit. (Sedikit? =.=’) Kamu tidak rasa weird kah ni gambar? Pernah kah kamu nampak orang bergambar sama pengantin begini? Empat orang jauh di tepi, si pengantin sendiri jauh ke tepi. Penglihatan aku, macam Ieda pula kena apit. Tak sesuaii noks.

el1

Kreatif dan unik bah baju sanding Elma ni. Nda pernah aku nampak orang kahwin pakai baju begini. Kamu pernah? Tapi cantik. Ehem, bila dilihat pada gambar ni, I sense something funny. As far as I remembered, it was Gma and Pye yang pregnant (dua di kanan, berbaju biru). But, kenapa Ieda dengan Jani punya tummy yang sungguh menonjol disini? WHY WHY?! WHY JANI? WHY IEDA??

 

el4

Jani, Ieda, Pye. Kamu tau ka setiap kali aku sama Gma nampak Pye, kami mesti cakap, ‘eh pye, kenapa perut kau nda besar pun?’ Yeah, bimbo macam itu. Tapi sekarang dah besar tummy, yeay. Kalau tanya lagi pasni boleh kena terajang.

Paling penting antara semua adalah gambar dibawah ni.. Hohoho. Pertama kali sepanjang 3 tahun lebih (3 tahun ka 2 tahun Jani?), kami nampak ini. Special appearance neh. Julung-julung kali punya case ni….

 

el3

Jani bawa Syukhrie datang! Astaga. Ohmy, Eh sudah, kau kenapa Dayah. HAHAHA Sungguh, sepanjang Jani meng-couple kan diri dengan Syuk, aku (atau kami? Eh tak memang aku saja) tak pernah nampak they both together. Not even time raya. Not even time Adeq’s wedding, Gma’s Wedding, my wedding, Pye’s wedding, not even once I pernah nampak mereka memunculkan diri di khalayak seperti ini. This is sungguh eksklusif!! I guess, dengan pendedahan ini (feeling artis), ehem mungkin kita akan mendengar khabar gembira tidak lama lagi.

 

BTW, paling kelakar sebab masa the girls tahu Jani datang bawa Syuk, semua tertanya; Dayah datang juga? Macam lah tu. HAHAHA Sebab dulu masa sekolah Syuk WAS my crush lah. Diorang semua neh risau penerimaan aku, dan juga Bob. Agak-agaklah wehh, it was so looooooooonnnggg time ago, kot.

 

PS : Mesti lah komplen gambar banyak-banyak, sebab aku tiada dalam gambar kan. Kan Deq kan?

PSS : Semoga berbahagia, ELMA & KEREL. Semoga kita semua bahagia selalu. Amin.

PSSS : GIRLS! We should take group photo for our big families!

Tuesday, June 05, 2012

KisahSeram # 1 : 89608 Papar


As promised tahun lalu punya sepatutnya-entri, di forward ke tahun ini.


Cerita Nombor 1
Ehem.
Ini berlaku masa tahun pertama kami kahwin. Rutin aku dengan husb, setiap hujung minggu balik rumah mentua, yakni di Kawang. Masa tu, husb memang di kampung sudah sebab balik kerja direct balik Kawang kan. Aku kan balik 6.30pm masa tu, jadi aku kena drive sendiri balik lah. Eleh dari Kinarut je pun.

Husb sudah sms awal-awal, cakap dia stay tempat pacik dia, minta aku singgah sana hantar charger phone. Rumah pacik dia tu beberapa ratus meter saja pun dari rumah mentua aku. Memang dekat.

Cara aku untuk familiriaze jalan atau simpang, aku akan ingat apa-apa mark dekat simpang tu. Contoh, mark simpang mentua aku adalah rumah Datuk Maznah, Esso lama kemudian ada sign biru, jadi sampai Esso lama aku akan pasang signal. Mark simpang rumah pacik dia adalah selekoh, jambatan dan kelip-kelip kecil merah (menunjukkan bahaya, sebab jambatan tu rosak separuh). Jadi lepas saja selekoh, nampak kelip merah aku terus pasang signal. Lepas jambatan terus aku masuk simpang.

Tapi, mujurlah aku masuk simpang dengan slow. Sebab, yang aku masuk itu bukan simpang, TAPI tepi jalan raya sahaja, Sebab, tiba-tiba simpang tu tiada. Bila aku berhentikan kereta, aku jenguk luar tingkap, oh my tepi aku tu macam cerun (mini gaung). Aku nampak simpang tu beberapa puluh meter di belakang aku. Bila aku terlimpas tu simpang eh?

Ok fine. Aku pun fikir, kalau aku u-turn sini memang bahaya, sebab area selekoh kan. Aku putuskan untuk jalan terus di road dan cari tempat untuk patah balik. Bila patah balik, sampai simpang tu lagi, aku betul-betul slow sudah, aku tak mau terlajak macam tadi. Signal. Masuk simpang. Ni kali aku termasuk simpang menuju sungai. Padahal aku betul-betul pasti sudah tadi. Its okay, aku pusing, dan masuk simpang yang sebenar (sebelah saja pun). Dari simpang menuju rumah pacik dia tu ada dalam 100m juga lah. Sepanjang jalan 100 meter itu, baru lah aku teringat;
Satu, aku period
Dua, aku ada bawa makanan (KFC)
Tiga, its Maghrib and malam Jumaat

Sampai tempat hubs, aku terus bagi charger dan bagitau, ‘ih, saya tidak nampak simpang ni oh. Dua kali saya terlajak pergi cerun sama sungai, nasib slow’. Terus husb dengan pacik dia saling berpandangan ni.

Last-last, husb hantar aku pulang. Kereta dia pacik dia hantar lepas tu.

Sejak hari tu, husb tidak galakkan aku drive sendiri ke tempat pacik dia tu. Kalau kami balik kampung, kami satu kereta saja, kecuali tidak dapat elak sudah. Husb never worried about me before, sebab dia tahu wifey dia ni bukan jenis penakut. Aku boleh je satu orang stay rumah malam-malam. Balik kerja jam 7-8 sendiri. Jarang aku takut. Mungkin tidak pernah kot? Yang paling menghairankan; how come I missed that simpang? Hrmm.

Cerita Nombor 2
This time, it happened bila kami keluar malam (lupa pasal apa). Dalam 10 lebih macam tu lah, kami stay area rumah pacik dia. Masa ni awal-awal kahwin juga. Aku nda suka melarang kemana husb mau jalan, sebab sebelum kahwin punya habit bukan sekelip mata kau boleh ubah kan. Bila dia ajak, aku ikut lah. At least I know where he’s going, aite.

Malam-malam sebelumnya, aku memang kemengantukan dalam kereta. Jadi, malam itu aku siap-siap bawa selimut untuk tidur dalam kereta. Hrm, mungkin kami pergi tengok racing lah tu. Husb parking kereta dekat tepi rumah pakcik dia. Jarak 3,4 meter saja dari tempat dia duduk. Kereta di park menghadap jalanraya besar yakni sungai.

Aku tertidur. Dan aku rasa aku bermimpi (mungkin).

Kan aku tidur di kerusi penumpang depan mengadap sungai tu. Tiba-tiba aku ternampak ada lembaga berbaju jubah putih, rambut panjang di sisi kanan hadapan kereta. Aku kan mamai masa tu. Aku tengok saja lembaga tu bergerak perlahan ke arah hadapan, seolah-olah dia mahu menuju ke sungai tu. Dalam hati aku cakap, syukurlah dia tidak nampak aku dalam kereta. Tiba-tiba, lembaga tu berhenti betul-betul depan kereta, dia toleh ke arah aku, terus aku terkejut betul sebab mata dia merah betul. Dia tidak berjalan, dia macam terbang perlahan ni. Lepas tu kan, aku kan panik, aku cuba baca ayat Qursi (mungkin, aku tidak ingat), tapi ended up aku cuma cakap apa tau, ‘baca ayat qursi baca ayat qursi baca ayat qursi’, sikit aku nda terbaca apa yang lain. Lepas tu aku pejam mata kuat-kuat. Aku cuba teriak panggil husb, tapi suara tidak keluar. Aku dapat dengar suara husb di sebelah kereta bercerita masa aku diganggu tu.

Lembaga tu bergerak menjauh kereta, perlahan-lahan terbang ke satu tiang dekat sungai tu. Dia duduk atas tiang tu, betul-betul di hadapan kereta kami. Tidak lama kemudian, aku terjaga bila husb masuk kereta. Tiang tu ada disitu. Semua tu macam real, sebab pemandangan kejadian tu serupa dengan pemandangan hadapan aku masa tu.  Aku diam saja. Balik Kinarut, lepas dari racing tu, masa mau tidur baru aku kasi tahu mimpi tu dengan husb. Husb comforted me, saying it was only a bad dream. Yeah.

Beberapa hari kemudian, husb cerita balik dengan aku. Dia bilang pacik dia pergi berubat. Kenapa? Sebenarnya, lama sudah ada gangguan begitu, lama sudah pacik dia diberitahu ada benda tu, tapi dia tidak percaya. Sampailah bila aku termimpi, baru dia terfikir kebenaran benda tu. Terus dia pergi ‘bersihkan’ rumah tu. Memang diberitahu ada seorang wanita ‘menunggu’ di situ. Eh, wallahualam.


PS : It was said; there’s a pregnant woman been killed and threw under the jambatan before. No one knows she’s there, until one night she came and knock a villagers near there and told them her body was under the bridge. =.=’

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers