Masa aku buka twitter hati tu (few weeks ago); ada IPTA student bising-bising, claim that their BKNS not in yet. BKNS adalah Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah. Under JPANS.
Dulu, aku pun penerima biasiswa ni. Masa awal-awal dapat, aku selalu sakit hati sebab kena berdebar tunggu bila lah turn duit aku masuk. Ada kawan cepat dapat, ada pula lambat. Lain cerita lah kalau kena barred, itu memang tak dapat-dapat lah ah. Aku tak pernah kena barred. Kebetulan, kawan aku nama Fanny selalu dapat awal seminggu dari aku, jadi aku ingat kan duit masuk ikut name list. Nama ku kepala ‘N’ pula. Dan, kebetulan juga lah, kawan aku Suzan selalu dapat lewat dari aku. Haha Tapi ada sekali dia dapat awal pula.
Kalau di Unitar, semester pembelajaran adalah 3 semester (2 long sem, dan 1 short sem). Long sem adalah 5 bulan, lebih kurang. Dan short sem adalah 2 bulan, lebih kurang. Pembayaran elaun sara diri BKNS (dan bayaran kepada Uni) adalah mengikut sem IPTA, iaitu dua long sem. Maknanya, hanya akan dibayar pada Jan/Feb/Mar, dan Jul-Aug-Sep. Jadi, sebagai pelajar uni di 3 sem, haruslah pandai manage duit tu. Baiknya BKNS ni, dia akan bayar yuran pengajian direct ke UNI, dan elaun sara diri ke akaun pelajar. Elaun tu besar juga, masa zaman aku RM 1800 setiap sem. Dan, ada sekali aku aku dapat dalam RM2275, masa tu elaun di naikkan sudah. Aku call lagi tanya kenapa masuk begitu banyak, aku ingat salah masuk, lepas tu staff cakap lah, elaun di naikkan =) Ada elaun buku juga, tapi aku tak pernah claim itu. Aku cuma claim elaun praktikal sahaja. Sebab DBKK tiada bagi elaun kepada praktikal student.
Jadi, sekarang ni, adik aku pula yang dapat BKNS ni. Sebab bangunan office aku bersebelahan sahaja dengan JPANS, aku lah yang tolong dia hantar selalu. Tiada komisyen pun, pfffffft.
Kadang-kadang bila kawan dia punya lambat masuk, dia selalu mengadu dengan aku (macamlah aku kerja JPANS ah). Aku cuma cakap, suruh lah kawan kau call tanya status pembayaran. Boleh tanya lah. Staff JPANS akan bagitau tu. Aku tahu semua ni pun dari bapa aku, bapa mentua aku, mak mentua aku. Eheh. Kebetulan, FIL aku kerja JPANS (bahagian exam tapi), dan MIL aku kerja Jabatan Bendahari. Ada kaitan bah tu. Bapa aku pula memang tahu flow ni semua. Jadi, aku ambil inisiatif call sendiri sebab tamau susahkan tanya PIL dan bapa ku.
Cara dia macam ni ye adik-adik (Ini bagi yang existing students UNITAR lah ah, yang baru aku tak sure)
Satu : Sebelum kau call tanya-tanya JPANS, kau kena tanya diri kau sendiri dulu; slip result exam lepas kau dah hantar ke JPANS ke belum? Result kau macamana? Kalau barred memang tak dapat tu. Kalau kau tak hantar result, elaun kau takkan kena proses (setahu aku, sebab dalam agreement ada tulis yang kau kena hantar result every sem).
Dua : Sebulan selepas kau hantar result, kalau tak masuk-masuk juga, kau call JPANS : 088 260 161. Kau bagitahu dengan sopan yang kau mahu check STATUS PEMBAYARAN ELAUN BIASISWA kau. Mungkin akan ditanya bila kau hantar result, dari Uni mana (lain uni, lain staff in charge). Nanti dia akan bagitahu status elaun tu. Kalau belum, kau tanya lah ‘kenapa belum ada ye, puan?’. Kalau ada, dia akan bagi number voucher supaya kau boleh follow up ke Jabatan Bendahari.
Tiga : Bila ada number voucher seperti xxxxx-xxx, kau boleh check kedudukan baucar kau dimana sudah. Kau boleh call Jabatan Bendahari: 088 272 112, dan bagitahu kau mahu check status baucar. Nanti, dia akan bagitahu samada baucar sedang diperiksa atau sudah di proses (bank-in). Biasanya, 4 hari untuk diperiksa, and another 2 days untuk bank-in. Depend pada bank penerima juga.
Ini semua (terutama yang process time tu) hanya lebih kurang sahaja okay. Jangan jadikan isu pula. Yang penting, kau kena rajin follow up. Dan, jangan lupa ucap TERIMA KASIH PUAN/TUAN pada mereka sebab bantu kau.
Sekian. Berkhidmat untuk negara. Haha LOL
2 comments:
good one :)
Tumpang tanya,
bila da keluar result exam tu..kita hantar email dan "attention" kepada siapa? :)
Post a Comment