Nuffnang Ads

Saturday, May 28, 2011

GeekyBids: Cool Auction Site

I came across this site just now. Online-bid' site. A place to bid for your gadget. From MP3 player sampailah ke smartphone (baca; iphone) pun ada. You should try, sebab saya pun try. Tapi nak kena rajin duduk depan pc tunggu bid time tu lah kot DAN harus ada bid point yang banyak, baru dapat bid berkali-kali sampai dapat barang tu.



First step: boleh register yourself disini:
http://www.geekybids.com/registration.php?ref=9106

Second step: harus verify link seperti biasa dan akan di-direct ke site.

Third step: boleh start membida untuk any gadgets here!! Sebagai permulaan, success registration will receive 10 bid points. So, anda akan diberi 10 kali membida secara percuma sebagai percubaan dan untuk membina keyakinan terhadap site ini. Hihi

Tapi, 10 bidaan sahaja tak cukup, maka untuk better chances dalam mendapatkan gadget itu, adalah lebih baik untuk anda-anda-dan anda membeli bid point itu. Pakej macam ni, kalau taknak beli pun it's okay, tapi jangan gigit jari geram tengok orang lain sambar iphone dengan nilai serendah RM 1.91 T_T

1 Bid : RM 3
30 Bid : RM 60
dan seterusnya..

Kalau tak faham juga, sebab saya takpandai nak explain, boleh register dahulu and baca FAQ serta HELPDESK, okeh. Sah-sah tak layak jadi promoter barangan T_T

Selamat Membida. Dah dapat gadget nanti share-share okeh. Hihihi

28 May: Happy 1st Wedding Anniversary =)

Setelah tertatih-tatih, finally we complete the first 365 days together. It aint easy for us-you and me. Hoping we'll be together for the rest of our live, Amin ya rabbal-alamin.

HAPPY 1ST WEDDING ANNIVERSARY
HARIZAN & HIDAYAH


Friday, May 27, 2011

Limited Edition of Tears,

Dua tiga hari ini agak emosi sikit, benda kecil pun boleh buat saya emosi, dengan roadtax kereta, insuran belum renew, tambah lagi ia rosak T_T Nasib baik mum pergi KL untuk Hari Belia. So, this few days saya guna kereta dia. Dah biasa pakai kereta bersaiz mini seperti atoz, saya jadi agak cuak memandu waja, terasa seperti memandu seekor raksasa, terasa seperti semua kereta himpit kereta saya, ke saya himpit kereta orang??

Add on insiden lunch, rasa macam mimpi ngeri di hujung bulan. Pergi bayar insuran kereta, jumlahnya terlebih 80% dari what I was told by my dad. Dah saya di kaunter, entahlah ter-blank juga masa tu. Duit tak cukup sebenarnya untuk amount yang terlebih itu, tapi entah kenapa saya bayar juga guna duit sendiri.

Lepastu baru tersedar tadi masa parking kereta saya suruh cuci dan vacum sekali, sebab teringat mydad pesan. Okeh cukup untuk itu. Dan lagi mimpi ngeri menyusul, saya lupa isi minyak kereta dan juga saya belum makan langsung dari pagi. Ohh God. Tapi soal makan itu saya bisa kompromi, tak makan bukan satu masalah kan. Tapi minyak kereta??? T_T

Mujurlah Kak Tiny yang bagi pinjam kitew. Ahaha. Sempat dia cakap, dia pun kadang-kadang macam tu, jatuh ditimpa gunung. Sometimes, bulan itulah roadtax nak kena renew, dan dan tu juga kereta nak rosak. So, dia sangat faham situasi itu. Siap jokes lagi, kita ni ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Hahahaha It wasnt that bad laa, actually. Emosi saya dah okeh dah masa tu.

Saya balik kerja lewat sikit, ada hal nak urus. Fendey pun start cuti hari ni. Habislah saya dan Kak Tiny. Fendey ni orang kuat juga. Adoii, how to survive 7-days of training without him?? Saya admit lah, saya memang dah jarang masuk campur hal recruitment. Saya plan schedule saja. We'll see how la..

On the way balik, saya siap karoks dalam kereta lagi. Wehh biasalah, mak I berjiwa muda tukar radio kereta dengan MP3 player kan, so senanglah nak mainkan lagi via USB. Hihihi Tiba-tiba keluar lagu ini, dan saya macam.. ermm.. Sebut bait pertama sahaja hati saya tersentuh dah. Saya menangis tersedu-sedan, rasa begitu sebak. Tears flow sampai mata saya kabur. Saya memandu dengan linangan air mata sepanjang Meruntum tu. Situasi sama 2 tahun lalu. Saya jarang menangis. Special and limited edition punya tears.

Dengan segala macam perkara, Tuhan sahaja paling tahu. Somehow, it really goes well with me now. Rasa seperti, begitulah saya.

Betullah kan. Bila susah, bila sakit, baru kita dekat pada Tuhan. Rasa bila tiada siapa pun yang mampu memahami isi hati, dan akhirnya pada-Nya juga tempat kita mengadu nasib T_T

Tuhanku Dalam termanggu Ku sebut nama-Mu Biar susah sungguh
Mengingati Kau Penuh seluruh

Tuhanku cahaya-Mu panas suci Bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi

Tuhanku Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhanku Pintu-Mu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling

Tuesday, May 24, 2011

Bvlgarigirl Ulat Buku Giveaway.

Dah lama tak baca buku ehh silap, novel..
Tak banyak waktu senggang dah untuk membaca.
Kali akhir saya baca rasanya last year kot; Puisi untuk Nadina

As usual, everyday saya pasti belogwalking ke http://bvlgarigirl.blogspot.com/.
Ada tiga sebab utama; Clara,Kevin dan Arianna =)

Nak tahu apa jadi dengan Clara, saya nak tahu Yana fetch Clara kat mana =)
Nak tahu bila agaknya Kevin balik, apa kesudahannya kelak dengan Yana, I'm hoping for the best ending,for sure babe. Err, but you know what, they said true love does not have happy ending, because true love never have any ending..awww.. Hihi

Dan, of course its all about Arianna and her story,
Kan saya di area KK, so apa-apa saja yang dia cerita saya macam dapat imagine,
Lepak 1B, pergi Beach, makan soto dan rojak bersama Kev itu pun macam saya tahu dimana =)
The sad thing, she's going to graduate sooner, meaning she's leaving Sabah,
not sure she'll coming back or what kan?? Whatever it is, saya doa yang baik-baik sahaja untuk dia =')

So, bila dia buat giveaway, saya pun support. Takkan jadi silent reader sahaja kan.
Antara semua novel tu, saya rasa excited dengan yang ini;




Ni boleh je ni, kalau nak boleh saja pergi Eaton beli satu. Hihi Tapi orang bagi dengan beli sendiri mana sama kan. Manalah tahu yang gift ni ada tandatangan Arianna, hihihi Kot dia dah feymes esok lusa macam Hanis Zalikha, I boleh jual novel bersignature itu, kahkahkah.

Remarks; additional point for me, kalau saya dapat buku tu, takpayah lah kot dia nak susah-susah pos laju segala kan, letak je kat tepi jalan, I boleh pergi pungut apa, Alamesra dengan Likas Square bukan jauh, saya jalan kaki pun sampai, tapi 3 hari kemudian lah kot,hihi

BTW, lets support her,okeh. Dia cuba tanamkan sikap suka membaca ni. Hihi JOKING.

Emosi tidak stabil.

What's wrong with me??
This few days, I felt extremely misserable.
Buat apapun semua tak menjadi. Semua rasa macam WTH,WTF,S*** and what-else cursing word ahh??!

Rasa nak marah orang saja. Rasa nak sepak orang saja.
Saya rasa panas serta menyampah nampak orang. Macam nak kata whatsoeverImalasnakcakapdenganyousotalktothehandplease.
Urgh. Kenapa?

Lepastu rasa malas sangat.
Tak kata diri rajinlah sebelum ini, tapi tak jatuh di kategori malas lagi kecuali kali ini.
Tak kata juga diri perfect tapi less-mistakes lah before ni
This few days sahaja rasa hidup sangat messy.
Haiihh.

Paling suck;
I nak makan Nasi Lemak sabtu lepas, boleh pula langsung tiada jual??
Even di Tamu Kinarut pun TIADA! Bob sampai pergi Sabindo cari pun tiada.
Okehh fine, Ahad I shift I makan kat Kejora
Pastu I macam ternganga tengok Nasi Lemak tidak dijual pada hari itu?\
WHYYY?? I tanak mee, mihun tu semua la.
Okeh okeh I tukar makanan lain la.
Udang? Nak cari udang untuk masak sambal.
Guess what? Udang pun tiada dijual.
Nasiblah bila saya balik Kawang, mentua ada masak sambal udang,
macam faham je, kalau tak I nangesss.
Tak puas hati lagi.
Okeyy petang nak makan burger.
Bob pun pergi cari kat Sabindo.
Pastu TIADA.
Wohh wohh ini sudah lebihh.
Banyak-banyak hari kau tak tutup, hari saya nak makan juga lah hari kau tutup ye.
Tolongg lah bekerjasama dengan hidup saya yang critical ini, food-love.
Malam saya ajak adik pergi cari juga burger tu.
Walaupun, terpaksa menunggu lebih 40minit untuk burger ayam cheese 3 biji.
Kenapa lambat?
Tak, customer dia sikit. Saya yang ke-3 dari 6 orang.
Yang buat dia lambat??
Okehh, pernah nampak orang buat burger sebiji-sebiji??
Memang sebiji. Sampai I kerut-kerut kening fikir apsal dia tak masak semua daging ini sekali dan buat semuanya sekali kan?? Kan boleh muat 6 ketul daging tu kat pan.

It's 3.56 am in the morning, and saya pun taktahu kenapa saya taktidur lagi.
Tak ngantuk. Tiada mood bekerja esok. I was too tired being blamed for other people mistakes. It starts to feel doesnt worth.

I bet, banyak yang macam saya. Tak suka kerja sekarang, tapi sebab ada komitmen kewangan bulanan, maka harus kerja. The fact is, we cant afford to be jobless nowadays. At least, I cant. T_'T

Hrrm, ada offer lain,tapi..

fikir dululah.


Friday, May 20, 2011

Terima kasih para pencinta.

I received more than 45 wishes today. Thanks to ALLLLL the wishes. Saya harapkan doa-doa anda semua makbul, Amin.

Saya mengambil masa untuk membalas semua comment/wishes di FB saya, walaupun tak penting sangat bagi orang lain, tapi saya tak. It mean a lot to me. Sangat bermakna/ Rasa diri ini dicintai. Ecehh.

Birthday kan setahun sekali. Bila lagi nak perasan jadi artis?? Inilah masanya!! Kahkahkah

Hah, yang ini tiada kaitan dengan entri. I baru tahu fingertac bell tu ada karan-karan sikit. Tadi petang saya tekan nak keluar, lepastu I macam tergamam 2 saat sebab terasa jari-jemari kebas. I assume saya terkena sedikit karan mungkin dari wiring or what so ever stuff la kan. By the way, saya sekali dah kena memang trauma selamanya. Sumpah wehh Saya taknak tekan bell itu lagi bila nak keluar. Saya sanggup tunggu orang lain keluar. Macam tadi.

Tadi saya nak keluar lagi selepas insiden pertama. Nak hantar streamer pergi store room. Lepas tu beria-ia bawa cikgu Edmund, sampai depan pintu, toleh belakang. 'Cikgu tolong tekan.' Wahh mengada-ngada.

Kemudian, saya bagitau cikgu, saya kena karan tadi jadi saya takut. Cikgu tidak apa, tangan cikgu sudah keras, tidak terasa itu karan. Kurang sopan betul kepada yang lebih dewasa.

Hahh cerita ini ada kaitan dengan entri. Err, tiada sangat sebenarnya. Cuma terima kasih banyak-banyak lah kepada yang mendoakan saya cepat dapat baby itu ahh. Kamurang ini cakap ikhlas atau perli saya?? Jahat ohh.

Anyway, thanks to you all. Till then.

Yeap, hari ini harijadi saya.

What could be worse than wake up on your birthday morning and caught with flu. Yes-- Flu, my friend. Can even feel the tonsil tumbuh mekar di rongga toraks. Wahh, ayat berbaur kedoktoran di pagi-pagi T_T

Wooh, betullah itu. Beneren kok, ini memang harijadi saya =,) Nothing to hide, nothing to be ashamed of, and hell yeah--I AM OFFICIALLY 26 TODAY.


Happy 26th Birthday, Ms Noorhidayah J

Dua puluh enam adalah angka yang besar. Jika purata hidup manusia cuma 50 tahun, saya dah hidup separuh dari tahun-tahun itu. Saya bersyukur masih bernafas ke hari ini. Thank you, Allah the Almighty.

Bob beria-ia nak belikan kek dan buat celebration. Saya kata tak apa. I've not been celebrating my birthday since..since I don't know when?? It's just birthday. What the most important is I live the other 365 days happily and in a good condition. Weehoo~

Yang I rasa sangat lucu, Bob siap tunjukkan resit kek ni. Dia kata, esok sayang pulang sayang singgah amik kek sayang d Multibake ahh. Ehh jap jap, ni kan besday I, apesal I amik kek sendiri ni? Ini tidak adil. To be honest, I didnt expect any cake--not a cake lover anymore.

The 2nd funny part, saya nampak dia minta tulis kat atas kek tu camni tau, hbdy isteriku yang tercinta. WTH?? What the hell is hbdy???! Berkerut muka I baca, then dia kata ohh I kelamkabut sampai salah tulis. LOLOLOL =') Thanks, anyway B.

The next dialog camni, Bob pergi order tu dengan kawan dia. Lepastu, dia sempat kata kat kawan dia, Kita pergi Multibake la, bini aku tidak mahu makan Southern' cake. Pastu, Tayo kata, ehh kenapa?? Bob jawab, kan ex-gf aku dulu kerja Southern, bini aku bersumpah dia nda mahu makan apa-apa dari Southern. Wooii, manada saya cakap sumpah-sumpah macamtu. Fitnah eh.

So, on my 26th birthday ini, saya cuma berharap dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan serta kehidupan yang baik. Lebih dari itu, rasanya tak perlu sangat.

Dan, kepada yang wish birthday d Facebook saya itu, iyya thank u banget dehh, this entri for all of you, muuah muahh.


Ini senarai yang wish birthday di FB lah ni. Your name on the list??!

Thank you so much for the wishes. I wish your wishes for me will come true. Hihihi =') Main tipu pinjam wish orang.

Yang mengada wishes I cepat dapat baby tu, AMIN-AMIN-AMIN dan Isya-Allah. Lepasni sila pm I ye siapa-siapa nak bagi tips mendapatkan baby, tips Adeq bagi tidak berkesan LANGSUNG. Harap maklum.

Thursday, May 19, 2011

Bowl-rama and Hari Belia 2011

Slow down. Currenly in sangat busy punya mode. Tapi terlalu banyak nak disharekan, oleh itu..
BY PHOTO!!
Boleh??!

Pertama sekali, 07/05/2011, Sabtu -- AMC Bowling Tournament

Ini sesi apa oh? Warming up? Wana sedang ikatkan rambut kak Tiny dengan diperhatikan Ieda.

Perbincangan strategi.

Lane dan Bola. Hanya pink dan ungu sahaja we all larat angkat.

Ehh low score camni pun nak show ekk??

Jack bertrip fokus pada permainan konon, padahal baru sampai.


Sesi Karoks selepas momom McD tajaan.

Makan-makan di Kg Nelayan, sempena Hari Ibu.

Oii, kata Hari Ibu kenapakah kanak-kanak pula yang potong kek??

Malu nak cakap, I 2nd Best Player. Hihi

Kedua, Hari Belia 2011 pada 13-15 May, Kompleks Sukan Likas.

The Booth: AMC THE SCHOOL OF BUSINESS

The Registration

That's all for my 2 May Weekend. This Sunday, ada another Group of Skuad Sayang joining our ICT Class. 100 pax. Pheww. Ramai tuu. T_T

Wednesday, May 18, 2011

A girl broke myheart in 2009

To The girl that broke myheart in 2009

Semalam saya mimpi kau tau, saya mimpi rupanya kau masih contact hubby saya,
lepastu saya marahkau, dan kautanya kenapa tiapkali saya gaduh mesti saya nak kaitkan kau,saya tidaktahu. Mungkin saya sakit hati, dan kaulah yang paling sedap untuk dimarah.

Kau lari naik ke satu tempat, kemudian ada watak lain muncul dan bagitahu saya datuk kau meninggal. Saya terkedu. Saya naik tangga, terserempak dengan kau, kakak kau (mungkin) renung saya dan cuba halang saya nampak kau. Saya terus kan juga tengok kau. Kau macam takut. Kakak kau macam marah pada saya, dan kata 'bukan salah dia'. Saya jawab, 'sebab itulah nenek kau meninggal, balasan atas apa kau buat pada saya sebelum ini.' Kau menangis.

Saya jaga dari tidur, tapi tidak begitu mengingat mimpi ini, sehinggalah pada sebelah petangnya. Saya tuliskan disini, kenapa kau masih menghantui saya.

Apakah kaitan kita? Cuma dua wanita yang pernah bertakhta di hati seorang lelaki, tiada istilah saya menang kerana saya mengahwini lelaki itu. Saya memang berada dihatinya, sebelum kau dan selepas kau. Nampak? Masih ada kau disitu. Saya rasa suami telah lama membuang dan membunuh kau dari hatinya. Kau telah dilupakan.

Tapi saya. Saya masih ingat kau. Mungkin sebab saya bersumpah satu ketika dahulu, bahawa saya takkan maafkan kau sampai saya atau kau mati. Tapi, saya rasa, jika saya matipun, saya mati membawa dendam pada kau. Orangkata bila kita memaafkan, hati akan tenang. Tapi saya, saya temu ketenangan dalam dendam pada kau.

Ini bukan pertama kali saya mimpi kau. Dua bulan lepas, saya mimpi kau juga. Muka kau terbakar dan hitam hangus. Ngeri. Saya tidak pernah terfikir kenapa, kini bila saya menyusun ayat-ayat di belog ini tentang mimpi kau dan dendam saya, it all now make sense.

Bukan sekali dua saya terfikir kau. Adakala saya macam dirasuk. Berapa kali saya brek emergency di jalan raya, kerana ternampak wanita berambut panjang cuba lalu di tepi. Berapa kali saya memandu pulang, hati berdebar kerana imbasan wanita berambut panjang di cermin belakang. Berapa kali tumpuan saya terganggu, cuba mengamati lembaga berambut panjang lurus yang kerap kelihatan di ekor mata saya. Kini bila saya fikir kembali, it do resembles you. Mirip kau.

KENAPA? Kau masih hidup kan. Bukan roh kau kan yang ganggu saya. Bukan kan kan. Haih, saya harap kau masih hidup. Sebab, saya mahu tengok kau merana, menderita, sengsara. Saya hanya tahu dan terfikir kau bila kau ganggu dia. Now, you're done messing with our life, I guess. Who's next??! I bet you not to play that game again, sebab kini kau sudah bertunang. Hidup saya merana sejak saya bertunang, kerana kau.Remember?? Karma takes it role.

Dunia berputar, hanya kerna kau menangis dunia tidak berhenti berputar. What you give is what you get. Maka, swallow it.Just like what you done to me before. Wish you luck and survive.

Monday, May 16, 2011

Three hectic days' over.

Mum called me just now. Kata saya rugi sebab balik awal. Kata saya dapat handphone lucky draw, tapi sebab saya tiada, maka di-boggie *ejaan betul kah ini?!


Haih. Tak ralat pun. Saya memang tak bertuah sedari dulu. Semuanya dapat melalui usaha dan kerja keras. Kalau pun bertuah, sebab showered with love and support. Teehee


Dalam tak ralat sempat tanya mum, phone apa? Dia kata biasa-biasa saja. Ohh, tidak apalah, bukan rezeki saya. Ecehh, padahal kalau smartphone (baca: Blackberry) saya pasti dah menangis meraung-raung. Senyum.


Sapa taknak BB kan. Saya nak. Nak sangat. Cuma setiap kali nak beli, hati mesti belah bahagi. Saya bukannya bujang dan budak-budak lagi, saya ada komitmen dan keperluan lain. Maka setiapkali itulah saya tak terbeli T_T


Tukar cerita lain. Cerita gembira. Saya baru sahaja balik dari Perayaan Hari Belia, Kompleks Sukan Likas. Penatnya tak tergambar. Kejap, mana cerita gembira?? Ini cerita sedih ni. Cerita orang susah payah cari duit.


Sambung cerita, penat sangat. Mengangkut barang. Sampaikan rasa tak berdaya memandu pulang 30km ke Kinarut. Saya berada di sana sejak Jumaat. Sambutan boleh tahan. Bukanlah langsung tiada orang. Mungkin tiga hari ni, dapat juga kumpul 40 pendaftaran. Iyya, kalau kira ada komisyen, lumayan lah. Ini, komisyen apa? Dapat claim hours pun kira bersyukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi sudah ni.

Tahulah, boss kedekut. Sudahlah susah payah arrange minta booth percuma, leaflet display pun tiada, jadi kertas gantung di mana? Di kepala dia? Kalau dia berani, dia datanglah tengok betapa low-standard nya booth tu. Banner pun tiada. Adakah patut suruh guna CPC punya? Agak-agaklah wei, jelas terang tercatat penyampaian sijil dengan tarikh lagi, ingat orang lain tidak pandai baca?? Inilah. Untung mau juta-juta. Target harian mahu berhabis. Sasaran tidak masuk akal, tapi part marketing di abaikan. Beginilah, it doesnt took a PHD Holder to figure out the booth' weakness.

Next time, I wont take part in this kind of fair. Sebab, saya rasa sungguh bodoh dan terabai bersusah-payah begini. Limited resources.

UPDATE: Harini, dahlah penat semalam tak habis. Masuk kerja, boss number 2 sms, remind untuk send book' progress. Okeh. Kemudian dia call saya tanya progress, dan tanya kenapa saya belum submit. Saya sabar lagi. But, when it comes to he's black-mailed me, kata kalau tidak submit asap, dia takkan teragak-agak gugurkan nama dari senarai developer. I'm like SO-WHAT??!

Ikut hati time itu juga nak balas, droplah. I dont mind. AT ALL. Be my guest.  Saya boleh buat, memang nak buat. TAPI MENGAPA PUSH SAYA?? Saya ada kerja lain lagi di office ini, even keluar dari office pun saya masih buat kerja office, secara percuma. Banyak saya tak berkira sangat. Setakat ulang-alik ambil barang ke Likas, guna kereta sendiri, minyak sendiri, barang sendiri, ehh saya tak berkira lah. Tapi bila jadi begini, I WAS SO DAMN DISSAPPOINTED AND FRUSTATED.

Okeyla. Kalau macam tu saya taknak buat. Drop lah nama saya. Mula-mula, saya memang eager nakkan komisyen developer tu, tapi bila jadi macamni, tambah lagi dengan hakikat bahawa komisyen itu mungkin hanya available awal tahun depan, maka saya rasa jalan terbaik baik saya takpayah buat. Susahkan hati perasaan saya sahaja.

Saya dah nekad la nak cari kerja lain. Amin. Lepasni jangan ubah fikiran pula, Dayz.

Wednesday, May 11, 2011

Hari Panas Sedunia.

Perkara paling What-The-F*** ialah apabila kau menjejak kaki ke pejabat selepas ambil half day sebelumnya (tak la half day manapun bila jam 3 baru keluar dari office),lepas tu dapat tahu nama kau dicalonkan untuk 5S Counselling. Counselling, rakan-rakan, bukannya anugerah apa-apa kah, Dont you feel sucks?? Especially when you didnt knew anything about what your so-called-repeated mistakes??

Mistakes apa kah itu? Come on, I REALLY wanna know it. Sebab saya 5S Supporters, kena suruh bawa plant pergi office, saya bawa, sanggup ni pergi ambil bunga bapa tanam di gelas kecil, supaya dapat fit-in di meja office. Kena suruh buat partition untuk Stationery, saya buat, sanggup ni curi-curi masa lepas kerja dan sebelum waktu kerja untuk tampal kertas corak di laci, though I know IT’S A WASTE OF MY TIME.

Even di rumah pun kau tak tampal kertas corak di almari kau kan sebab kau tahu sapa lah yang bodoh dan bengap nak tampal itu semua sedangkan fungsi almari untuk simpan baju dan dinding atau tapak bila dah ada baju memang takkan nampak corak yang kau ambil masa hampir 30minit untuk tampal itu, KAN??

Bila dah makin melarat, suruh buat partition di laci kedua pun saya macam, okay nanti saya buat lah.Tapi dah kemas elok, di pandangan mata saya la. Just because SAYA RASA OK, BAGI SAYA TAPI TAK OKAY DI MATA ORANG, adakah itu puncanya saya diseret ke kaunseling ini? Of all peoples saya sangkut, mengapa? Part mana? Tolong bagitahu saya secara SERIUS, bukan cakap-cakap untuk sedapkan hati saya. PLIS.

Lepasni, tanak lah tray tu. Drawer pun saya akan kosongkan. Whats the point of giving us, but then macam cari pasal nak kenakan I. I cant believe of all mine is the worst. Bukan sebab saya baik dan sempurna sangat, tidak weh tapi sebab setiap kali ada rules baru, saya orang pertama akan kena.

Susahlah nak kerja dengan efisyen kalau macam ni. Tray pun nak kena filter. Takkanlah saya bodoh sangat nak biar dokumen terperap di tray sampai berbulan-bulan, as it I’m not doing anything here, begitu kah kau fikir?? Lepas ni, kalau figure tak reach target, mungkin kau boleh salahkan saya lah, sebab masa tu banyak dah terbuang untuk buat label dokumen (DOKUMEN, bukan fail ye), buat label pen-pensil-klip kertas di laci, buat partition, dan lain-lain lagi bergantung pada situasi diri kau di masa itu.

Sekarang 8.56am. Lagi 1 jam sebelum kaunseling. Okay, saya tunggu. Cant wait. Tidak sabar mau tahu. Ehh, kawan-kawan di committee jangan amik hati. Saya tak salahkan sesiapa. Tak blame u all pun. Saya tahu INI SEMUA KERJA. Dan, saya panas pun sebab kerja, bukan personal.

I didnt mean to get mad at u’all, jangan risau. Saya faham its part of your job. I dont know, maybe I get mad at myself for being that idiot, sampaikan 5S rules pun I langgar. I kan rules breaker T_T

Pasni kita gelaktawa di kaunter,okay.

Welcome to the Belog. Officially M-I-N-E!

Sebelum ini, saya dah ada 2 belog tetap. Satu yang rasmi dan di-share kepada rakan taulan. Satu lagi untuk SAYA sahaja dan tidak di-share kepada sesiapa kecuali stranger. Sebab, ada waktu kita nak privacy dalam bercerita. Ada benda saya tak cerita pada orang, tapi saya nak orang tahu,tapi taknak tahu dari saya. Hihi Malu.

Belog sebelum:

http://www.noorhidayahj.blog.com/

Belog sebelum sebelum:

-secret-

Haha Gotcha.

Tapi betul ehh belog yang secret ini memang ada dan wujud. Hihi malu lagi.

Okay, sebelum ni saya memang guna blogger.com. Kat sini senang nak edit template, letak nuffnang ads, google analytics dsbg. Better usage la. I'd tried wordpress, blog.com and lupa yang satu nih, but it didnt offer usage just like this, that's whhhyy I lovee blogger.com.

Hihi

Till then, will continue later.

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers