Nuffnang Ads

Tuesday, July 30, 2013

Random Rambling : Friendship

As Salam dan hai,

Aku memang nda pandai berkawan (baru).
Kawan-kawan aku kawan-kawan lama juga.
Yang aku jumpa, develop relationship sejak sekolah, sejak study.
Kalau kena kira memang cepat dikira. Sikit sangat.
Masalah aku bila berkawan ada dua.
Satu, transparen. Transparen sangat sampai orang sakithati.
Kalau nda kenal mesra, aku memang senyap.
Tapi bila kenal biasa, aku memang bising.
Dan, mulut bising tu mudah orang tafsir sebagai mulut jahat.
Sebab. Bila aku di kelompok mesra, aku bercakap ikut sukahati.
Sukahati orang label pula sebagai biadap.
Dan, cepat pula orang terasa hati.
*pengsan*


Dua, low confident. Sampai dibuli buli.
Ini memang kelakar.
Sebab bila aku kena buli, aku nda lawan balik.
Asyik fikir, 'siapalah aku mau lawan si polan'
Hanya insan hina, ececeh konon
So aku banyak diam.
Masalah pula bila diam, orang makin melebih.
*urutdada*



Mari aku cerita (sikit) lah.
Kisah pahit aku berkawan. Kena buli.
Sampai aku balik kolej naik bas luen tung menangis teresak-esak.
Hakikat lah kan, siapa saja ada kuasa atau rasa diri ada kuasa,
memang ada tendency untuk membuli insan lemah (tanpa disedari)

Jadi. Sejak peristiwa sedih di kolej itu,
aku nda lah banyak kawan, sebab aku takut,
takut sudah jatuh sayang sama kawan lalu dikhianati,
sebab perempuan sama perempuan punya sisterhood ni lain macam.
Jadi aku cuma ada kawan yang oh-kami-satu-kelas,
kawan-sama-sama-ambil-accounting, kawan-lepak-di-bangku,
kawan-mengumpat-bkns, kawan-pandai-cakap-cina,
so, kawan-kawan yang nda sengaja aku jumpa ni lah ended up jadi kawan sampai sekarang,
bukan kawan yang aku pilih jadi kawan tu.


My point is, hati-hati pilih kawan,
eh sebenarnya tak boleh cakap hati-hati juga,
ada juga orang yang baik tapi nda ngam jadi kawan,
habis nda boleh clique, tune nda sama, susah mau ketawa bersama, nangis apatah lagi kan,

Tapi aku rasa syukur dan bertuah sangat, sebab aku sudah jumpa kawan yang boleh diharap selalu.
Jadi bila bila kawan baru mengecewakan aku, sakit nda la sangat.
Kawan aku part of my backbone, my soulmates,
yang faham details perkara yang tidak diceritakan,
yang tahu kau sedang bersedih hanya dengan icon di whatsapp :)


So, thank you girls.
Aku rasa whole world pun nda boleh ganti sakit sedap kita sama-sama.

To a 15 good years of friendship and counting :)
Loving u, girls.

Saturday, July 20, 2013

Kau

Tabahlah.
Struggle lah kuat kuat.
Hari ni kau bergelut,
Esok lusa bila semua reda baru kau nampak indahnya ujian Tuhan.

Kuatlah.
Jangan sesekali mengalah.
Lawan dan bertahan sampai akhir.
Kau mesti lawan dan bertahan.

Susah, memang susah.
Sakit, lagilah sakit.
Tapi jangan lagi menangis.
Berhentilah menangis.
Ingat ganjaran yang Allah janji.

Allah janji, jika sabar ada kemanisan menanti,
Dan janji Allah itu pasti.

Jadi,
Aku minta kau sabar dan kuat.
Paling utama,
Tolonglah teruskan kehidupan.

Jangan lagi menangis,
Bangun sekarang.

Mulakanlah hidup baru.
Please?

Kenapa aku cakap macam ni?
Kenapa aku concern macam ni?
Sebab, bila aku pandang kau,
aku nampak aku yang dulu.

Monday, July 15, 2013

Rambling Isnin

As Salam dan Hai,

Puasa ke 6 already. So far, tidak ada masalah sangat. Here's my quick ramble :

1)\. Sejak sebulan lalu, berat aku agak menurun. Dalam 4-5 kg juga. Well, walaupun I am no more consuming HL, tapi aku practise HL's method. Walaupun sekarang aku ambil ESP, tapi credit terbesar penurunan berat badan harus diberikan kepada HL. Kerana dari coach HL aku faham concept penurunan berat badan dengan lebih baik. Tak semestinya tak makan. Tapi : 

  • kurangkan portion (macam aku, kurangkan nasi, previously 3 senduk now 1 senduk), 
  • eat healthy food, 
  • lebihkan buah dan sayur (incredibly true), 
  • banyakkan minum air, plain water it is - dalam 2-3 kg per day, 
  • kurangkan caffeine intake (ini kurang percaya sebab kawan aku coffeeholic tapi dia kurus okay, tapi lain badan lain cara kan) PS : masih minum, tapi kurang, from 2 cup per day to 1 cup per forthnight.
  • sahur pagi aku minum ESP, Susu kambing dan kurma. Jika ada keinginan makan yang nasi+lauk, kuantiti sikit, asal asal ja. 
  • kurangkan makanan berminyak (teringin kfc whatsoever? sebulan sekali dan sikit sikit ja lah ya)
  • yang paling penting bagi aku buah dan air. Aku makan buah dan minum air before lunchtime (sebelum ramadhan). Ini berhasil bantu aku reduce amount of food intake.
  • Kurangkan minuman bergula. Bila makan tengahari (sebelum ramadhan ya, saya ingatkan), I dont direct drink after food, in fact aku tak order air pun, naik ofis baru minum air. Jimat satu hal, berkesan tu juga satu hal. Sebenarnya nenek aku pun pernah bagi petua, kalau mau pinggang langsing, jangan direct minum lepas makan. Bhahaha
  • Bila kamu sudah ubah gaya pemakanan, dan berat turun 1 kg pastu nda turun turun lagi, try to change your diet. Eg aku dulu makan breakfast normal, lunch sikit, malam ESP, kurang 1-2 kg lepastu stuck disitu. Pastu naik lagi 1 kg. Pastu aku tukar. No heavy breakfast, cuma ESP sahaja, tengahari makan sikit then dinner ESP dan rasa-rasa makanan sikit. Sekarang, without ESP pun I still on that regime. Sebab tak lapar.
So, I am not comparing which one is good, both ada kebaikan. Tapi kredit aku memang beri sepenuhnya kepada coach terdahulu. Full support dan sangat comitted, both husb and wife. Cuma malang je dapat customer liat macam aku. Bhahaha Kalau kamu rasa mau kurangkan berat, silalah berkunjung ke cinoi.com. PS : Aku syorkan, teamix untuk kecergasan. Betul, serius nda tipu. Last year aku on tight schedule main futsal tunggang terbalik, aku nda sakit pun, lenguh badan pun tidak. Lagipun, teamix tu sedap dap dap. 

2. Aku hairan lah, aku pulang kerja 5.30pm pun masih jem gila. Terutama di Kepayan sampai Putatan, pastu sambung lagi sana depan Kem Lok Kawi. Ada sekali tu aku stuck jam 5.15pm di Kem Lok Kawi tu, haish hairan aku, adakah company lain pun nda benarkan staff muslim pulang awal? Sebab kalau kami tu memanglah tataps kan. Tapi yang lain setahu aku kena bagi pulang awal. Aku rasa aku lupa lah kan yang muslim sudah pulang awal, yang non-muslim yang pulang jam 5pm tu T_T

3. Lepastu, kamu tau flyover Petagas tu kan? Sejak kes kereta aku terberhenti sana, aku pandai trauma naik sana time jem. Kahkahkah So, aku ikut jalan bawah tu. Tapi, jalan bawah pula menguji kesabaran betul. Banyak sangat orang potong queue. Bukan jalan dia pun dia jalan, siap hon marah kepada aku yang di lane yang benar ni. Aku memang hon lah juga. Sebab diorang ni perlu ditegur secara halus (melalui hon) bahawa apa diorang buat itu tidak betul (?). Apa salah nya queue baik-baik kuai-kuai sana? Lambat? Keluarlah awal kan. Habis tu kami yang berbaris panjang ni gembira kah berbaris panjang tu? Tak kan :) Be considerate lah. Tu yang mau minta jalan tu, tangan kan ada, pastikan budi bahasa juga ada, angkatlah tangan minta jalan, senyumlah. Senyum kan sedekah gitew. Ni kalau nda angkat tangan lalu terjah masuk ja, aku kasihan lah sebab aku assume tangan dan budi bahasa anda tertinggal di office kot?


3. Uh. Sedihnya Cory passed away kelmarin. Cory tu Finn Hudson --watak utama-- dalam Glee. Aku tengok Glee Season 1&2 ja. Lepastu nda sudah. Tapi aku suka dia dan Lea. Oh, dia memang bercinta in real life dengan si Lea Michele --aka Rachel, juga watak utama dalam Glee-. Dengar dengar they're suppose to get married in two week time. Hopefully Lea tu tabah lah. Nda dapat aku imagine betapa devastatingnya tu. Aku haraplah bintang muda sana tu perasan dan sedar yang drug seriously kills. Eh belum confirm lagi punca kematian. Tapi sedikit sebanyak maybe related sebab dia memang on rehab and addicted before this. Nda aku faham lah juga, diorang nampak contoh banyak eg Heath Ledger, Amy Winehouse, Kurt Cobain, semua pun pasal drug abuse, harap harap lepas ni ambil lah pengajaran kan. Hidup tanpa pegangan ni memang mudah terumbang-ambing. 

4. Itu sahaja :) Selamat Berpuasa dan berbuka puasa. Jam 6.35pm tau tau tau.


Tuesday, July 09, 2013

Waktu Imsak dan Berbuka untuk Kota Kinabalu, Putatan dan Papar

As Salam dan Hai,

Kejap kejap. Sebelum log out pc, sempat lagi download neh : -



Kihkih. Selamat Menjalani ibadah Puasa ya kawan-kawan :)
Semoga ibadah kita diberkati.


PS : Nda tau apa kejadiannya esok neh. Rasanya esok balik kerja jam 5.30pm. 
Hopefully boleh sampai rumah ngam ngam untuk iftar. Insya Allah.



Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers