Salam.
Lama nda membelog tetiba tulis reviu. Hahaha saiko.
-------------
Sinopsis :
Berinspirasikan Sleeping Beauty, dimana princess Aurora telah terkena sumpahan oleh tukang sihir, of which Aurora akan tertidur selepas tercucuk jarum mesin tenun pada harijadinya yang ke-16. Sumpahan hanya akan hilang apabila ehem true love kiss -- yada yada yada.
Tapi, twistnya disini ialah, kenapa aurora disumpah? bolehkah sumpahan dihilangkan? atau aurora akan sleep forever? siapa pula si maleficent ni? apa pula kaitannya sama aurora? nah, disitulah best nya cerita ni.
al kisah. maleficent (angelina jolie) ni sebenarnya penjaga tanah mistik dan stefan pula seorang manusia yang aku nda tahu kenapa dia ada di tanah mistik tu (sebab kami masuk lambat few minutes gitu, hahaha). perkenalan stefan dan maleficent bermula ketika stefan mencuri sesuatu di tanah mistik, dan maleficent kan penjaga tanah tu so haruslah dia tangkap pencuri giteww.nah disana lah diorang start berkawan. bukan berkawan seja, tapi each other first love (kiss) gitu. stefan menyimpan hasrat untuk tinggal di istana satu hari nanti.
few years passed by, stefan tidak lagi dapat melawat maleficent yang sudah berkembang menjadi cewek cantik angelina jolie. eh. hahaha meanwhile, raja di dunia manusia pula menyerang tanah mistik sebab mau mendapat whatsoever kekayaan dari tanah mistik. maleficent telah mencederakan raja ketika pertarungan itu. so raja telah berjanji, whomever dapat bunuh maleficent akan dapat takhta dan kahwin dengan puteri raja.
stefan pula masa tu bekerja sebagai budak suruhan raja. so dia terdengar kata-kata raja dan bertindak mencari maleficent. ketika reunion itu, maleficent yang innocent tidak tahu bahawasanya stefan ada plan lain. stefan sepatutnya bunuh maleficent (selepas memabukkan beliau), tapi stefan tidak sampai hati. so apa dia buat? dia curi sayap maleficent. dapatlah stefan jadi raja selepas itu.
maleficent merasa sangat marah dan kecewa dengan stefan. mana lagi stefan curi sayap dia. lepastu stefan macam khianat cinta mereka. wah gitu. so from that moment, maleficent tahu there is no true love in this world. tidak lama kemudian, stefan pun dapat anak, si aurora lah. so, ketika meraikan aurora ni ramailah yang hadir termasuk 3 pari pari ala twinklebell tapi clumsy. maleficent pun datang. masa ni lah maleficent sumpah si aurora akan jadi sleeping beauty, until true love kiss broke the spell. dia sumpah macam tu sebab dia yakin there is no true love.
stefan takut sudah. so dia hantar anak dia masuk dalam hutan untuk dijaga 3 paripari itu sampailah harijadinya yang ke 16. stefan pun mempersiapkan diri dia sebab dia tahu maleficent akan datang cari dia, dia pasang dinding besi sebab kelemahan maleficent adalah besi. semua mesin tenun dibuang dalam bilik bawah tanah. aurora pun terpisah dari keluarga sebab kena tinggal dengan pari pari bimbo 3 orang.
what i dont get is stefan nak elak aurora from maleficent tp hantar aurora tinggal dalam hutan berjiran dengan maleficent -- like, come on lah stefan. pastu bagi paripari clumsy yet bimbo jaga, kau tau kah stefan oii pepari tu bagi anak kau makan lobak bersalut tanah. eh eh eh kenapa aku ni. hahahaha
maleficent tidak sampai hati tengok cara aurora dibesarkan oleh pepari tu. so maleficent dan pembantu dia, diaval lah yang menjaga aurora dari kejauhan. all i can say is kalau bukan sebab maleficent dan diaval anak kau lama sudah mati pacik stefan oii. bila aurora besar, dia sangka maleficent tu fairygodmother dia. because she keep on watching her. masa berlalu, maleficent dan aurora jadi rapat. maleficent jatuh sayang pada aurora-- dia coba untuk tarik balik sumpahan tapi gagal. bila aurora tahu maleficent adalah the maleficent -- the one yang curse her, dia pun lari pulang istana. dia sangka bapa dia akan sambut dia dengan warm, malangnya dia kena kurung pula. omg.
at last, dia tercucuk juga jarum seperti dalam sumpahan. maleficent terus bawa prince philip untuk kiss aurora sebab dia sangka itulah true love aurora. tapi gagal.
lastly, maleficent putus asa dan rasa menyesal sebab sumpah aurora. dia kiss aurora on the forehead. and bamm tersedarlah si aurora. maksudnya, kasih sayang yang maleficent tunjukkan pada aurora tu lah kasih sayang sejati. touching gila.
sekian.
--------
1. anak angelina jolie ada berlakon di sini. cute gilaa.
2. aku nda sangka angelina jolie boleh bawa watak ni dengan sangat berkesan.
3. cara maleficent sayang aurora tu memang mengharukan.
tengoklah. rasanya kalau bawa budak tengok pun okay. nda perlu censored sangat. hehe