Salam dan hai,
Ni entri tertunda gila okay. Sebulan lalu punya cerita bah. Alkisahnya lepas balik dari KL tu kan sibuk urus delivery barang, pastu booth UMS, pastu Expo 1B, pastu urus Domestic Helper. Kahkahkah Sudahnya sekarang baru terfikir mau tulis neh.
Ha ah you, aku baru ja jejak kaki di Melaka di usia 28 tahun. Kesian sangat homaigad kan. Macam ni 7-11 Nov haritu kami satu family turun KL. Ada dua sebab, satu untuk attend konvo Ainal di PWTC. Satu lagi untuk lawat adik bungsu di Batu Pahat. Ha ah, adik aku yang konvo poli April lepas tu, dia sambung degree di alma matter cinoi dot com.
So memang plan mau lawat dia, tapi apa kejadahnya budak bertuah ni seminggu sebelum tu pulang KK bagi surprise dekat mum aku. Aku ni time tu dekat Gaya Street belikan souvenir bagai untuk kawan dia di BP sana konon, sekali rupanya masa tu dia jejak kaki di kk sudah. So, jadilah trip tu trip hantar dia pergi balik kampus.
Trip kami mula dengan Ainal duluan sampai KL. Dia memang duluan gerak dalam sehari dua awal dari aku mum dengan bapa, 7 hb tu pagi baru kami tiga sampai, jam 10 ahai sampai, jam 3 bob sampai. Mula-mula memang fokus urus konvo sama rehearsal ainal ja. Sabtu tu lepas ja konvo terus kami gerak pergi Melaka. Sebelum tu singgah makan kari kepala ikan dekat entah dimana tu. Hahaha
Nda pernah lagi aku on road trip sebenarnya ni, boleh tahan kematu juga. Macam Tawau KK tapi KL Melaka lagi syok sebab nda bosan. Kejap kejap ada RnR ya. Kalau di KK ni -- hahahahahahahaha!
So, sampai lah Melaka. Nda banyak gambar (atau memang tiada langsung?), sebab fon low bat masa tu. Cuma terasa feel sebab macam 'oh sini pula yang dalam gambar tu', begitu saja. Malam tu kebetulan aunty Bob bawa jumpa. Memang Bob ada aunty di Melaka, nenek Bob pun memang selalu pergi Negeri Sembilan tengok another aunty there. First time lah diriku jumpa Aunty Faridah tu. Dia pun memang dekat 10 tahun nda balik KK ah.
Hah, masa ni lah kami naik Menara Taming Sari ni. Ya Allah-- aku ni memang penggayat jangan cakap lah okay. Masa dalam tower tu, aku asyik subhanallah subhanallah ja, cantik ciptaan Allah di Melaka ni, tapi tangan bergagar-gagar sudah kecut perut. Seronok juga sebab tiket tu termasuk dengan refreshment. Sempatlah kami bergambar ini ja diluar tu.
Cantik. Nantilah, Insya Allah pergi lagi Melaka. Ahai ada lagi 3 tahun sebelum grad, so memang kami jangkakan a lot of trip ke Melaka Johor lah this few years. Hohoho
Nah gambar. Tapi semua google. Hahaha
Midnight tu kamu pergi Jonker Walk. Tapi memang Insya Allah kami akan pergi lagi. Sebab a few thing we want to do tapi keadaan tidak mengizinkan seperti, mom was so eager to eat Cendol Durian Pulut kah apa tu di Big Clock tapi ramai orang, pastu kejam lagi orang sana tu, sudah nampak visitors luar stay lagi lama-lama sana, more than 30mins, apa salahnya bagi chance dekat orang kan? Sungguh tiada timbang rasa. Lepastu mau naik tu cruise kah apa tu tapi hujan T_T
Lepas tu aku lagi si bimbo -- 'Melaka ada pantai?'
Rasa mau ketuk diri sendiri. Kau dah kenapa? Sejarah tingkatan 3 kau dah lupa kah. Empayar Kesultanan Melayu Melaka noks. Bukankah Melaka maju ketika itu kerana adanya Selat Melaka -- banyak pedagang asing? *bitchslap*
No comments:
Post a Comment