Nuffnang Ads

Thursday, October 02, 2014

because.

Hello.

i)
Aku memang 95% puashati dengan trainee batch ketiga ni. Way better dari previous two batch. Maybe sebab this time kami (aku) tahu apa jenis student we need. Kali pertama, kita tiada option sebab student recruit by ministry dan i was there to monitor the flow sahaja. So kita penuhkan quota dengan orang orang dari list attend interview. Kali kedua lagi bikin nangis, 40% ja dari ministry dan baki kami terpaksa fulfill in short notice. Tanpa ada apa apa list to follow up. Dan dengan condition tidak boleh follow up list lama sebab yang dari list lama tu komplen kenapa dicall lagi. Well, kalau kau nda berminat, just pick up the phone and say no lah. Itu kerja kami untuk follow up.

Kali ketiga ni, list orang-aku-nda-mau-ada-dalam-team aku bertambah. Aku nda mau trainee degil, trainee kuat melawan, trainee perasan hebat, trainee (rasa diri) kaya padahal tinggal flat, trainee bertrip macam banyak pengalaman padahal umur sudah 22 pun masih nda bekerja nda kena tanggung pama, banyak weh. Semua nya sebab aku nda mau orang yang akan susahkan kami dikemudian hari. Better reject sekarang dari di penghujung dia buat hal. 

So ketiga memilih dan menginterview secara indirect, aku decide sebab kursus ini kursus yang orang rasa jelek tapi what they didnt know it has a lot to offers. Pembantu rumah duit berkepuk weh. Kerja gaji 1000 bulat masuk simpanan. Makan minum tempat tinggal majikan tanggung. Ada tu majikan baikhati lagi barang kelengkapan diri pun majikan belanja. Silap silap reload pun kena tanggung. Jadi gaji buat apa? Simpan lah. Kita yang kerja company ni mampu tidak saving 1k? Heehee 

ii)
Tapi itulah. Tadi baru boss pesan, 'you jangan terlampau emosional (attached) dengan budak tu.'

Macam mana aku nda rasa attached, umur adik adik aku kot (tapi versi perempuan). Most of them bukannya bodoh sangat sampai perlu jadi maid, tapi diorang kena kerja untuk tanggung keluarga. Ada yang quit school at 14 sebab ibu/bapa meninggal, so dia kena stay strong untuk take care the family. Ada juga yang bapa lari kasi tinggal ibu, jadi anak kena kerja jaga ibu (?). Ada pula setahun nda juga dapat kerja. Aku ni manusia biasa saja. Bila aku dengar, aku ucap syukur banyak banyak sudah sebab parent aku bagi aku sekolah dan bagi aku kehidupan sempurna. So, I really wanna help this girls.

Thats why, bila malam aku baru ja park kereta di garaj lawa lawa terus student call ada sakit ada muntah ada histeria, mau nda mau aku terpaksa juga tengok. Kau pikir nda jauh ka Kinarut sama Likas Square tu. Tapi aku mengenangkan orang bergantung sama aku, mau nda mau aku temankan juga. 



PS. Mohonlah kalau ada sesiapa tahu ustaz belah belah Likas ni nanti sila lah komen ah. Atau email noorhidayah[@]amc.edu.my ya. Bukan apa. Kalau budak ni terlampau histeria, esok lusa aku pula histeria sama diorang. 

PSS. Boss bilang, kestau diorang kalau histeria lagi nanti kena terminate (?). Boss, boss ingat diorang tahu ka bila diorang mau kena ?

Thursday, August 07, 2014

Buang masa, buang tenaga. Akak harap adiks belajar matang.

Salam.

Woh woh lama gila eh nda update. Sampai terlimpas puasa terlimpas raya gitew.
Sibuk angat ni.

So. Banyak nya benda yang belog ni tertinggal.
Herman nda sudah di sini. Dapat N41 di KDN.
What else?

Student DH went for attachment since last two weeks.
So malam malam tidur nda berapa lena sebab sudah dua minggu pun masih ada yang suka buat hal.
Kawan kawan dia enak sudah happy mau habis praktikal dia baru mau mula.
Tu lah suka cari pasal kan. Kenapalah diorang ni nda strong ah?
Banyak karenah banyak alasan banyak perkataan.
I guess diorang belum jumpa reality check.

Last few days I had a conversation with one majikan, a teacher
I am so glad sebab now aku tahu bukan aku sorang je rasa bebudak ni mengada
Boleh pula cakap ikut kursus sebab kena tipu
Tipu what the hell lah kan, lepas 3 bulan baru rasa kena tipu
Bulan pertama duduk hostel terima elaun semua nda pula rasa tertipu
Bagi aku, diorang ni bukan kena tipu, tapi tertipu dengan kebodohan sendiri

Cipta segala macam alasan, burukkan pihak kementerian sebab malu sendiri salah pilih kursus
Boleh pula lepas tiga bulan baru rasa tertipu T___T

Nasihat akak pada adik adik yang baru mau up
sebelum masuk apa apa kursus -- T A N Y A
Tanya ni kursus apa, buat apa, apa prospek, apa objektif
Tanya ja sampai pegawai terdiam
Ni tidak, masuk kursus soalan ditanya -- berapa elaun?
Soalan kedua, tinggal dimana? Ada makanan?

Ni akak bagi tips kedua
Masa orientasi dan briefing,
BUKA MATA luas luas,
tengok apa isi kandungan kursus
tengok apa kerja
Bukan nya main telefon main whatsapp main wechat segala bagai
Pastu tiga bulan kemudian panggil pacik macik semua bagitau -- saya kena tipu

Tips ketiga
Tengok agreement dan fahami
Bila pegawai explain sekeping kontrak minta kamu sign
BACA lah weh
Sudah baca masih nda faham -- TANYA lah weh
Kalau saya quit apa kejadiannya?
Kalau saya berhenti sambung belajar apa kejadiannya?
Berapa gantirugi saya kena bayar?
Berapa itu berapa ini?
Bukannya ambil pen terus sain cepat cepat letak love love bagai di sain

Kalau rasa kursus nda sesuai -- JANGAN SAIN
Kalau rasa tertipu -- JANGAN SAIN
Kalau rasa kursus nda best -- JANGAN SAIN
Sebab apa?
Sebab bila kau sain itu maknanya kau terima


Dan nasihat ultimate akak kepada adik-adik sekalian;
Kalau sudah pilih untuk ikut, ikutlah sampai habis. Ikut sepenuh hati.
Ni duit yang sponsor adik adik belajar percuma ni duit kerajaan, sayang
Adik nda minat, adik pergi main jauh jauh, banyak lagi orang yang perlukan kursus ni
Akak komited, ministry komited, adik ja tukang spoil ni program
Adik mau merajuk bermanja bagai, sila duduk bawa ketiak ibubapa memasing sampai bila-bila
Adik patut malu, umur 20 an masih mengharap duit ibubapa
Untunglah masih ada ibubapa, esok lusa ibubapa tiada?

Sekian.

PS. Esok lusa akak rasa nak meroyan dengan sikap minta puji adik adik. Akak tulis sini supaya akak tahu jenis adik mana yang patut akan 'delete' untuk next batch.

Tuesday, June 17, 2014

reviu: Maleficent

Salam.

Lama nda membelog tetiba tulis reviu. Hahaha saiko.
-------------



Sinopsis :
Berinspirasikan Sleeping Beauty, dimana princess Aurora telah terkena sumpahan oleh tukang sihir, of which Aurora akan tertidur selepas tercucuk jarum mesin tenun pada harijadinya yang ke-16. Sumpahan hanya akan hilang apabila ehem true love kiss -- yada yada yada.

Tapi, twistnya disini ialah, kenapa aurora disumpah? bolehkah sumpahan dihilangkan? atau aurora akan sleep forever? siapa pula si maleficent ni? apa pula kaitannya sama aurora? nah, disitulah best nya cerita ni.

al kisah. maleficent (angelina jolie) ni sebenarnya penjaga tanah mistik dan stefan pula seorang manusia yang aku nda tahu kenapa dia ada di tanah mistik tu (sebab kami masuk lambat few minutes gitu, hahaha). perkenalan stefan dan maleficent bermula ketika stefan mencuri sesuatu di tanah mistik, dan maleficent kan penjaga tanah tu so haruslah dia tangkap pencuri giteww.nah disana lah diorang start berkawan. bukan berkawan seja, tapi each other first love (kiss) gitu. stefan menyimpan hasrat untuk tinggal di istana satu hari nanti.

few years passed by, stefan tidak lagi dapat melawat maleficent yang sudah berkembang menjadi cewek cantik angelina jolie. eh. hahaha meanwhile, raja di dunia manusia pula menyerang tanah mistik sebab mau mendapat whatsoever kekayaan dari tanah mistik. maleficent telah mencederakan raja ketika pertarungan itu. so raja telah berjanji, whomever dapat bunuh maleficent akan dapat takhta dan kahwin dengan puteri raja.

stefan pula masa tu bekerja sebagai budak suruhan raja. so dia terdengar kata-kata raja dan bertindak mencari maleficent. ketika reunion itu, maleficent yang innocent tidak tahu bahawasanya stefan ada plan lain. stefan sepatutnya bunuh maleficent (selepas memabukkan beliau), tapi stefan tidak sampai hati. so apa dia buat? dia curi sayap maleficent. dapatlah stefan jadi raja selepas itu.

maleficent merasa sangat marah dan kecewa dengan stefan. mana lagi stefan curi sayap dia. lepastu stefan macam khianat cinta mereka. wah gitu. so from that moment, maleficent tahu there is no true love in this world.  tidak lama kemudian, stefan pun dapat anak, si aurora lah. so, ketika meraikan aurora ni ramailah yang hadir termasuk 3 pari pari ala twinklebell tapi clumsy. maleficent pun datang. masa ni lah maleficent sumpah si aurora akan jadi sleeping beauty, until true love kiss broke the spell. dia sumpah macam tu sebab dia yakin there is no true love.

stefan takut sudah. so dia hantar anak dia masuk dalam hutan untuk dijaga 3 paripari itu sampailah harijadinya yang ke 16. stefan pun mempersiapkan diri dia sebab dia tahu maleficent akan datang cari dia, dia pasang dinding besi sebab kelemahan maleficent adalah besi. semua mesin tenun dibuang dalam bilik bawah tanah. aurora pun terpisah dari keluarga sebab kena tinggal dengan pari pari bimbo 3 orang.

what i dont get is stefan nak elak aurora from maleficent tp hantar aurora tinggal dalam hutan berjiran dengan maleficent -- like, come on lah stefan. pastu bagi paripari clumsy yet bimbo jaga,  kau tau kah stefan oii pepari tu bagi anak kau makan lobak bersalut tanah. eh eh eh kenapa aku ni. hahahaha

maleficent tidak sampai hati tengok cara aurora dibesarkan oleh pepari tu. so maleficent dan pembantu dia, diaval lah yang menjaga aurora dari kejauhan. all i can say is kalau bukan sebab maleficent dan diaval anak kau lama sudah mati pacik stefan oii. bila aurora besar, dia sangka maleficent tu fairygodmother dia. because she keep on watching her. masa berlalu, maleficent dan aurora jadi rapat. maleficent jatuh sayang pada aurora-- dia coba untuk tarik balik sumpahan tapi gagal. bila aurora tahu maleficent adalah the maleficent -- the one yang curse her, dia pun lari pulang istana. dia sangka bapa dia akan sambut dia dengan warm, malangnya dia kena kurung pula. omg.

at last, dia tercucuk juga jarum seperti dalam sumpahan. maleficent terus bawa prince philip untuk kiss aurora sebab dia sangka itulah true love aurora. tapi gagal. 

lastly, maleficent putus asa dan rasa menyesal sebab sumpah aurora. dia kiss aurora on the forehead. and bamm tersedarlah si aurora. maksudnya, kasih sayang yang maleficent tunjukkan pada aurora tu lah kasih sayang sejati. touching gila. 

sekian.

--------

1.  anak angelina jolie ada berlakon di sini. cute gilaa.
2. aku nda sangka angelina jolie boleh bawa watak ni dengan sangat berkesan.
3. cara maleficent sayang aurora tu memang mengharukan.

tengoklah. rasanya kalau bawa budak tengok pun okay. nda perlu censored sangat. hehe



Wednesday, May 14, 2014

How To Motivate Yourself At Workplace


Salam. Eh dan Hi there.

Walaupun aku neh ada passion dengan apa aku buat sekarang, tapi tidak lah pula bermakna aku hari hari 100% on the mode (mood) kan.

Macam aku. Hari ni memang tiada mood kerja. Totally demotivated. Nda tahu lah. Kemarin cuti kan. Pikiran aku pun bingung-bingung neh asyik mengadu-domba Bob bawa bercuti. Short vacay pun okay bah B. Sambung rengekan di belog. Kahkahkah Tiada siapa mau layan.

So. Aku ada beberapa tips untuk motivate diri sendiri. Share dengan kamu supaya sama-sama kita nda merengek minta bawa bercuti. Haha

1. Wallpaper Desktop
Cuba cari yang cantik punya macam scenery ka beach ka apa. Supaya kamu ada motivasi untuk kumpul duit for next vacation. Eh eh eh apa ini. Macam aku, I would always go for either Beach or City or Morning View. Beach ya beach ya bukan laut. Aku takut air yang berkedalaman. Kalau City view I go for New York/KL. Aku suka morning view and dislikes sunset. Okay okay we get you, Dayah. *rollingeyes*

TIPS : Always search for Wallpaper HD ya supaya clear. Kalau tidak gambar pecah dong.

2. Read & Delete
Bila aku ada masa dan aku bosan then barulah aku delete whatever incoming and unimportant emails. We practise green office and paperless environment, so everything is in the email. Any orders are on emails (or whatsapp). So you dont see much papers here pekeliling or surat rasmi whatever unless kau dapat memo dari HR. So ketika bosan baru aku akan go through satu-satu and delete yang sudah limpas dan unimportant. Dan masa camni baru aku baca betul betul email jokes dari staff lain (yang memang playful). Lepas baca aku gelak aku delete babai.

TIPS : Sentiasalah letak label for each read email supaya senang search nanti.


3. Empty the bin
Ahh you know which bin. Ini masa untuk kasi clear the dustbin dalam pc. Kalau kau nda perasan ia hilang, kau nda perlukannya sangat lah tu.

TIPS : Tiada tips weh. Kau tahu lah apa kau mau buang kan.

4. Chrome Themes
Kalau guna chrome memang siok lah sebab boleh tukar layout/themes untuk email dan google interface tu. Kami satu company kan gmail, so kalau aku bosan memang kerja aku tukar themes seja. Cara mau tukar themes tu senang saja. Masuk browser dan klik Customize > Setting > Appearances > Themes > Pilih. Tapi kena login dulu. Themes tu cantik-cantik belaka. Pilihlah yang fresh look supaya nda serabut buka google search.






TIPS : I will go for white background. Clean and neat.

5. Desktop Stuff
Kalau aku bosan dan demotivated, aku akan ubah susunan desktop. Folder yang frequently used aku letak di tempat senang nampak (bahagian atas, kiri). Nama pun standardize ja supaya staff lain senang cari. Pastu re-type (dan ubah font) sticky notes.




Sekian. Itu saja. Sekarang aku rasa motivated sudah. Yeh. Haruslah motivated kalau jam 5 sudah kan. Hahahaha

Monday, May 05, 2014

When Life Treats You Bad

Salam dan hai.

Everyday is a brand new day. Challenging.
Ambil masalah dan treat it as opportunity.
Walaupun kengkadang kau rasa life put some funny tricks on you.

Macam hari ni.
Walaupun watermelon juice aku tumpah tadi pagi sebab aku nda tighten tu blender,
tapi yeah I'm cool (kot)
Padahal semalam beria-ia aku restock tembikai semata-mata mau minum jus pagi ni
Padahal semalam bersungguh aku buat ais sebab ada orang tu lupa baca sms aku kirim
Padahal semalam aku siap pack cutted watermelon dalam kontena dan sejukkan
Tapi itulah harini cuai nda tutup blender ketat-ketat
Habis tumpah semua
Hahahahahaha
Kelakar gila.

Macam last week lah.
Walaupun aku berjaga sampai jam berapa entah packing parcel customer
Niat semua mau post the next day
Tapi itulah subuh tu kereta langgar anjing, lalu terlupa kasi keluar semua parcel dari kereta sebelum dibawa ke car-rehab
Esoknya best ja rasa cubuk-cubuk post office dibawah, nda ramai orang, boleh lah pos dengan gembira,
Sekali baru teringat bapa yang hantar pergi office sebab kereta rosak
Hahahahahaha
Kelakar gila

Macam last last week lah
Walaupun hari-hari aku parking di garaj sempit tapi kereta aku cun ja parking
Tidak sia-sia hari hari belajar adjust ambil side parking
Konon tahu angle kereta bagai
Last-last pergi center point bumber kiri sangkut di tiang besar parking tingkat 3 masa adjust parking
Hahahahahahaha

Overconfident sangat, Dayz
So, when life treats me bad, aku just gelak je lah
Habis ketawa nanti baru fikir whats next

Positive Positive

PS. Kengkadang aku rasa kagum juga dengan kebolehan aku untuk ketawa dan have fun pada masa sakit.






Wednesday, April 16, 2014

Random Laugh


Salam.



Is it just me or what but dont you think this is wayyyy too funny?

PS : Went back from marketing in Tampulan. Gila jauh but its fun.
I love the idea of having this job since day one :-)

PSS : and I am not done yet laughing at this one : Tuesday Vids

Saturday, March 22, 2014

Randomly Saturday

Salam.

The other day I chatted with colleagues.
I said, aku ada impian mau buat review review list macam 

Top 10 : The best Nasi Lemak in Town
Lepastu diriku akan gigih round KK dan sekitarnya demi mencari Nasi Lemak terhebat gitu, padahal satu nasi lemak hebat pun aku nda pernah jumpa di KK ni. Kamu ada tau mana-mana? Share pls?
The Best Cheap Relaxing Place in Town
Diriku sudah lah selalu occupied, bila masanya aku pergi relaxing ni pun aku nda tau. Eh, tapi nda juga. Sebab sometimes aku turun for marketing, so I get to see the other side place in KK yang ramai nda tahu.
Kinarut's Best Place to Hangout
Setakat ni ada dua, both eating place and near the beach.
Top 5 : Chicken Chop in KK
Ni paling kelakar. You know why lah kan.

or

Misi RM30
Misi misi pelik macam masuk 1Borneo dengan duit shopping RM50 je pastu list out kan items macam yang tweeps AidaSue pernah buat disini : MISI RM50
Tapi versi mencabar bawa RM30 je. Boleh? Misi RM30 gitu.

So, my colleagues laughed and said, actually kami pernah buat sudah. Mau cari Sup Ikan paling best. Tapi nda tahan sebab hari hari kena keluar pergi makan. Poket dan fuel sakit. Haha

To those all bloggers yang buat listing ni, you all have my utmost respect. Only those with determination and passion can survive this. Hehehehe

PS : The other day, I told my friend one of my colleagues mau resign. Sudah resign pun sebenarnya. So, I told Adeq yang I feel very hurt and in pain when he's gone. Yeah, you heard me - HE. Tu sesi curhat sebenarnya, sebab I really feel stressed. He's like a big brother, my wing man gitu. Hari hari nampak depan mata noks. Duduk depan depan, hari hari bercerita, hari hari dengar suara, kau rasa satu hari bila hilang tiba-tiba kau nda sakit kah? Sakittt. Bukan sekejap tu. Dekat 4 tahun sama-sama. Masa dia masuk aku yang arrange sebab dia start as a part timer. Bila dia masuk teamkk, there were times we both went for marketing, so bonding tu kuat, macam close. Kadang-kadang I accompany him to send lunch for his wife - with my car. Tapi belum pernah lagi aku kena pukul sebab keluar dengan laki orang. Kahkahkah We talked a lot, like how he couldnt understand what is the need for a woman to buy a pair of shirt and shoes and  bags every month, when he -- as a man -- will only shop like once a year (?). Yes, he's a good friend, good listener, very patience and very soft spoken. Dia tidak pernah sekalipun cakap No dengan sesiapa pun. So, yes kesabaran tu memang ending dia manis. Macam dia ni lah, ending pada kesabaran dia, rumah dia di Minintod siap sudah (sudah moved in pun) dan dapat kerja government setelah berada dalam calon simpanan around 5-10 years kot. Hahahaha So, best of luck in IKBN ya, Keikeikei :)



Tuesday, March 18, 2014

Tuesday Vids


Salam.

Stress ke? Stuck ke?
Meh tengok ni. I've watched and smile a lot.
Like a lot gila.


*comel*





Have a nice Tuesday everyone :)

Friday, February 28, 2014

Long Hiatus

Salam.

Long hiatus, is it?

Two months. Im not running or hiding. But busy-ing.
Dua bulan yang banyak ajar aku.
Lets just say benda jadi di timing yang salah -- ketika aku silap percaturan.

Tapi sekarang boleh lah hela nafas lega sikit.
Sebab ketika benda jadi pada aku, aku pilih to face it and solve it.
Walau sakit, walau scary and memang malang amat nasib aku.
Tapi nda apa. Kawan aku cakap, aku diuji.

Dan paling syukur, aku nda keseorangan.
Kawan-kawan stick by me and stand tall.

Yes, darling.
My onlineshop hacked
My phone damaged (and yeah all the details too)
My supplier bawalari duit customer
Semua jadi sekelip mata
Tuhan menguji :)
Aku teruji

And how may times I need to remind myself -- dont cry. you have to pass this test, dayz.
Lepas ribut taufan, nanti Allah bagi pelangi cantik. Syarat dia -- have faith dan sabar

Sekarang, I got my htc back from the manufacturer
Zero as a new one
I have to start it all back, dari scratch
Benda yang aku usahakan sendirian setengah tahun
Hilang sekelip mata dek kelalaian sendiri
Paling sedih -- hilang kepercayaan

Now. Selain dari to regain back my consciousness -- hahaha
I'm slowly refunding people
You said its not my fault, thats what you said -- not the effected one
You said I must be cool -- but I cant sleep well every night since then

You know what makes me strong?
Faith.
Ada kawan bagi kata nasihat di facebook -- :)
Ada customer bagi kata sokongan -- :)
Ada kawan hugs and tolong apa yang patut -- :)

I may seems happy and not effected,
But do I?

Tuhan saja tahu.
Bukan senang.

PS : This is the only entry I will wrote about the case :)
Happy entri will follow as usual. Thanks.

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers