Nuffnang Ads

Friday, November 16, 2012

Top 10 Lagu Mesti Nyanyi Di KKBox

Assalammualaikum, and hai hai

Weekend is coming. Manatau kamu pergi KKBox kan. Bolehlah buat Kursus Pemantapan Vokal di KKBox dengan lagu ni. Ni antara list wajib kalau aku pergi kkbox dengan the girls and the family :) Silakan.

1.       Someone Like You – Adele | Bertrip suara sedap, puiii!

2.       Mengapa – Nicky Astria | Mygals favourite

3.       Jadikan Aku Yang Kedua – Astrid | Mine!

4.       There You’ll Be – Faith Hill | Mine!

5.       Kembali Lagi Ke Sisimu - Farah Asyikin

6.       The One That Got Away - Katy Perry

7.       Thinking Of You - Katy Perry

8.       Teardrops On My Guitar - Taylor Swift | He's the reason for the teardrops on my guitar.. :)

9.       Mencintaimu - Kris Dayanti

10.   Begitu Benar Begitu Salah - Mahadewi

SO?? How about you? Mind to share ? : ) * wink

 

 

 

 

 



Lagu Pendrive Paling Hebat


Assalammualaikum. Dan hai.

Kalau kamu kenal aku, kamu tahulah aku ni jenis yang random saja orangnya. When it comes to song, aku boleh dengar apa saja. Betul ni. Apa saja. Tiada masalah. Dari KPop (haruslah!), jiwang 90 an kah 80 an kah even ke dangdut amelina sheeda segala tu aku boleh layan. Masyukk. Betul betul randomly random okay.

Britney pun ada. Sampai ke lagu famous zaman millennium yang maybe kamu pun hairan. Kehkehkeh

So. Kereta aku memang guna CD Player, tapi aku takpernah pakai sebab aku guna mp3 modulator dari Atoz dulu kan. Aku memang prefer guna mp3 (dari pendrive) banding ke CD ya. Sebab senang mau pilih dan delete lagu. Kalau CD ni kebarangkalian ia scratch tu memang tinggi. Nanti suka lagu lain terpaksa burn lagi baru. Leceh.

Dulu lagi aku hasut husb, janganlah guna cd player, guna lah modulator. Tapi dia degil. Alasan dia, tempat cucuh rokok (is where you insert the modulator) di Samat rosak. ELEH. Macam ah takboleh ganti kan. Alasan semata. Kena lagi dia pasang skrin di dalam, apa kelas guna pendrive dia bilang. Ceh.

Namun, tetiba dia tukar player dia, dia ambil yang ada pendrive hole. Aku cuma perasan bila dia mau pinjam pendrive. Aku tanya buat apa, dia bilang mau dengar lagu. Since aku ada 3 pendrive(s); satu untuk office, satu untuk lagu, satu tu dokumen lama entah bila. Jadi, jahatnya aku bagi pinjam yang pendrive lama tu. Hahaha

Husb never complaint, until last week masa kami naik kereta dia, aku berkaraoke sepanjang jalan sebab sedaplah sound kereta dia kan. Tetiba keluar lagu Amelina, Asyik. Aku next. Rindu. Next, Memori Daun Pisang. Next. Yang Tersayang. Next. Secangkir Daun Merah. Aku pun macam, eh? Banyak bah. Next next next pun masih lagi dangdut-dangdutan. Pastu,
 
Me : Eh, banyak juga dangdut ni.

B : Ya memang banyak. (Sambil muka marung)
Me : Ihh apa juga masalah saya dengar dangdut sampai mahu 20 puluh lagu ni. (Merungut sendiri)
B : Tu lah. Cuba awak fikir. Minggu lepas saya jalan sama Tayo. Sudahlah buka tingkap, pasang full volume. Tiba-tiba keluar dangdut awak ni. Balik balik tekan next pun ada lagi. Malu betul saya. Kereta rugged macam mau pergi drag, sekali lagu dangdut.
 
Aku ketawa berabis sudah. Lucuuu! Hahaha Imagine bah kamu, cuba dulu.

PS : Minggu lepas, husb bilang, 'sayang tahu, pendrive Epad lagi sandi, barang lagu hindi segala. Dia bilang lagu girlfriend dia' kahkahkah T_T



Thursday, November 15, 2012

From Kinarut To Tenom With Love

Assalammualaikum and hai.

Last friday, aku EL sehari setengah. Rare. Lil cousin nikah and sanding di Tenom, neh untuk majlis sebelah perempuan. Insya Allah majlis sebelah lelaki next week, 24th.

So, aku saja je lah ikut untuk release tension. Been a long time since last time I went there. Adalah dalam 11 tahun begitu. Imagine. Lama kan. Tahun 2001 aku pergi sana with family, pergi Lagud Sebrang. Kalau kamu godek godek FB aku mungkin kamu nampak tu kami naik trem sana. Kehkehkeh

Kami jalan with our big family. Nenek, uncles, aunties, cousins, ada dalam 8 kereta dan 1 van begitu lah. Bilik ja sampai 13 ah. Kami stay di Orchid Hotel, mau demand hotel yang bagus di situ pun susah, rasanya mau cari hotel pun susah. Paling okay pun Perkasa. Tapi jauh sikit dari pekan. Orchid tu okay lah, just nice. Ngam ngam di tengah pekan Tenom. Mau cari makanan pun senang sebab surrounded restoran di kiri kanan kan.
So that night memang kami satu family conquer habis hotel tu. Most kami dapat bilik bawah, 3 di first floor dan 2 di 2nd floor, which is bilik si pengantin. I guess I wasnt that fun cousin anymore, time bujang dulu kalau ada function family begini, memang banyak yang aku dapat bantu, compare to now.

Tenom pun macam sudah berubah. Ya lah, 11 tahun tu lama bah. Tetiba kawan aku yang bengong itu titip pesan, sampai Tenom beli UPT bebanyak. Murah sana. Aku tak lah se-teruja itu mau UPT tetiap bulan ken, awal kahwin dulu excitement memang over. Sampai boleh bikin down tengok line satu. Dah imune kot. Kahkahkah

Ada lagi si Gma tu pesan di whatsapp,' jaga jaga lah mana tahu terjumpa exboyfie kau sana  '. Hahahahaha thisss is funny okay. Funny konon tapi cuak juga. Cepat cepat reply 'dia di kampung mana?'.Bhahahahaha Tak takut. Tapi risau dia segan. Girls you know what I mean kan?  *Rollingeyes

Kami jalan ikut route Sipitang - Tenom. Mau tengok durian konon. Padahal aku prefer Kimanis - Keningau - Tenom. Macam lagi cepat. Sakit b*nt*t tau duduk lama lama dalam kereta.

Pulang tu kami singgah Sipitang lagi, di esplanade tu. Ada tu tandas awam yang mengadap laut tu punyalah awesome. Bayangkan keluar tandas terus pantai dan laut biru. Subhanallah, punya cantik.

Oh masa di Tenom mau balik tu, sempat lagi mum tunjuk, eh itu bukan sister company kamu kah?  Globinaco s/b. Ya lah tu. Syukurlah training outstation belum start, kalau nda mesti ada lah berkirim buku lah apa lah pergi center memasing di Tenom. Pfffffft.

Kbai. Sekian.

Salah Nombor Pula

Assalammualaikum dan hai.
 
Sedar nda sedar, setahun sudah aku pakai saga, setahun juga tanpa atoz. Nda terasa kan. Jadi roadtax kereta habis 15hb ni, minggu lepas lagi aku sudah renew. Sebab aku sibuk dengan pelbagai urusan, jadi aku minta tolong satu ejen ni buat. Bapaku biasa minta tolong dia ja. Jenny ni memang biasa renewkan roadtax kereta family kami.

Mau dijadikan cerita husb tanya mana polisi insuran tu. Aku sms lah Jenny, minta tu polisi. Mungkin dia lupa attach ka apa kan.
 
Syok je aku susun ayat di sms tu. Tetiba dia reply, siapa ni? Saya tidak faham apa kau cakap.
 
Whatttt?!
 
Terus aku explain lah siapa aku and how she helped me with the renewal and now I hope to have the policy whatsoever kan. Message sent.
 
Tetiba. Aku teringat sesuatu. Astaga astaga astaga! Ini Kak Jenney wartawan tuu. Ohmygad. Cepat cepat aku sms, sorry silap nombor. Dia reply, saya tahu kau salah orang tapi mana kau tahu nama saya?
 
Patutlah aku hairan kenapa aku save nama Jenny as Kak Jenney. Astaga. Salah rupanya. Terus aku explain lah.
 
Yang sebenarnya, Kak Jenney ni senior editor aku masa di Daily Express. Kami terjumpa balik awal tahun ni, masa dia quit SPH dan kerja di Insight Sabah. Office Insight ni sebelah AMC ja di Likas Square. So I wasnt sure she remember me or not. Tahulah kerja macam diorang ni hari hari jumpa orang, manalah mau teringat sama aku kali kan. Tapi to my surprise, dia ingat aku! Ah terharu saya.
 
Terima kasih kak sebab ingat saya dan doakan yang baik baik untuk saya. Thank you.
 
 


Tak Padan Umur

Assalammualaikum, and Hai
 
This is inspired by our 'tetiba-cakap-pasal-umur' tweets. Haha
 
Kawan-kawan tweets aku neh memang kawan-kawan dari belog juga. Aku baca belog kau, kau baca belog aku, eh eh kau ada twitter eh, okay sambung friendship di twitter. Haha
 
What? Facebook? That was soooooo 2010 -_-"
 
Back to the story. Sebenarnya, aku tweet bilang
 
" (Most) Orang sebaya aku sudah duduk diam diam di rumah jaga anak, aku masih lagi main futsal dan plan mau naik gunung lagi. "
 
Jadi, adalah kengkawan ni reply suruh have fun dulu, suruh jangan over lasak nanti peranakan turun, tetiba ada yang tanya umur berapa. So, aku jawab lah lahir tahun 85, tapi I am forever sweet 17. Kahkah
 
Joanne cakap, kita sebaya tapi dia selalu mistakenly assume as older.
 
So here my story goes ya. Opposite side of Joanne, aku pula selalu disalahfahamkan sebagai jauh lebih muda dari usia sebenar okay 0.o
 
Satu. Usia ketika kejadian ialah 21 ya. Aku pergi tukar myKad di JPN Papar. Tukar IC lama ke IC baru. Sampai turn aku, kakak kaunter tanya aku: ni sudah cukup umur 12 tahun ka? Baru buat IC? Kelakarrr gila tau. Terus cepat cepat aku potong cakap kakak tu, saya 21, kak. Mau tukar IC baru bah. Terus kakak tu kepisatan belek IC aku ah T_T
 
Dua. Mungkin masa tu umur aku dalam 20 ke 22 begitu lah. Aku dulu selalu after class, singgah lepak MUIS tunggu mum habis kerja baru pulang sama-sama. Zaman tiada kereta kan, zaman zaman bas gitew. Ada lah bebudak praktikal di ofis mum. Pastu diorang tegur lah aku kan, cerita punya cerita, terus diorang cakap, " Form 4 dimana, dik? " Terus mum aku ketawa jawab, " Hey, dia pun di uni macam kamu lah, ambil degree di Unitar. " Pastu terkejut ah diorang.
 
Dua kejadian inilah selalu buat aku curious (masa itu), dan terfikir mana salah aku? Mau cakap aku dress macam bebudak, I dont think so (kot). Standard ah pakai baby-tee, jeans, sneaker, masa zaman students kan? KAN?
 
Mau cakap muka bare face, eh ada juga pakai bedak sama gloss bah. Tapi tipis lah. Student should keep it simple kan?
 
Gaya ka? Tapi aku pendiam kan. How could they judge me in split second macam tu.
 
Nevermind. Nevermind lah. So, from that two funny questions, aku pun muhasabah diri. Kahkahkah Aku pun start pakai baju macam blouse, more to ladylike. Kasut, no more converse sneaker ya, tukar ke ladies sandal. Final year aku pakai heels 3 inci lagi pergi kelas ah. Masak kau naik tangga kalau kelas tetiba di room atas. Rambut pun cukup lah ponytail tinggi, tapi pandai pakai klip sudah, kasi lepas rambut lah, pakai cekak lah. Euuuw. Ladies lah sangat. Beg pun nda lagi bawa beg sikut atau sling, tukar pergi handbag ah. Kelakarnya. Tapi kadang-kadang aku pakai sling bag, especially bila kelas banyak, kan mau angkat laptop lagi.
 
Aku malas mau post gambar tika kejadian disini. Tapi mungkin kamu boleh start interview si Aima, apa kejadiannya aku di uni dulu. Kahkahkah 0.0
 
 
PS : Gma whatsapp air ketuban dia pecah sudah tadi subuh. Ya Allah, permudahkan lah urusan kelahiran baby Gma. Kamu pun doa sama ya :) Thanks.
 
 
 

Tuesday, November 13, 2012

Back In Action

Assalammualaikum and hai :)
 
 
The reason aku jarang update belog is because I sudah ada twitter, facebook, instag etc. Jadi laporan harian sudah disitu. Tidak nampak kepentingan menulis (atau mengulas) perkara sama dua kali. Ehem. Tetiba. Perasan sungguh ada orang tunggu di belog. Pffft.
 
 
Sibuk tu satu hal. Tiap hujung minggu ada pengisian. Macam aku cakap, aku neh nda sibuk, cumanya setiap masa itu sudah occupied. Menyampah kan.
 
 
Macam beberapa minggu lepas, ada event di Damai Community Hall on weekend. Minggu seterusnya tu event di Padang Merdeka. Minggu lepas aku cuti sehari setengah, pergi Tenom sama familia, cousin kahwin. Minggu ni pergi Damai Community Hall lagi, acara yang sama. Next week, kahwin belah lelaki cousin tadi tu. Phew. Lepas tu kahwin si Mel lagi. Adik Ona lagi (Insya-Allah, jika dijemput). Nah, anak Ona pun belum ku tengok lagi. Eh, tahniah Ona & Kodop for the new born baby Eusuff Iman ya :)
 
 
Boleh ambil kesempatan neh untuk wish orang kah? Boleh lah eh. Satu, untuk my gals Gma (Bday, 12/11) Happy Birthday Gma, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga urusan deliver the baby nanti dipermudahkan. Soon kan. Juga ada beberapa lagi virtual friends yang expecting their baby (Ted, Aima Kaim, BeatyJ, Nonny Nurlin )Tahniah eh you girls. Have a safe pregnancy. Eh begitukah ucapan wishing untuk expecting mommies? Aku doakan kamu semua bertahan sampai the baby is out. Yak ampun, nda menahannya ucapanku begitu kan. Lempang plis. Okay lah okay lah ini ucapan yang betul betul punya, semoga urusan me-mengandung-kan dan melahirkan nanti dipermudahkan ya :)
 
 
Itu saja. Kbai. Hopefully rajin buat entry pasal Tenom Trip dan AMC Annual Dinner. Tapi kalau kamu nda sabar, silalah cubuk di instagram dulu.| @mrsdayz | Kahkahkah
 
 
Selamat Hari Deepavali :)
 
 
P/S : Cant wait to watch Kuch Kuch Hota Hai 14/11/12, at 10pm, hrmm macam di TV2. Macam lah. I love Tina. Hey Tina!

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers