Nuffnang Ads

Friday, November 16, 2012

Lagu Pendrive Paling Hebat


Assalammualaikum. Dan hai.

Kalau kamu kenal aku, kamu tahulah aku ni jenis yang random saja orangnya. When it comes to song, aku boleh dengar apa saja. Betul ni. Apa saja. Tiada masalah. Dari KPop (haruslah!), jiwang 90 an kah 80 an kah even ke dangdut amelina sheeda segala tu aku boleh layan. Masyukk. Betul betul randomly random okay.

Britney pun ada. Sampai ke lagu famous zaman millennium yang maybe kamu pun hairan. Kehkehkeh

So. Kereta aku memang guna CD Player, tapi aku takpernah pakai sebab aku guna mp3 modulator dari Atoz dulu kan. Aku memang prefer guna mp3 (dari pendrive) banding ke CD ya. Sebab senang mau pilih dan delete lagu. Kalau CD ni kebarangkalian ia scratch tu memang tinggi. Nanti suka lagu lain terpaksa burn lagi baru. Leceh.

Dulu lagi aku hasut husb, janganlah guna cd player, guna lah modulator. Tapi dia degil. Alasan dia, tempat cucuh rokok (is where you insert the modulator) di Samat rosak. ELEH. Macam ah takboleh ganti kan. Alasan semata. Kena lagi dia pasang skrin di dalam, apa kelas guna pendrive dia bilang. Ceh.

Namun, tetiba dia tukar player dia, dia ambil yang ada pendrive hole. Aku cuma perasan bila dia mau pinjam pendrive. Aku tanya buat apa, dia bilang mau dengar lagu. Since aku ada 3 pendrive(s); satu untuk office, satu untuk lagu, satu tu dokumen lama entah bila. Jadi, jahatnya aku bagi pinjam yang pendrive lama tu. Hahaha

Husb never complaint, until last week masa kami naik kereta dia, aku berkaraoke sepanjang jalan sebab sedaplah sound kereta dia kan. Tetiba keluar lagu Amelina, Asyik. Aku next. Rindu. Next, Memori Daun Pisang. Next. Yang Tersayang. Next. Secangkir Daun Merah. Aku pun macam, eh? Banyak bah. Next next next pun masih lagi dangdut-dangdutan. Pastu,
 
Me : Eh, banyak juga dangdut ni.

B : Ya memang banyak. (Sambil muka marung)
Me : Ihh apa juga masalah saya dengar dangdut sampai mahu 20 puluh lagu ni. (Merungut sendiri)
B : Tu lah. Cuba awak fikir. Minggu lepas saya jalan sama Tayo. Sudahlah buka tingkap, pasang full volume. Tiba-tiba keluar dangdut awak ni. Balik balik tekan next pun ada lagi. Malu betul saya. Kereta rugged macam mau pergi drag, sekali lagu dangdut.
 
Aku ketawa berabis sudah. Lucuuu! Hahaha Imagine bah kamu, cuba dulu.

PS : Minggu lepas, husb bilang, 'sayang tahu, pendrive Epad lagi sandi, barang lagu hindi segala. Dia bilang lagu girlfriend dia' kahkahkah T_T



1 comment:

Nurul Says said...

lucuknya nasib lah aku nda bgtu..tp bfku(lakiku skrg) dia study lagu yg aku minat itu ja lah yg dia pasang kalu deting sama aku...

tapi sekaraang.. dengar bunyi ultraman atau boi3x ja sbb anak sibuk tingu dvd di belakang T__T

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers