Nuffnang Ads

Monday, April 30, 2012

Where Have I Been?

Tidak kemana pun sebenarnya. Cuma sibuk dan distracted dengan perkara lain. Banyak perkara in hand and out of hand (tapi aku mengada meng-in hand kan).

Yesterday (Sunday), aku sepatutnya teaching MS Word class. Tapi, Sabtu tu lepas berjalan satu hari sama Ieda, aku jadi penat amat. Kebetulan, husb pergi Tawau, so aku jadi bujangan satu dua hari. Hohoho Lepas tu, aku berfikir eh I deserve ONE REST DAY. Sebab, baru aku notice sepanjang April ni, start dari 1 Apr aku bangun 6.30 dan pergi kerja, termasuklah sabtu dan ahad. Jadi, eh aku mau rehat lah. Boleh kah alasan begitu? Jadi, lepas bowling session and shopping session dengan Ieda, balik rumah aku goreng mee dan ayam, dan kemudian aku tertidur.

Paling utama sebenarnya aku penat mental fizikal gara- gara ini..

Capture

 

Dua hari berturut jo. Lepastu Isnin aku sambung masuk kerja terus buat benda rumit. Aku sebenarnya mau share pasal PAC ni. Banyak kenangan manis sebenarnya =’). Tapi later lah ah. Aku baru ja habis induction untuk new trainer jam 4 tadi, lepastu sambung ke Trainer Meeting jam 5 tadi. Percaya kamu kami meeting ISNIN JAM 5? Lame kan. Di AMC ni nothing possible. 

 

Oh, besok Labor Day kan. Happy Labor Day semua. AMC open for business too. Triple bah, siapa nda mahu. Sampai orang tanya, jadi bilalah kamu cuti ni? Hohoho

 

Selain itu, aku mau mengalu-alukan kehadiran bulan May. Yippie! Saya suke May. Banyak May babies in the family, mungkin dalam 10 orang macam tu, termasuk aku (20hb, hadiah boleh kirim by pos). Juga ulang tahun kedua kami kahwin. What?! Baru dua tahun? Why do it feels macam 20 years to us =.=’ Keh keh keh 

 

Nanti ada masa aku mahu tulis juga, apa perubahan berlaku kepada me and husb within these two years (that feels macam 20 years) neh. Till then, ok bai. Selamat bercuti!

Wednesday, April 25, 2012

Friday, April 20, 2012

I need luck, babe

Dear beloved super friends,

Wish me luck for the PAC S41 Anti-Dadah.

 

I am super excited for the challenge. Wehoo. See you on Monday.

Wednesday, April 18, 2012

The Dream.

Semalam aku mimpi. Mimpi tu aku berada di tempat yang sangat kotor. Sampai bila aku bangun sudah ni pun aku masih rasa kegelian betul ni. Euww. Yuck. Tempat tu kan tandas, tapi sangat kotor, okay. Aku cakap pun rasa mau muntah. Eh, sorry kalau kamu baca ni waktu kamu tengah makan. Hiks.

 

Beberapa hari tu aku mimpi pergi jalan dengan kawan ni, lepas tu dia bagi aku baju. Banyak. Cantik-cantik lagi tu. Bila aku bangun, aku cari tu baju, lepastu baru sedar itu mimpi. Kadang pula aku mimpi aku gembira pergi beli baju. Tidak alang-alang aku shopping dalam mimpi tu, sampai 5,6 pasang weh. Di dunia nyata pun aku tidak merembat begitu. Hohohoho Adakah aku ketagih shopping sampai termimpi-mimpi? Mungkin juga. Sebab beberapa hari ni aku selalu google fesyen baju kurung (dan save ke pc =.=’), dan selalu masuk butik online tengok baju cantik (tapi tiada niat membeli pun sebab terfikir pasal postage fee).

 

Tapi, paling aneh must be these; aku mimpi kawan yang sama untuk lebih 3 kali dalam bulan ni. Kali pertama, aku mimpi dia kemalangan. Kali kedua dan seterusnya aku mimpi terjumpa dia di event, tapi kami tidak bertegur, sedangkan aku selalu bercakap dengan dia sebelum ni. Dalam mimpi, dia macam marah dengan aku neh. Macam dia jeling aku. Last mimpi, aku tertanya dia ‘ pesal hoi kau asyik jeling aku ni?’. Ceh. Tidak sekasar itu lah beh. Aku ingat next time, aku mau tanya, ‘pesal kau asyik masuk mimpi aku ni, bosan lah aku. Tukar orang lain lah plis,

“ Ya Allah,aku berlindung kepada Engkau dari angkara syaitan dan mimpi-mimpi buruk.”

Tuesday, April 17, 2012

Car Car Car

 

Kereta adalah aset menyusut. Lagi lama kau simpan (pakai), lagi jatuh nilai. Lainlah rumah (hartanah). Nilai mencanak tiap tahun. Jadi, aku setuju lah dengan aymeemin di twitter tu. Kenapa perlu modified ribu-riban kalau nilai ia jatuh dan jatuh? Tiada hasil. Tiada pulangan.

 

I guess, peeps yang suka modified and accessorize their car ni adalah untuk kepuasan sendiri lah hoh.

 

To me, secara peribadi, I can never understand it. Kereta adalah kereta lah kan. Jangan modify secara melampau. I believe setiap kereta, masa di manufactured tu adalah mengikut piawaian. Just nice. Justeru, sebarang modifikasi sebenarnya akan membahayakan pemandu sendiri. Contohnya, tambah itu ini supaya laju, or whatsoever yang di add-on supaya kereta berdesis time pecut.

5s15102626

Accesory is fine with me. Pasang rim ka, tambah tinted ka, itu depends kan. Ada yang tinted supaya tak berapa panas dalam kereta. Tapi, ada juga yang tinted hitam berhabis. Pasang lampu macam lampu stadium. Eh annoying tahu. Last week, after me and husb went for dinner, on the way balik Kinarut, ada kereta labuan ni (its LB) di belakang kami guna lampu tu, lampu biru. Kalau aku, aku malas mau layan. Tapi husb yang driver kan. So, you know lah, guys. Typical guy. Lampu biru terang tu buat kami tidak nampak jalan, (silau), sebab terpantul di mirror kan. At first, husb pasang signal belok kiri, supaya kereta tu overtake kami. Bila LB tu di depan, husb follow dari belakang, pasang high-light. Kira balas dendam lah, mau kasi rasa driver tu perasaan kami dicucuk orang berlampu begitu. LB tu sengaja brek mengejut depan bulatan. Lepas tu, dia masuk kiri, bagi can kami potong dia.

5s15102629

Ni part kelakar sikit. Lepas tu, dia masuk balik cucuk kami dari belakang, pasang high light. Kira dia mau balas balik lah. Imagine, sudahlah lampu dia terang silau, dikasi high light lagi. Lepas tu, semua kereta yang berlimpas sama kami di lorong sebelah hon dan highlight balik kereta LB tadi. Bukan satu kereta hon panjang, tapi sampai 7,8 kereta hon panjang dan highlight balik LB tadi. Mungkin agak panik, LB tadi terus kasi slow pemanduan (tapi tidak kasi low beam lampu). Bila dia notice kami masuk simpang, terus dia hon kuat kuat ni, walaupun dia 200 meter di belakang. Padahal masa tu, kami di simpang tu sudah. Aku geleng kepala saja. Aku cakap dengan husb, ‘ha’ah lah tu B buat begitu. Nanti dia mark kereta ni, macamana?’

 

Aku, bila memandu, sakit hati macam mana pun dengan kereta lain, aku cuba beristighfar panjang dulu. Ini jalan raya. Kalau aku bertimbang rasa, lagi mendatangkan faedah. Di jalan raya. tiada istilah kalah atau memang. Dua-dua akan rugi. Dan, aku tamau rugi sampai menyesal. Bila kereta cucuk, kalau aku dapat lajukan pemanduan, aku lajukan, kalau tidak, aku just masuk lorong perlahan. Biar lambat asal selamat. Sebab tu, memandu kena berlapang dada dan hati. Kalau kereta sebelah tekan minyak bawa berlumba, biarkan, buat tidak nampak. Jangan cepat emosi. Dia mungkin tidak sayang nyawa dan tiada matlamat hidup.

IMAG2817

Balik pada modified kereta tu, sebenarnya the only benda yang berubah sejak Saga ni dengan aku adalah, tinted sedikit gelap dan entah apa nama tu yang tinted cermin depan di bahagian atas tu. Itu pun husb yang buat. I told husb, ‘do what you wanna do with your car, not mine’. Jangan ubah apa-apa pun. I like it just the way it is. Lagipun, buang masa je dia modify, aku takkan perasan. Macam tinted tu, aku taktau pun. Aku ingat memang begitu kejadiannya semasa dibeli. Hohoho =.=’

 

But husb adalah penyayang pada kereta dia. He even named it. And talked to it =.=’ Dia akan marah kalau aku bawa kasut banyak-banyak masuk kereta dia. Semak. Bahkan, kalau calar sedikit pun dia notice. Aku pula, car is just a car. Asal dia ada tayar empat biji, ada stereng, ada enjin, boleh jalan, kira okay lah tu. Kenapa aku perlu bayar pula untuk kasi cantik luaran, sedangkan orang yang tengok. Bukan aku. Kan?

IMAG0173IMAG3042

Jadi, bersandarkan ini, kamu boleh agaklah ah, macam mana besar mata aku bila husb kasi tahu dia beli rim harga sekian-sekian (which is lebih sedikit dari gaji aku sebulan) untuk item itu. Like whaaaaa…? Tapi dia beli sebelum kahwin lah. I guess mata aku masa tu sama besar dengan mata dia bila dia tahu harga sebatang pensil untuk lukis mata (iaitu, eyeliner) aku boleh cecah harga RM50. Sampai dia cakap, pensil begini pun sampai lima puluh? Kenapa tak pakai pensil 2B jak? Erkk..

 

KBai. Have a good day, all!

Monday, April 16, 2012

Games : 3D Bowling & Small Street

 

Hai. Another Android Games Review. Tak seberapa nak review pon.

 

Before this, aku pernah review games-games ni juga, yakni..err. .. tahun lepas (mahu hampir setahun lalu sudah pun). Boleh baca di sini kalau ada minat.

 

Game # 1 : 3D Bowling.

Haruslah kan. Sudah pandai tahu main di dunia sebenar, mesti lah praktis lagi di telefon gitew. Zaman sekarang, telefon bukan sekadar telefon, bukan sekadar untuk cakap ‘hello’ saja. Lebih dari itu. Terutama smartphone. Kadang smarter than human =)

 

Game ni senang saja. Letak jari di bola, dan hayunkan menuju pin. Eleh, macam boling biasa lah. Bezanya bola tak berat, hiks Dulu dekat laptop pun pernah main bowling game begini, tapi this one way better. Lebih mirip sebab kena aim betul baru score. Bukan cincai ah. Paling best;

  • boleh main multiplayer (dua orang je) – Husb kalah 3 round semalam, so I dapat kasut baru. Heee..
  • boleh pilih scene (background jalan raya, pentas, etc etc dan bowling alley haruslah ada)
  • boleh pilih bola (saja suka-suka nak colour apa, sebab tiada function pun pilih colour tu)

AND2AND1AND3

To install : Clik icon Market atau AppBrain App Market di Android > Games > Top Free > 3D Bowling

* Must connect to internet lah hoh. Don’t act stupid-stupid there.

 

Game # 2 : Small Street.

Eh. Tolong jangan pandang rendah sama nama game ah. Aku pun hairan lah apakehal developer dia bagi nama begitu. Small Street. Tiada nilai komersial langsung lah. Games ni konon kau ni mayor bandar tu (or mayor jalan tu kot), jadi kau baru mau develop jalan kau lah. Mungkin lebih kurang sama dengan theme City Planner apa tu kan, beza nya yang di di street je. Kecil-kecilan. User can build building and citizens akan pindah masuk tinggal di townhouse dan bekerja.

Each citizen ada kemahiran berbeza, so nanti kita kena tentukan kerja apa yang dia mahu boleh buat. Kalau kerja tu match dengan kebolehan/kepandaian dia, cepatlah dia siapkan. Kalau tak, citizen tu akan siapkan kerja dengan lambat, lepastu selang seminit complain ‘I need another job’ atau ‘ I hate this job’. Don’t you think its mimicking our own life? Kalau aku pun kena paksa buat kerja yang aku tak suka, aku lambat-lambat kasi siap tu. Lambat siap sebab tak mahir juga =)

Features :

  • Boleh pecat staff yang lembap bekerja.
  • Boleh halau citizen yang tak produktif.
  • Boleh buka kedai / townhouse dan bagi orang tinggal dan kutip sewa esoknya, hohoh
  • Untuk cari duit lebih, mayor jadi pemandu taxi, hantar orang ke mana-mana bangunan yang mereka mahu.

AND6AND5

To install : Clik icon Market atau AppBrain App Market di Android > Games > Top Free > Small Street

 

So, that’s all for now. Ni pun taktau berapa lama aku main. Aku kan cepat bosan, terutama bila aku tahu teknik / skills apa yang ada. Haha Hrm, mungkin next time boleh review application di Android juga kot. Kbai. Claim Report belum siap.

Saturday, April 14, 2012

Just Diam

 

Aku neh nda pandai memberi perhatian pada orang. Perhatian yang sebenar.

 

Kalau orang cakap sakit, aku just, ‘oh, makanlah ubat.’ Annoying kan aku?

Kau baru dengar saja dah rasa annoying gila, belum kau nampak mimik muka aku waktu berkata begitu. Mesti demam terus kebah. Hee

 

Aku bukan jenis begitu lah. Agaknya. Bukan jenis yang pandai sayang-sayang orang.

Sebab tu aku takjadi nurse. Kalau aku nursing orang, eh janganlah imagine.

 

Sebab aku pun bukan jenis begitu. I am expecting people to bear the pain without complaining.

Macam aku, kalau aku sakit, I wont complain. Na’ah.

Not even a word. Merengek tu jauh sekali.

 

Kalau aku sakit, aku just makan painkiller, dan diam.

If I cant bear it, aku minum milo suam, makan ubat dan tidur.

Try to have a good sleep. Tapi aku sebenarnya cuba juga untuk tidak bergantung pada ubat.

Tahan dan tahan saja. Eh, kan sakit tu mengurangkan dosa-dosa kecil?

 

Husb mungkin akan menyampah sebab aku tak merengek cengeng,

See, orang lain mungkin akan terus mengadu sakit this and that sambil muka sedih,

kalau aku, na’ah. Sebab, aku rasa kalau aku cakap pun tiada makna nya,

kau bukan doktor pun. Kecuali, memang sakit gila unbearable.

 

Last week, aku diserang sakit kepala sebenarnya. Berdenyut-denyut..

Sampai lah satu hari tu, memang aku tidak tahan. Macam mau menangis.

Balik kerja saja, aku minum ubat dan minum milo. Husb bawa cerita, lepas tu aku cakap,

‘sebenarnya saya sakit kepala bah ni. Saya sudah makan ubat tadi. Boleh saya tidur sekejap? Sorry nda dapat kawan B cerita ah.’

 

Terus aku tarik selimut. Tidur. Hahaha bosan kan begitu?! Kalau aku sakit, aku prefer orang diam dan jangan layan aku. haha Buruk perangai.

 

Sebenarnya, kalau aku diam (yang sangat diam), ada 2 perkara saja tu; samada aku sangat sakit atau aku sangat marah.

 

Bye. Happy Weekend all.

 

PS : Since aku ada kelas iPad lagi di chamber tu, jadi aku mungkin curi masa pergi CP tengok bapa aku ikut kelas main boling. Kelas tu adalah aktiviti kelab JKM. Yang akan ajar main boling tu adalah mentua aku. Hiks! Bapa aku suh join.

Friday, April 13, 2012

Bad Boy–Big Bang (English)

Current Favourite =.=’

I was too harsh that night
I didn’t know you would really leave
The words, “I’m sorry”, is too difficult for us that we take it to the end
Because I’m ill-tempered
We fight over stupid things numerous times a day
You take off crying, I look around and think,
‘She’ll come back tomorrow. She’ll definitely call me first in the morning’

Baby, I can’t, I’m so bad that I want to be good to you but it’s hard
Every day and night I’m so mean cuz I’m so real so I’m sorry (but I can’t change)

I’m the one you love but sorry I’m a bad boy
Yes, just leave me, good bye, you’re a good girl
The more time passes, the more you get to know me, only disappointments will remain but
Baby don’t leave me, I know you still love me
Why, yes, I’ll tell you the truth, I need you
My lay lay lay lay lady
My lay lay lay lay lady

You say that I’m different than other guys so it’s hard
You’re still like a young girl with a soft heart
For you, who is always smiling next to me, I’m still too young
With the excuse that I’m busy, I postpone our date
Because I’m sorry, because I’m frustrated, I turn my head
The bride in my dreams is just a friend now
Upset over the breakup, we are silent

Baby, I can’t, I’m so bad that I want to be good to you but it’s hard
Every day and night I’m so mean cuz I’m so real so I’m sorry (but I can’t change)

Don’t say a thing
I act tough but I’m not inside
Don’t abandon me
You know that there’s no one who will understand me like you, baby
Oh you, come back to me ye ye ye

images

PS : They’re unique. Ada perisa Lil Wayne sedikit =.=’

Thursday, April 12, 2012

Rambling : Thursday

 

Hi all. Since I’m quite busy, belum ada masa untuk taip any full entri, so just updates random note sahaja lah ya. Eceh, macam lah ada orang tunggu.

 

1. Been busy with these..

IMAG2945IMAG2933IMAG2947

These two weeks, got this iPad class for a chamber. Senior citizens belajar iPad. Cool kan.

 

2. Been surveying for a new mp3 modulator for the car, and some accessories too. Not treating my saga well. BTW, the modulator has been with me through ups and down within these 3 years (since 2009). Bought it for RM19.90, and still okay until hari ni =)

IMAG2964

3. I HAVE NOT SEND MY MATERIAL(S) TO TAILOR!! Sengaja huruf besar untuk menunjukkan kepada anda betapa seriusnya perkara ini, bagi aku. Eleh. If so serious, kenapa masih ada di bonet? Hohoho Hari ni 12 Apr sudah, baki sebulan lagi untuk baju aku.

IMAG2952

 

4. We have three new kittens lah weh. Who wants one?!

IMAG2970IMAG2971-1IMAG2973-1-1

IMAG2972-1

Till then. Bai. Have a nice Thursday.

Saturday, April 07, 2012

Randomly Saturday

 

1 . Aling sudah ada banyak kemajuan. Pandai menulis menconteng  (oh dia kidal lah!). Nurul kata, habis semua dinding dan almari baju mendapat sentuhan Aling. Way to go, yi-ying! Dan, dia makin pandai bercakap membebel bersuara, tapi sumpah susah mahu faham maksud dia. Dia pandai sebut ‘mak’, ‘papa’, tapi terlajak panggil husb as ‘bobo’ (?!). Kehkeh. Kadang dia sebut ‘Yaya’ juga, samada dia sebut aku (Dayah) or Saiful (Ayah). Aling, tolonglah pandai bercakap cepat sedikit, jangan pelat tahuu. Kuat melawan juga T_T *nangis

IMAG2902

2. Padini ada sales. Di 1B. Entah stok lama, reject or apa, sebab aku bukan pengunjung tetap (bulanan), so how do I know. Tapi, husb sempat belikan aku jeans (pink, aww) dan blouse hitam. Aku agak tertarik dengan new bag on the rack and the nude wedges. Impressive betul. Husb insisted to buy, but I refuse. Tidaklah begitu teruja mana untuk membeli. Balik rumah, husb said; if we are not planning for the trip, he’ll definitely buy it without asking me. Ya, I know. No worries.

IMAG2901

3. Night time, before sleeps, aku baca buku ni dan husb main balloon di galaxytab. Aku sudah baca buku ni banyak kali. Syok. Sebenarnya, movie Lu Fikirlah Sendiri yang Nabil dan Sarah tu lakonkan adalah adaptasi dari novel ni. Tapi movie itu adalah disaster. Buku ini adalah awesome. Penceritaan adalah kreatif dan segar. Sebenarnya aku suka cara penulisan Bahruddin ni. Lucu. Sebab tu, aku suka pergi KL, boleh beli buku banyak. Kan sana murah sedikit. Eh, murah banyak.

IMAG2867

4. Last week bowling inter-company competition, team kami dapat second place saja. Ngam lah ba itu. Manalah AMC terlawan Glob tu, kerja dorang di field buat jalan raya, Likas Square lagi lah, kudrat kuat. Kami di AMC ni hebat taip-taip dan computer skills saja bah.

IMAG2904-1

That’s all. Kbai. Mau pergi Karamunsing dulu.

Why Today ah?

 

Hai. It’s saturday. I’m having toothache like hell, since last night. I took ponstan at 4 pm yesterday. Memang kick. I don’t know, whether the pill too kick or is it my body that weak. Terus aku pening. Last night, while husb went for orang kahwin di kampong, I decided to do the laundry. Actually laundry adalah husb part okay, as agreed. Managed to finish the chores at midnight.

 

The pain is unbearable. Kamu tahu lah, sakit gigi. Kan sakit gigi one of the most painful pain in the world. Eceh. Aku terbangun jam 3 pagi, sebab terlampau berdenyut-denyut. Masuk dapur, took another setamol. Lepastu, jam 6 took another painkiller. Aku takboleh dan takmahu sakit hari ni. I have so much work in hand, so aku takboleh sakit.

 

Since get married and planning seriously to have baby, I restricted any doses of panadol. Dulu, I was dependant to the medicine all the time. Sebab tamau jatuh sakit, mesti makan ubat awal-awal. Tapi sekarang lain. Aku bukan doktor, so aku takut ada effect dari ubatan yang tidak diketahui. Kalau sakit pun memang aku tahan saja. Setakat demam, selesema atau lain-lain tu aku boleh tahan. Tapi kalau sudah sakit gigi yang naik pergi kepala, di hari-hari penting pula tu, terpaksa juga makan bah =.=’

 

Hari ni penting. Tenaga aku banyak diperlukan. Jadi aku kena sihat dan kuat.

 

During workshift (iaitu sekarang), aku kena submit claim, deal with several manpowers, mengganti trainer esok yang sudah ke Thailand, prepare attendance list/projector/line cable/ ipad connector cable/network cable/ laptop/ipad for chinese chamber class. Later at noon, aku kena pergi Karamunsing to pick up the books (60 sets, is it 2 kotak? habislah.), hope to get my lunch there. And, I must reach the venue and complete the arrangment before 1.00pm. The iPad class shall start at 1.30 pm. The best part is, venue training ni adalah di tempat aku dan Elma tuition dulu. Di Cekal Tuition. Bangunan sebelah CP tu. Today is the first session (from four), so its full of ‘maybe-what if-hopefully’ things. Once its okay, baru boleh tarik nafas lega. So, maybe during break, aku boleh selinap main bowling di sebelah. Hohoho *nakal

IMAG2887

Well, Ieda and the gals are going for hijab hunting today. Maybe after I tarik nafas lega and during break, I might be sneak out to join them too. I am on the way for the better changes (Amin.). People around me are so supportive towards ‘it’, in-law bought me two shawls during their KL Trip last week (Thanks Wads!).

 

Think that’s all for now. Aku penat dah turun naik tangga urus makanan malam ni. Hotel and Sonia’s tutup. Nasib jumpa Abg Syukhri tadi, dia pujuk Warung Pak Haji buka malam ni, dengan syarat semua students mesti turun lunch before 6.30pm. Aku pun taktau mana mau parking di chinese chamber building tu nanti. Ada 3 tempat boleh parking; Asia City (Sempelang), CP & venue itself. Masalahnya, aku prefer dekat tempat tu (the venue),tapi selalu penuh parking.  The other two options adalah backup, senang cari parking, tapi sengsara lah aku mengangkat attendance list/projector/line cable/ ipad connector cable/network cable/ laptop/ipad (not to forget the books) jalan kaki. Auww. Jauhhh.

IMAG2889

Till then, Bai.

Tuesday, April 03, 2012

My Stamina

Stamina aku ni memang tidak kuat. Atau mungkin tiada stamina langsung. The closest thing I did to exercise adalah bowling (recently) and walking on feet (with 4 inches wedges) for about 100 metres. That walking including walk on a turned-off elevator every morning. I hope that counts.
 
Why am I so sudden sebut pasal stamina? Semuanya sebab surat tu lah. Surat yang kata aku kena attend SPA punya PAC. Ada 10 aktiviti dalam dua hari tu. Aktiviti 7 hingga 9 memakai baju sukan. Kamu dengar tu? Kalau sudah baju sukan mesti lah bersukan kan. Kalau suka tu main bowling ke, apa-apa sport kah okay lah juga, rasanya boleh juga aku survive. Tapi kalau jogging? Habislah.
 
Sedangkan dulu masa sekolah pun, warm-up kena suruh joging 1 pusingan padang sebelum main hoki pun aku pandai kapus-kapus, apatah lagi kini, 10 tahun kemudian. Kamu imejin lah, masa tu aku aktif main hoki pun aku pandai ampus, inikan lagi sekarang ni yang kerja aku banyak guna otak, bukan fizikal neh. Aku part lari laju boleh lah, lari lama-lama ni aku ada masalah lah. Nanti baru suku round, mula lah aku mau pitam. Terus aku pandai sesak nafas lagi tu =.='
 
Paling lucu, dan mengharukan juga mungkin adalah Bob. Dia bilang, dia paling risau kalau aku kena suruh aktiviti berlari begitu. Dia bilang, aktiviti lain, exam ka, pembentangan ka, ujian psikologi ka apa, dia sikit pun tidak risau, sebab dia bilang, isteri dia hebat, part itu semua makanan harian isteri dia ni. Tapi berlari-larian? Bob kata lagi, nanti kalau kena suruh berlari atau bersukan, kalau sayang nda tahan, berhenti saja ah. Jangan dipaksa diri kalau nda tahan. Sampai begitu sekali. Ingat saya begitu cikai meh?
 
Memang cikai pun. Jarang bersenam. Macam aku sendiri pun tidak yakin. Terus, baru sikap ke-meleis-an aku terserlah, PAC lagi dua minggu, baru kecoh-kecoh memaksa husb menemankan aku berjoging. Siap buat jadual lagi. ' B, kita patut amalkan gaya hidup sihat bah. Mulai hari ni, kita mesti selalu joging dan main bowling'. Apakah? Part main boling tu tak tahan, kalau mau main tu cakap saja lah, mahu bermain juga guna atas nama kesihatan konon. Pffft. Muntah.
 
Tapi persepsi husb tiba-tiba berubah. Tiba-tiba dia rasa aku ni kuat juga. Ada tenaga dalaman. Sebab, semalam dia coba angkat tilam kami tapi tidak larat. Kami berdua angkat baru dapat. Dia hairan betul. Selama ni, aku selalu re-deco bilik kami sendirian. Saja mau bagi surprise, dia balik je tiba-tiba wajah bilik berubah. Kononlah. Jadi, dia bilang aku ni kuat juga, sebab dapat angkat tilam yang berat tu seorang diri. Hehh.
 
Kenapa mau angkat, kalau boleh tolak/tarik/seret/sorong saja? =.=’

Little Tips on Football; Female only

Hai. Last night, eh actually last Saturday, we went for football at Stadium Likas. Sabah versus Selangor. Oh, kalau kamu mengharapkan aku review perlawanan itu, kamu salah tempat. I am not a fan of football, I am just a Sabahawks supporter, and husband supporter too. Dia bawa. Haruslah ikut.

I know some of my friends are regular watcher too. Selalu nampak mereka update pergi stadium. Well, kalau hari-hari limpas stadium macam aku neh, nda da feel sudah tu. Perasaan aku, kalau pergi stadium ni macam pergi kerja. Eh, faham kah maksud aku disini? Nevermind.
 
Being a female (ehem!), I believe sebab pertama kamu pergi adalah suami/tunang/bf/ teman rapat/ bff yang ajak (atau paksa, maybe?). Sebab kedua, barulah sebab kau memang suka tengok bola. I dont know why, but football is just not female' thing, kan. I always didnt get why husb menjerit macam gila so excitedly when he dont even know who's actually the player. Percayalah, I dont get football much. Main game di ps pun selalu elakkan soccer. Sebab takfaham macamana bola kena pass dan tau tau je eh eh dah ada kat saye ke bola tu.
 
Jadi, bila husb paksa aku pergi temankan dia tengok bola, perkara pertama aku fikir ialah;
'Baju apa mau pakai?"

Takpayah tanya siapa lagi pergi. Tiadanya budak kampung dia yang bawa bini. Macamana mau bawa kalau anak bersusun kan. Macam aku cakap tadi, football bukan perkara female lah. Aku lainlah, terpaksa. Hehe

Here my tips for female yang terpaksa ikut husb/ tunang/ bf pergi tengok football match, based on my own observation;
 
What to wear ? T-shirt and jeans definitely in. Anything casual should be fine. Lagi bagus. pakai jersi team. Barulah nampak macam supporter. Jangan pakai baju sukan, seluar tracksuit, kasut sukan, nampak macam kau pula mau main bola. Jangan pakai seksi nampak cleavage juga, in case you have to rush to White Room (read : clubbing) after the match, please put some cardigan/jacket on lah first. Dont wear skirt too. Especially long skirt. NO NO. Tinggi juga tangga menuju tempat duduk tu. Takut kau jatuh tergolek pula nanti.

How about shoes and bag? Shoes, ya of courselah pakai. Sneaker, sandal, flat is the safe option. No heels. Wedges okay, but not advisable. Pakailah something yang selesa. Ingat, kau berada di tempat sesak, padat dan semua orang rushing. I dont think you have enough time or space to balance. Lagipun, nanti kaki cepat penat. Bags? Kalau aku jalan seorang, aku takkan bawa, leceh. Tapi since ada husb, bawalah. Nanti MCD kami mau simpan dimana?

What else? Bawa lah apa yang perlu. Mints. Drinking water. Tapi jangan bawa berat sangat. Penat mengangkat. My checklist termasuklah; earphone (when I couldnt stand the cursing from the fans, I switch to k-pop song. Full blast.), smartphone with full battery (when you get bored, boleh dengar lagu, buka facebook, bergosip di twitter, main game, ambil gambar player handsome, dan sebagainya. Tapi itu semua tiada gunanya sekiranya battery low sebelum game bermula =.='), lipgloss/sanitizer/lotion (typical female. need to say more?), and add-on to the list FACE MASK. Wajib ada. Asap rokok berkepul di sana sini. Takboleh tahan sudah. Aku alergi doh. Sebelum aku migrain dan sesak nafas, pakailah face mask. Kalau buat muka berkerut lalu kipas-kipas asap, boleh mengundang kemarahan orang sebelah menyebelah. Kawasan terbuka kan =.= Sedihlah orang Malaysia hisap rokok hembus asap sana sini tidak respect orang. Sedihh.
 

Itu saja. And of course, I will try not to go out tengok bola with bare-naked face. Aku tahu malam. Kulit perlu bernafas. Tapi perlu juga berhias sedikit, just to put some colour to the pale face. Supaya kawan husb tak pingsan tengok muka pucat aku. Haha Ketawa kuat-kuat plis.
 
By the way, this was husb and his friend conversation last night. His friend adalah suami kepada adik husb. Amoi and Achai referring to their kids.
Husb : Kenapa kau nda bawa Achai semalam?
The friend : Ah. Kalau bawa Achai atau Amoi mesti Sabah kalah.
Husb : Ha’ah. Lepastu kalau aku TER-bawa Dayah mesti Sabah seri.
The friend : Kalau diorang nda ikut, menang pula Sabah kan.
......................
=.=' Jahat!

Oh April!

 

When people asked me, what you do next week? I know they expect me to be available on weekend lettew. But but, rasanya untuk April ini, weekend aku sudah penuh. Sehingga May, kot ;)

 

7-8 Apr : KCCCC for Ipad class. I was sent to handle the session for two consecutive days from noon til evening.

14-15 Apr : Still in KCCCC for the Ipad class. Another group.

21-22 Apr : S41 Anti-dadah PAC at PUSPA Kimanis. Wish me luck.

28-29 Apr : Teaching for Word Class.

5-6 May : No special event yet, tapi rasanya akan mulai berkampung di Kawang untuk minggu itu.

12-13 May : Husb' brother wedding day [Pas and Nida], and my bff; Elmo-Kerel's wedding day too ;)

18-21 May : Will be in KL, celebrating my 27th Birthday with husb ;)

28 May : Our second wedding anniversary ;)

June : Somewhere in June is AMC Silver Jubilee Celebration. Akan ada Gala Nite. I'm one of the commitee (I think so.)

 

Eh, no need to ask Mon-Fri lah hoh. Of course I works 8.30 to 5.30. I hope this April, my attendance is better. Mind you, we have strict rules of punctuality. So, please lah no more late come to office, Dayz. I pun tatau lah, I tidur sharp je jam 9 tiap malam, tapi bangun tersasar juga. Astaga. So, secara rasminya; misi April ialah mesti sampai awal ke office. Ayy ayy captain.

 

PS : Aku risau menyebut April. Aku harap aku tidak mengganggu hati sesiapa. Tabah tauu.

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers