(Pergh, tajuk nda boleh blah.)
Hai. Hai. Hai. Ya, tiga kali hai. Aku kan minta puji. Haruslah. Hee
Kalau kamu baca entri lepas, ya KALAU, kamu akan notice dimana keberadaan ku pada minggu-minggu April. Keberadaan yang curi masa dan tenaga aku. Yang buat aku malas update belog. Alasan.
Aku berada di PUSPEN, Kimanis. Eh, tidak. Bukan dirawat di situ tahu. Aku menjalani Assesment untuk S41 Anti-Dadah *blushgila* selama dua hari. Jadi, aku mau share experience di situ dan mungkin sedikit tips menjalani PAC kalau kamu mampu mentafsir isi tersirat entri ini. Baca betul-betul tahu.
Hari Pertama
Lapor diri seawal jam 7.50 am. Masa untuk lapor diri adalah 8 am ke 9 am. Aku datang awal, sebab aku tak suka kelam kabut di persekitaran baru. When you do not know what to expect, the best thing is to be fully prepared. Bob hantar aku, sebab aku risau tiada parking di Kimanis tu. Sampai gate, lady guard minta tulis nama, dan minta devices semua dikeluarkan. Aku cuma simpan handphone dan dua pendrives sahaja. Begitulah sepatutnya kan, who would bring ipad ipod tab segala pergi assesment SPA kan. Badan di check, beg pun di check. Gila, beg aku bukan macam beg. More to luggage. Dengan macam-macam mini beg di dalam, well biasa ar, perempuan. A number was given, kakak tu pesan ‘jangan hilang kan’. Berdebar terus aku. Sebab, aku kan apa dilarang itu aku terbuat. Astaga. Aku dapat number 8.
Lepas tu, kakak tu bagi instruction seterusnya, dimana peserta dikehendaki berkumpul di dewan, yang jaraknya dari gate tu dalam 150m. Jauhnya! 0_0 Aku sampai dewan tu before 8. Tak lama kemudian, baru pendaftaran sebenar dibuat. Check sijil, surat panggilan, mykad, degree dan sebagainya. Peserta diminta membawa salinan dan original. Lepas tu diberi nombor badan, A08. Kena pakai sepanjang assesment tahu. Gila besar. Aku ada dengar kawan cakap, bermula dari saat kau masuk saja terus penilaian terhadap kau akan dibuat. Scary. Aku kan lepas laku selalu T_T Lepas register, peserta disuruh bergambar berkumpulan, 4 orang. Kami kumpulan pertama bergambar, maksudnya kami peserta terawal mendaftar. Lepas tu, kena tunggu di dewan sampai semua peserta hadir, baru briefing di buat. Ada peserta datang selepas jam 10. Urh, tidak menepati masa betul. They should be exempted. Eceh, temberang nya aku mentang datang awal.
Lepas briefing, aktiviti pun bermula. Aktiviti 1 hingga 4 adalah Penyelesaian Masalah dan Latihan Dalam Kumpulan (dua in english, dua in malay). When it is in english, you HAVE to speak in English. Fully. Ini macam mau tengok sejauh mana kita mampu bekerjasama dengan ahli kumpulan dan berkomunikasi. Lepas discussion, ada presentation. Mujur dan syukur alhamdullilah, sebab aku satu team sama orang-orang yang baik, sporting, hebat dan timbang rasa. My group members were; Kak Rinah (from Bomba), Abang Meli (maybe, from kesihatan), Fahmi (software engineer di Lintas), Kak Pah ( private from Labuan), Nadi (maybe, unitar lecturer), Jasmin (Final year master from UUM).
Sorry guys if youre reading this, I might be salah spell your name, I was such an ignorance. To be honest, I was the weakest in team, I think. Aku sahaja tiada pengalaman begini. I am sorry for that. But, such a kind hearted of my team members, keep on supporting me and giving chance. Contoh, bila aku kinda blur what to say (typical me bila dihumban ke new environment), Kak Rinah will ask me whether I have any other opinion or have anything to say. Diorang kata, ini kerja berkumpulan, harus saling kerjasama. Ada dua sahaja; sama sama jatuh atau sama-sama naik. So, syukur banyak-banyak sangat-sangat for I have them with me.
Selepas tu, ada aktiviti pengucapan awam. Semua orang (kebanyakan) ambil topik berkaitan dadah. Pencegahan, rawatan dan apa-apa berkait dadah, mereka ni hebat lah, segala akta pun dalam kepala T_T Aku saja memilih topik out of tune of of nowhere. Kerja Sosial. Kebetulan, beberapa hari sebelum PAC, aku dapat job translate SPCA punya artikel from BI to BM. So, there you go, that’s ALL my point. Mujur aku ingat banyak perkara tentang SPCA, macam objektif, misi, cara, dan alamat perhubungan pun aku ingat (visit them spcaadoption.blogspot.com to adopt one pet, instead of buying). My turn yang kedua last, so quite relief and relax. Plus, I have all my beloved team members in this pengucapan awam group, juga ada beberapa kenalan dari unitar, jadi agak santai dan aku mampu bercakap dan tenang. Sebab nampak si Albert sama si Khairul aku terus rasa dejavu, macam eh eh adakah aku belum grads. Hehe That was the end of the first day.
Pulang rumah in-laws, makan dan terus tidur. Betapa penatnya tu.
Hari Kedua
Aktiviti pertama adalah public speaking. Tajuk agak light, mungkin sebab dia notice penguasaan english tidaklah sehebat melayu. Aku pilih tajuk ICT; berkongsi sedikit pengalaman mengurus ICT Training. Kan, aku kerja dalam ICT and service field, jadi itu sahaja topic aku boleh cakap banyak banyak. Sukan dan kesihatan sebagainya itu luar kuasa gue dong. Jadi, my tips for pengucapan awam/ public speaking; always go for the title you have the most point. And, the title youre comfortable with. Jangan paksa diri.
The next activity; LDK Kerja Sosial. Perbincangan untuk kerja sosial di aktiviti seterusnya. Remember, I was so panic bila dalam surat diberitahu in this activity we must wear sport attire kan, yang I keep on mumbling takut kena suruh lari 2.5 km in 12 minutes. Hahaha Bongok punya Kok dan Herman. Pentipu. Pen-saiko. Manada kena suruh berlari pon. Ada aktiviti bersama klien (penghuni puspen) saja pun. Our group buat banyak aktiviti games yang ber-objektif. Contoh, ada games ‘Teka siapa saya?’, dalam games we have to guess what career other person tengah buat. Character play. Banyak games, yang sebenarnya, bukan sahaja bagus untuk klien, tapi untuk kami the participants. We were given 4 clients (male) for the project, we were lucky enough having yang sporting one. Even the fasilitator said, ‘bertuah lah korang dapat klien nak beri kerjasama, korang ajak aktiviti, dia ikut, kalau tak macamana?’ At the end of the slot, kami ada sharing story. Aku rasa sebak dan touched. Sebab, imagine lah, kami semua yang different background (semua termasuk the clients and us the participants) boleh berkawan dan duduk berbual macam ni.
Bukan senang untuk berbual bergurau semua tanpa cross the sensitive line, u know. I never expected that one of the client adalah bekas pelajar tahun dua UIA taking law. LAW, man. Even I couldn’t get thru there. And I never expected that one of the client really can sing well. He was the shy-est one, reluctant bercakap, mungkin segan, tapi when he was fined sebab kalah in a game, dia terus nyanyi lagu Tragedi Oktober. Gila sedap T_T
But, the most TOUCHING moment adalah during that talk-talk session, one of them asking;
K1 : Terima kasih lah sebab buat hari minggu kami yang bosan jadi fun. Selalu tu tidur ja kerja kami.
K2 : Ya, bosan juga. Jarang ada aktiviti seronok begini. *sobs (eh, that was me sobbing eh, haha)
K1 : Boleh saya tanya, kita semua ni dari mana bah? Dari kolej mana? (they must be surprised sangat, sebab that place tidak dibuka untuk awam dan bukan boleh masuk sesuka hati)
K2 : Ya, saya pun mau tanya tadi. Kamu ni buat lawatan pergi sini ka?
During this time, I bet you kami (the participants) terdiam berpandangan sesama sendiri, don’t know what to say. Speechless and awkward. We unsure whether can disclose our identity or what, So Fahmi memecah kesunyian berkata..
Fahmi : Yes, we were from a school. Ada lawatan.
Tiba-tiba fasilitator menyampuk,
Fasi : Hey, apesal korang nak cakap korang ni student buat lawatan pula. Bagitahu lah perkara sebenar. Mereka ni adalah calon-calon pegawai N.41 Anti-Dadah. Program ini adalah sebahagian dari penilaian. Insya Allah, jika berjaya, mereka ni lah yang akan bekerja untuk anti-dadah, untuk bantu kamu. *sobs sobs (that was me sobbing again.)
Bayangkan, perasaan yang berputik, kau hanya kenal dia less than 120 minutes, tapi sedih tu terasa juga bila slot tu habis and they have to return back. And, we still have to fight for our post. Last activity adalah report writing. Buat report untuk both aktiviti perbincangan and the outcome. Pengalaman yang sangat manis dan berharga. Bukan semua dapat chance attend PAC ni. Difahamkan, menurut rekod, 15000 pendaftaran untuk post ini dterima SPA, 9000 (lebih kurang) sahaja yang dipanggil ke exam last year, only 899 participants passed the exam and invited to the PAC. Dan kekosongan hanya 60. I will not put high hopes, knowing my performance wasn’t that good, compares to other friends =’)
Just Cakap - Cakap :
1 Anda dikehendaki lapor diri dengan berpakaian formal, jadi formal lah ya. Berbaju kurung/ kebaya dengan kasut hitam bertutup bertumit. Being in private, kami ada sedikit kelonggaran berpakaian. Yang penting presentable, jadi aku tiada kasut sedemikian. Last aku pakai kasut begitu, masa konvo tahun 2009. Jadi, sebagai orang yang lurus, aku pun pergi lah membeli kasut di kriteria atas. Di Vincci ada bah. 79.90.
2 Bila ada kasut baru untuk kegunaan hari penting, cuba-cuba lah pakai awal. Practise. Dua, tiga sebelum tu pakai lah sudah untuk biasakan diri. Supaya tidak kekok pakai kasut baru di majlis penting. Hoho Aku practise, 3 hari sebelum, jadi aku tahu kaki aku bakalan sakit sebab tergesel sama belakang kasut, jadi aku sudah prepare membeli sock nipis. Tapi, still kaki aku cedera juga sebab kasut tu tidak mesra kaki.
3 Sport attire adalah baju lengan panjang berkolar warna hitam dan seluar track suit hitam atau biru gelap. Kasut dan seluar okay, no prob. Tapi baju? Ya ampun, susah ba cari baju berkolar lengan panjang warna hitam begitu. Aku pernah pakai dulu, time di sekolah 12 tahun lalu. Jadi, patutkah aku beli lagi di koperasi sekolah? Sebab tiada baju begitu, aku coba kreatif sedikit, memakai inner hitam bersama t-shirt hitam.
4 Pastikan sudah breakfast sebelum datang. Tiada breakfast disediakan. Juga tiada kantin atau kafeteria tempat makan disini okay. Cuma makan tengahari saja disediakan. Tapi aku kan hebat junkie food. Dalam beg aku ada gula-gula, chocolates, biscuit segala, sebab aku kan selalu lapar tiba-tiba. Ceh. Padahal kuat makan.
5 Jaga lah kesihatan baik-baik. Kalau yang bekerja tu, slow down lah kerja beberapa hari sebelum PAC. Jangan macam aku, belasah ambil OT sepanjang dua minggu sebelum PAC. Hasilnya, aku lemas tidak bermaya. SAKIT. Aku demam panas ketika PAC berlangsung. Sakit kepala lagi. Jadi, bila aku sakit aku malas bercakap. Malas bercakap ketika PAC adalah no no no. Sampai 2 kali ditegur fasi; ‘A08, you have something to share with us?’ Dan, crankiness aku melampau semasa kejadian sampai enggan bersuara dan muka tidak mampu dimaniskan kerana terlalu sakit. Hahaha I refuse to eat any medicine during training sebab takut tertidur. Hahaha Sepanjang jalan pulang, aku tidak bercakap pun dengan husb, aku tertidur sambil menangis lagi. Hebat kan. BUT, masuk hari kedua tu aku memang tak boleh tahan. Masa lunch, aku pergi dekat urusetia asking for painkiller. Kakak tu sempat cakap betapa pucatnya muka A08 ni. Kalau tidak tahan cakap ah, nanti kita pergi klinik. T_T
6 Nombor badan harus dipakai sepanjang masa tanpa gagal. Harus dimaklumkan juga, sesungguhnya nombor badan dan nombor yang diberi di gate itu adalah tidak sama. Aku mati-mati ingat nombor yang diberi di gate lapor diri, yang dia bilang jaga baik baik jangan hilang tu adalah barang amanah. You know barang amanah? Kalau ikut kem motivasi diberi satu barang (biasanya telur) di awal program untuk dijaga, untuk menguji kebertanggungjawaban peserta, aku ingat itu lah. Rupanya itu nombor beg aku ja pun yang disimpan di loker gate. Hahahaha Aku baru perasan semua number aku ni sama bila aku bual dengan Farah, dia bilang number gate dia lain dari number badan. While me, number badan aku A08, number gate 08, dan number SPA aku hujungnya 08. Jadi, aku ingat memang match begitu, Hahahaha
7 Seminggu sebelum program, semak dan baca balik surat, manatau ada termiss mana-mana detail. 2 hari sebelum program, sediakan semua barang diminta lengkap-lengkap dan simpan. Jangan lah ada pikiran, eh nanti pagi sebelum jalan lah aku fotostat, mustahil juga tiada kedai copy di Papar tu. No no no. Aku fotostat semua awal-awal, takut ada cicir kan.
8 Jika kurang pasti dengan lokasi program, datanglah awal. Kalau sesat ada masa untuk pusing balik. Jangan kelam kabut. Kalau boleh, seminggu sebelum program, try lah tanya-tanya (or google) tentang lokasi tu, jalan ke sana, laluan mana, bangunan mana, nanti tidaklah rushing sangat.
9 Harus lah peramah dan sedia bekerjasama dengan semua pihak. Haruslah mendengar arahan pihak urusetia dari masa ke semasa.
10 Please don’t be bimbo asking me mana gambar lain sepanjang menjalani program. Aku bukan pergi photoshoot. Dan, sebarang bentuk alat perhubungan, perakam dan sebagainya adalah tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke kawasan puspen, apatah lagi cobaan melakukan sesi bergambar.
Sekian, harap maklum.
PS Aku ingat ingat Kak Rina ada ambil fon number dan alamat email semua orang bah, mau di-add. Semua pun salin-salin juga, kecuali aku. Aku cakap, kakak add lah semua orang dulu, nanti aku add kakak lepastu aku add ja semua yang kakak add. Haha Dan, bodohnya aku langsung nda ambil nombor telefon mereka yang telah banyak berjasa kepada aku neh. Ingat nanti mau belanja mcd ke hapa.