Nuffnang Ads

Thursday, June 27, 2013

Karnival SME 2013, Sabah Trade Centre

Salam dan hai,

Dua entri sehari eh? Banyak masa lapang kah apa. Hehe

Macam yang aku ramble kan dalam twitter kemarin, ada pre-bazar ramadhan di STC ni. Aku suka, sebab meriah makanan, tapi parking nya ya ampun, menangis aku cari parking. Tempat aku biasa parking sudah jadi gerai soto gitew. *nangis*




Seriously tiada parking. Terpaksa parking dalam Likas Square.

So, secara ringkas nya macam ni :

1) Karnival SME (Small Medium Enterprise) bertujuan untuk bantu usahawan kecil dan sederhana untuk promosikan barangan mereka. Tadi ada macik tu kena approach oleh tokey ni, kena tanya if she willing to buat the kuih cincin in constant capacity, because theyre exporting it to China. Wow, kelas macik kuih cincin benoni sampai China yo.

2) Paling best, 80% gerai sediakan tester. So, kamu boleh rasa-rasa dulu. Kuih cincin ni lain orang lain kesedapannya. Ada suka yang rangup dan sebagainya. Kalau kamu datang, kamu lawat lah gerai tu satu-satu, rasa kuih dia satu-satu. Sedap. Kami nda makan tengahari pun. Macam kuih ja. Hoho

3) Ada yang jual main kombo. Sepaket (dalam 500gm) RM4, beli 3 dapat RM10. Macam tu lah lebih kurang, Kuihraya pun banyak sudah okay T_T

4) Paling banyak jual kuih-kuih lah. Tapi ada juga promote frozen foods dan skincare yang diorang buat sendiri. Kiranya kalau ada ejen nampak barang ni manatau berminat untuk export ke mana-mana kah entah kah.

5) Selaras (?) juga dengan SDSI (Satu Daerah Satu Industri), so kalau kamu nampak barang tu memang boleh agak lah dari daerah mana. Kehkehkeh Ada yang jual kayu manis bermacam saiz.

6) What I like the most is part Sambal Belacan, Sambal Lada, Sambal Udang etc. Boleh cuba dan dijual pada harga RM3 keatas lah, depend pada saiz. Ni menjelang bulan puasa, kita memang perlu lah benda-benda ni kan, kot lah malas mau masak untuk sahur, goreng ja ikan makan sama sambal. Kelasss.

7) Paling kagum, semua diorang ni buat benda tu sendiri secara kecil-kecilan.

8) Most peserta tinggal di Likas Square, patutlah meriah ja LSC seminggu ni ya. Ada macam-macam acara, dengar cerita semalam ada liveband sama karaoke. T_T

9) Juga ada dijual banyak parang, pedang dan aksesory manik dari KB dan Kudat.

10) Paling menarik, aku jumpa ni :)

Langkawit yoo! Hihi Belilah buku dia wei, support industri tempatan ya. 
Tak mahal pun, komik dia RM10-RM12 sahaja. Nanti dapat sign macam aku ni, hehehe



So, datanglah beramai-ramai ke Sabah Trade Centre for Karnival SME 2013 ni. 
Tarikh : 26-30 Jun 2013. 
Masa : Pagi sampai Malam.
Venue : Sabah Trade Centre



*Tarikan Bagi Aku : Mini Terang Bulan (RM0.70) / Si Langkawit / Gerai Aksesori, ada gelang tu cantik RM8 sahaja / Ayam Protein (kajian dari UMS) / Keropok Ekor Alap-alap tu sedap / Produk Koko dari Tawau / Jus Bambangan



Okbai lah. Aku hari-hari pergi sini cari makanan (ringan). Bhuahahaha Kalau datang STC, boleh lah lawat aku di LSC ya. Tingkat 1 ya. Hehe

ZamanStudy: I hate

Salam dan hai,

Hiks. Lama gila kot nda masuk blog. Just lately, bila kami sibuk buat recruitment Diploma ni, aku teringat masa study di Jalan Lintas dulu. Ada few things yang aku rasa aku ni jahat (kejam?) :



1) Aku nda suka meniru. Bila ada quiz open book, biarpun lecturer tiada, aku nda kan meniru. Sebabnya? Aku malas menyalin. Biarpun aku duduk paling belakang, aku tetap malas menyalin. Gila malas. Sanggup kerah otak dari salin.

2) Aku nda suka peniru. Kalau quiz time, aku nda suka duduk dekat-dekat, sebab nda suka ditiru. Gila jahat. Perasan habis jawapan semua betul. Konon.

3) Aku nda suka orang tanya-tanya aku time ujian. Minta jawapan lah tu. Eh apa jawapan no 3 ah, apa tu absence ah, cheh kalau I ada jawapan betul pun I takkan bagi okay. See, tamaha kemain kan. Tampo laju laju.

4) Aku pun nda suka tanya orang macam macam time ujian. Rela bagi jawapan zero dari tanya. Sebab dia pun mau concentrate. Aku hormat orang yang jawab ujian betul betul, sebab itu maknanya diorang ada study semalam. Kena hormat effort orang.

5) Aku malas mau layan kalau ada kawan tetiba lambat / tak pernah datang kelas, tetiba datang tanya macam-macam sebab nak catch up lesson. Kenapa? Sebab bila aku tolong dia catch up lesson, aku lah yang missed lesson aku di hadapan. Kan. Jahat gila hoi.

6) Aku suka assignment individual. Sebab nda perlu pilih kawan. Nda perlu rasa terasing bila coursemate famous semua buat group sendiri, tinggalkan kau dengan entah sapa-sapa entah. HAHAHA

7) Aku nda suka kerja berkumpulan. Sebab dalam berkumpulan ittew akan ada si pemalas yang dok push orang kasi siap kerja tapi dia sit there happily being useless. Tapi masa presentation, gigih explain macam tau semua T_T

8) Aku juga nda suka kerja berkumpulan, sebab biasanya kita pilih kawan-kawan kita balik. Dan, sebab dia kawan kita tahu dia akan selalu culas, dan dia tahu kita mesti akan buatkan bila dia lambat tak siap. Aku prefer lecturer yang form team. Kenapa aku saiko ni.

9) Aku nda suka pinjam buku library. Aku suka beli. Tapi bila kawan tanya, aku cakap aku tiada. Sebab? Kawan pinjam buku Fund. of Comp. RM116 sampai habis sem nda di kasi balik. Nda sempat aku kiss goodbye buku itu. Dulu tiada BB1M yo. Beli sendiri.

10) Aku mengelak duduk jauh dari orang. Sebab orang lambat datang akan duduk dekat dengan orang yang jauh dari orang ni, dan orang lambat datang ni biasanya orang yang nda ready pergi lesson. Nda ready dalam ertikata, datang bawa diri naik kereta mahal dengan beg tecik mahal, tapi seketul pen pun tiada bawa. Bukunota apatah lagi. Sekali dua, boleh la pinjamkan, ni sepanjang sem tiada buku tiada pen, stress si tukang kasi pinjam ni. Nasib nda baik, ada yang datang dengan baju semalam. Pergi clubbing lah tu, pastu tertidur tepi jalan, baru terperasan ada kelas jam 8pagi. Horror gila.

Itu sahaja. Dan sikap kejam ini terbawa-bawa sampai sekarang. Ya, sampai sekarang. HAHAHA






PS : Aku suka Ms Rafidah dulu. Bila dia ajar, dia susun silibus tu baikbaik dan nota tu complete. Setiap habis kelas dia bagi ujian/popquiz, so seriously kena pay attention to every detail. Dia akan tanya sorang-sorang dan TIDAK AKAN ADA seorang pun yang akan terlepas dari ditanya.

PSS : Sampai sekarang, aku nda suka orang yang bawa bercerita time ada speaker bercakap dihadapan. Kahkahkah Y so serious, Dayz?!

Tuesday, June 18, 2013

PrivatePreviewContest: Stand a chance to win RM200!

{Sticky mode up to 18/6/13}

As Salam dan hai,

Tolong extend kan offer ini kepada rakan lain yang berminat k?

--
"Dear Bloggers,

Are you blogger from Kota Kinabalu? We are looking for a very little favors from you guys. We need a few enthusiasm blogger to do a simple write up for a newly launch product in market. All you need to do is write about our product in your blog, drop your blog link in comment below, and share :) 
The very BEST entry will get the chance to win :

1st Place : RM 200
2nd Place : RM 100

but WAIT,
What to review? How To Review?
So, in order for you to review the product, we are inviting you to attend our Private Preview on 17/6/2013, Monday at 10 am. Dress Code : Casual. Venue : AMC College, Likas Square
RSVP or further details : noorhidayah@amc.edu.my or ziko@amc.edu.my

Date for Private Preview : 18/6/13
Contest Duration : 18/6/2013 to 25/6/2013 (1 week)
Winner will be announce on 28/6/2013

Remember our date ya? Monday 9 - 11 am at AMC College, Likas Square :)

----

Help us spread this :)

Thursday, June 13, 2013

Reviu : Too Fast Too Furious 6

As Salam dan hai,

Tengok cerita ni dengan KakJune tempoh hari. Unplanned tapi tengok sebab tiada kerja. Lagi pula aku mau makan Caramel Popcorn GSC (?). Alasan.


Sinopsis

(ps : sebelum itu, maafkan daku jika nama lokasi dan sebagainya kurang tepat sebab aku tak pay attention to detail, haha)

Berlaku satu rompakan hebat dan pantas pada konvoi military British, senjata sulit telah di curi. Luke si badan tegap yang siasat kes tu. Dimasa yang sama, Dom dan crew dia elok je pencen dari jadi pencuri selepas kejayaan kes Rio, as in previous TFTF. Tapi, Luke telah memanggil mereka untuk bekerjasama, sebab somewhere dia notice Letty terlibat dalam hal ni. Letty is Dom punya wife yang disyaki terbunuh dalam TFTF lepas. So, semua Dom's crew pun berkumpul kembali untuk bantu kes tu. Mereka berhadapan dengan sekumpulan pencuri profesional yang mirip team dan kepakaran mereka. Hopefully you know what I mean. Dom jumpa Letty, rupanya Letty hilang ingatan ya dan kena recruit masuk team satu tu. Susah untuk diorang lawan team ni, sebab like what I said before, team ni kan resembles team diorang dari segi kepakaran perancangan dan lain lain. Plus, strategi diorang asyik fail je, as in kena sabotaj ni. Last last diorang dapat juga kalahkan team tu dan dapatkan kembali barang dicuri tu. How? Hah, yang itu kamu kena watch sendiri sebab aku nda pandai explain. Bhahaha
Komen 
1. Ada banyak adegan 18sx, so janganlah bawa budak budak, okay.
2. Hoi aku suka lah relationship Han dan Gisele. Sweet sangat. Tapi, sayang betul Gisele mati sebab coba selamatkan Han :(
3. Aku positif 99% akan ada sambungan TFTF7 soon. Sebab last, after credit shown, ada dipaparkan Han kena tembak sewaktu beracing di Tokyo. Dan si penembak call Dom dan bagitau dia akan hapuskan semua crew dom satu persatu
4. Semangat kekeluargaan sesama crew dom adalah awesome. imagine ya, mia sanggup bagi bryan join misi tu, biarpun diorang kan ada anak kecil. 'you two safe when you both together.'
5. kamu tau siapa pengkhianat tu? si riley. partner si luke tu. dah boleh agak.
6. lagu dia best.
7. pembukaan movie ni seakan recap kepada semua siri too fast too furious. aku agak lah eh, kalau orang yang baru first time tengok tftf ni, mungkin agak lambat nak pickup yang ketujuh ni. contohnya, kenapa letty tu? kalau kamu ingat ingat memang previous tftf dia terkorban masa jadi pengintip untuk brian tu.

the casts



Luke dan Riley, si pengkhianat.


Gisele dan Han, they looked perfect together :)


Kamu ingat kamu menang tapi belum lagi sebab penjahat main tipu ugut dengan cara culik Mia dan the baby

Itu sahaja. Syok. Aku dengan ipar aku gelak je tengok. Entah apa yang lucu. Haha
Oh, siapa sudah download, minta bah. Hehe

PS : Next aku reviu Jab Haai Tak Han (lupa exact spelling). Yang ni kena ambil mood untuk reviu. Sobs.

Reviu : Epic

As Salam dan Hai,

Kamu sudah tengok movie Epic kah?


Macam nda ada sambutan ja movie epic ni kan. Aku pun baru tertengok dan tahu kewujudan dia masa hari wesak hari tu. Aku sebenarnya outing dengan the girls pergi kkbox, konon celebrate last day bujangan bff. Time pulang husb call, bagitau dia dekat CP. Dengan diorang amoi, bawa diorang jalan. Paling surprise, dia bukan bawa amoi, or achai (macam biasa) tapi dia bawa semua tiga sekali, amoi achai aling. Aku dah berdebar gila tu. Terfikir macamana horror husb layan budak budak aged 4yo, 3yo dengan 2yo. Tangan dia ada dua je kot.

Terus minta hantar Adeq pergi CP. Sampai CP Tkt 8, Amoi : Aunti Dayah, kami mau tengok wayang ni. Dalam hati daku, hahahaha bob kasi main diroang ni. Masa keluar dari game tu, bob cakap : diorang mau tengok wayang ni, sayang. Aku : What? How? (Dalam hati, tapi..)

Terus disuruh aku beli tiket juga. Bob bilang dia beli 3 tiket sudah. Jadi aku beli lagi dua. Dalam hati aku memang pelik, kenapa dia beli 3, bukan 4, takkan diorang kids bertiga ja dalam panggung tu? Rupanya, aling nda payah duduk, pangku ja. Tapi terlanjur aku sudah beli dua. Masing masing ada seat lah ni.

Aku kalau movie 3d macam ni, memang skeptikal gila. Rasa macam apa sioknya ni. Macam nda best ja. Tapi boleh tahan best juga oh. Cerita dia macam ni,

Sinopsis :
Mary Kate ni pindah masuk dengan ayah dia selepas kematian ibu dia. Ayah dia ni profesor yang mengkaji hutan. Profesor tu percaya dalam hutan tu ada hidupan kecil lain yang berevolusi disana. Dalam hutan tu, betul betul ada other world yang dihuni oleh little men, termasuk leafman yang menjaga hutan tu. Tiba masa queen hutan tu mau serahkan takhta (maybe) kepada orang lain, and in search of that mereka diserang oleh kuasa jahat. Dan kebetulan Mary Kate yang sambut takhta tu (dalam bentuk buah) daripada  queen tu sebelum queen tu meninggal. Mary Kate pun ter'masuk' ke dunia tu.



Lepas tu, aku tak tahu. Aku berjaya tengok sampai sana sahaja. Sebab 45 minit sahaja limit budak-budak ni boleh bertahan dalam movie hall secara kuai-kuai. Kuai-kuai disini bermaksud, duduk di tempat masing-masing (biarpun balik balik pusing sana sini), dan bercakap pada suara kecil (sebab dikebanyakan masa these 3 kids bercakap memang macam berteriak).

10 Minit pertama.

Amoi : aunty dayah mau mula sudah ni? ada hantu kah ni? kenapa dia berlari? siapa tu? kenapa tu? yadayadayadaya..

Minit-minit seterusnya..

Amoi : Aunty dayah kenapa tiada beli air tadi? Hauslah.
Achai : Achai mau minum.
Aling : (Nda cakap apa-apa tapi panjat kerusi depan belakang sampai tertarik kepala orang depan, ya ampun.)

Last-last, kami decide untuk pulang sahaja. Beli VCD sahajalah nanti ya. Gantung betul.

Tapi, summary aku pasal movie ni :
1. berkisarkan relationship ayah-anak. ayah jangan terlampau obses kerja sampai lupa anak.
2. anak pula bila sudah dewasa, coba lah faham minat ayah. kadang ada ayah yang ketepikan minat sendiri untuk jaga anak, once anak dah grow up, diorang akan ambil peluang untuk sambung balik cerita dulu yang nda sampai.
3. dalam dunia ni, memang ada bendahidup lain yang berevolusi selain manusia. aku nda maksudkan leafman lah.
4. sepanjang aku tengok, cerita ni nda ada adegan menjolok mata yang terlampau lah.
5. tu siput vavi dan giuk giuk memang gila lucu okay. dengan lemak-lemak buncit dia. bhahahaha

Sekianlah reviu yang nda sepertinya ini. Siapa sudah download? Plis dong email aku.

Trailer :



Mary Kate dan giuk giuk, Mub. Homey sangat.

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers