Kamu sudah tengok movie Epic kah?
Macam nda ada sambutan ja movie epic ni kan. Aku pun baru tertengok dan tahu kewujudan dia masa hari wesak hari tu. Aku sebenarnya outing dengan the girls pergi kkbox, konon celebrate last day bujangan bff. Time pulang husb call, bagitau dia dekat CP. Dengan diorang amoi, bawa diorang jalan. Paling surprise, dia bukan bawa amoi, or achai (macam biasa) tapi dia bawa semua tiga sekali, amoi achai aling. Aku dah berdebar gila tu. Terfikir macamana horror husb layan budak budak aged 4yo, 3yo dengan 2yo. Tangan dia ada dua je kot.
Terus minta hantar Adeq pergi CP. Sampai CP Tkt 8, Amoi : Aunti Dayah, kami mau tengok wayang ni. Dalam hati daku, hahahaha bob kasi main diroang ni. Masa keluar dari game tu, bob cakap : diorang mau tengok wayang ni, sayang. Aku : What? How? (Dalam hati, tapi..)
Terus disuruh aku beli tiket juga. Bob bilang dia beli 3 tiket sudah. Jadi aku beli lagi dua. Dalam hati aku memang pelik, kenapa dia beli 3, bukan 4, takkan diorang kids bertiga ja dalam panggung tu? Rupanya, aling nda payah duduk, pangku ja. Tapi terlanjur aku sudah beli dua. Masing masing ada seat lah ni.
Aku kalau movie 3d macam ni, memang skeptikal gila. Rasa macam apa sioknya ni. Macam nda best ja. Tapi boleh tahan best juga oh. Cerita dia macam ni,
Sinopsis :
Mary Kate ni pindah masuk dengan ayah dia selepas kematian ibu dia. Ayah dia ni profesor yang mengkaji hutan. Profesor tu percaya dalam hutan tu ada hidupan kecil lain yang berevolusi disana. Dalam hutan tu, betul betul ada other world yang dihuni oleh little men, termasuk leafman yang menjaga hutan tu. Tiba masa queen hutan tu mau serahkan takhta (maybe) kepada orang lain, and in search of that mereka diserang oleh kuasa jahat. Dan kebetulan Mary Kate yang sambut takhta tu (dalam bentuk buah) daripada queen tu sebelum queen tu meninggal. Mary Kate pun ter'masuk' ke dunia tu.
Lepas tu, aku tak tahu. Aku berjaya tengok sampai sana sahaja. Sebab 45 minit sahaja limit budak-budak ni boleh bertahan dalam movie hall secara kuai-kuai. Kuai-kuai disini bermaksud, duduk di tempat masing-masing (biarpun balik balik pusing sana sini), dan bercakap pada suara kecil (sebab dikebanyakan masa these 3 kids bercakap memang macam berteriak).
10 Minit pertama.
Amoi : aunty dayah mau mula sudah ni? ada hantu kah ni? kenapa dia berlari? siapa tu? kenapa tu? yadayadayadaya..
Minit-minit seterusnya..
Amoi : Aunty dayah kenapa tiada beli air tadi? Hauslah.
Achai : Achai mau minum.
Aling : (Nda cakap apa-apa tapi panjat kerusi depan belakang sampai tertarik kepala orang depan, ya ampun.)
Last-last, kami decide untuk pulang sahaja. Beli VCD sahajalah nanti ya. Gantung betul.
Tapi, summary aku pasal movie ni :
1. berkisarkan relationship ayah-anak. ayah jangan terlampau obses kerja sampai lupa anak.
2. anak pula bila sudah dewasa, coba lah faham minat ayah. kadang ada ayah yang ketepikan minat sendiri untuk jaga anak, once anak dah grow up, diorang akan ambil peluang untuk sambung balik cerita dulu yang nda sampai.
3. dalam dunia ni, memang ada bendahidup lain yang berevolusi selain manusia. aku nda maksudkan leafman lah.
4. sepanjang aku tengok, cerita ni nda ada adegan menjolok mata yang terlampau lah.
5. tu siput vavi dan giuk giuk memang gila lucu okay. dengan lemak-lemak buncit dia. bhahahaha
Sekianlah reviu yang nda sepertinya ini. Siapa sudah download? Plis dong email aku.
Trailer :
Mary Kate dan giuk giuk, Mub. Homey sangat. |
No comments:
Post a Comment