Nuffnang Ads

Thursday, June 27, 2013

Karnival SME 2013, Sabah Trade Centre

Salam dan hai,

Dua entri sehari eh? Banyak masa lapang kah apa. Hehe

Macam yang aku ramble kan dalam twitter kemarin, ada pre-bazar ramadhan di STC ni. Aku suka, sebab meriah makanan, tapi parking nya ya ampun, menangis aku cari parking. Tempat aku biasa parking sudah jadi gerai soto gitew. *nangis*




Seriously tiada parking. Terpaksa parking dalam Likas Square.

So, secara ringkas nya macam ni :

1) Karnival SME (Small Medium Enterprise) bertujuan untuk bantu usahawan kecil dan sederhana untuk promosikan barangan mereka. Tadi ada macik tu kena approach oleh tokey ni, kena tanya if she willing to buat the kuih cincin in constant capacity, because theyre exporting it to China. Wow, kelas macik kuih cincin benoni sampai China yo.

2) Paling best, 80% gerai sediakan tester. So, kamu boleh rasa-rasa dulu. Kuih cincin ni lain orang lain kesedapannya. Ada suka yang rangup dan sebagainya. Kalau kamu datang, kamu lawat lah gerai tu satu-satu, rasa kuih dia satu-satu. Sedap. Kami nda makan tengahari pun. Macam kuih ja. Hoho

3) Ada yang jual main kombo. Sepaket (dalam 500gm) RM4, beli 3 dapat RM10. Macam tu lah lebih kurang, Kuihraya pun banyak sudah okay T_T

4) Paling banyak jual kuih-kuih lah. Tapi ada juga promote frozen foods dan skincare yang diorang buat sendiri. Kiranya kalau ada ejen nampak barang ni manatau berminat untuk export ke mana-mana kah entah kah.

5) Selaras (?) juga dengan SDSI (Satu Daerah Satu Industri), so kalau kamu nampak barang tu memang boleh agak lah dari daerah mana. Kehkehkeh Ada yang jual kayu manis bermacam saiz.

6) What I like the most is part Sambal Belacan, Sambal Lada, Sambal Udang etc. Boleh cuba dan dijual pada harga RM3 keatas lah, depend pada saiz. Ni menjelang bulan puasa, kita memang perlu lah benda-benda ni kan, kot lah malas mau masak untuk sahur, goreng ja ikan makan sama sambal. Kelasss.

7) Paling kagum, semua diorang ni buat benda tu sendiri secara kecil-kecilan.

8) Most peserta tinggal di Likas Square, patutlah meriah ja LSC seminggu ni ya. Ada macam-macam acara, dengar cerita semalam ada liveband sama karaoke. T_T

9) Juga ada dijual banyak parang, pedang dan aksesory manik dari KB dan Kudat.

10) Paling menarik, aku jumpa ni :)

Langkawit yoo! Hihi Belilah buku dia wei, support industri tempatan ya. 
Tak mahal pun, komik dia RM10-RM12 sahaja. Nanti dapat sign macam aku ni, hehehe



So, datanglah beramai-ramai ke Sabah Trade Centre for Karnival SME 2013 ni. 
Tarikh : 26-30 Jun 2013. 
Masa : Pagi sampai Malam.
Venue : Sabah Trade Centre



*Tarikan Bagi Aku : Mini Terang Bulan (RM0.70) / Si Langkawit / Gerai Aksesori, ada gelang tu cantik RM8 sahaja / Ayam Protein (kajian dari UMS) / Keropok Ekor Alap-alap tu sedap / Produk Koko dari Tawau / Jus Bambangan



Okbai lah. Aku hari-hari pergi sini cari makanan (ringan). Bhuahahaha Kalau datang STC, boleh lah lawat aku di LSC ya. Tingkat 1 ya. Hehe

No comments:

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers