Nuffnang Ads

Thursday, June 27, 2013

ZamanStudy: I hate

Salam dan hai,

Hiks. Lama gila kot nda masuk blog. Just lately, bila kami sibuk buat recruitment Diploma ni, aku teringat masa study di Jalan Lintas dulu. Ada few things yang aku rasa aku ni jahat (kejam?) :



1) Aku nda suka meniru. Bila ada quiz open book, biarpun lecturer tiada, aku nda kan meniru. Sebabnya? Aku malas menyalin. Biarpun aku duduk paling belakang, aku tetap malas menyalin. Gila malas. Sanggup kerah otak dari salin.

2) Aku nda suka peniru. Kalau quiz time, aku nda suka duduk dekat-dekat, sebab nda suka ditiru. Gila jahat. Perasan habis jawapan semua betul. Konon.

3) Aku nda suka orang tanya-tanya aku time ujian. Minta jawapan lah tu. Eh apa jawapan no 3 ah, apa tu absence ah, cheh kalau I ada jawapan betul pun I takkan bagi okay. See, tamaha kemain kan. Tampo laju laju.

4) Aku pun nda suka tanya orang macam macam time ujian. Rela bagi jawapan zero dari tanya. Sebab dia pun mau concentrate. Aku hormat orang yang jawab ujian betul betul, sebab itu maknanya diorang ada study semalam. Kena hormat effort orang.

5) Aku malas mau layan kalau ada kawan tetiba lambat / tak pernah datang kelas, tetiba datang tanya macam-macam sebab nak catch up lesson. Kenapa? Sebab bila aku tolong dia catch up lesson, aku lah yang missed lesson aku di hadapan. Kan. Jahat gila hoi.

6) Aku suka assignment individual. Sebab nda perlu pilih kawan. Nda perlu rasa terasing bila coursemate famous semua buat group sendiri, tinggalkan kau dengan entah sapa-sapa entah. HAHAHA

7) Aku nda suka kerja berkumpulan. Sebab dalam berkumpulan ittew akan ada si pemalas yang dok push orang kasi siap kerja tapi dia sit there happily being useless. Tapi masa presentation, gigih explain macam tau semua T_T

8) Aku juga nda suka kerja berkumpulan, sebab biasanya kita pilih kawan-kawan kita balik. Dan, sebab dia kawan kita tahu dia akan selalu culas, dan dia tahu kita mesti akan buatkan bila dia lambat tak siap. Aku prefer lecturer yang form team. Kenapa aku saiko ni.

9) Aku nda suka pinjam buku library. Aku suka beli. Tapi bila kawan tanya, aku cakap aku tiada. Sebab? Kawan pinjam buku Fund. of Comp. RM116 sampai habis sem nda di kasi balik. Nda sempat aku kiss goodbye buku itu. Dulu tiada BB1M yo. Beli sendiri.

10) Aku mengelak duduk jauh dari orang. Sebab orang lambat datang akan duduk dekat dengan orang yang jauh dari orang ni, dan orang lambat datang ni biasanya orang yang nda ready pergi lesson. Nda ready dalam ertikata, datang bawa diri naik kereta mahal dengan beg tecik mahal, tapi seketul pen pun tiada bawa. Bukunota apatah lagi. Sekali dua, boleh la pinjamkan, ni sepanjang sem tiada buku tiada pen, stress si tukang kasi pinjam ni. Nasib nda baik, ada yang datang dengan baju semalam. Pergi clubbing lah tu, pastu tertidur tepi jalan, baru terperasan ada kelas jam 8pagi. Horror gila.

Itu sahaja. Dan sikap kejam ini terbawa-bawa sampai sekarang. Ya, sampai sekarang. HAHAHA






PS : Aku suka Ms Rafidah dulu. Bila dia ajar, dia susun silibus tu baikbaik dan nota tu complete. Setiap habis kelas dia bagi ujian/popquiz, so seriously kena pay attention to every detail. Dia akan tanya sorang-sorang dan TIDAK AKAN ADA seorang pun yang akan terlepas dari ditanya.

PSS : Sampai sekarang, aku nda suka orang yang bawa bercerita time ada speaker bercakap dihadapan. Kahkahkah Y so serious, Dayz?!

No comments:

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers