Nuffnang Ads

Tuesday, April 30, 2013

Hello May!

As Salam dan Hai,

May is coming weh. May woh! Ececeh apasal pula aku siok kemain kan. Sebenarnya, aku memang happy gila kalau May menjelang. Banyak cuti dan banyak makan kek. Hoho.

May

1 May : Labour Day
5 May : GE 13 // Birthday cousin - Ima
8 May : Birthday anakbuah- Aqish
11 - 12 May : Cousin   Awang hantar tunang
11 May : Ulangtahun Perkahwinan pertama bff - Elma & Kerel
17 May : Birthday Tomok
17 - 20 May : KL trip with familia - Genting!
18-19 May : Booth @ Hari Belia, Kompleks Sukan Likas
19 May : Birthday Shahrul
19 May : Birthday dad.
20 May : Birthday yours truly.// Birthday cousin - Usin
21 May : Birthday anakbuah - Icha
24 May : Public Holiday (Wesak?) // OT
28 May : Birthday bff's bf // Ulangtahun ke-3
30 May : Sambut Harijadi May Babies :)
31 May : Bungsu's birthday
31 May - 2 Jun : Bff's wedding  - Ieda & Lester
2 Jun : Cousin's wedding - Duwan
2 Jun : Highschool' friend' wedding - Ikin (Macam.)

Hrm. Ada lagi yang terlupa kah ni ah? Sebenarnya aku mau bagi link ke entri aku tahun lepas dan lepas lagi. Tapi malas lah. Nanti kamu baca kamu terperasan aku ada janji mau tulis mana entri entah, tapi sampai sekarang tiada. Kahkahkah

Banyak ja wishlist aku sebenarnya. Tapi sudah tua macam ni, wishlist should not be wishlist, it should change to 'to-do list'. Kalau wishlist, nanti seolah aku mengharap orang lain yang tunaikan pula (?). Kalau to-do list, sendiri mau sendiri kena usaha. Besar bezanya. Contoh, my wishlist, aku mau kereta Audi sebijik. Nama pun wishlish, pok silap lah aku time birthday aku nanti ada Audi di rumah. Haha Tapi, kalau aku masukkan ia ke dalam to-do list, nah mesti aku usaha sudah survey harga, kumpul duit, dan beli. Ceh. Aku random ja lah sebut Audi. Kereta Audi pun aku nda kenal weh. Kau letak Proton Wira, Mazda R7(?), Ferrari sekalipun, aku tetap panggil kereta. Tak reti bezakan. Car is just a car.

Aku ada keinginan untuk bercuti ke Phuket, ke Singapore dan ke Jogja (kenapa Jogja? Hey. Itu kampung S07 tau tau.). So, kena kumpul duit dan kerjakeras untuk itu. Mau seriously with the business, sekarang aku on-off sebab ada kerja sepenuh masa kan. Kadang orang mau beli mau datang rumah tengok, tapi aku hrmmmm pulang pun jam 7 malam. Kahkahkah Aku mau buat rumah juga dalam tahun ni. Kalau boleh, by end of year, berdiri sudah tiangnya. Paling desperately, aku rasa aku mau baby (ies). Boleh ke tamak, mau dua sekaligus? Twin ke apa. Kahkahkah being ridiculous. Harap birthday tahun depan, ada sudah baby berlari. Err, berlari?! Lols. Kau ni kenapa. Hopefully jika aku baca entry ni tahun depan, I already have a baby to call my own. Insya-Allah and amin. My road isn't easy, you guys.

Paling penting. Doa baik baik untuk semuanya. Semoga urusan kita semua dipermudahkan. Gitew. Aku tinggalkan kamu dengan gambar poyo ini. Semoga tidak muntah. Okbai.

PS : Aku kan suka selfca. Hari-hari Bob check phone aku mesti ada gambar aku selfca. 'Pandai eh sayang berlakon buat muka sedih.' Lols. Umur 28, perangai macam 8 tahun. Pastu dia suka kacau. Kalau dia drive, dia nampak aku selfca, baru aku mau snap, dia sengaja belok kiri kanan, supaya gambar kabur. Jahat gila. Lagi satu, kadang bila dia nampak aku buat shot macam di atas, dia pun pandai kontrol di tepi. Sebab dia tahu aku snap mesti tergambar dia sekali. Contohnya gambar pertama tu. Poyo gila bertrip model. =.="



Saturday, April 20, 2013

20 Apr 13 : Rambling

Assalammualaikum dan hai.

With this kind of situation, yang depresi mau capai 3k seats sebulan neh, aku memang rasa mau pitam.

Seriously, memang tertekan tahu. Bukankah target utama to get more students, so shoulnt we just jangan nak busybodykan diri dengan hal remeh temeh macam harga bas bila beza dia cuma berapa ringgit. Eh. Oklah.

Sebab tu semalam aku down gila. Rasa mau fastforward masa ke 17 May bolehkah?

Sebab, unexpectedly dua bulan lepas aku tetiba je belikan tiket flight untuk 6 orang pergi KL. Parent, both my bros and kami lah. Saja mau main di Genting (?).

Lagipun, kebetulan sangat masa tu harijadi bapa (19hb) dan aku (20hb). 4d3n trip saja. Sikit lagi book pergi JB ah. Tapi adik balik lain lain. Ainal balik 19, malam sebab Isnin dia ada final exam. Ahai pula sambung sampai 28 hb sebab mau jalan dengan kawan dia. Nevermind la sebab ada cousin juga disitu. Lagipula aku mau ambil stok :)

Oh aku excited ja kalau mau cuti bah. Sebab seronok. Banyak plan tahun ni. Insya Allah, kalau adik grad tahun ni kami turun lagi ke PICC, ada rezeki ingat mau bawa nenek sekali masa tu.

Pastu, aku mau visit Lane juga dengan baby Iffat :)) Kihkihkih TAPI paling penting, aku ada wishlist yang mau dipenuhi. Next entry aku share ya. Mau minta approval Elma dulu. Hahaha

Oh lagi satu, kawan aku, ex roommate dulu bah,  dua tiga kali sudah pujuk aku ajar tuisyen anaknya. Tapi anaknya tu pandai bah sudah. Nombor satu dua tiga ja pun selalu. Sebab dulu aku kan pernah part time tuisyen dalam 4 tahun, masa tu dia lah yang selalu hantar aku pergi kerja. Aku mau tapi aku pun sibuk selalu. Kesian si Dhani nanti.

So, kamu lah kalau ada kenal siapa siapa yang pandai dan biasa ajar tuisyen, inform aku k, nanti aku kasi introduce. Requirement, mau yang pandai berbahasa mandarin dan boleh ajar math sains dan english in chinese sebab anaknya sekolah cina ya.

Buat masa ni, aku offer dia kalau anaknya ada masalah kerja sekolah dalam chinese, whatsapp saja aku. Anytime will do. No worry.

Oklah bai. Oh, ada lagi satu, mau ucap tahniah kepada blogger (ex) joannejuend for the newborn babygirl, isobelle. Juga ingin ucapkan have a smooth delivery untuk dua lagi kawan blogger yang sedang menghitung hari untuk bersalin, beatyjohn (1st baby) dan aimakaim (3rd baby).

Semoga urusan kamu dipermudahkan ya :))

Kbai.

Jualan Penghabisan Udang

Assalammualaikum dan hai.

Balik kerja nampak banner gila besar area Putatan.

Jualan Penghabisan Udang?!
Udang?!

Dalam hati : Sana ada jual udang ka? Aku nda tau pula. Tapi kenapa mau buat jualan penghabisan pula? Kenapa dengan udang tu?!

Drive ke depan lagi sikit :

Gudang.
Jualan Penghabisan Gudang.
Oh.. gudang..

Hadoi lah.

Thursday, April 11, 2013

Do Your Part

Assalammualaikum dan hai,

Do your part.


Just asking;

bila ada jalan menuju kampung rosak, what do we do? Do you report? No. You put it is instagram, cakap this blablabla nda buat kerja, this blablabla is makan gaji buta.

Instead of that, why dont you make a complaint or report on that to authorities and cc to your respective yb?

Or bila kau orang tak dapat tangki, kau orang duk burukkan si polan-polan, instead of direct your complaint to the direct person? You know what, sometimes certain thing has been assign to certain people and that (most) certain people yang tak amanah. That is why, bila kau tak dapat kau kena direct complaint to the yb and cc to as many as possible (pls cc to 'that' person too)

My point is, begitu banyak complaint/comment yang kita buat tentang this and that, tapi kepada siapa? Kalau ianya tak disampaikan kepada pihak berkenaan, how do they know and how do they take action? Kalau sekadar cakap di angin lalu, and expecting it to be change, memang babai lah.

Hey. Mohon jangan terasa. I am talking about myself k. Jalan di kampung hazab gila. Orang Pahang datang kampung few years back kata, 'siapa yb kat sini? apesal korang tak minta better road? kalau kat semenanjung, memang kaw-kaw dah kena minta ni.' Aku pun dok complaint (beserta cacian) je dalam hati. Tapi sekali ja lah complaint dalam hati. Lepas tu tak.

Why? Because we getting adapt to that situation. Kita dah tau nak ambil side camana supaya bumper tak sangkut. Kita dah tau jalan alternatif mana to take kalau jalan utama menuju kampung ditenggelami air. Sebab kita dah adapt, its no longer a big problem to us. So we stop commenting. Tapi, bila pilihanraya lagi dua minggu, bila kuasa memilih di tangan kita, bila kita ada chance untuk mengubah, nah mulalah kita teringat balik pasal jalan yang hazab itu. Mulalah kita blame this and that. Normal.

Tapi kita lupa, are we doing our part all this while? Kalau sudah (complaint), dan tiada action. Ya, bolehlah kamu 'ini kalilah..'. Tapi kalau apa kamu minta sudah ditunaikan, tapi kamu masih mahu lebih dan lebih dan lebih, itu terpulang pada masing-masing :)

Kalau kamu nampak kemalangan di tepi jalan, berapa kerat yang call police ke ambulan? Tak kot. Kita ada mentaliti, 'ala orang lain sudah call bah juga tu.' Nampak orang kena ragut, kita tolong kah? Nda. Tapi pandai bising polis nda berkawal nda nampak orang kena ragut ah. Tiang lampu condong, kita biar ja, one day it hits user, baru kita 'apalah pihak blablablabla ni, takkan tiang condong pun nda nampak, nanti kena orang baru tau.' Kau nampak tapi kau tak report pula =.='

So, do your part now. Especially you, Dayz. Kau suka je complaint kemain. Complaint lah comment lah banyak banyak kepada pihak berkenaan after this. Diorang suka tu banyak complaint/comment.

Remember, complaint is good. Complaint means there's a room for improvement :)


Jangan saman saya. Kehkehkeh

Wednesday, April 10, 2013

How To Consume Drinks You Dislike

Assalammualaikum dan hai,

Ah. Tajuk macam nutritionist lah sangat. Ini berdasarkan kisah peribadi dan cara aku lah ya. I know some of you might have problem to consume ubat jenis cecair, or any liquid, or maybe pills?

See. Aku syukur alhamdulillah, setakat ni, tiada masalah minum ubat. Boleh minum (biarlah pahit)  tapi tiada disiplin to remain consumption. Minum 1,2 kali pastu bosan lah, malas lah. Ahh itu cerita lain kan.

Ni lah satu hikmah ber-ttc. Macam macam jenis supplement kau ambil dan coba. Ya lah, coba lah saja, selagi tidak memudaratkan kan. Nama pun ikhtiar kan. So, since that aku memang hebak lah skill untuk minum ni. Kehkehkeh

So, my tips are;

#1 Try not to think while drinking
Jangan berfikir langsung tentang whats in your mouth and soon to be in stomache. Alihkan fikiran dengan fikir benda lain.

#2 Do not smell the drinks
Jangan lagi mau cium bau minuman tu. Just drink. Ini aku susah sikit sebab aku ada habit mencium semua makanan dan minuman sebelum dimasukkan ke mulut. So, kalau kau sudah tercium bau, mesti kau dapat agak rasa dia macamana. Kalau bau, mesti pahit, nanti kau sendiri akan signal kan pada diri kau bahawa itu pahit.

#3 Always drink with warm water
Ini tips aku saja. Aku rasa medicine better go with warm water. Asal asal ada rasa panas sikit. I guess bila air panas, kau akan fikir pasal panas dulu baru kepahitannya.



#4 Bila drink with warm water, masukkan sudu ke dalam air sebelum tuang ubat.
Ni faham tak? Bila kamu minum ubat cecair, kamu rendam dulu sekejap sudu tu dalam air suam kamu tu, lepastu baru tuang ubat ke sudu, dan minum. Ni aku notice bila aku minum madu, sebab aku geli rasanya kan, so aku masukkan dalam air panas dulu, baru aku tuang ke sudu, lepas tu masuk mulut, dan terus minum. Nda terasa tu rasa cecair/ madu tu. Aku rasa sebab, madu tu dalam gumpalan dia bila kena air panas tu, dia tak pecah, so rasa tak keluar. Eh kamu faham kah ni?



#5 Bila kamu minum water you dislike (read : jus avocado (?)), guna straw. 
Pastikan straw dekat bahagian dalam lidah. Kamu tau kan lidah ada spot sendiri untuk detect masin masam etc, so bila kamu minum, direct straw ke bahagian dalam atas lidah berdekatan kerongkong, so bila kamu hirup, minuman akan direct ke kerongkong. Dia tak limpas spot area yang detect masam/masin etc tu, bila tak detect, nda terasa. Senanglah minum. This is how I finish my wrongly order avocado juice.

# Guna botol yang kamu suka.
Ini for plain water. We know we must consume plain water around 2-3 liter per day kan. So, how do we know we already take that much? My tips is, aku bubuh air dalam botol Bliss aku. Botol tu around 0.7liter. So, aku mesti pastikan pagi aku habiskan 1 kali, tengahari 1 dan petang 1. Dapatlah around 2.1 liter. Mungkin tak lah accurate sangat, but will do for now lah kan. Kalau kau nampak air 3 liter segedebuk kau pun takut nak minum, but then bila kau minum each liter by each liter tak terasa sangat keseramannya. Bolehlah untuk orang yang malas minum plain water kan. Tapi, kurangkan minum air after 6 pm lah eh.



So, hope this helps lah ya. Atau kalau kamu ada cara lain, bolelah share ya. Yang ibu ibu tu expert lah kan kalau kasi minum anak ubat. Kalau anak goody goody jenis baik tu senang ceritalah, belum cakap sudah sorong mulut minum ubat, kalau yang suka berdrama tu yang payah. Habis keluar segala macam silat. Taktik paling famous, mestilah tutup hidung anak (pelanpelan lah), sumbat pakai picagari tu. Have a nice day :)



Monday, April 08, 2013

Entri ke #400: Ramb.lings

Assalammualaikum dan hai,

Monday Blues. Kau ada kena monday blues ke?
Aku hari ni tak.
Tapi penat, it is.
Bangun pagi tadi gila longlai okay.
Semalam balik rumah pun jam berapa entah.
Empat hari ulang-alik Kinarut- Poli, sampai rumah pun lewat.
Petang semalam, usai konvo adik celebrate dekat Gayang,
packing hantar cousins pulang Kinarut, lepastu gerak balik pergi Suria untuk family photo.
Lepastu celebrate lagi makan Pizza.
Sampai ABPBH pun aku missed.

Satu,
There's something about skroll, jubah, topi, bunga that makes me missed my konvo day. Oh, itu buat semangat mau sambung master berkobar-kobar. Jengjengjeng.

Dua,
Kenapalah aku cancel date sama Ona mau ambil beg ya di Suria ya. Kalau tak cancel, beg di tangan dah. Re-schedule lepastu terlupa pula. Astaga. Maaf ya umi iman.

Tiga,
Aku nak sangat tengok Yana S, Kilafairy menyanyi semalam tu. Tapi masa tu masih dalam kereta balik. Dengar radio je, Tapi arrangement musik nya jelek. Macam aku tak rasa rugi pun tertinggal.

Empat,
Neelofa tak menang langsung? OMG. Where's her fanatic fans?

Lima,
Harini banyak kerja office. Nanti pulang mau re-check, re-count items seller lain pula before diorang ambil balik.

Enam,
OMG I am so cannot wait for family trip to Genting next month. Cepatlah May cepatlah May!

Okbai.


Thursday, April 04, 2013

Whatsapp and Cousins Tunjuk Hebat

Assalammualaikum and hai,

As told before (not in this belog lah), di twitter rasanya, my grandpa adalah sakit since last week. Tak mau lah cerita cerita cemas sampai jam 1 pagi di Wad Kecemasan tempohari tu T_T

Jadi kesudahan nya, sekarang ini, cousins macik pacik aku banyak lah stay rumah kami. Sebab mau menjaga dan menemani nenek lah. Siok lepaklepak reramai ni. Teringat masa kecil dulu.

Jadi, being Hairee, dia cousins kami kedua kecil after Noh, he's a naughty one.

Beberapa minggu lepas, dia join Taekwando di Kinarut. Bagus lah bah kan. Pastu, minggu lepas dia rest sebab kecederaan nda pulih. Terjatuh masa sparring session kot. Dahi cedera shikit.

Yang aku kelakar, dia pandai buat split suda. Dia teruja ni mau buat split since his first day training. Tapi takjadi split masa tu, kaki masih keras kali.

Sekali, semalam Ainal di living room 1, aku di depan tv. Whatsapp masuk. Oh we have whatsapp group for family ya. Ainal showed gambar Hairee buat split. Pastu aku tunjuk sama abah Eri (bungsu), ketawa ketawa kami. Hoi ingat senang kah mau kangkang kaki luas begitu straight. Pastu, Eri cakap sama abah dia, sakit kaki oh buat split. Terus abah dia jawab, kalau sakit berhenti lah, kenapa paksa diri. Kahkahkah

Macam Cece juga 4 tahun lepas. Mandi kolam di Beringis Beach Resort lalu ambil kesempatan belajar berenang (konon), tapi latihan dia keras sangat kalahkan orang yang masuk olimpik. HAHAHA

They're always very hard to themselves bah. Very determined.

Ada lagi cerita. Beberapa hari lepas, aku ajar umi Eri main whatsapp. Aku ni kalau waktu terluang di rumah kerja aku mengajar diorang twitter lah whatsapp lah instagram lah keek lah, hei macam buka kursus tajaan pula aku rasa. Diorang disini merujuk kepada mama, bapa, aunty, dan yang sewaktu dengannya. Nda cukup dengan khidmat nasihat percuma, aku siap tukang download install dan connect kan lagi. Mana mau cari gigih cenggini -.-'

Jadi after complete, aku cakap lah sama Eri, macam ni..

Me : Eri, nanti kalau adik mau cerita cerita sama kak aewi, adik whatsapp ja lah, Macam ni..
Eri : Angguk.
Me : Nah, cuba adik tulis nama send bagi kakak. Cepat lah cepatlah!
Eri : Diam.
Me : Eh, astaga adik baru darjah 1 bah kan. mana pandai berwhatsapp lagi -.-

Pastu, aku bagi dia example, suruh dia taip nama aku dan send. Dia buat. Ok.

Esoknya, time mau makan dia cengeng. Aku hairan kenapa budak ni asyik tengok tengok aku ni. Pastu aku buka whatsapp, aku nampak dia send

AEWI WHATSAPP
AEWI WHATSAPP
AEWI WHATSAPP

Hahahahahahahah! :)

Oh! Gambar Eri buat split tu ni hah..


PS : He wanted to send something but dont know how to spell so he spell what he saw in the screen lah.

Wednesday, April 03, 2013

Epal Pick and Pay

Assalammualaikum dan hai,

Semalam eh eh kemarin aku pergi pick and pay. Ni lah susah kalau supermarket ada di bawah office ni, membeli seja aku. hari hari masuk, kejap kejap beli bliss, kejap kejap beli cadbury, kadang beli epal sebijik 80 sen pun masuk pnp, eh itu orang lain lah.

Hah. Cakap pasal epal.

Kemarin after work aku singgah beli barang mentah di pnp. time bayar, cashier tetiba unjuk buah epal sama oren bagi aku. aku macam pelik, dia bagi isyarat suruh simpan. dalam hati aku, eh teruk juga pnp ni, takkan customer disuruh susun buah yang orang nda jadi ambik. tapi aku ikut juga lah. aku ambil buah pastu sebab aku taktau simpan mana, aku unjuk bagi pekerja di tempat timbang. terus pekerja tu tanya, kenapa, nda jadi eh? dimana kamu ambil ni?. Terus aku jawab, entah saya nda tau dari mana tu, Cashier yang suruh saya simpan. Terus dia tanya cashier tu, cashier tu tanya aku balik, itu bukan kamu punya kah? Aku geleng, bukan lah. Dia bilang, eh siapa punya? Ala macik tadi tu kali. Terus dia kejar macik tu, sebab tu epal sudah kena punch-in dalam cash register. Aku gelak-gelak lah. 

Lucu bah.

Yang si bodoh ni (read : aku), disuruh simpan pun buat juga. Hahahah Itu saja. 

Tak lucu pun kan.

PS : Entah. Aku nda tahu harga epalnya disana. Yang aku tau, anggurnya mahal, tapi sedap. Seedless kan, RM11-14 macam tu. Aku kan suka anggur. Dan salad buah. Sedap dap dap. Dab bliss juga. Perisa mangga.


Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers