Nuffnang Ads

Wednesday, February 29, 2012

WordLESS Wednesday: How Cool We Were.

 

I went through our old photos. And cant stop laughing on how madness and crazy my colleagues were/are. Our friendship didn’t end even after we left the company; it lasts longer. Read thru the comments. Damn funny.

 

ww1

ww3

ww4

ww5

ww6

ww8

ww9

ww11

 

Funny, isnt it? So, just now we’re having our GBT Meeting. The first without Jack. The first with new colleagues, Nesly. Guess it must be hard for Nesly to replace Jack. Not that hard for us to accept him. We need to move on. In the middle of the meeting, Mr Paul asked us..

 

Mr Paul: Eh, did any of you guys dreamt of Jack?

All : No..

Mr Paul : I had this dream of him. Saya teringat termimpi kami main terup di Retreat Ranau last year bah.

Me : Maybe he’s angry because Mr Paul tidak datang his funeral.

Ms Ginny : Maybe he’s looking for you since you did not came to visit him.

Laughing. Yes, of course we hurt and sad.

 

PS: I think Mr Paul missed Jack so much. Maybe, he felt regret did not make it to his funeral.

 

For sure, he understand, Mr Paul.

Monday, February 27, 2012

Kenapa Begitu?

Dalam cerita The First HouseWives Club, Ji-Ran kasi tinggal suami dan anak-anak demi Won-Soo, dan sanggup bersama walau pun Won Soo layan dia macam sampah. Bila Won Soo halau wife dia, Hwa Shin demi Ji-Ran, adalah bodoh Ji-Ran mengharapkan hidup mereka akan happily ever after. Lelaki yang boleh meninggalkan wife dia dan bersama perempuan lain adalah lelaki paling tidak boleh dipercayai, even kau adalah perempuan yang dia gilakan itu.

 

Kenapa perempuan sanggup bertahan menerima lelaki yang berkali-kali mengkhianati dia? Kenapa perempuan even dia tahu perangai lelaki tu teruk, dia masih sanggup terima? Kenapa perempuan, walaupun bertahun lelaki itu kecewakan dia, buat dia menangis, buat dia terluka, tapi dia masih terima lelaki itu?

 

Sebab. Perempuan ini, dia ada satu perasaan dimana dia ingat dia mampu ubah lelaki teruk itu. Dia ingat, dia adalah wanita yang akan mampu mengubah sikap jerky lelaki. Dia ingat lepas dia berjuang dan sukses mengahwini lelaki itu, hidup lebih baik (dimana si lelaki akan berubah.)

 

Well. Kamu silap. Wait. Mungkin juga si jerky guy akan berubah, selepas 10 tahun. Maybe. Who knows. Tapi, kau mahu bazir masa 10 tahun untuk 50% chances?

 

Kalau dia mahu berubah, dia akan berubah menjadi baik sebelum ijab kabul. Kalau kau rasa dia akan berubah selepas kahwin, aku rasa tidak.

 

Kenapa aku tiba-tiba menulis begini? Sebab aku selalu emosi tahu kalau tengok cerita-cerita begini. Cerita si wanita yang akan rampas lelaki dari perempuan lain, lepas tu act innocent berharap cinta mereka kekal sampai mati. Hell. Kau ingat lepas kau hijack relationship orang kau akan bahagia? Wanita yang ambil hak orang akan sukar dapat kebahagiaan. Bagi aku senang saja, kalau dia biar diri dia dirampas oleh kau, kenapa pula kau fikir wanita lain tidak berupaya rampas dia? Kenapa? Sebab kau ingat kau wanita hebat. Kau lah persinggahan terakhirnya. Kau ingat lepas kau dia akan jadi baik. Haha.

 

Ada pula tu, masa bercinta bertahun-tahun nampak sudah perangai buruk. Hari-hari menangis. Hari-hari bergaduh. Lepastu kahwin. Lepastu sambung bergaduh lepas kahwin. Hari-hari menangis. Sampai bila? Sebab itu, fikir baik-baik. Kalau rasa kau mampu teruskan cara hidup itu, kau tak kisah, maka teruskan niat. Tapi kalau awal-awal sudah rasa penat, rasa lelah, baik lupakan saja. Kau akan menyusahkan orang lain dengan neverending suffering story kau tu.

 

Aku nampak banyak cerita begini. Cerita boyfie begini, boyfie begitu, awal-awal sudah loser, tiba-tiba saja tunang, Tiba-tiba saja kahwin. Eh eh eh. Dah jadi suami kau tak boleh meluah cerita buruk pasal dia lagi, kena jaga aib husb. Again, kenapa kau tunang/kahwin tadi walau kau tahu dia begitu? Ohh. Pasal kau ingat kau wanita hebat yang mampu buat dia berubah kan. Okay. Jadi dia berubah tak??

 

Tapi. Bukan semua lelaki dan perempuan begitu. Ada juga slight percentage lelaki yang betul-betul berubah selepas kahwin. Jadi orang yang lebih baik. Senakal mana pun lelaki, when it comes to marriage, dia akan cari wife material, bukan girlfriend material.

 

Ini kisah benar tahu.

Friday, February 24, 2012

Even A Stranger Doctor Could Understand.

 

Beberapa hari ni, aku tak begitu sihat. Selain suffering back pain dan sedikit batuk, aku juga having headache, stiff di bahu kiri, pening, mual, dan ingin muntah. Sampai Nonny sangka aku pregnant. Bhahaha (eh, sepatutnya aku kata ‘amin’ lah kan.)

 

Tadi tengahari, rasa mual dan pening tu semakin menjadi-jadi. So, aku bawa (more to paksa, sebenarnya) Ieda untuk teman aku pergi Permai. Sampai di Permai Asia City, mujur tak ramai orang.

 

Begini conversation aku dengan doktor itu. Jangan ketawa taww,

 

Doc : Hai, apa khabar hari ni? (Yes, dia bercakap seceria itu.)

Me : Baik. Eh, tidak baik. (Pen-spoil keadaan ceria. Boo)

Doc : Apa masalah? Sakit apa?

Me : Saya sakit kepala, pening, mahu muntah.

Doc : Are you pregnant?

Me : No.

Doc : Are you married?

Me : Yes.

Doc : Berapa tahun?

Me : Masuk tahun ke-dua. No kids YET.

Doc : Merancang atau mencuba?

Me : Mencuba. Tapi tak sangat.

Doc : Bila last period?

Me : 26 Dec last year. And kelmarin baru saja.

Doc : Are you sure youre not pregnant? You missed your period almost 2 months tu.

Me : If period, memang tidak pregnant lah kan? I tried UPT few days before, negative.

Doc : After period habis, you and husb come here for consultation okay. I’ll help you. Saya pernah kerja klinik puan dahulu.

Me : OK. (Terasa konfius sedikit. Bukankah aku pergi sini sebab sakit kepala, bukan pasal TTC, kan?)

Doc : Are you stress?

Me : Biasa saja. Tapi saya memang ada tension headache, sometimes.

Doc : Ya, that’s the symptoms. You look depressed. I’ll give you mc so you can rest at home.

Me : Saya depress dan sedikit terganggu. Mungkin.

Doc : Why?

Me : (Teragak-agak) One of my colleagues passed away recently. Itu mengganggu saya.

Doc : (Berhenti menulis) It must be very hard for you.

Me : A bit.

Doc : Whats happen to him?

Me : Accident. Internal bleeding, maybe. Died after 20 days.

(Aku harap dia fahamlah apa aku cakap tu. Sekarang fikir baru rasa merapu. T_T )

 

SEE? Even a doctor can understand. A stranger doctor. Inikan pula seorang boss.

IMAG2488

PS : I still work even given MC. Sebab ada meeting sedikit. I was hoping the meeting will go early and short, and expecting to drive home before 3 konon. Sekalinya T__T  When I reach office at 2, rupanya Kelvin (the new Flash trainer) came, ha’ah sebab aku suruh dia datang konon mau bagi briefing pasal teaching. Ohmy. Lupa aku. Sampai jam 3, belum lagi kena panggil meeting. Last-last aku pergi jumpa Ms Ginny, asking whether got meeting or not, sebab aku MC ni sepatutnya, but I stayed back for the meeting. At the end, I don’t know what happen to my MC Leave ni.

 

5.36 pm and I still in the office.

 

Thursday, February 23, 2012

Goodbye. Sleep Tight.

IMAG2484

Honestly.

Masa kamu baca ni, aku masih ada rasa tidak percaya, in denial juga ada sedikit, mungkin. Berkali aku kena tepuk kepala sendiri untuk memberitahu dan mengingatkan; Jack sudah tiada. T_T Tolong lah hati, kau harus percaya fakta ini.

 

Sebenarnya aku mulai ada rasa cuak mahu memandu sendirian. Aku tiba-tiba jadi takut. Bukan takut, terganggu sebenarnya. Aku rasa mungkin aku masih trauma sedikit. Aku kasi tau Kak Tiny, nasib aku baru pakai itu saga, kalau 2,3 tahun sudah aku pakai, mungkin aku sanggup trade-in.

 

Masih kami pandai tersasul tersebut nama. Mungkin kami semua perlu sedikit masa untuk get over this. Get over, but you'll be remembered always.

 

The hardest part is to be back and work in the office, of where we're always been.

Capture

Sebenarnya, kami selalu buli dia. Yes, we were. Sejak dulu. sejak kali pertama dia jejak kaki ganti Azhar sebagai TC zon Sandakan. Why? because he was like a brother. A younger brother. Fun to tease, but of course loved by everyone T_T

 

Few weeks ago, before the long CNY leave, kami baru kacau dia. He was in the pantry, and saw we had this kuih pisang. Bila Kok nampak dia datang, cepat-cepat Kok kasi tapuk. Bila dia masuk dan tengok kuih tu tiada, of course lah he knew it kena tapuk kan, dia tutup pintu terus pergi balik bilik GBT. He was sulking kot. Terpaksa Kok interkom dia gurau gurau kacau kacau lepas tu dia pun okay. It was fun, aku rasa dia faham kami bergurau begitu, We were always like that, saling mengacau.

 

Selalu bila dia pergi pantry to refill his herbalife bottle, mesti dia singgah our room and kacau-kacau kami.

 

Few weeks ago juga, masa tu ada pre-inter 5S competition, he just re-do his stationary drawer. I remembered went to GBT and saw him potong gabus putih for partition. So, aku kata 'takpayah lah kau susah-susah, tidak sempat ni, besok checking sudah. Kalau kalah tu kalah juga lah.' Dia stop potong lalu cakap, ‘sempat ba ini.’ Dia pegang gunting potong kertas hitam ikut bentuk partition. Isnin tu, masa Mas kemas personal belonging dia di drawer terus aku terkesima. Buruk juga kau potong ni kertas, tidak rata. T__T

 

The other day, when we're short of trainer, and quite kebingungan cari pengganti, Mas came with the idea that he can teach that subject, sebab dia pernah ajar di Kiulu dulu. Tapi he refuse to teach, no confident dia bilang. Terus Mas bilang, jangan risau biar aku urus dia. So, Mas told him that she's the trainer and he was the assistant. He agreed. Mas kata, kau masuk dulu, starting. Kejap aku ganti. Lepastu, sampai ke petang he teached T_T Masa tu aku kata, pandai betul Mas saiko dia, dia tak kan tak tahu Mas mana pandai corel draw T_T

 

Bila aku masuk bilik GBT, aku selalu nampak dia buka youtube. dia suka buka youtube, tengok video lucu-lucu, lepastu pasang kuat kuat. Hoi, ini office lah. kau ni kan ;) Pernah sekali, entah apa yang dia tunjuk tu, berabis kami ketawa, masa tu Ros duduk sebelah dia.

 

Masa retreat Ranau hari tu, aku ingat lagi, semua staff lelaki dapat naik SAA13K kecuali dia dengan kok. tapi kok masuk van kami, van ladies. Dia termasuk van boss-boss. Punya sayu muka dia masuk van tidak happening. Cepat ja masa berlalu ;)

 

DSC_2748

 

 

Sekarang, mulai dari 19 Feb 2012 hari tu, semua itu hanya tinggal kenangan manis ;)

 

Good bye. Sleep Tight.

RIP Jacknoris Vincent

02 Dec 1986 - 19 Feb 2012

Deeply missed. Forever remembered.

 

--------------------------------------------

 

On 21/02/12 : Empat kereta dari AMC naik Kg Marasak Keningau for Jack’s burial. 1 kereta company, 3 kereta sendiri. With our own expenses. Me, Kak Tiny, and Za in ride with Kok. Rachel, Nita, Shirley in ride with Azhar, Fendy, Daniel in ride with Mas and her husb. The company’s car brought Ms Ginny, Kak Azimah, Herman and drove by Alung. We travelled 120km away, just for you, Jack.

IMAG2456

Its good to travel with your loved friends, but it became too sad thinking we came there to visit a close-friend’s funeral. Masing-masing cuba gembirakan hati sendiri. Kok cakap, jauhnya Jack pulang tiap-tiap minggu kan. He would try to balik kampong every week, you know. I felt sad, very sad once we reached his hometown. Rasa dekat sangat, yet so far away. Lagi sedih fikir. it was our last time saw his face. We’ll never see him again.

IMAG2462

IMAG2464Kak Tiny pesan, samada aku betul berani tengok Jack’s body. I would regret if I don’t, kak. Bila aku tengok, terus airmata aku tumpah. This is crazy. Why? Bukankah baru saja kami jumpa dia beberapa minggu lepas? Begitu cepat he left us. I couldn’t believe my eyes. Macam it’s just his body, not him. Astaghfirullah hal azim. Apa aku cakap ni? Kita semua patut tabah. Ini takdir.

IMAG2478

Aku dan Kak Tiny ikut sampai tempat burial. Sampai dia hilang dari pandangan. Matahari terik betul masa tu, rupa nya the burial tu tepat jam 12. Anita, Rachel, Shirley and Azhar lambat sampai. They missed the church session. Anita was crying hard, dia ingat dia tak sempat tengok Jack buat kali terakhir. Actually, mereka lambat bertolak dari KK, so lambat sampai Keningau. Kami sampai sejam awal macam tu. None in their ride knew the exact place, nah habis tersesat 15km menuju Tenom, balik pekan, lepastu sesat lagi salah masuk simpang Sook. Mujurlah, they arrived just in time.

 

You were loved by everyone, Jack. We’ll miss you forever.

 

PS : This is my last entry of Jack. Thanks for bear with my writing. I hope none will misunderstand with any of my writing. We here, are having a really hard time to cope with the loss. Life must go on, though. Thanks.

 

Wednesday, February 22, 2012

Monday, February 20, 2012

His belongings.

 

1

Pernah kah kamu terfikir satu hari nanti kamu akan tolong packing barang keliks kamu, untuk diberi pada keluarga dia, di hari pengebumian dia?

 

Aku tak pernah terfikir. Aku ingat dia akan packing sendiri barang bila dia left us, to resign our current damn job and be in better place.

 

Sungguh. Sejak dia kemalangan hari tu, never came in my our mind that it’ll happen like this. The worst we ever thought, dia lumpuh, terpaksa balik kampung tanam jagung. Serius.

 

Tapi. Tuhan memang nyata lebih tahu apa yang terbaik. Sekelipan mata dia pergi. Betul sekelipan pada perasaan aku. Sebab, last aku jumpa dia masa second visit di QEH, masa dia tunggu ambulans bawa dia balik Keningau. His condition was not that bad, jauh lebih baik dari our first visit. We jokes around, ingat nak sign di simen tangan dia, ingat-ingatan dia jauh di kampung kelak. Tapi, itulah…

 

Susah mau explain perasaan itu. Kami semua GBT staff jumpa hari-hari. Betul hari-hari. Isnin sampai ke Ahad. Dan, ada masa bukan jumpa 8 ke 5, tapi sampai after office hour. Masa sama-sama assist. Masa sama-sama jaga kaunter. Hari-hari jumpa. Sedang dia kemalangan dan cuti panjang itu pun kami rasa kehilangan. Hilang punca. Dalam GBT meeting kurang satu kerusi, tapi kami tahu dia akan balik, sooner. Tapi itu lah….

 

Tadi Mas kemas drawer dan pantry dia. Kau paham kah perasaan kau tengok meja keliks kau yang kau jumpa hari-hari tu tiba-tiba kosong? T_T Semua barang dia been packed and will be send to his family tomorrow. Tinggal bunga dia sahaja. Untuk kenangan kami semua.

 

Esok, most staff lama naik pergi Kg Marasak Keningau. Final respect. Some of his center owner too, I heard. Ada yang trainer rapat dengan dia turun dari Sandakan. Tadi lunch dengan one of his trainer pun aku rasa sebak, sebab trainer tu sendiri mata merah. Dia bilang, dia dengar berita tu, terus dua center di situ tu tiada mood mau teruskan kelas. He was really hoping semua ni mimpi. Kami juga.

 

Pedulikan boss dissapproved us to go. Boss cuma approve 8 orang sahaja, GBT outstation dan 3 manager. Aku dan Kok feel a bit dissapointed, sebab sampai ke tahap itu boss berkira. Selama ni dia minta kami jangan berkira sangat bantu membantu sesama keliks, now that the bond is strong, she wants us to miss our last respect?? No way. Potong sahaja lah gaji aku. Why not, he’s our friend, this is our last meet, we wont let ‘a disapproval’ brings us down. Aku peduli apa. Masa-masa begini lah terserlah betul boss punya sikap tidak bertimbang rasa. Kalau majlis suka suka, boleh lah kami ignore. Ini funeral. FUNERAL, boss.

 

I remembered the other day, during entah apa meeting (tapi top management punya), and all the leader has been asked, apa ciri penting seorang leader. I remembered, our director kata a good leader harus ada empathy. WHERE'S YOURS??

 

Nyatalah. Cakap memang pandai.

 

 

RIP, Jack (1986–2012)

No explanation. No goodbye. No last words.

Only memories left to cherish.

jv

RIP, Jack

02 Dec 1986 – 19 Feb 2012

-------

IMAG2362

IMAG2360

From Daily Express dated 31 January.

I also wrote about this few times, on my first and second visit :

Thursday, February 16, 2012

My 70’s Songs.

 

This might sounds funny to you. Do you guys know, I am really into 70’s song. I just love it. Walaupun masa tu aku belum lahir okay, even my mum pun maybe baru belasan tahun ketika itu. Lagu mak aku lah kot.

 

Some of my favorite

  • Before Next Teardrops Fall
  • Raindrops Falling On My Head
  • Truly
  • Hello
  • Sugar,Sugar
  • Top Of The World
  • Close To You (They Long To Be)
  • Rose Gardens
  • You Don’t Know Me

……… (the list goes on)

 

Friends could be laughing at me when they hear this. Seriously.

 

Macam Bob. The other day, when I copy some of my playlist into his galaxy tab, and when he played it among his friends, ada rasa awkward ya di situ bila my 70’s song kedengaran. Imagine, lepak budak sekampung, the background music should be 90’s rock kan, tiba-tiba keluar lagu zaman perang begini T__T

 

And, there were time I listen to dangdut and keroncong too. No surprise kan? If you guys bumped into me and saw I drive happily senggol-senggolan here and there, maksudnya lagu playlist aku hebat sangatlah tu, bisa buat aku bergoncang. Haha

 

Sebenarnya, I almost bosan (almost ya almost) dengan my playlist, so setiap bulan aku memang tukar list of songs in mp3. Lagu di phone, dan lagu di mp3 (untuk kereta) adalah tidak sama. Lagu di phone mesti soothing ya. Supaya kalau dengar lagu kuat-kuat lalu tiba-tiba ada call masuk terus cabut dan tidak lah lagu pelik kuar dan buat muka blush depan kawan. Lagu di kereta pula, mestilah lagu berbentuk karaoke (untuk sesi nyanyi on the way pulang) dan upbeat sedikit (agar tidak mengantuk).

 

So.

What’s your song?

Because I’m A Girl

 

Kiss — Because I'm A YOUR Girl lyrics

I just can't understand the ways
Of all the men and their mistakes
You give them all your heart
And then they rip it all away


You told me how much you loved me
And how our love was meant to be
And I believed in you
I thought that you would set me free

You should've just told me the truth
That I wasn't the girl for you
Still, I didn't have a clue
So my heart depended on you, whoa


Although I'll say I hate you now
Though I'll shout and curse you out
I'll always have love for you
Because I am a girl

Been told a man will leave you cold
Get sick of you and bored
I know that it's no lie
I gave my all, still I just cry


Never again will I be fooled
To give my all when nothing's true
I won't be played again
But I will fall in love again


You took advantage of my willingness
To do anything for love
Now I'm the only one in pain
Will you please take it all away


Never thought being born a girl
How I can love you and be burned
And now I will build a wall
To never get torn again

Tuesday, February 14, 2012

Suis Lampu Dimasuki Semut


Pernah kah kau tekan suis lampu, lepastu tu bunyi krekk krekk macam ada karan konon, terus cepat cepat kau off tu suis, takut karan meletup?? Mungkin SEMUT punya pasal lettew.


Aku pernah.


Bahkan banyak kali jadi. Sampai wa sudah rasa fedap sama itu semut rasa mahu tumbuk laju laju woo. Mujurlah pacik aku technician SESB, jadi kami selalu minta dia sahaja yang buat. Yang pelik, benda ni selalu terjadi sama suis bilik aku, suis tandas luar, dan ada juga few suis lama yang ditukar baru. Dekat rumah, wayar karan asal (meaning duluan dibuat semasa rumah dibina) akan obvious di dinding, tapi wayar karan baru (penambahan) akan di pasang tiub. Bilang bapa, lagi kemas. Tapi itulah, semut tu berjalan melalui tiub tu, seterusnya membina perkampungan di suis.


Nanti bila dia berkampungan di situ, sarang dia akan memenuhi suis tu. Sebab tu kasih karan tak sampai. Pakcik aku pernah buka tu kotak suis, terus berlimpahan keluar hasil semut tu. Tengok juga lah, kadang kotak suis tu selamat, masih boleh pakai, kadang bila dah jahanam, kena ganti baru lah. Bukan mahal pun suis tu. Bawah RM5 je. Pastikan ada cop SIRIM ya.


Cara Mengganti Kotak Suis
  • Matikan punca karan dulu. Di pokok nya ya. Faham kan.
  • Buka kotak suis itu. Sediakan penyapu ya, pasti banyak hasil semut melimpah. Dia macam pasir-pasir tu.
  • Gantikan lah kotak suis dengan yang baru. Aku takpasti pakcik aku check macamana to ensure masih bagus kah tidak.
  • Letak ubat gegat di atas suis itu. Supaya semut tak dekat.


IMAG2424
Ini kotak suis terbaru di baiki. Nampak tu, tiub sudah Bob buka. Geram sudah dia tu.
Baru tukar, 2-3 hari kemudian datang lagi semut. Efisyen lah semut ni semua T__T


IMAG2425
Hasil semut durjana itew. Ini double suis, sekarang satu je berfungsi.


IMAG2423
Mangsa kekejaman semut terbaru. Suis lampu tandas. Ah benci.


So, ada sesiapa pernah kena macam ni?? Ke rumah kami ja sasaran semut ni.. T_T

Heartache in 14 Feb.

 

Hari ni Valentines kan. Aku tasambut pon. Tapernah sambut pon. TAPI, banyak cerita sedih pada aku setiap 14 Feb. Sedih, fikir balik lucu ya.

q1

Tahun 2001, masa aku masih si manis 16 (pfffft, muntah taw!), aku dengan Gma pernah pranked cikgu praktikal taw. Cikgu Donny, dia ajar Ekonomi Asas. Dia akan sebut mengAGIHkan sebagai mengANGGIHkan. Lucu lah cikguu. Dekat sekolah, ada persatuan jual bunga dan bagi khidmat hantar terus kepada requested one. Dapat tangkap cerita ni?! Jadi, aku yang super nakal order bunga, tulis ucapan manis, signed card as Secret Admirer and delivered to the teacher. Aku pun tak tahu apa yang lucunya perkara ni. Short-minded lah aku masa itu kan. Kelakar tau tengok muka blur cikgu itu menerima bunga. Haha

 

Perkara menyedihkan itu berlaku selepas itu. Masa aku ber-huha-huha gelak, aku mendapat tahu kawan aku mahu pindah sekolah pergi SMT. Kawan itu adalah my crush taw. Haruslah sedih kan. Tiada lagi sinar suria menerangi jiwaku. Bwekk. Sinar suria lah konon, padahal baru sahaja beberapa minggu sebelumnya aku pedajal dia. Gam seluar dia di kerusi. Bhahahaha. Biasalah, orang yang kita suka lah kita akan buli kan kan kan. Berbalik kepada kisah sedih itu, lepas dengar tu terus macam malap dunia aku. Terus tiada mood mau stay PUM di sekolah. Balik dengan langkah longlai, bro. Menapak pergi tunggu bas dengan muka mahu kena tampar neh. Sepanjang jalan, pikiran ku tidak ketentuan. Galau. Meracau. Ah, melampau punya kata adjektif.

 

Turun bas, sampai pekan pun masih muka marung. Oh marung-marung juga, soto jangan lupa beli. Lapar neh termerajuk tadi di sekolah. Soto tu aku letak sekali dalam paperbag, bersama-sama buku rujukan lain. Biasalah, budak baru masuk aliran Sains Tulen, haruslah bertrip macam aku paling hebat di sekolah. Pfftt. Dari pekan, aku kena jalan kaki dalam 800meter begitu untuk sampai rumah. Macam biasa, dalam drama ada losers yang akan duduk lepak kedai kopi kacau budak kilang sekolah kan, hah aku pun kena ayat-ayat juga masa mahu pulang tu. Abaikan. Tapayah tarik muka, muka aku masa tu memang nampak bengang dah pun. Diorang tengok pun begagar.

 

Masa aku layan perasaan dengan langkah longlai itu, entah apa aku fikir masa tu, dalam 200meter macam tu, betul-betul depan sekolah rendah, betul-betul losers duduk lepak kedai kopi kacau budak kilang sekolah tu masih boleh nampak, dalam hujan gerimis, PAPERBAG AKU KOYAK. PAPERBAG AKU KOYAK?!

 

Ya, koyak sampai semua buku aku jatuh bertaburan atas jalanraya, semua isi paperbag jatuh bertebaran di jalan raya, di hadapan banyak mata yang memerhati. Paling sedih?! Soto aku tumpah. Boleh kamu imejin plastiknya soto tumpah di atas jalan raya begitu. Kalau kau limpas sama aku masa tu, mungkin kau pun kasihan tengok muka aku. Olololo soto tumpah ye dik. Nah duit, pergi beli lagi.

 

Dari kejauhan, aku dengar mamat loser duduk lepak kedai kopi kacau budak kilang sekolah ketawa secara beramai-ramai.

 

Sekian. eh, aku cerita begini pun aku jadi kasihan sama diri ku sendiri. Ok lah. Babai.

 

q2

Monday, February 13, 2012

Sumpahan Kum-Kum : Not a review.

 

Aku dah tengok dah Sumpahan Kum-Kum tu. Hahaha

 

Mahu cakap seram gila terbawa di mimpi tu tidaklah. Tapi ya, memang ada certain scene boleh buat sakit jantung. Biasalah, ayam pun kalau dalam cerita hantu boleh nampak seram.

 

Cerita dia sederhana. Tapi agak ‘pelik’. Apa yang pelik. Nanti kamu baca sampai habis.

 

1

Si Aziz (mungkinlah itu nama dia) pulang melawat mak dia di kampung, bersama isteri dan anak dia, Tini. Nama Tini tu aku ingat betul, sebab macam nama keliks aku yang paksa aku interview di KYS. Hohoho Tini tu berumur 11 tahun, sekali itulah baru dia visit nenek dia, sebab selama ni nenek dia tak bagi dia balik kampung. Sampai kampung, nenek dia nazak, susah mau meninggal. Dibuka atap baru meninggal. Malam tu Aziz diganggu, dia terjumpa Mila (mungkin. Aku tak aware part neh) dan pengsan di kawasan kubur lama.

Esok nya, dia paksa wife dan anak dia balik KL dulu. Dia ada unfinished business. Malam tu, dia diganggu lagi. Lepas tu, dia tumpang stay tempat makcik dia, MakSu. Maksu dia cerita lah rahsia yang hanya dia dan mak Aziz tu sahaja tahu. Dulu, ada satu gadis ni, Mila. Muka dia hodoh berkerutu. Semua orang ejek dia, tamau kawan dengan dia. Last-last, dia pergi minta bantuan dengan mak Aziz ni, yang kebetulan adalah dukun (mungkin. Atau ada sedikit ilmu.). Mak Aziz ni ajar Mila ilmu kecantikan ni, mandi bunga segala, tapi ilmu ni ada syarat. Pengamal tidak boleh tengok wajah sendiri di cermin selama 44 hari.

Apabila ilmu telah manampakkan keberkesanannya, semakin ramai orang yang suka dan memberi perhatian pada si Mila ni. Akibat tidak sabar mahu melihat kecantikan baru nya itu, dia pun melanggar pantang melihat cermin. Wajah dia jadi super hodoh. Lebih hodoh dari asal. Mak Aziz tu kata, penawar cuma satu cara sahaja; meminum darah  anak dara sunti. Mangsa pertama Mila adalah, adik perempuan Aziz . Bodoh tak bodoh?! Jadi, si dukun ni terus auto-detect lah bahawasanya anak kesayangan dia telah dibunuh oleh Mila. Dia pun balas dendam, bunuh dan kubur si Mila di hutan. Sebelum Mila tu mati, dia bersumpah, dia akan bunuh semua anak dara sunti keturunan dukun itu. Lepas tu, kamu fikirlah sendiri apa kesudahan cerita hantu tipikal ini ya.

 

Bagi aku, motif dia membalas dendam tu tak cukup kuat lah. Mila tu bersumpah macam tu, sedangkan dia lah juga punca segalanya. Out of so many virgins out there, dia pergi bunuh anak dukun tu. Gila kaw mak dia tak mengamuk. Kan kan?! Haruslah noks.

 

Empat puluh empat hari tak tengok cermin bukanlah impossible bagi orang macam aku. Hoho Tak susah sangat pun syarat tu. Lepas tu kalau kau orang notice, selimut Mila tu corak LV tu. Macam ketidaktelitian tu obvious sangat. Ikut timeline, kejadian tu mungkin 11-12 tahun lalu, sekitar 2000-2001, taktau lah selimut bercorak LV tu ada ke tak time tu.

 

Kenapa ‘kum-kum’? Originated from Assalammualaikum punya kum dekat belakang tu kan. Tapi, kenapa pula hantu nak bagi salam. Mila bunuh anak dukun tu dekat tandas, macam tandas R&R tau. Persoalannya, kenapa dia follow sejauh itu just to kill her? Masa kat kampung tu dah boleh je kot.

 

You guys tengoklah cerita ni. Not bad. Seram tapi not so lah. Aku pun tengok di AstroFirst sahaja. Elok juga tengok di rumah ni. Tiada sampukan jiran sebelah menyebelah jadi pencerita, tiada rasa jelik terganggu pasangan couple yang asyik meraba-raba (kisah benar!), tiada penonton yang racau bagi respon tak ketentuan (contoh ah, scene seram dia gelak-gelak macam berani lah, padahal kami tahulah sebenarnya kau lah yang paling takut tu kan).

 

Kbabai. Oh, kami ada order Bujang Terlajak juga =) Semua sebab Fazura.

Friday, February 10, 2012

Harijadi Keira Adalah Awesome.

 

Hai. Dah lama tak update ye. hiks *gelak sambil tutup mulut. Fine. Perasan comel. Boleh blah.

 

Sebenarnya minggu ni aku jadi malaslah mahu menaip. Jadi kerja aku di office, adalah main game. Peh. Gila. Ingat kami boleh main game kah, blocked tahuu. Aku cuma not in writing mode. Siapa follow tweet aku, dan kenal-mesra di tweet akan tahulah apa ceritanya sedikit. Tidak. Aku takkan tulis disini secara panjang lebar.

 

Cukuplah kamu dan kamu tahu belog adik ipar aku telah di hack-ed. Dia sebenarnya sudah lama tidak active belog itu. Since 2010. Tapi, post terdahulu dia telah/ masih/ tetap menerima komen dari anonymous. Ya, orang yang berselindung di sebalik nama ‘anon’ dan menulis komen yang keji di belog tersebut. Komen yang boleh menjatuhkan maruah ipar dan ADIK aku. Lain-lain hal berbangkit itu aku tutup mata sahaja lah. Aku ada juga meminta pendapat encik Hazrey berkenaan perkara ini, memandangkan beliau mungkin mempunyai sedikit pengalaman mendepani isu sebegini ketika kes Amira. My brother sudah lodged police report. Jadi, hati-hatilah ketika menulis di belog. Jangan cerita perkara yang terlalu detail dan mendedahkan rahsia peribadi orang lain. Paling penting, jangan sesekali berkongsi username and password walau dengan siapa pun. Don’t matter how strong you trust him/her. Faham tak. Faham tak.

 

Okay. Melampau lah ai ni tulis emosi begini kan.

 

TUKAR TOPIK.

Tadaaa..!!

keira1

Teaser lah konon. Ahh, tapayah nak teaser menggaru hati bagai. Ini adalah sedikit mini celebration photos of Keira’s First Birthday. Keira adalah baby pertama dalam DSOLG. Maka, tak hairanlah dia di kasihi sedemikian rupa. Ah touching nya aunty Dayah. Bhahaha

 

keira2

Sebenarnya, kalau taksilap Keira’s birthday ni 15 Jan. Tapi, masa tu Adeq’s family di KL-JB bercuti. So, masa cuti CNY baru lah dapat buat mini gathering sedikit. Semua hadir kecuali Elma.

 

keira3

Tengok gambar atas ni. Aku memang punya hobi lah dalam mengambil gambar ‘artistik’ begini =8 From left, Adeq the mummy, Jani the single-but-not-available lady, and Pye the mommy-to-be. Saja je aku buli Keira ambil gambar dia tutup mata begitu. Hahaha Ieda yang tengah ambil gambar tu, Gma yang ada sipi-sipi muka di belah kiri tu, dan aku tengah ambil gambar ni. Patutnya aku dengan Gma lah yang duduk between Adeq dan Pye, mengambil berkat ibu-ibu kan. Yang Jani pula tiba-tiba tu apa pasal. Jani, kau taboleh langkah bendul tahu.

 

keira5

Okey. Fine. Fine. Kalau Jani tabagi aku ambil berkat sama ibu-ibu tidak apa. Aku ambil berkat terussss dari Keira. Nahh. Eh, Keira jangan lah buat muka reluctant begitu sama aunti.

 

Anda ditinggalkan dengan gambar perasan hebat ini. Comel lah.

keira4

keira6

 

PS : All this while, aku tatau pun radio kereta tu boleh kena off  T___T Keira amai tangan tekan-tekan baru aku tahu harus tekan lama dong baru ia off. Mujur ada Keira. Ehem. Keira is awesome.

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers