Nuffnang Ads

Monday, February 27, 2012

Kenapa Begitu?

Dalam cerita The First HouseWives Club, Ji-Ran kasi tinggal suami dan anak-anak demi Won-Soo, dan sanggup bersama walau pun Won Soo layan dia macam sampah. Bila Won Soo halau wife dia, Hwa Shin demi Ji-Ran, adalah bodoh Ji-Ran mengharapkan hidup mereka akan happily ever after. Lelaki yang boleh meninggalkan wife dia dan bersama perempuan lain adalah lelaki paling tidak boleh dipercayai, even kau adalah perempuan yang dia gilakan itu.

 

Kenapa perempuan sanggup bertahan menerima lelaki yang berkali-kali mengkhianati dia? Kenapa perempuan even dia tahu perangai lelaki tu teruk, dia masih sanggup terima? Kenapa perempuan, walaupun bertahun lelaki itu kecewakan dia, buat dia menangis, buat dia terluka, tapi dia masih terima lelaki itu?

 

Sebab. Perempuan ini, dia ada satu perasaan dimana dia ingat dia mampu ubah lelaki teruk itu. Dia ingat, dia adalah wanita yang akan mampu mengubah sikap jerky lelaki. Dia ingat lepas dia berjuang dan sukses mengahwini lelaki itu, hidup lebih baik (dimana si lelaki akan berubah.)

 

Well. Kamu silap. Wait. Mungkin juga si jerky guy akan berubah, selepas 10 tahun. Maybe. Who knows. Tapi, kau mahu bazir masa 10 tahun untuk 50% chances?

 

Kalau dia mahu berubah, dia akan berubah menjadi baik sebelum ijab kabul. Kalau kau rasa dia akan berubah selepas kahwin, aku rasa tidak.

 

Kenapa aku tiba-tiba menulis begini? Sebab aku selalu emosi tahu kalau tengok cerita-cerita begini. Cerita si wanita yang akan rampas lelaki dari perempuan lain, lepas tu act innocent berharap cinta mereka kekal sampai mati. Hell. Kau ingat lepas kau hijack relationship orang kau akan bahagia? Wanita yang ambil hak orang akan sukar dapat kebahagiaan. Bagi aku senang saja, kalau dia biar diri dia dirampas oleh kau, kenapa pula kau fikir wanita lain tidak berupaya rampas dia? Kenapa? Sebab kau ingat kau wanita hebat. Kau lah persinggahan terakhirnya. Kau ingat lepas kau dia akan jadi baik. Haha.

 

Ada pula tu, masa bercinta bertahun-tahun nampak sudah perangai buruk. Hari-hari menangis. Hari-hari bergaduh. Lepastu kahwin. Lepastu sambung bergaduh lepas kahwin. Hari-hari menangis. Sampai bila? Sebab itu, fikir baik-baik. Kalau rasa kau mampu teruskan cara hidup itu, kau tak kisah, maka teruskan niat. Tapi kalau awal-awal sudah rasa penat, rasa lelah, baik lupakan saja. Kau akan menyusahkan orang lain dengan neverending suffering story kau tu.

 

Aku nampak banyak cerita begini. Cerita boyfie begini, boyfie begitu, awal-awal sudah loser, tiba-tiba saja tunang, Tiba-tiba saja kahwin. Eh eh eh. Dah jadi suami kau tak boleh meluah cerita buruk pasal dia lagi, kena jaga aib husb. Again, kenapa kau tunang/kahwin tadi walau kau tahu dia begitu? Ohh. Pasal kau ingat kau wanita hebat yang mampu buat dia berubah kan. Okay. Jadi dia berubah tak??

 

Tapi. Bukan semua lelaki dan perempuan begitu. Ada juga slight percentage lelaki yang betul-betul berubah selepas kahwin. Jadi orang yang lebih baik. Senakal mana pun lelaki, when it comes to marriage, dia akan cari wife material, bukan girlfriend material.

 

Ini kisah benar tahu.

No comments:

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers