Nuffnang Ads

Wednesday, May 29, 2013

Random Ramblings : 29/05/13


As Salam dan hai,

Nothing excited. Just a quick ramblings.

1- kawan aku kan awal dia masuk jadi tc ni, dia slalu lah juga adu-aduan kecil pasal students. student yang kasi tinggi suara lah, yang marah lah, yang terlebih happy lah. warna-warni. adakala macam terjejas juga emosi dia. jangan nda tau, kadang kena kasi tinggi suara dalam telefon pun boleh bikin trauma. mula-mula dia macam stress. sekarang dia macam terkawal. haritu, steady ja dia cakap ada student tu cakap (marah) kelas di tunda -- FYI kelas akan tunda kalau nda cukup peserta, kalau tetiba backout last minute, memang postpone nya pun last minute -- , steady sangat dia cakap. pastu aku bilang cool ja sudah kau sekarang. dia bilang, lama-lama dengar sudah biasa. haha betul tu. awal awal aku pun pandai emosi. lama-lama, buat tak tahu saja. tips nya, jangan bawa hal ofis sampai keluar likas square ini. what happens in office, stay in office.

2 - another bff is getting married this sunday. sebenarnya we have more than 6 weds to attend this week. paling teruk lagi, satu tu cousin aku. terpaksa lah si bob attend yang lain, dan aku bagi full concentration pada wedding ieda dan cousin lagi satu. tak seronok wei kahwin time cuti macam ni. hiks, padahal aku kahwin 3 tahun lalu tarikh sama juga, lols sangat.

3 - sejak pru lepas, pru yang dr yee kalah tu, we have received so many pertanyaan penyataan etc. as we all know, we are running ict training fully sponsored by ministry of human resource development and information technology which is under dr yee, its minister. so, since dia kalah kepada calon dap (is it? or pkr perhaps?) banyak sungguh orang prihatin seperti ini :

" ala, mesti kamu tiada kerja lepas ni kan?" referring to us, the tc.
" saya dengar orang cakap kamu tutup sudah." tutup as in bankrupt (?) -.-"
" tiada sudah ni free kursus kah? kenapa? menteri baru tidak bagi peruntukan? " dengan nada super-sedih.
" kenapa sampai bulan 5 saja? kamu tidak kena bagi ni projek sudah? " kebetulan pula, semua normal allocations habis before June -.-"

- ni kursus free ada kah tiada, kami masih ada kerja.
- company nda tutup, selain kursus percuma kami kan ada kursus berbayar lcci diploma dan cert juga =.="
- peruntukan untuk tahun ini sudah habis, itu saja. insya-Allah tahun depan ada. jangan sedih.  :)
- program ini under kementerian bukan menteri, rasanya. so, siapa pun pegang kami masih run ni sampai tamat kontrak. rasanya.

hahaha lucu sangat dengar macam tu kan. ada soalan nombor 1 tu macik cina ni yang tanya. bukan apa, kami sudah run ni program since 2007 so ada regular participants yang kita sudah biasa, sudah ada bonding, orang kata. so, terima kasih macik prihatin sangat saya kena buang kerja lepas projek habis. hehe

4 - aku ada ambil stok tudung baru ( tribal shawl, RM25 for 2 dan 2 tone tudung awning ala ariani size m, RM20), so aku mau buat letgo sale. which is previously punya stock (ada sedikit bawal crown, sedikit double-layer shawl, dan sedikit tudung awning dua layer) yang ingin aku jual dengan range harga RM10-RM15 sahaja. sebabnya almari I tak muat semua ni dah. Bob complaint too much of tudungs everywhere -.-' tapi, aku terlalu sibuk untuk ambil gambar satu persatu. Insya Allah minggu ini ya.

5 - susah juga jadi seller online ya. sabar kena 300% kot. berdepan dengan buyer lah paling ermm mencabar. contoh, dulu dulu aku berkenan juga buat cod, rajin juga cod tanpa depo, tapi terkena sekali bebaru ni macam insaf daku seketika. cakap mau beli, cod bayar masa jumpa, so kita pun agree, bila kita gerak dah, tengah cari rumah pembeli dan call, tetiba 'saya tak jadi beli'. alahai. darah menggelegak juga sikit. mau marah pun nda dapat kan. kebodohan sendiri juga. lols. ada pula, ermm minta pos tapi mau pos pagi sampai petang, erkk puaslah diriku yang innocent ini mencari posto service manakah yang sedemikian laju, rupanya hanyalah mimpi disiang hari ya. sebab tu, sekarang aku suka diorang self collect, kalau minta hantar mohonlah deposit dahulu agar sama-sama kita merasa tanggungjawab ini. eh.

6 - sekian. thanks for reading, if any.

7 - eh ada lagi. selamat bercuti panjang penjang dan kotobian tadau tagazo do kaamatan ya :) dont drink and drive. be safe :)

Thursday, May 23, 2013

Panggilan Hangit : boyfriend curang

As Salam dan Hai,

Minggu lepas aku ada terdengar satu panggilan hangit. Nda tau mahu sedih kah apa kan. Ni kawan si gadis (maybe) yang suruh kenakan panggilan hangit dekat si gadis. si gadis ni alkisahnya bakal kahwin minggu depan (ketika panggilan itu dibuat).

Aku coba cari di web hotfm tapi belum ada lagi diupload. Cara dikenakan ialah dengan menelefon si gadis dan beritahu yang boyfriend dia curang, yang pemanggil ni kononnya skandal itu, dan provok nak maki si gadis lah.

Tapi. Surprisingly, si gadis -- lets name her A menjawab dengan sangat matang. Tak lah dia nak marah atau nangis kah apa. Masa pemanggil -- lets name her B, asak asak dia steady ja. 

Perbualan lebih kurang macam ni lah,

B : Awak pasti ke nak kahwin dengan dia minggu depan ni?
A : Apsal awak cakap camtu. Awak ni siapa?
B : Saya ni si B, dia tak pernah cerita pasal I ke. I dengan dia before u.
A : Oh, si B yang kerja dekat tettttttttt eh? Ahah, ada dia cerita, tapi dia kata dah putus.
B : Takde nya putus. Masih lagi bersama. Kenapa u nak rampas dia dari I?
A : Eh, jangan cakap macam tu. Saya tak tahu benda ni. Dia cakap takde apa-apa.
B : Tergamak awak buat macam ni kan.
A :  Tak, macam ni. Benda ni saya tak tahu betul salah. Boleh I check dulu? Nanti I tanya dia.
B : You tanya confirm lah dia tak nak mengaku.
A : Tak. Awak relax dulu ye. Benda ni boleh settle. Jika betul awak dengan dia, saya akan undur diri.
B : Really? Awak tu dah nak nikah.
A : Takpe. Saya tanya dulu. Kita jangan bergaduh. Ni pun bukan salah awak, bukan salah saya. Ni salah lelaki tu. Kita tak perlu bergaduh ke apa.
B : You tak marah?
A : Apasal I nak marah? I dah biasa lah kena benda macam ni. No hal punya. You dont worry okay? You relax okay.

--

Wow. Serius. Respect betul aku masa dengar ni. Sebab apa? Sebab dia boleh kawal emosi dia sendiri, pull herself together dan siap chill-kan lagi si-so-called-perampas tu. Lagi one week nak nikah tu. Jarang amat kita dengar benda macam ni. Selalunya mesti yang pertama memaki si kedua, yang kedua mau tarik rambut. Lelaki juga terlepas. 

Yang buat aku sedih tu, 'takpe, i dah biasa kena macam ni'. Wow. Samada dia dah biasa lelaki permainkan dia, atau dah biasa berdepan dengan perempuan macam ni. How sad is that? Sebab memanglah, yang akan sakiti hati perempuan ni, adalah perempuan sendiri juga. Last-last, lelaki juga lagi selamat.

Jadi, untuk wanita luar sana yang pernah dan sedang hadapi benda begini : tarik nafas panjang panjang, ingat Tuhan, senyum dan teruskan kehidupan kamu. Yakin lah, Tuhan memang sangat adil dan maha berkuasa :)


PS : Nanti dapat link aku update sini ya.


Tips Bermain Kutu

As Salam dan Hai,

Kamu pernah main kutu ka? Yang simpan simpan duit tu lepas tu sampai turn sendiri baru dapat? Well, kami di office ada main ni.

Di ofis aku memang trust each other lah. Tiada kebarangkalian player hilang sebab masing masing kenal kan. Lagipula, kalau pun tetiba player mau resign, kena juga bagi notice dekat HR kan so memang sempat kejar duit dia. Hahaha

Tips kalau mau main, kena main dengan kawan yang kamu percaya. Tukang pegang duit, kenalah orang yang lagi kamu percaya, in our case, bendahari kami staf akaun kami so pahampahamlah kan. Pastu, yang bagusnya, bila gaji kan sama-sama gaji, so kita tau semua akan bayar. Jarang ada kes lambat bayar, kecuali staf cuti.

Dua batches sudah kami main. Kami main jenis temaha dan cepat ni. 10 orang pemain, 5 bulan, RM200. So, tiap bulan bagi RM200, sampai turn sendiri dapat RM1000. Memang cepat habis lah. Turn memang awal-awal kami sudah pilih, semua pilih turn yang diorang mau, rundingan turn mesti selesai sebelum hui mula. Biasanya, kami buat macam ni sebab ada target lah. Macam aku, first batch hari tu aku target untuk tambah duit jalan-jalan masa bulan 5, lepastu habis. Sambung lagi masa bulan 9, aku target untuk roadtax insuran saga time bulan Nov.

Yang lain pun sama. Untuk persediaan raya lah, kereta lah, jalan-jalan lah. Habis kalau simpan sendiri, memang nda dapat lah tu. Tiada disiplin kan.

Walaupun kami saling mempercayai (ecewah!), tapi kami ada buat surat juga. Rules awal-awal bagitau sama pemain, nda boleh backoff once start. Siapa backoff kena cari pengganti. Mujur kami ni 5,5 bulan, so mau berubah hati tu possibility nya kurang. Kena tetapkan juga bayar sekian-sekian haribulan, nda boleh lewat. Ni senang sebab masingmasing satu ofis, so senang monitor. Siapa nda bayar aka lambat, habislah kena jeling. HAHAHA Kalau nda bayar tu lagi malu, sebab harihari jumpa kan. Siapa sudah bayar, kena sign surat penerimaan tu. Yang dapat duit pun sign. Kalau staf cuti, duit mana ada kena bagi dulu, yang belum bagi direct bagi sama penerima. Tu senang, sebab satu ofis.

Setakat ni, belum berani pula join hui luar. Scary bah. Mana lagi pemain dia kita nda kenal, nda pernah jumpa, yang anjurkan tu pun kita mana kenal, kot dibawa lari duit memang menangis gila lah. Lebih lagi, main kutu ni illegal sebenarnya. Aku pernah terbaca dulu, yang kes main kutu ramai-ramai, pastu penganjur dia bawa lari duit berapa ribu kah, bila orang mengamuk dirumah dia, rupanya dia sudah pindah. Tapi dia ada tulis nota, minta maaf sebab dia terdesak sangat. Nda tahu lah mau kesian kah apa T___T

Sejak tu, aku rasa memang ada peraturan/akta kah apa, yang cakap aktiviti ni adalah tidak sah. Once caught, both players dan organiser akan dikenakan hukuman (correct me if i'm wrong). Yang sedih, kalau duit kau kena bawa lari, kau buat report, kau pun akan kena juga, dan tak boleh buat apa-apa sebab benda tu memang salah. Kiranya, memang main atas risiko dan tanggungjawab masing-masing lah ni.

Untuk bacaan lanjut, kamu boleh baca sini :

Penjelasan dari pandangan syariah -
http://zaharuddin.net/kewangan/689-permainan-qkutuq-dan-hukumnya-kemaskini.html

Akta Kumpulan Wang Kutu :
http://www.kpdnkk.gov.my/kpdnkk-theme/images/pdf/28_AktaKumpulanWangKutu1971.pdf

Personally, aku rasa tiada masalah, as long as semua player boleh dipercayai dan reliable. Dan, kalau kamu sudah start main, susah kamu mau back off dan janganlah backoff ya, sebab menyusahkan orang lain yang sudah setuju. So, pikir banyak kali sebelum main, dan pastikan amaun bulanan yang dipersetujui adalah didalam kemampuan kamu. Kalau rasa rasa duit memang cukupcukup ja tiap bulan (atau nda cukup), maka janganlah main okay sebab ini melibatkan orang lain juga.

PS : Not attached to any hui right now. Tapi ada keinginan mau buat lagi start jun/july macam tu.
PSS : Ramai cakap better simpan di bank dari main hui, hehe tapi berapa ramai orang yang disiplin macam tu? Sikit. Mesti ada lompang dan terambil balik.

Saturday, May 18, 2013

Genting #1

As Salam dan hai,

Reached Genting safely at 6pm. Sebab after airport, turun KL jumpa Boy di Ampang untuk bahagikan penumpang. Eheh 2 kereta lah naik Genting. Lambat sikit bertolak sebab singgah makan di Taman Melati untuk makan.

Mau dijadikan cerita. Semalam aku google jam berapa theme park buka. Masa tu jam 12mlm dah. Sekali punya sa*tan, keluar di google kisah seram di genting. Di first world hotel pula tu.

Pastu bongoknya diri ini sebab baca. Pastu malam tidur takut suruh (paksa) Bob peluk. Dush dush.

Takde apa sangat seram pun ceritanya. Tapi hotel memang ada macam tu lah kan sebab bukan hari hari hotel penuh. Kena lagi yang macam first world ni sampai 6000++ bilik. Tingkat pun sampai 28 tingkat ah. Kami ni nasib tingkat 16 ja. Pheww.

Aku kan ada pengalaman pengalaman seram sikit kalau bermalam ni. Aku tak boleh tutup lampu, nanti kena tindih dan mimpi bukan bukan. Jadi dirumah pun kalau mau tidur, berhabis aku baca doa tidur doa elak mimpi buruk, basuh kaki, dari jam 8 malam lagi. Inikan pula di tempat lain. Macam macam doa sudah aku baca sementara mata lelap.

Tiada apa apa gangguan sangat pun. Biasa saja.

Oh. Nasib bila aku google balik guna keyword genting operating hour, baru dapat info betul.

What? Jam 9am buka? Alalala belum mandi lagi ni tau. Mana boleh rugi. Berapa jam ja ada, sebab lepas check out turun KL sudah balik.

PS : belum apa apa boleh pula terbeli kasut di CR. Biru. Lawa. 20% discount. Tapi lucu, sebab aku try blue pastu pink pastu nude, pastu okaylah saya ambil pink. Tengah SA packing, eh eh saya ambil biru lah. Pastu dia senyum. Tapi dengan kawan dia mengomel dalam cina. Kejap biru kejap pink, dia bilang. Haha Aku malas mau sound yang aku faham tu umpatan. Biarlah diorang pun penat kerja :))

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru!

As Salam dan hai,

Hari guru eh hari ni. Aku ingat few years back, time macam ni aku baru mau try contact seorang cikgu favourite di sekolah menengah, only to know that dia koma akibat komplikasi selepas bersalin. Beberapa hari lepas tu, dia meninggal :(

So, since that aku tak berapa gemar dengan hari guru. Sebab cikgu yang satu tadi tu, dia antara cikgu favourite dan aku (and the girls) tak pernah miss wish dia even after we graduated high school.

Why we love her ? Simply because, she's the only one who listen to us while others ignore us. She's the one yang trust kami ketika semua orang err hate us?!

Kejap aku coba cari gambarnya k. Dia guru penasihat Kelab Pengguna. Me and the girls adalah ahli kelab pengguna since err form 2 kot. We were lost and hate masa persatuan, until she show us the way :')

Thank you cikgu Norhayati. Jasa cikgu kami kenang sampai bila bila. 

Tapi sekarang aku sambut balik Hari Guru sebab aku baru perasan Jani cikgu rupanya. Haha

Selamat Hari Guru kepada semua guru yang memberi tunjuk ajar, dari Tadika Kin Kiau, SRJK Kin Kiau, SMK Kinarut, Unitar, juga kawan kawan yang berprofesion guru.

Ada episod kedua sempena hari guru (kalau rajin..) lols.

Wednesday, May 15, 2013

Reviu : Mencari Cinta


As Salam dan hai,

Ndak tau lah bila release date cerita ni sebetulnya. Cuma kebetulan hari Ahad tu aku free ada masa lapar lapang, jadi aku check check Astro First, nampak Mencari Cinta. Tanpa kompromi terus beli ya. Sejak dua menjak ni aku suka Nora Danish berlakon. Kihkihkih First impression aku; alah, kenapa Nora sama Rusdi Ramli? Rusdi ni macam tua sudah bah. Kalau Nora sama erm erm sama Farid Kamil aku suka. Eh. Apa ini. 

Pastu, kan kecoh pasal filem ni ada scene panas. Ada lah sikit. Sikit lah. Tapi nda lah sampai over kemain, tapi kalau tengok sama budak kecil, bisa malu juga dong. 
 
Sinopsis
Umairah (Nora) baru je kena dumped oleh long time boyfriend dia, Malik (Riezman Khuzaimi). Kena dumped time dekat-dekat mau nikah lagi tu. Pada masa yang sama, Rusdi Ramli (aku lupa nama watak) pun baru ja di-putus-tunang-kan oleh tunangnya, Mila (maybe lah). Bapa Umairah ni dibela oleh bapa si Rusdi masa kecil dahulu. Bapa Rusdi ni yang jaga sampai bapa Umairah pergi universiti dan berjaya. Jadi, demi jaga maruah Umairah dan keluarga mereka, bapa Umairah kahwinkan Umairah dengan Rusdi. Rusdi ni kerja pelihara kambing ikan ja tapi degree holder. Lalu kahwin lah mereka. Mula-mula Mairah memang jelek. Sebab nda sama gayahidup kan. Tapi sabar saja si suaminya jaga dia. Kena ulun-ulun dan kena tengking pun dia senyum. Lama-lama Mairah jatuh cinta. Pastu diorang dapat anak. Pastu Malik datang kembali. Mau sabotaj hubungan itu kerana sakithati Mairah secepat itu lupakan dia (oh plis). Setelah berhasil dia frame Mairah dan porak perandakan mereka, Mairah pun mau divorce. Rusdi balik kampung untuk tenangkan hati. Nda lama kemudian, Mairah dapat tahu diorang kena frame. Dia pun balik kampung untuk pujuk Rusdi. Di sanalah dia nyaris terbakar, dan diselamatkan Rusdi. Ah ndak pandailah aku susun ayat ni. 
 
Komen Ikhlas
1. Nora alahai comelnya. Berkesan juga lakonan dia. Part dia buli laki dia tu memang bikin panas. Tapi part dia manja tu, olololo tomeinya. Menjadi. Part sedih, bila diorang gaduh and mau divorce, lakinya balik kampung, dia dibilik rindu laki dia tidur sebelah dia. Memang lah, perempuan ni garang je lebih, tapi balik masuk bilik memang rindu juga laki. Eh. 18 sx kah ini.
 
2. Rusdi sebagai suami, punya lah erm erm sejukkan hati betul. Bayangkanlah suami yang macam tu, hensem, pandai mengaji, sayang bini gila-gila. Mairah balik kerja, dia urutkan kaki. Ada satu scene tu, Mairah balik dia nampak Rusdi mengaji, pastu dia cakap..

M ; sedap suara awak mengaji. pandainya awak mengaji.
R : Dulu kat kampung saya selalu ajar mengaji budak kampung. Awak tak mengaji?
M : Awak perli saya eh?
R : Taklah saya tanya je.
M : Awak ingat saya tak pandai mengaji eh? Eh, kita orang bandar kalau pandai mengaji pun kita tak menunjuk nunjuk dengan orang macam orang kampung tau. 

Aku nda tau kenapa tapi memang kelakar scene ni. Mentaliti memang begitu kan. Orang bandar kan defensive,


3. Sudah tengah cerita baru nampak ada Eina Azman tu, Hrm. I do not like her acting. Over.
4. Fir Afandi (yang calon mau masuk AF9) tu pun berlakon jadi adik Umairah. Tak perasan sebab dia dah gemuk shikit.

Tengoklah. Best juga. Jangan terpengaruh dengan judgement based on promosi scene panas diorang di katil tu. Kalau tiada tu scene nda juga effect cerita ni aku rasa. Jangan judge sebelum tengok :))




Tuesday, May 14, 2013

Random : Untuk kamu

As salam dan hai,

Randomly saying.

Untuk kamu yang give up: 

Orang yang bermasalah ni ibarat terperangkap dalam lumpur jerlus.
With half body tenggelam. Scary tak?!
Orang lain boleh tolong kamu keluar dari sana,
Bagi pelampung, supaya kamu berenang ke tepi,
Hulurkan kayu atau tali, supaya kami boleh tarik kamu ke tepi,
Macam-macam cara,
In fact, kalau mau, boleh panggil helikopter sekalipun untuk pull you out.

Tapi tapi tapi,
there's nothing we can do if you dont want to help yourself.
Orang bagi pelampung, kayu, tali,
Kau just pandang je.
Helikopter datang nak pull you out pun kau kaku je tengok,
Kenapa?
Sebab kau tak benarkan orang lain membantu.
Kau tak benarkan diri kau dibantu.
Atau kau tak mahu dibantu?

Sooner or later, lumpur jerlus tu will suck you up to death, you know.

Yours truly,

Just Sharing : Melayu Itu


As Salam dan hai,
I got this from somewhere. This is so very true. Kita ni lahir lahir ja senang, tiada peperangan. Kalau ada pun susah cuma susah mau beli kereta mau beli rumah. Susah tapi masih ada rumah berteduh. Masih ada makanan. Sebab tu, orang tua (nenek datuk) kita marah kalau kita khianat pada orang yang berjasa. 
Coba baca dalam konteks patriotik ya. Bukan dari konteks politik :))

Orang Melayu hanya ada masa 4 tahun lagi sebelum segalanya terlambat. Melayu yang masih bergaduh dan bergasak sesama Melayu meninggalkan kesan kekalahan kepada beberapa buah negeri dan hampir kalah di sebuah negeri.
Melayu yang masih kecil dan belum faham erti politik tentu kecewa bila dapat tahu 10 tahun lagi, kuasa Melayu itu sudah tiada lagi di Tanah yang bernama Melayu. Moga itu tidak berlaku. Namun, segalanya boleh hilang jika tumpas empat tahun lagi. Segalanya boleh berlaku, jika perubahan sikap tidak dilakukan.
Cukup cukuplah sengketa dan menuding jari. Masa itu tidak harus dibazirkan. 5 tahun dahulu, faktor yang sama dibincang dan dicanang sebagai punca beberapa negeri tumpas. Namun pengajaran tidak pernah diambil. Pelajaran tidak pernah dipelajari. Yang dibincang bagai mencurah air di daun keladi.
Yang tua terus bergasak untuk kuasa. Yang muda terus dianggap terlalu mentah dan baru dalam politik. Tua anggap muda kurang pengalaman. Muda tidak hormat tua. Itulah realitinya, tidak hormat dan pandang pada ilmu dan kebolehan. Akhirnya jurang itu diisi oleh kekalahan. Parti Melayu yang mengisi kemerdekaan negara ini baru menyambut ulang tahun yang ke-67.
Perjuangan dahulu dan sekarang umpama langit dan bumi. Banyak yang muda sudah tidak faham erti dan manifestasi diri. Mereka diajar menyokong individu bukan parti. Mereka dirajakan dan disahabatkan dengan duit bukan perjuangan pertiwi. Oleh itu, bila yang tua bergasak, mereka turut sama bergasak kerana sokongan itu adalah pada individu.
Duit menjadi raja. Pengampu orang kaya dipandang sebagai mahir segala. Kasihan pemimpin yang rajin bekerja. Mereka benar benar berkhidmat untuk bangunkan negara. Beri segala yang rakyat minta. Beribu ditatang di mata pemimpin, namun hakikatnya ribuan itu bukanlah realiti sokongan.
Hanya sedap pandangan mata. Segala yang manis ditabur kepada pemimpin. Takut bercerita situasi yang pahit. Yang manis enak didengar. Yang masam disapu bawah tilam. Jangan diulang perkara sama, hadaplah rakyat dengan suasana sebenar. Biar pemimpin lihat realiti. Biar pemimpin rasai apa yang terbuku di hati.
Siang dan malam mendahulukan rakyat. Kampung dan kota habis dikunjungi. Semuanya demi rakyat. Namun apakan daya ada rakyat yang tidak faham erti terima kasih. Mereka memilih kerana emosi. Mereka memilih kerana persepsi. Bila keputusan diumum, barulah mereka menyesali. Kesan buruk bila tersalah undi.
Kesan yang bakal ditempuh 5 tahun lagi. Melayu sekarang sudah semua senang. Lahir dalam senang. Bertatih pun senang. Bersekolah pun senang. Masuk universiti pun senang. Segalanya sudah ada sebab negara sudah senang.
Bila sudah sudah senang, mereka gagal fahami apa itu erti susah. Susah hendak fahamkan orang yang lahir lahir sudah senang. Lagi bertambah susah bila hendak memahamkan mereka bahawa kesenangan itu adalah hasil kerja kuat nenek moyang Melayu dalam politik.
Mereka kata itu cerita karut. Mereka kata itu dongeng. Mereka tidak mahu dengar Sejarah. Mereka tidak mahu dengar cakap orang tua. Inilah masalah besar orang Melayu yang masih muda. Lebih percaya pada cakap penglipur lara yang datang atas pentas terbuka.
Lupa dan alpa dengan cerita manis penglipur lara. Membawa cerita percuma, percuma dan percuma. Lupa dan hanyut dalam janji manis penglipur lara. Janji yang belum tentu mereka dapat penuhi. Itu pun ada orang yang masih percaya dan tersengih sampai ke pipi.
Melayu mudah lupa. Ungkapan itu ada kebenarannya kini. Lupa pada kesusahan. Lupa pada tangan yang memberi kesenangan. Mudah percaya pada “hantu” yang menjaja cerita segalanya dalam dunia ini haruslah percuma. Melayu yang datang atas hak demokrasi pun dianggap hantu.
Suatu ketika, orang muda Melayu bangkit menyatukan bangsa untuk kemerdekaan. Suatu masa, belia Melayu bangun menyedarkan bangsa tentang ancaman komunis dan keselamatan negara. Satu waktu dulu, pemuda bangsa Melayu berusaha gigih selamatkan bangsa dari miskin di bumi sendiri.
Tiga usaha tersebut sudah berlalu. Kini cabaran yang terbesar adalah mengekalkan kuasa politik Melayu. Masih ramai Melayu yang kurang faham matematik politik Melayu dalam parlimen. Mereka gagal bezakan antara persefahaman politik dengan “pakat pakat” berpolitik.
Jangan sampai segalanya sudah hilang. Sekali terlepas kuasa ini. Melayu akan hilang terus kuasanya. 4 tahun lagi, usah diulang faktor faktor yang sama ini.
Masa sekarang adalah untuk bertindak. Hentikan tuding jari dan memulakan konspirasi. Melayu tidak akan kalah jika Melayu bersatu. Melayu hanya akan kalah jika Melayu itu menjatuhkan Melayu sendiri.
Lihatlah sejarah pemerintahan Khalifah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Selepas 29 tahun, pemerintahan itu berakhir kerana pergaduhan semasa sendiri. Abbasiyah juga hancur kerana pengkhianatan dalaman. Kota Melaka yang agung selama 116 tahun juga runtuh kerana pergaduhan sesama sendiri.
Putrajaya dibina atas runtuhan Kota Melaka, sedarlah kemerdekaan ini baru 56 tahun. Usia masih lagi di pertengahan era Empayar Melaka yang pernah gemilang dahulu.
Fahamilah, bahawa dunia Islam sekarang adalah pada akhir zaman. Banyak tempat yang lain, Islam sudah dicabar, dibakar dan diserang. Hanya bumi Melayu, syiar Islamnya masih kuat. Kuat kerana Melayu itu adalah Islam dan Islam itu adalah Melayu. Khalifahnya masih lagi Raja Melayu.
Inilah istimewanya Melayu di bumi ini. Jangan menyesal air mata darah. Renungilah ungkapan “Melayu Itu” karya Usman Awang. Melayu sedang dilawan dengan politik ideologi oleh pihak lawan. Jawapan terbaik untuk melawan arus lawan itu adalah dengan mengembalikan semula “roh Melayu dan Islam”. Inilah caranya.
Bacalah dengan mata hati.
MELAYU ITU
Karya: Usman Awang
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun.

Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah,
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat, Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani,
semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnyaMelayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan.

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara.

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual.

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing.

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan.

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut.

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”.

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka.



Saturday, May 04, 2013

Post Election : DIY Projects

As Salam dan hai,

Esok kan mengundi. So, aku nak ucapkan selamat mengundi kepada semua legal voters diluar sana, Yang legal tapi nda mengudi tu, rugi lah kamu. Yang illegal, tapi dapat mengundi tu, hrmm no komen, tak pernah jumpa lagi, hopefully tiada. Yang belum cukup umur untuk mengundi tu, boleh start fikir dari sekarang siapa kamu mau undi nanti. Heh.

Boss aku pesan, malam result nanti, jangan lah keluar rumah kalau tiada urusan. Mana tau ada sesiapa yang berniat meng-kecoh kan keadaan sebab kalah (atau mungkin juga terlampau meraikan sebab menang?) Yang pastinya, Isnin nanti macam positif je 60% akan cuti umum. Sebab, aku rasa whoever win mesti akan umum cuti ambil hati rakyat. Eh?! Tapi office kami buka. Training jalan macam biasa sebab ada group masuk.

Jadi, mari aku share sama kamu beberapa DIY projects yang kamu boleh buat after election. Dont get it? Ehem. Kamon lah. Tu bendera poster segala macam tu berguna tu selepas pilihanraya.

1) Tiang bendera / tiang gambar calon
Ada yang guna paip ada yang guna beruti ada juga guna bambu kan. Whichever, semua pun useful. Paip boleh guna lagi, you know for what lah kan. Beruti atau bambu tu, boleh modified jadi bangku taman, pagar rumah ke, perhiasan taman ke, macam ni macam ni..



Kot campin sangat bertukang, boleh build terus rumah kucing macam ni,  haa.. 

Yang ni tiga tingkat lagi. Kelas.



2 ) Bendera 
Ni paling meriah. Macam macam colour ada. Biru hijau ada pattern dacing pattern bulan roket segala macam ada. Cantik je kalau jahit jahit jadi blanket. Habis kalau jadi lap kaki, takut kamu nda sampai hati pula kan. Jahit jadi lapis meja kah. Ni contoh..

jahit banyak banyak lapis lapis jadi blanket ok what?


Kalau kreativiti tumpul, guna jadi lapis meja je.

Eh. Ni jujur tau. Bukan sarcasm kah apa. Banyak bah tu bendera, kayu semua tu. Daripada dibuang bagus di-recycle. Macam mana? ORRRR, kamu sudah ada better idea ni? Hiks.

Cuma, aku kurang pasti lah boleh kah kita yang ambil. Tapi yang pastinya, setiap parti kena cabut sendiri sendiri apa bahan kempen diorang, in any other words, kena clearkan their own mess. Tak sure kalau kita yang tiada kaitan ni pula pergi ambil. Tapi diorang happy kot kita tolong bersihkan. No?!

So, bagus baguslah mengundi esok. Jangan timbulkan huru hara. Jangan nakal nakal. Pikir baik baik. Nda kamu pikir untuk diri kamu, at least pikir untuk anak cucu kamu. Rasanya, semuaaa orang pilih for better Malaysia, regardless which party are you in kan?

Happy voting! We'll see each other on Monday :)


Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers