Nuffnang Ads

Wednesday, May 15, 2013

Reviu : Mencari Cinta


As Salam dan hai,

Ndak tau lah bila release date cerita ni sebetulnya. Cuma kebetulan hari Ahad tu aku free ada masa lapar lapang, jadi aku check check Astro First, nampak Mencari Cinta. Tanpa kompromi terus beli ya. Sejak dua menjak ni aku suka Nora Danish berlakon. Kihkihkih First impression aku; alah, kenapa Nora sama Rusdi Ramli? Rusdi ni macam tua sudah bah. Kalau Nora sama erm erm sama Farid Kamil aku suka. Eh. Apa ini. 

Pastu, kan kecoh pasal filem ni ada scene panas. Ada lah sikit. Sikit lah. Tapi nda lah sampai over kemain, tapi kalau tengok sama budak kecil, bisa malu juga dong. 
 
Sinopsis
Umairah (Nora) baru je kena dumped oleh long time boyfriend dia, Malik (Riezman Khuzaimi). Kena dumped time dekat-dekat mau nikah lagi tu. Pada masa yang sama, Rusdi Ramli (aku lupa nama watak) pun baru ja di-putus-tunang-kan oleh tunangnya, Mila (maybe lah). Bapa Umairah ni dibela oleh bapa si Rusdi masa kecil dahulu. Bapa Rusdi ni yang jaga sampai bapa Umairah pergi universiti dan berjaya. Jadi, demi jaga maruah Umairah dan keluarga mereka, bapa Umairah kahwinkan Umairah dengan Rusdi. Rusdi ni kerja pelihara kambing ikan ja tapi degree holder. Lalu kahwin lah mereka. Mula-mula Mairah memang jelek. Sebab nda sama gayahidup kan. Tapi sabar saja si suaminya jaga dia. Kena ulun-ulun dan kena tengking pun dia senyum. Lama-lama Mairah jatuh cinta. Pastu diorang dapat anak. Pastu Malik datang kembali. Mau sabotaj hubungan itu kerana sakithati Mairah secepat itu lupakan dia (oh plis). Setelah berhasil dia frame Mairah dan porak perandakan mereka, Mairah pun mau divorce. Rusdi balik kampung untuk tenangkan hati. Nda lama kemudian, Mairah dapat tahu diorang kena frame. Dia pun balik kampung untuk pujuk Rusdi. Di sanalah dia nyaris terbakar, dan diselamatkan Rusdi. Ah ndak pandailah aku susun ayat ni. 
 
Komen Ikhlas
1. Nora alahai comelnya. Berkesan juga lakonan dia. Part dia buli laki dia tu memang bikin panas. Tapi part dia manja tu, olololo tomeinya. Menjadi. Part sedih, bila diorang gaduh and mau divorce, lakinya balik kampung, dia dibilik rindu laki dia tidur sebelah dia. Memang lah, perempuan ni garang je lebih, tapi balik masuk bilik memang rindu juga laki. Eh. 18 sx kah ini.
 
2. Rusdi sebagai suami, punya lah erm erm sejukkan hati betul. Bayangkanlah suami yang macam tu, hensem, pandai mengaji, sayang bini gila-gila. Mairah balik kerja, dia urutkan kaki. Ada satu scene tu, Mairah balik dia nampak Rusdi mengaji, pastu dia cakap..

M ; sedap suara awak mengaji. pandainya awak mengaji.
R : Dulu kat kampung saya selalu ajar mengaji budak kampung. Awak tak mengaji?
M : Awak perli saya eh?
R : Taklah saya tanya je.
M : Awak ingat saya tak pandai mengaji eh? Eh, kita orang bandar kalau pandai mengaji pun kita tak menunjuk nunjuk dengan orang macam orang kampung tau. 

Aku nda tau kenapa tapi memang kelakar scene ni. Mentaliti memang begitu kan. Orang bandar kan defensive,


3. Sudah tengah cerita baru nampak ada Eina Azman tu, Hrm. I do not like her acting. Over.
4. Fir Afandi (yang calon mau masuk AF9) tu pun berlakon jadi adik Umairah. Tak perasan sebab dia dah gemuk shikit.

Tengoklah. Best juga. Jangan terpengaruh dengan judgement based on promosi scene panas diorang di katil tu. Kalau tiada tu scene nda juga effect cerita ni aku rasa. Jangan judge sebelum tengok :))




No comments:

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers