Minggu lepas aku ada terdengar satu panggilan hangit. Nda tau mahu sedih kah apa kan. Ni kawan si gadis (maybe) yang suruh kenakan panggilan hangit dekat si gadis. si gadis ni alkisahnya bakal kahwin minggu depan (ketika panggilan itu dibuat).
Aku coba cari di web hotfm tapi belum ada lagi diupload. Cara dikenakan ialah dengan menelefon si gadis dan beritahu yang boyfriend dia curang, yang pemanggil ni kononnya skandal itu, dan provok nak maki si gadis lah.
Tapi. Surprisingly, si gadis -- lets name her A menjawab dengan sangat matang. Tak lah dia nak marah atau nangis kah apa. Masa pemanggil -- lets name her B, asak asak dia steady ja.
Perbualan lebih kurang macam ni lah,
B : Awak pasti ke nak kahwin dengan dia minggu depan ni?
A : Apsal awak cakap camtu. Awak ni siapa?
B : Saya ni si B, dia tak pernah cerita pasal I ke. I dengan dia before u.
A : Oh, si B yang kerja dekat tettttttttt eh? Ahah, ada dia cerita, tapi dia kata dah putus.
B : Takde nya putus. Masih lagi bersama. Kenapa u nak rampas dia dari I?
A : Eh, jangan cakap macam tu. Saya tak tahu benda ni. Dia cakap takde apa-apa.
B : Tergamak awak buat macam ni kan.
A : Tak, macam ni. Benda ni saya tak tahu betul salah. Boleh I check dulu? Nanti I tanya dia.
B : You tanya confirm lah dia tak nak mengaku.
A : Tak. Awak relax dulu ye. Benda ni boleh settle. Jika betul awak dengan dia, saya akan undur diri.
B : Really? Awak tu dah nak nikah.
A : Takpe. Saya tanya dulu. Kita jangan bergaduh. Ni pun bukan salah awak, bukan salah saya. Ni salah lelaki tu. Kita tak perlu bergaduh ke apa.
B : You tak marah?
A : Apasal I nak marah? I dah biasa lah kena benda macam ni. No hal punya. You dont worry okay? You relax okay.
--
Wow. Serius. Respect betul aku masa dengar ni. Sebab apa? Sebab dia boleh kawal emosi dia sendiri, pull herself together dan siap chill-kan lagi si-so-called-perampas tu. Lagi one week nak nikah tu. Jarang amat kita dengar benda macam ni. Selalunya mesti yang pertama memaki si kedua, yang kedua mau tarik rambut. Lelaki juga terlepas.
Yang buat aku sedih tu, 'takpe, i dah biasa kena macam ni'. Wow. Samada dia dah biasa lelaki permainkan dia, atau dah biasa berdepan dengan perempuan macam ni. How sad is that? Sebab memanglah, yang akan sakiti hati perempuan ni, adalah perempuan sendiri juga. Last-last, lelaki juga lagi selamat.
Jadi, untuk wanita luar sana yang pernah dan sedang hadapi benda begini : tarik nafas panjang panjang, ingat Tuhan, senyum dan teruskan kehidupan kamu. Yakin lah, Tuhan memang sangat adil dan maha berkuasa :)
PS : Nanti dapat link aku update sini ya.
No comments:
Post a Comment