Nuffnang Ads

Monday, September 30, 2013

Niat Baik Tapi..

As Salam dan hello,

Aku suka sebenarnya tengok Astro Channel 720 tu, betv ka apa namanya tu, selain 393 la. Tapi tiada sudah channel tu sekarang. Jadi masa scroll scroll info tu selalu la ternampak channel guide 726 juga. Baru ni ter tengok tu cerita A Better Life.

Lelaki tu imigran Mexico kali, tinggal sama anak dia. Hidup diorang memang susah tapi ada rumah lagi. Part yang aku tengok tu, mula mula dia kena buang kerja. Dia ni pekerja rencah ja. Boss dia buang dia sebab boss dia mau tutup business diorang and jual trak tu. Masa jobless tu dia sama-sama jobless-man lain lepak di satu simpang tu untuk tunggu kerja. Nanti kalau ada yang perlu pekerja diorang akan ambil mana-mana dari sana. Sampai petang dia tunggu tiada pun orang ambil dia kerja. Dia pulang, lepastu dia pergi loan sama adik dia untuk beli trak bos dia tu, niat buka business sendiri. Adik dia bagi pinjam la duit simpanan anak dia. Pastu, esok dia pergi la start cari kerja (offer trak service) sama orang. Dapat lah job ambil buah. Dia ajak lelaki tua yang dia jumpa di tempat jobless kemarin tu. Sekali masa dia panjat naik pokok tu, lelaki tua bawa lari trak dia. Oh My.

Ya Allah. Sedih gila okay. Susah payah dia cari duit beli trak tu sekali kena curi oleh orang yang dia trust. Sudahlah niat dia baik, mau kerja trak service supaya boleh bagi perhatian sama anak lelaki dia.

Another story. Channel 729. Lelaki ni jobless juga. Dia sama anak lelakinya. Mula-mula dia call kawan dia mau pinjam duit, tapi kawan dia just hang up je. Anak dia lapar. Pastu dia masuk 7E dan rompak bun. Pastu kena tembak. Niat dia baik tapi itulah.. cara salah.

Terus aku rasa;

1) bersyukur gila. Terima kasih Allah. Hidup ni banyak cabaran tapi selagi kita meletakkan kebergantungan hanya pada Allah, semua jadi mudah.

2) doa dan harapan ja nda cukup. Usaha kena ada. Harga minyak naik sekarang, aku nda boleh paksa kerajaan kasi turun harga minyak, so usaha aku setakat ini adalah kurangkan perbelanjaan lain dan tambahkan income. Instead of blaming, I'm changing.

So, aku berdoa semoga urusan aku, kamu dan kita semua dipermudahkan. Kurangkan mengeluh. Mengeluh tu memberatkan perkara-perkara kecil. Kalau nda mampu senangkan urusan orang, jangan pula menyusahkan. 

Semoga kita semua diberkati selalu :)

PS : Kawan aku pernah cakap. Hidup ni dan komen komen kita melambangkan diri kita. Pernahkah kamu jumpa orang yang dia rasa semua orang tu baik ja? Kenapa dia rasa begitu? Biasanya mesti sebab dia pun baik juga, so perkara pertama dia nampak dari orang lain ialah perkara baik. 

Friday, September 27, 2013

Resolusi Konon.

As Salam dan hello,

kalau tengok sekarang kadar kekerapan aku mengupdate belog ni memang hazab lah kan. Berselang sampai 10 hari gitew. Sebab-sebab tu ada lah seperti berikut ;

(ceh macamlah ada orang kisah T_T )

1. ultimate reason adalah sibuk. entah apa yang disibukkan tapi memang occupied selalunya. di ofis lagi lah sibuk, dirumah buat buat sibuk. haha

2. ms office aku di rumah adalah collapsed ye kawan-kawan. dek kerana kebongokan dan kegelojohan 11 tingkat diriku yang tanpa sedari menginstall ms 2010 dan ms 2013 di laptop sama jadi selepas few months baru dia collapsed. masa collapsed baru perasan ada dua version ni. last last both nda boleh buka dan terpaksa uninstall. belum sempat install balik lagi. so, no ms word at home and tak dapat ai nak buat stock write up macam selalu. dedikasi sungguh ya siap ada buat stock write up lagi konon untuk belog sendiri. *_*

Itu saja pun alasannya.

Cakap pasal #2 tu, sebenarnya aku selalu dapat idea mau menulis tu dirumah. so adamasa aku memang karang dirumah dan publish kemudian ( tempat mempublish tidak dinyatakan untuk keselamatan kerjaya dimasa akan datang). jadi, tanpa ms word tu aku memang sedih lah. sebenarnya boleh ja pun kan install writer buat sementara. tapi belum install lagi. 

aku memang kagum dengan entry si Lina sebenarnya. dia selalu tulis kisah hidup dia dulu-dulu. kenangan-kenangan gitew. aku pun banyak juga mau tulis tapi idea ada tapi nda tertulis tulis lagi. mungkin jadi rahsia lagi bagus? tapi benda tu bukan rahsia pun. kahkahkah

aku pun nda pernah tulis lagi macamana aku jumpa si bob. perlu ke? siapa lah mau baca? siapalah diriku ini.  hahaha jarang bob buat penampilan di belog ni, aku pun jarang tulis perihal rumahtangga atau how we live our life. tak seronok kot. having people judging on my life..? err i dont think its cool. :)

because, based on apa yang orang nampak masa orang jumpa aku sekejapan pun sudah orang nilai diri daku dengan tidak adil. so apa lagi kalau baca belog ini dan cerita merapunya oh. cuma, adalah yang aku dengar dan sedikit tertawa kerana agak lucu -- tapi aku rasa ianya agak comel gitu -- ; that we're not planning of having baby because i dont want to (because they think i am workaholic). erm, but dont you think its the other way around? I am (trying to be) workaholic because its so stress to think of what you're missing, so you turn out to the things you enjoyed the most? That is WORK.

Well I dont expect you to understand :)

Okay. back to the original story. so, aku plan untuk buat segmen lah. setiap hari isnin aku akan (mencoba untuk ) tulis sedikit tentang my past time. aku pernah mengajar tuisyen selama hampir 6 tahun. kamu nda tau kan?  pernah sekali budak bergaduh bertumbuk tampar, pastu aku join sekali lempang dua-dua. ohmai, harap-harap parents diorang nda terbaca belog ini. that was 7 years ago kot. aku rasa budak haziq qayyum sama daemon tu pun belasan tahun sudah sekarang. aku tunggu tunggu juga masa tu kot lah esoknya bapamama diorang datang saman aku kah apa, tapi tiada pula. alhamdullilah diriku selamat sejahtera.  tapi budak tu sayang aku kot, lepas kena lempang dia bertapuk dalam tandas, tapi dia mau cakap sama aku seja. dia say sorry cikgu saya tak sengaja bergaduh tadi. 

aku memang garang, aku tahu. tapi aku penyayang kot. amboih, kemain puji diri kan. pernah juga aku marah diorang amoi aling achai tu tapi belum pula lagi diorang benci aku. tapi yang aku perasan, lepas tu sejak tu diorang nda berani mau nakal sama aku.  hahaha 

okay sekian. kamu tunggu lah isnin depan kot kot aku ada taip kisah tu. *konon*

selamat berhujung minggu.

Beat my score pls.

As Salam dan hai.

Biarlah simpan ja dalam hati. Malass mau cakap.

Skipped. So... kamu tahu ka harini GOOGLE ada bagi game di google search.
Game dia senang;

Pukul bintang guna kayu [space button] untuk kasi keluar gula-gula.
Sesuai untuk stress reliever. Sebab boleh imagine bintang tu kepala orang yang kita teringin mau ketuk.

So, selepas entah berapa kali mencoba, ini score aku;




Pastu mengadu domba la sama colleagues konon I champion, beat me please, konon. Sekali diorang punya score lagi tinggi-tinggi. Kong hajo sangat kan. Menipu lagi bilang 300. Konon konon lah sangat ah Man.


PS :  Game pukul benda ni aku rasa macam asal dari Jepun kot. Ada pernah aku baca dalam Shin Chan. Tapi nda tau apa nama.


Friday, September 20, 2013

Cobaan Buka Kereta

Salam dan hai,

Semalam aku temankan mum pergi Giant. Bapa outstation. Sebelum Giant, singgah makan di warung-warung open space sebelah Giant Putatan tu. Lepas makan, aku suruh mum masuk dulu, aku mau simpan tapau dalam kereta.


Sampai di kereta, aku tekan alarm. Bunyi tapi nda terbuka. Eh? Cuba lagi. Bunyi tapi nda juga buka. Aku try lagi. Eh kenapa ni. Alah, nda kan alarm rosak. Bunyi pun sayup ja. Olohh janganlah rosak :( Aku pergi belakang kereta mau tengok lampu hidup nda bila tekan alarm. Mungkin bateri problem ni. Eh eh. Wait a minute..


Tengok sebelah kiri. Eh?!


Ok bai lah. Ini bukan kereta aku. Kereta aku selang satu kereta lagi. T________T 


PS. Patutlah aku rasa pelik kenapa ada kereta di tepi aku ah. Bukan aku park paling hujung kah tadi. 
PSS : Yang aku coba buka tu kereta orang lain. Gila. Sumpah sebiji kot. 
PSSS : Syukur Alhamdullilah kejadian di malam hari. Harap-harap lah semua orang butakan mata masa tu.



Friday, September 06, 2013

Hello Sept (lah sangat)

As Salam dan hai,

And so, mum and dad balik sudah from KL sending the little brother. Their trip was like KL-Melaka-Batu Pahat-Melaka-KL. I'm sad that I missed the trip. :(

Reserving the AL for Nov.

So, I keep kasi ingat mom ; dont cry there lah. Nanti the brother will feel sad (?). The truth is, none of us ever stay from home this far. Aku belajar dulu pun tinggal hostel tapi di Lintas je kot. Gila dekat hokay. Pergi shopping groceries di Wawasan pun siap terjumpa bapa aku. Haha Didi pun rumah sewa di area Menggatal during Poli years, but yes masih area KK kan. Ainal ja nda pernah stay hostel, dia memang home-type. Nevel rebel of trying to live away from parent. Dia memang peliks. Takpe.

Tapi ini Johor kot. One week before tu, my dad memang bising lah, sebab dia masih lagi sibuk di restoran. So bapa bising lah sebab dia belum packing, apa-apa dokumen pun entah siap kah sudah belum. Jadi bapa aku warning dia mesti balik rumah at least 2 hari sebelum jalan. Terpaksalah dia pulang. Kahkahkah

Ni one week sudah dia mulakan kehidupan baru di BP. Harap-harap dia okay. Aku rasa dia okay. Cuma aku risau dia belum switch on student mode dia. Dia kan lepas habis study sempat kerja construction few months, lepas tu convo last April terus tolong di kedai. Aku dengar dia yang selalu pergi pasar urus bahan mentah di pasar, buka dan tutup kedai hari-hari. Jadi aku rasa dia memang susah mau switch on student mode dia. Yang aku lucu (dan kasihan), masa dia di sini, dia memang driving. Aku nda rasa dia pernah pun naik bas. Ni di sana terpaksalah naik bas. 

Semalam mak tanya. Ada Ahai telefon kah? Aku cakap tiada. Ada juga diorang mom call, tapi dia nda sambut kalau sambut pun cakapnya kejap ja. Aku bilang mungkin busy dan mau sesuaikan diri kot. Tapi dia call adik aku, terus mak aku terkejut. Kenapa dia call? Didi bilang, Ahai call dia kasi ingat aku untuk bayar bil Astro restoran, sama bil karan, bil air semua. Itu ja.

Jauh-jauh dia sana dia call kasi ingat suruh bayar bil astro restoran?!
Nda apa lah. 4 tahun bukan lama. Insya-Allah nda terasa. :)
Macam Ainal lah. Dulu 4 tahun lepas dia pegang beg aku masa aku convo.
Tahun ni dia pula convo. Memang nda terasa pun.

Jadi aku tinggalkan kamu dengan gambar dipinjam dari FB bapaku. Bapa sama mak memang kuat main FB. Kuat update status. Sepanjang di KL, malar mentag aku sama bungsu. Mau kasi jeles minum coconut shake ah tu. T_T

See, padahal aku nda ada pun ikut. Ipar aku betul betul ingat aku di KL.


Ni aku perasan adik post tengah malam. Rindu main wifi di shesa lah tu. 
Perasan hot ramai orang mau add wechat dia. Please lah. * tangandibahu, matakeatas*




Wednesday, September 04, 2013

Lelaki tolong pegang beg?

As Salam dan hai,

Kehkehkeh

Pagi tadi bah, di hotfm ada topik ini ; lelaki pegangkan beg wanita, macho or hancus?
Antara komen best-best;

Isteri dah jaga kita sepanjang hari. Takkan jagakan beg dia pun kita tak boleh?
Saya ok je. Takde masalah. Kadang-kadang bila isteri beli handbeg, dia siap tanya saya lagi, ngam ke tidak. Isteri cakap, nanti abang juga yang pegang kan kan.
Awak pegang beg isteri tu pegang kat tangan ke kat bahu? Eh, kat bahu lah.

Okay. Gila sweet kan.

Tapi aku honestly nda pernah suruh Bob pegangkan. Gila lawak hokay. Bukan sebab apa. Kesian tau. Macam aku, isi beg aku memang banyak dan berat. Bob pernah pegangkan sekali, dia bilang berat macam beras satu kampit. Isi beg juga poket doremon. Beg kecil, isi tak terkata. Bob memang give-up kalau aku suruh ambil barang dari dalam handbag. Nda dia terjumpa barang tu. Hoho. Kadang manas dia.

Tapi. Purse aku kan ladies girly girly habis. Hello Kitty punya kepala besar tersembul. Haritu, masa aku masuk hospital, Bob pegangkan purse. Pastu, dia cakap lah, purse ni bah, bikin malu saya saja. Besar betul kepala hello kitty ni.

Kesimpulan aku, Bob jenis nda kisah if he has to. Tapi pastikan nda berat, nda penuh dan beg nda corak yang memalukan dia. Kehkehkeh



Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers