As Salam dan hello,
kalau tengok sekarang kadar kekerapan aku mengupdate belog ni memang hazab lah kan. Berselang sampai 10 hari gitew. Sebab-sebab tu ada lah seperti berikut ;
(ceh macamlah ada orang kisah T_T )
1. ultimate reason adalah sibuk. entah apa yang disibukkan tapi memang occupied selalunya. di ofis lagi lah sibuk, dirumah buat buat sibuk. haha
2. ms office aku di rumah adalah collapsed ye kawan-kawan. dek kerana kebongokan dan kegelojohan 11 tingkat diriku yang tanpa sedari menginstall ms 2010 dan ms 2013 di laptop sama jadi selepas few months baru dia collapsed. masa collapsed baru perasan ada dua version ni. last last both nda boleh buka dan terpaksa uninstall. belum sempat install balik lagi. so, no ms word at home and tak dapat ai nak buat stock write up macam selalu. dedikasi sungguh ya siap ada buat stock write up lagi konon untuk belog sendiri. *_*
Itu saja pun alasannya.
Cakap pasal #2 tu, sebenarnya aku selalu dapat idea mau menulis tu dirumah. so adamasa aku memang karang dirumah dan publish kemudian ( tempat mempublish tidak dinyatakan untuk keselamatan kerjaya dimasa akan datang). jadi, tanpa ms word tu aku memang sedih lah. sebenarnya boleh ja pun kan install writer buat sementara. tapi belum install lagi.
aku memang kagum dengan entry si Lina sebenarnya. dia selalu tulis kisah hidup dia dulu-dulu. kenangan-kenangan gitew. aku pun banyak juga mau tulis tapi idea ada tapi nda tertulis tulis lagi. mungkin jadi rahsia lagi bagus? tapi benda tu bukan rahsia pun. kahkahkah
aku pun nda pernah tulis lagi macamana aku jumpa si bob. perlu ke? siapa lah mau baca? siapalah diriku ini. hahaha jarang bob buat penampilan di belog ni, aku pun jarang tulis perihal rumahtangga atau how we live our life. tak seronok kot. having people judging on my life..? err i dont think its cool. :)
because, based on apa yang orang nampak masa orang jumpa aku sekejapan pun sudah orang nilai diri daku dengan tidak adil. so apa lagi kalau baca belog ini dan cerita merapunya oh. cuma, adalah yang aku dengar dan sedikit tertawa kerana agak lucu -- tapi aku rasa ianya agak comel gitu -- ; that we're not planning of having baby because i dont want to (because they think i am workaholic). erm, but dont you think its the other way around? I am (trying to be) workaholic because its so stress to think of what you're missing, so you turn out to the things you enjoyed the most? That is WORK.
Well I dont expect you to understand :)
Okay. back to the original story. so, aku plan untuk buat segmen lah. setiap hari isnin aku akan (mencoba untuk ) tulis sedikit tentang my past time. aku pernah mengajar tuisyen selama hampir 6 tahun. kamu nda tau kan? pernah sekali budak bergaduh bertumbuk tampar, pastu aku join sekali lempang dua-dua. ohmai, harap-harap parents diorang nda terbaca belog ini. that was 7 years ago kot. aku rasa budak haziq qayyum sama daemon tu pun belasan tahun sudah sekarang. aku tunggu tunggu juga masa tu kot lah esoknya bapamama diorang datang saman aku kah apa, tapi tiada pula. alhamdullilah diriku selamat sejahtera. tapi budak tu sayang aku kot, lepas kena lempang dia bertapuk dalam tandas, tapi dia mau cakap sama aku seja. dia say sorry cikgu saya tak sengaja bergaduh tadi.
aku memang garang, aku tahu. tapi aku penyayang kot. amboih, kemain puji diri kan. pernah juga aku marah diorang amoi aling achai tu tapi belum pula lagi diorang benci aku. tapi yang aku perasan, lepas tu sejak tu diorang nda berani mau nakal sama aku. hahaha
okay sekian. kamu tunggu lah isnin depan kot kot aku ada taip kisah tu. *konon*
selamat berhujung minggu.
No comments:
Post a Comment