As Salam dan hello,
Aku suka sebenarnya tengok Astro Channel 720 tu, betv ka apa namanya tu, selain 393 la. Tapi tiada sudah channel tu sekarang. Jadi masa scroll scroll info tu selalu la ternampak channel guide 726 juga. Baru ni ter tengok tu cerita A Better Life.
Lelaki tu imigran Mexico kali, tinggal sama anak dia. Hidup diorang memang susah tapi ada rumah lagi. Part yang aku tengok tu, mula mula dia kena buang kerja. Dia ni pekerja rencah ja. Boss dia buang dia sebab boss dia mau tutup business diorang and jual trak tu. Masa jobless tu dia sama-sama jobless-man lain lepak di satu simpang tu untuk tunggu kerja. Nanti kalau ada yang perlu pekerja diorang akan ambil mana-mana dari sana. Sampai petang dia tunggu tiada pun orang ambil dia kerja. Dia pulang, lepastu dia pergi loan sama adik dia untuk beli trak bos dia tu, niat buka business sendiri. Adik dia bagi pinjam la duit simpanan anak dia. Pastu, esok dia pergi la start cari kerja (offer trak service) sama orang. Dapat lah job ambil buah. Dia ajak lelaki tua yang dia jumpa di tempat jobless kemarin tu. Sekali masa dia panjat naik pokok tu, lelaki tua bawa lari trak dia. Oh My.
Ya Allah. Sedih gila okay. Susah payah dia cari duit beli trak tu sekali kena curi oleh orang yang dia trust. Sudahlah niat dia baik, mau kerja trak service supaya boleh bagi perhatian sama anak lelaki dia.
Another story. Channel 729. Lelaki ni jobless juga. Dia sama anak lelakinya. Mula-mula dia call kawan dia mau pinjam duit, tapi kawan dia just hang up je. Anak dia lapar. Pastu dia masuk 7E dan rompak bun. Pastu kena tembak. Niat dia baik tapi itulah.. cara salah.
Terus aku rasa;
1) bersyukur gila. Terima kasih Allah. Hidup ni banyak cabaran tapi selagi kita meletakkan kebergantungan hanya pada Allah, semua jadi mudah.
2) doa dan harapan ja nda cukup. Usaha kena ada. Harga minyak naik sekarang, aku nda boleh paksa kerajaan kasi turun harga minyak, so usaha aku setakat ini adalah kurangkan perbelanjaan lain dan tambahkan income. Instead of blaming, I'm changing.
So, aku berdoa semoga urusan aku, kamu dan kita semua dipermudahkan. Kurangkan mengeluh. Mengeluh tu memberatkan perkara-perkara kecil. Kalau nda mampu senangkan urusan orang, jangan pula menyusahkan.
Semoga kita semua diberkati selalu :)
PS : Kawan aku pernah cakap. Hidup ni dan komen komen kita melambangkan diri kita. Pernahkah kamu jumpa orang yang dia rasa semua orang tu baik ja? Kenapa dia rasa begitu? Biasanya mesti sebab dia pun baik juga, so perkara pertama dia nampak dari orang lain ialah perkara baik.
No comments:
Post a Comment