Seperti yang digembar-gemburkan di FB dan Twitter aku (peh, ayat propa banget!)- one of my colleagues was involved with an accident di Jalan Lama Penampang-Papar, precisely di Kawang. Yes bebeh, Kawang. Aku belum dengar cerita apa-apa dari kampung encik suami itu, dia ulang-alik kemarin pun tiada dia cakap apa-apa berita hangat. Oh jam 5 semalam dia dirumah pula sudah. Tehee.
This news was announced during our morning briefing this morning. Ms Ginny said, maybe the centres need to be re-shuffle, maybe some of the GBT need to take-over some of Jack’s running centres. That has nothing to do with us in KK Zone, but of course all of us feel the pain too, disini kerjasama adalah sangat penting. Cubit peha kanan, sure yang di kiri terasa juga =) Ms Ginny siap cakap, you guys please lah take a good care of yourself, or else if things like this happen again (palis-palis), your colleagues will be burden with your centres.
Jack was driving home to Penampang from Keningau, after a long CNY Break. The accident occurred at Kawang, hilux hit them in front. Car adalah total loss. He was hospitalised at QEH2, Damai (wad 608A). He’s doing fine, despite his broken leg and arms. Dan ada sedikit kecederaan dalaman juga (maybe, usus?!). See, I didn’t get the details much lah, orang sakit macam tu lagi aku nak bawa bersoal jawab macam wartawan. Takkanlah kot.
So, tadi we all satu office pergi visit dia. 3 kereta. Ada dalam 15 orang macam tu lah. The hospital near to our office kan. Sedihlah aku tengok dia begitu. Dengan kaki berbalut segala, lepas tu ada calar/hirisan luka di dahi, dada, perut. Itu yang aku nampak lah. Adik dia di tingkat lain. Pakai neck support.
Bila aku fikir balik. Aku rasa dejavu. Macam pernah berlaku begini. Kenapa ya? Oh. Rupanya pasal Eric. The late Eric. He passed away somewhere in Apr 2006 (maybe). Accident di Apin-Apin ketika subuh, dalam perjalanan ke KK dari Keningau. Dengar cerita, dia ada test pagi itu. Kenapa aku sangat terkesan dengan Eric ni?
Ceritanya begini. Masa itu aku di tahun dua pengajian. Aku bukan lah kenal mana budak BBA ni. Tapi selalu bumped into him di library. Exchanging hi and smiles. Dengan semua budak UNITAR pun aku begitu lah. Kami diwajibkan ambil Khidmat Masyarakat, belum turn aku sebenarnya untuk ambil tapi aku ambil sebab semua kawan BBA aku ambil, jadi aku ikut-ikut lah. Eceh, padahal sebenarnya geng aku mereka si Aileen Umit Ain semua dah ambil semester sebelumnya. Jadi aku ketinggalan sudah, terpaksa follow the other gang which is dorang Ana Ellen semua. Mencik tau.
Kelas tu petang, jam 5 ke jam 7. Khidmat Masyarakat ni kau kena buat charity work tahu. Jadi after group was formed, we decided to buat projek Mengecat Semula SK ……. Okeh aku lupa nama sekolah itu. Tapi serius jauh. Kamu tahu itu Benoni sana Papar?? Nah, masuk sana dalaaaaaam lagi, mungkin 10 km ke dalam. Exaggerating je lebih aku ni. Tapi serius aku lupa nama sekolah itu. Sebenarnya, itu sekolah lama si Fabian, Ketua Projek. I ikut je, lantaklah sekolah siapapun. I cuma nak pass this course je. Hoho.
At first, this Eric was chosen as Ketua Projek (or Finance area??), dia sangat bersungguh-sungguh dalam projek tu. He was bubbly, talkative and full of brilliant idea. Ada sahaja modal bercakap. Tambah lagi dia tu macam MPP committee juga lah. Okay, kalau fakta sedikit menyeleweng sila maafkan saya ya. All this jadi blur sometimes. Masuk meeting ke 3 dan seterusnya, dia semakin jarang hadir. Memang tidak hadir, ada masalah keluarga. Tapi final meeting before going, dia ada datang dan kelihatan teruja sangat dengan projek itu.
Sampailah hari event tu. Kami bantu mengecat semula sekolah usang tu. Some of us bagi ceramah motivasi to the kids. After lunch, kami mengecat lagi. Dia mengecat di dinding sebelah aku. Masa tu aku rasa pelik sedikit. Mind you, aku di zaman uni adalah sangat pendiam. No intention of talking to stranger, langsung. Eric, dia mengecat, pegang berus, celup cat, berus ke dinding, tapi you can smell that his soul wasn’t there. Dia pandang dinding tapi fikiran dia tidak bersama kami.
Imagine, aku pandang dia pun tak perasan. Sampai orang hulur air pun dia masih mengecat, lepas dua tiga kali panggil baru dia tersentak sedikit. Fikiran dia melayang jauh. Masa tu, aku rasa masalah yang dia hadapi tu memang cukup berat lah. Sampaikan buat dia betul-betul hilang fokus. Lepas habis majlis, dia kelam kabut pulang ikut van UNITAR. That was the last time I saw him.Betul-betul last. Even today, aku masih ingat jelas wajah sedih dia dalam van itu.
Few days later. Masa tu kelas HCI, ada test. Kecoh satu IPD ada student meninggal kemalangan masa on the way pergi kampus. Aku pun curious. I thought, was hit in front of IPD. Kau tahulah sana jalan lintas punya jalanraya macam dalam perlumbaan F1. Tiap kali have to seberang that road, aku mesti kata eih one of these days aku takut je aku kena hit di sini. Syukur lah, sampai habis study aku selamat. During test, aku turun bawah ambil fresh air. Lepastu berbual dengan entahsiapasudahnamanyatu, cerita cerita then dia kata doc, ms Gui, ms Flo, MPP committee and few lecturers will be off to Keningau to pay last respect to the victim. Bila dia sebut je Eric John, dang!!!! Terus begagar aku. Kelas pun habis awal sebab ms Flo juga naik Keningau.
During final presentation of the project, aku rasa satu kelas nangis nampak slide projek ada tribute to him. Masa attendance checking, Ms Nancy sebut nama student satu-satu, sampai part Eric dia tersebut juga lepastu cepat-cepat dia tutup mulut cakap astaga. Kamu tahu perasaan tu kah, awal projek sama-sama, tiba-tiba at the end one missing. He doesn’t get to sign the final attendance =,) Sampai sekarang, aku masih ingat cerita ni.
Aku kena hargai hidup dan peluang untuk hidup ni. Bukan semua ada peluang begitu.
RIP ya Eric John.
To the colleague, JackNoris Vincent Get well soon ya. Banyakkan berehat. Seronoklah dapat rest balik kampung ya.