Nuffnang Ads

Wednesday, January 11, 2012

Titik Lemah

Sebenar nya soft-spot aka weakness aku adalah; orang tua.

Aku, muka saja poyo. Ganas. Ehem. Tapi di hati wa ada taman bunga doh. Pantang betul nampak orang tua dalam keadaan menyedihkan. Terus rasa tersayat jiwa aku. Ahh, tidak pun menyedihkan, asal nampak orang tua di keadaan tidak wajar, mula lah sebak. Macam apa sahaja. Jangan ketawa okay.

Perkara Satu

Ternampak pakciktua (umur 70-80) mahu menyeberang jalan di bawah jejantas Petagas waktu pulang kerja. Time tu jem. Biasalah. Petagas, time pulang kerja, kalau tidak jem itu tidak sah. Aku slowkan kereta, bagi pakcik tu lalu. Sobs sobs sedih. Masa menaip neh pun mata berair. Pffft Pakcik tu mahu seberang jalan sahaja pun aku tersentuh. Menangis. Entah apalah yang aku sedih kan sangat.

Perkara Dua

Berselisih seorang pakciktua (yang lain) di hadapan Jack Motor, Petagas ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Pakcik itu menyorong motornya. Habis minyak barangkali. Sedihnya. Terharunya. Sebak, mungkin perkataan lebih tepat menggambarkan rasa itu. Masa menaip ini juga airmata bergenang. Pfffft.

Bertenang. Check twitter dulu untuk alihkan perasaan.

Sambung balik.

Aku rasa. Penjelasan kepada keanehan itu mungkin kerana they remind me to someone. Okay, rasa sebak lagi. Hadoi, bila lah aku habis menulis kalau begini neh? (T_T) Looking them reminds me back to my grandfather. The late grandpa. Mungkin aku asyik memikirkan jika nenek masih ada mungkin ia sebaya itu. Oh tidak. Tua dari itu. Sebab last we saw him, he’s 78. Kot. Maybe. =’)

 

Maybe I just hate the feeling that he didn’t survived to see me graduate and get married. Yaaa, maybe lah. He missed  it all. Knowing that he’s in a better place make me relieve. This year is the 15th year without him.

Fifteen years. Sobs sobs sobs T________T

I HOPE HE’S PROUD OF US.

 

1 comment:

N.Aima K said...

ya biasa begitu..terkenangkenang

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers