Nuffnang Ads

Tuesday, February 14, 2012

Suis Lampu Dimasuki Semut


Pernah kah kau tekan suis lampu, lepastu tu bunyi krekk krekk macam ada karan konon, terus cepat cepat kau off tu suis, takut karan meletup?? Mungkin SEMUT punya pasal lettew.


Aku pernah.


Bahkan banyak kali jadi. Sampai wa sudah rasa fedap sama itu semut rasa mahu tumbuk laju laju woo. Mujurlah pacik aku technician SESB, jadi kami selalu minta dia sahaja yang buat. Yang pelik, benda ni selalu terjadi sama suis bilik aku, suis tandas luar, dan ada juga few suis lama yang ditukar baru. Dekat rumah, wayar karan asal (meaning duluan dibuat semasa rumah dibina) akan obvious di dinding, tapi wayar karan baru (penambahan) akan di pasang tiub. Bilang bapa, lagi kemas. Tapi itulah, semut tu berjalan melalui tiub tu, seterusnya membina perkampungan di suis.


Nanti bila dia berkampungan di situ, sarang dia akan memenuhi suis tu. Sebab tu kasih karan tak sampai. Pakcik aku pernah buka tu kotak suis, terus berlimpahan keluar hasil semut tu. Tengok juga lah, kadang kotak suis tu selamat, masih boleh pakai, kadang bila dah jahanam, kena ganti baru lah. Bukan mahal pun suis tu. Bawah RM5 je. Pastikan ada cop SIRIM ya.


Cara Mengganti Kotak Suis
  • Matikan punca karan dulu. Di pokok nya ya. Faham kan.
  • Buka kotak suis itu. Sediakan penyapu ya, pasti banyak hasil semut melimpah. Dia macam pasir-pasir tu.
  • Gantikan lah kotak suis dengan yang baru. Aku takpasti pakcik aku check macamana to ensure masih bagus kah tidak.
  • Letak ubat gegat di atas suis itu. Supaya semut tak dekat.


IMAG2424
Ini kotak suis terbaru di baiki. Nampak tu, tiub sudah Bob buka. Geram sudah dia tu.
Baru tukar, 2-3 hari kemudian datang lagi semut. Efisyen lah semut ni semua T__T


IMAG2425
Hasil semut durjana itew. Ini double suis, sekarang satu je berfungsi.


IMAG2423
Mangsa kekejaman semut terbaru. Suis lampu tandas. Ah benci.


So, ada sesiapa pernah kena macam ni?? Ke rumah kami ja sasaran semut ni.. T_T

1 comment:

Anonymous said...

aiiii!lain itu semut.saya nda buli tgk semut bnyk.berdiri bulu2 tgn saya.

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers